Thursday, 12 February 2026

Morning Hong Kong - Hot Chai & Samosa

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Hari ini seawal pagi sebelum subuh keluar dari hotel menuju ke Masjid Kowloon yang terletak hanya 300 meter dari hotel.

Boleh tahan sejuk pagi ni dengan suhu 12 degree. Suasana subuh yang sangat tenang di Tsim Sha Tsui. Kalau petang semalam bukan main ramai umat manusia di sini. Sampai nak berjalan pun susah. Nanti kita cerita di next entry.

Suasana di hadapan I Square MTR Tsim Sha Tsui sebelum waktu subuh.
Seronok bila tengok ramai jemaah di solat subuh.
Masjid Kowloon Dan Islamic Centre.
Lepas solat subuh di masjid. Aku bertanya dengan para jemaah yang majoriti adalah berbangsa India dan Pakistan. Ada ke kat sini kedai nak minum teh panas.

Dan mereka memberikan direction ke satu lorong di belakang sebuah bangunan. Dan kelihatan ada kedai makan kecil yang menjual prata, capati dan samosa serta chai panas.

Alhamdulillah dapat chai panas pagi ini.
Breakfast Samosa Kentang HKD7.00 dan Chai Panas HKD5.00.
Breakfast di sini - Uncle Center atau Caca Center
Untuk sekarang ni tak dapat nak blog walking ke blog sahabat handai semua. Insyallah balik nanti akan ku lawati ke semua blog. Wish me luck here. At this moment everything just fine and baik baik saja. ☺️ ๐Ÿ‘

26 comments:

  1. besar jugak masjid tu ye. mesti komuniti muslim kat sana agak ramai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masji yang besar dan bersejarah.. Di bina dengan sumbangan org ramai pd masa dahulu. komuniti islam yang agak ramai di sini.

      Delete
  2. Bestnya..Bleh la kalau sy nak ajak bos ofis sy buat next company trip ke Hong Kong? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan halal agak banyak di Hong Kong kalah Singapore hahaha..
      Nak buat company trip memang sangat berbaloi.. cepat cepat suggest hahahaa..

      Delete
  3. sy sempat masuk masjid ni tp masa tu bukan waktu solat laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka ada banyak masjid di Hong Kong.. Dan masjid ini boleh tahan besar dia :D

      Delete
  4. area TST ni ramai org luar, imigrant termasuklah backpackers mcm kami dulu... pun begitu sy suka dengan public transport kat sini... guna public wifi pun bedesup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan murah untuk backpackers dan kawasan immigrant juga. Yes public transport di sini sgt efficient dan mudah digunakan. Wifi kat sini mmg terbaikk.

      Delete
  5. That is a big mosque. Thank you so much for sharing ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its big mosque in the area of non muslim.. ☺️๐Ÿ‘๐Ÿป

      Delete
  6. Enjoy your trip bro :)
    Sedap hirup minuman panas² di kala cuaca sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you... Memang satu nikmat dapat minum air panas tu..
      Pegang je cawan kertas tu tak nak lepas huhuu :D

      Delete
  7. waaaahh hongkong! gong xi fa chai! ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh its Hong Kong :D
      Gong Xi Fa Chaiiiii...!!!

      Delete
  8. Semoga yang molek-molek untuk Afif di Hong Kong ye. Enjoy the food. Selamat berjalan-jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hong Kong mmg enjoy.. syukur alhamdulillah mknn halal dan org islam ada ramai di sini..

      Delete
  9. Cuaca sejuk, memang nikmat la, dapat hirup chai panas dan makan samosa. Bagusnya, ada komuniti Islam di sana. Encik bercakap bahasa apa dengan mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah syukur sgt dapat minum chai panas selepas subuh yg sejuk. Saya menggunakan bahasa english dan urdu.. ๐Ÿ˜‰๐Ÿ‘๐Ÿป

      Delete
  10. Replies
    1. Yes sangat besar.. 5 tingkat kalau tak silap.. dibina atas sumbangan org ramai... ๐Ÿ‘๐Ÿป

      Delete
  11. nampak sedap samosa tu. besar juga masjid Kowloon tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgh sejuk 11 degree.. makan samosa panas dgn chai panas mmg nikmat huhuu..

      Delete
  12. Kat mana-mana negara mesti ada bangsa India dan Pakistan ya. Lepastu mereka juga yang meramaikan masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. rasanya mereka la bangsa paling ramai berhijrah mencari pekerjaan dan penempatan di negara lain.. bab memenuhkna masjid tu mmg setuju.. ๐Ÿ‘๐Ÿป

      Delete
  13. ok, nanti nak baca ur entries pls cuti2 HK ni!! boleh tak bila u tulis harga mknn or apa2 ajer dlm foreign currency, u letaklah rege dlm RM siap2..so senang nak imagine murah ker mahal :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay baik insyallah akan masuk kan sekali harga harga disetiap pembelian especially mkan tu.. By the way Hong Kong makan tak urah especially halal food huhuu..

      Delete