Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Macam tak percaya dah sampai masa untuk update cerita di Istanbul ini. Moga diberi kesihatan, ilham dan masa untuk mengarang trip backpackers ini sampai habis. Pada awal bulan September 2024 terbang ke Maldives dan di hujung bulan terbang ke Istanbul tanpa dirancang. Memang ad hoc sangat trip ke Istanbul ini. Tapi kenapa terbang ke Turkiye?
 |
| Arrival Hall sebelum melepasi immigration Tukiye. |
Boleh baca entry ini 👉
A Little Story From Yesterday Picture terlebih dahulu, yang aku update setelah sampai di Istanbul Airport. The reason kenapa aku ke Istanbul adalah kerana menerima permintaan Kak D dan husband Abg N yang mana, mereka ingin ke Turkiye bagi menghadiri majlis konvo anak mereka yang telah berjaya menghafal 30 juz Al-Quran.
 |
| Cari coffee terlebih sejurus keluar dari arrival gate. |
 |
| Nampak semuanya sedap tapi harga dia sangatlah tak sedap mata yang melihat. |
 |
| Cold Chocolate Buyuk TL190.00, Latte Buyuk TL155.00 & Cappuccino Ice TL145.00 |
Dan senang cerita mereka ini bukan orang bandar dan hanya menjual kuih sebagai pendapatan. At first mereka minta belikan tiket Turkish Airlines sebab nak direct flight. Namun harga pada ketika itu sangatlah mahal iaitu lebih RM3,500.00 for return sebab last minute dan yang ada promo adalah Emirate Airlines dengan RM2,200.00 for return.
Tapi kerana mereka tak pandai langsung English dan nak transit di Dubhai lagi la tak pandai. Secara tak langsung mereka offer aku untuk bawa mereka ke Turkiye. Masa ketika itu aku serba salah dibuatnya sebab satu baru pulang dari Maldives.
 |
| Jom masuk surau yang disediakan di bahagian Arriving Hall. |
 |
| Cantik calligraph Allah dan Muhammad ini. Mana nak beli eh? |
 |
| Tempat wudhu yang bersih dan lengkap dengan semua kelengkapan. |
Dan kedua tak sampai hati nak amik duit dari mereka. Namun wife kata "Pergi jer lah.. Mungkin boleh jadi ini dianggap ibadah sebab nak membantu dan apatah lagi anak mereka dah berjaya hafal 30 juzu. Bab nak terima duit dari mereka tu terpulanglah". Dan akhirnya aku decide untuk mengambil RM1,500.00 sahaja dan segala kos lain aku tanggung sendiri.
 |
| Naik teksi dari IST ke hotel TL300.00. Alhamdulillah pemandu yang ramah dan baik hati. |
Dan aku akan drop by sahaja sebab anak mereka ada di sana untuk membantu apa yang patut. Sebab kalau aku ikut, mereka terpaksa bayarkan penginapan aku sekali. Maka akhirnya terbanglah kami bertiga pada 25 September menaiki Emirate Airlines dan buat aku, ini pertama kali travel jauh tanpa membawa isteri.
 |
| Hotel yang tak besar mana tapi cantik dan baru. Rating 4 star dalam google review. |
 |
| Lobi hotel yang cantik dan bersih. Staf hotel yang sangat ramah dan sangat membantu. |
Secara tak langsung impian nak ke Tukiye buat kali pertama pun tercapai tanpa disangka. Sesampai di Istanbul di waktu petang. Kami perlu stay satu malam berhampiran airport sebab esok pagi perlu naik another flight ke Isparta iaitu kawasan di mana tempat anak mereka berlajar. Segala urusan tiket dan penginapan selama di Turkiye aku telah uruskan.
 |
| All basic keperluan ada - Mineral Water, Coffee & Tea, Fridge & Kettle. |
 |
| Toilet yang lengkap dengan semua keperluan. Siap ada perfume 😊. |
 |
| Bilik yang luas dan sangat selesa. Dan paling best sebab everything is new. |
Dari airport kami ke Shelton Airport Hotel yang terletak 14km dari IST dengan perjalanan teksi lebih kurang 15 minit. Single Economy Room berharga RM106.48 (include tax) untuk aku dan Double Room RM144.04 (include tax) untuk Kak D dan Abg N. Apa yang boleh aku katakan sangatlah berbaloi stay di hotel ini sebab nampak hotel ni baru dan rating 4 stars.
 |
| Solat subuh di masjid Çardaktepe Merkez Cami yang terletak di atas bukit. |
 |
| Terasa aura solat di sini. Walau masjid baru ia masih mengekalkan ciri Othmaniyah. |
Iron, Kettle, Fridge, Tv 43 inch, almari yang besar, tandas yang luas sekali dengan hair dryer. Lift with access card dengan security yang sangat bagus di hotel ini. Dan welcome drink Turkish Tea disediakan di lobi 24 hours. Memang kitorang minum banyak kali, dah la tengah sejuk. Staff pula asyik provoke kami untuk minum setiap kali ke lobi hahahaa.
 |
| Bersama Imam Masjid yang ajak aku berborak selepas solat subuh. |
Malam tu aku ajak makan di luar tapi sebab mereka kepenatan berjam-jam duduk dalam fligth maka kami hanya makan apa yang dibawa dari Malaysia sahaja. Mereka ajak aku makan di bilik mereka, maka keluarlah segala makanan mi segera, serunding ikan, sardin, roti, biskut dan makanan ready to eat yang lain. Aku pun makan tanpa segan silu.
 |
| Selesai solat subuh kita singgah sebentar ke supermarket ni sekejap. |
 |
| Pelbagai jenis roti yang baru di bake subuh ini disusun di dalam rak kaca ini. |
Keesokan pagi aku berjalan ke masjid sebab dengar azan isya yang kuat malam tadi. Syukur dapat solat subuh di Masjid Çardaktepe Merkez Cami yang terletak 650 meter dari hotel. Lepas solat, imam panggil aku dan bertanya beberapa soalan dalam Arabic. Aku jawap memang ke laut hahaha.. Namun antara yang aku ingat apa dia cakap adalah.
 |
| Berjalan kaki pulang ke hotel. Layan suasana yang tenang, aman dan sejuk. |
Orang islam mesti kena tahu cakap arab barulah boleh berkonunikasi sesama muslim. Aku pun anguk-anguk jer. Sambil tu dia tepuk bahu aku kata bagus datang masjid sebab tak ramai orang muda nak ke masjid. Aku dalam hati pun kata "Ini pun sebab travel kalau tidak jarang juga datang masjid huhu..".
 |
| Area hotel ini terletak di atas bukit dan memang layan view sunrise ini. |
 |
| Sambil layan view sunrise ada pulak kapal terbang lalu. Cantik sungguh 😍. |
Lepas borak, kami bersalam dan imam terus balik.. sambil aku.. "La ingat ada nak ajak minum teh" hahaa.. Dari masjid aku berjalan menurun jalan yang berbukit ke kawasan deretan kedai dan terlihat kedai runcit yang menjual segala macam makanan. Sempat aku membeli satu botol teh buah peach dan kemudian terus berjalan pulang ke hotel.
Sempat layan sunrise yang cantik dari kawasana atas bukit ini dalam perjalanan pulang ke hotel. Kak D dan Abg N tak biasa travel dan nak berjalan banyak pun mereka cepat penat. Maka pergerakan aku juga terbatas tapi itulah datang pun nak membantu mereka. Once mereka kata nak berehat dalam hotel sahaja, aku pun okay.
 |
| Selepas check out kami singgah brunch di sini Erzurum Cag Kebabi. |
 |
| Inilah penyebab utama kenapa nak makan di sini. Lembut dan wangi bau aromanya. |
Selepas check out seawal jam 9.30 pagi, kami brunch seketika sebelum ke airport. Dalam banyak restaurant yag ada di sini kami memilih Restaurant Erzurum Cağ Kebap. Sebab tak tahan tengok dan bau aroma daging yang berguling-guling di atas api yang sedang membakar perlahan. Kak D kata kita makan jer apa semua, nanti Kak D bayar. Total bil TRY1,150.00.
 |
| Antara yang kami order daging yang dibakar berguling tu, Kebab Daging, tea and coffee. |
Selesai makan, kami semua mengambil teksi di hadapan restaurant untuk ke IST dengan harga TRY600.00 (meter). Harga dua kali ganda dari teksi malam tadi yang hanya TRY300.00 sahaja. Sampai di IST aku tolong mereka check in ticket dan menghantar mereka ke pintu departure. Dan kak D tanya nanti afif nak ke mana?
Aku jawap.. "Jangan risau kak.. Tau la saya nak hidup sorang-sorang kat sini.. Apa-apa nanti saya update akak" At the same time aku tak ada any booking accommodation. Any ticket bus or what so ever. Lepas mereka masuk ke dalam pintu departure aku duduk main handphone dekat sejam untuk decide mana nak pergi. 😅
Wahhhh Afif ni memang adventure traveler. Suka KSarie baca perkongsian Afif. Alhamdulillah ada Afif yang sudi nak teman Abang N dan Kak D untuk menghadiri konvo anaknya. Colourfulnya Istanbul. Semuanya serba unik dan menarik. Sampai hati Pak Imam tak belanja teh😅Kalau Afif ada buat trip untuk kenalan blogger sudilah kiranya pertimbangkan KSarie ye😊
ReplyDeleteBerbelah bahagi juga samada nak terima atau tidak pd mulanya. But alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Yes Istanbul mmg so colourful and interesting.. itulah ingt pak imam nak lanje teh kan hihi.. insyallah nanti boleh travel sama ☺️👍🏻
DeleteFist tiem tengok temat wudhu yg complete macam tu... sabun, tisu, tong sampah, tempat pegang, bangku, semua ada setiap station.... clever
ReplyDeleteDi sesetengah tempat mmg fasiliti surau dan tempat wudhu mmg canggih dan lengkap..
DeleteAlhamdulillah rezeki ke Istanbul untuk bawa Kak D dan Abg N. Sunrise cantiknya Subhanallah. Best Turkiye sebab halal dan sedap food semua. Binaan pun semua cantik juga penuh sejarah. Hotel bestnya semua lengkap. Masjid, cantiknya binaan luar dan dalam. Kebab tu, aihhh sedap sangat tengoknya.
ReplyDeleteAlhamdulillah diberi peluang utk ke Turkiye bawa mereka.. Sunrise dari atas bukit tu mmg cantik.. Yes halal tu mmg best.. blh makan di mana sahaja. Kebab tu aduhai sampai sekarang teringat.. 😅🤤
DeleteLulus... dah boleh jadi tour guide.
ReplyDeleteHahahaa... Tak ada lesen... Nak tolong bawa kan gitu gitu boleh la 😅
DeleteMurahnya bilik hotel cantik elok lengkap kemudahan cuma kurang RM150 untuk Double Room. Pandai Afif cari.
ReplyDeleteTertarik dengan cawan teh atau kopi tu, lawa!
Alhamdulillah dapat hotel yg cantik, baru dan bersih.. harga pun dalam budget.. Cawan trh kat sana mmg classic.. ☺️👍🏻
DeleteSemoga dipermudahkan urusan encik afif sbb bantu kak D dan abang N tu. Walaupun diri sendiri kehangusan duit yg banyak huhu. Harap dorang happy lah dpt tgok anak konvo
ReplyDeleteNampak selesa betul hotel tu. Pluspoint dpt harga murah!
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan semasa bermusafir.. Yg penting mereka gembira dpt tgk anak mereka konvo di sana.. yes hotel tu selesa sangat..very unexpected.. ☺️👍🏻
Deletesubhanallah..cantiknya kaligraf tu..ce try test DIY..mane tau jadik sebijik camtu..hehehe
ReplyDeleteItulah tangan tak begitu kreatif dgn seni sebegini hahaha.. ok boleh cuba kan.. 😅
DeleteIkut senang membacanya, sudah katam atau hafal 30 juz, sungguh luar biasa
ReplyDeleteIni kota idaman saya, keren banget. Fasilitas ok punya
Asek nih, bisa kulineran.
Memang luar biasa.. dan bukan sebarang org hanya yg dipilih sahaja mampu utk menghafal semuanya.. Mmg kota idaman semua orang.. fasiliti dan kulinerinnya mmg luar biasa.. ☺️👍🏻
DeletePhoto Photo nya keren banget, pakai kamera apa ya.
ReplyDeleteGambar banyak yg di edit sebelum di post dalam blog ☺️
DeletePhoto Photo nya keren banget, pakai kamera apa ya.
ReplyDeletePakai Hp Redmi camera 50MP sahaja 😅
DeleteBagusnya, tolong orang, secara tidak langsung, dapat sampai ke negara orang juga. Mahal juga ya, tiket pergi balik ke sana. Masya-Allah, tumpang seronok dengar anak orang konvo lepas hafaz Quran. Setuju, cakap imam masjid tu. Saya dari dulu ada niat nak belajar bahasa Arab, tapi satu-satu la dulu buat. Sekarang bagi habis kelas mengaji dulu.
ReplyDeleteBerat pada mulanya nak bantu sbb beberapa perkara tapi syukur Allah mudahkan segala urusan.. Mmg mahal kalau tak dpt tiket promo nasib dpt murah dari Emirate Airlines.. lagi pun anak habis 30 juz kita sama raikan.. ☺️🤲🏻
DeleteAntara destinasi yang ada dalam list angan²...In shaa Allah
ReplyDeleteInsyallah saya doakan moga dipermudahkan harapan ke Istanbul.. amin.. ☺️🤲🏻
DeleteBila pula Afif ke sini. Tau tau eh eh Turki pulak.
ReplyDeletePanjang cerita nya hahaha... Boleh baca link yg di share di peranggan kedua..2024 dgn 2025 ke Turkiye.. ☺️👌🏻
DeleteBestnya bila dapat bantu Kak D & Abg N ke Turkiye, sambil dapat tengok sendiri perjalanan mereka dan anak yang berjaya hafal 30 juz Al-Quran...
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur dapat membantu mereka ke Turkey walau diri sendiri tak pernah ke sana.. semuanya dipermudahkan Allah 🤲🏻
DeleteTerliur nampak Istanbul, ada peluang ke nak ke sana ni hehehehe
ReplyDeleteInsyallah saya doakan moga hajat utk ke sana ditunaikan Allah amin.. 🤲🏻
Deletetempat wuduk dia best kan? haha tapi kan, masa kat airport memang jenuh la nak ambik wuduk kejar subuh haritu. ada staff airport dah tegur kami minta bawa kasut sampai tepi tempat duduk tu. dia kata lantai tu not clean. padahal dh ada tunjuk larangan bawa kasut area situ.
ReplyDeletePastu diorang ni lepas wuduk, lap kaki ngan tisu depan tu sampai kering dan sarung stoking. pastu sarung kasut pula. banyangkan berapa minit seorang punya proses tu. akak syak mereka takmo lantai basah basah cam tempat wuduk kita kot?
Tempat wudhu dia best, lengkap dan selesa.. kita sebagai orang luar pun tak berani nak bagi basahkan lantai bagai huhu.. Staff airport takut kasut hilang kot huhuu.. ntah la dont know huhu.. tapi tempat solat tak kan la nak bawa kasut kan..
DeleteYes perasan juga kalau timur tengah or even kat europe if org2 timur tgh ni.. Lepas wudhu lap kaki tngan sampai kering dan terus sarung stoking.. Kita tak biasa mcm tu.. dan kalau di malaysia buat mcm tu mau berbau kaki huhuu :P
DeleteRezeki Afif dapat ke Turkiye separa ditaja oleh Kak D dan Abg N. Walaupun pekerjaan nampak biasa jual kuih, tapi dapat hantar anak belajar Quran sampai ke Turkiye, memang tabik spring kat dieorg!
ReplyDeleteSerbsa salah sebenarnya.. tapi itulah kita bantu takat mana yang mampu la.. Orangnya pun biasa dan tidaklah berkemampuan sangat.. Syukur lah mereka bersemngat dan gagah hantar anak jauh belajar utk quran.. tinggi redha dan tawakkal mereka pada Allah..
DeleteAlhamdulillah, tahniah buat anak kakD dan abgN.. asbab nak bantu mereka, dapat juga TT ke Turkiye..
ReplyDeleteItulah tak sengaja pun iya. apa pun tahniah buat anak mereka yg berjaya hafal 30 juz tu.. sy tumpang gembira juga sebab dapat membantu. :D
DeleteDalam masa yang sama dapatlah TT ke Turkiye.
ReplyDeleteTapi pelik juga.. TT sudah mengembara sampai hujung benua tapi Turkiye belum sampai lagi. Biasanya Turkiye ni kan antara negara yang orang nak sangat pergi awal-awal travel (macam akak 😁).
Saya ada satu pegangan iaitu ada beberapa destinasi atau negara yang saya tak nak pergi sebelum kahwin sebab most probably lepas kahwin kena repeat sebab some destinasi ada kategori kesukaan wanita. Contoh Seoul, Vietnam dan Trukey hihii :D
Deletememang dh lulus cemerlang utk jd tour guide ni!!! saya teringin nak cuti2 istanbul...sbb lom pernah lagi ke sana...setakat transit kat istanbul airport tu ada lah (thn 2024 jugaklah masa naik turkish airlines utk ke london)...plannya nak gi cuti2 istanbul winter next year insya Allah, moga2 dimakbulkan Tuhan
ReplyDeleteLulus cemerlang hahaha.. takut nak bawa orang sebenarnya sebab nak memuaskan hati setiap orang tak sama dan tak senang.. tapi ntah la.. kalau boleh masuk air sesama enjoy jer trip travel tu :D Saya doakan moga dipermudahkan urusan utk ke istanbul tahun depan amin :D
Delete