Monday, 14 October 2024

Australia Perth Part 15 : Watertown Brand Outlet Centre - Final Moment

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Sambungan Dari Australia Perth Part 14 : Hay Street Mall - The Bell Tower - Elizabeth Quay 

Okay I'm back in front of my laptop. Its so nice to have time to write my travel journey in this blog. 

Let finish this final part at Perth, Australia. 

Dari pagi hari kami berjalan ke The Blue Boat House dan kemudian ke Kings Park & Botanical Garden. Dan terus sambung berjalan-jalan di Hay Street Mall sehingga ke The Bell Tower dan Elizabeth Quay. Dan kemudian kami menaiki CAT Bus pulang ke Apartment sebab dah tak larat nak menapak lagi.

Watertown Brand Outlet Centre - Dibuka setiap hari dari 9.00 pagi  sehingga 5.30 petang.
Sampai di apartment seperti biasa aku akan terus memasak. Menu untuk malam ini adalah Nasi Putih, Kari Ayam campur Kentang, Sayur Sawi Goreng dan Telur Dada. Dan aku tambah lagi extra menu iaitu Sandwich Tuna tapi buat tak banyak la. Sebab nak kurangkan segala makanan yang telah dibawa ke bumi Perth ini.

Menu untuk dinner Kari Ayam, Sayur Sawi Goreng dan Telur Dadar.
Alhamdulillah selepas kenyang makan kami semua lepak di ruang tamu tengok tv di sofa bed tempat di mana aku dengan abang wan tidur. Sambil semua berselubung dengan selimut akibat kesejukkan. Penat-penat pun gagah tengok movie Die Hard 4 sampai habis.

Habis movie yang perempuan masuk bilik tidur dan aku dengan abang wan sambung mengemas di dapur. Mungkin sebab semua kelaparan yang amat, sehari suntuk tak makan proper. Apa yang aku masak semuanya habis licin. Okay la syukur tak membazir. 

Menu breakfast hari ke 5 - Maggi Goreng Isi Ayam.
Dan second menu Sandwich Tuna yang dibakar dengan sopan santun.
Keesokan pagi aku buat breakfast maggi goreng dan sandwich tuna. Dan selepas breakfast kami keluar dari apartment berjalan kaki menujuk ke Hay Street Mall sebab nak ambil bas ke Watertown Brand Outlet Centre. Sempatlah aku membeli secawan coffee dari 7Eleven sebelum menaiki bas.

AUD 1.00 for a cup of coffee at 7Eleven. Travel budget kita layan coffee ni jer la :D
Menaiki bas dari Wellington Street ke Watertown Brand Outlet Centre.
Tak tau apa.. tapi Atiyya suka betul main pusing-pusing kat sini.
And the only reason kenapa kami ke sini sebab nak beli baju rompers baby jenama BONDS. Sebab personal shopper selalu update dia beli di sini. Kenapa nak beli? Sebab di Malaysia harga agak mahal berbanding di Perth, Australia ini. Lagi pun wife yang beriya nak membeli. Kita ikut jer lah :D

Untuk ke Watertown Brand Outlet kami berjalan kaki dari Hay Street Mall melepasi Murray Street sehingga ke Wellington Street - Route 65. Dan kemudian menaiki Yellow CAT Bus. Dan berhenti di Platform 9 - CAT ID 145 Stop ID: 28820. Dan berjalan kurang 5 minit atau 140 meter untuk masuk ke pintu entrance otlet centre ini.

Inilah dia BONDS Outlest yang dia nak sangat pergi tu. Senyum bukan main lagi. 
Ingatkan di Malaysia jer suami dengan anak tunggu di luar kedai.
Mall yang berkonsep open air walau di dalam bangunan dua tingkat.
Masa turun dari bas dah boleh nampak Watertown Brand Outlet Centre di seberang jalan. Di sini boleh dikatakan banyak outlet dari brand yang terkemuka di dunia. Masa ni memang wife beli BONDS untuk semua anak-anak saudara dia. Esok tu kami datang lagi sebab ada orang lain pulak yang order. Tak memasal jadi personal shopper sekejap hahaha.

Nenem's antara restoran halal di Watertown Brand Outlet Centre ini.
Watertown Brand Outlet is home to over 100 retailers, offering a diverse mix of International and Australian brands specializing in fashion, accessories, gifts, homewares, leisure and sportswear. Open 7 days per week and it has over 1,000 undercover car bays and offers easy accessibility for those arriving by public transport, taxi or free central area transportation services (Wikipedia).

Seafood seperti ketam, udang, sotong, ikan dan pelbagai lagi ada di jual di Woolworths.
Durian, Buah Berangan dan Durian Belanda ada dijual di pasaraya di tengah Bandar Perth. 
On the way balik kami singgah di area Murray Street Mall sebab nak cari beras di beberapa pasaraya yang ada di sini. Dan bila dah masuk beberapa pasaraya di sini. Baru tahu most of them banyak jer yang menjual barangan halal termasuk la daging dan ayam. If  korang nak beli barang basah halal tak perlu pergi jauh. 

Sebab pada mulanya aku baca banyak info yang mengatakan hanya pasaraya besar sahaja yang ada menjual barangan basah halal. Kalau outlet yang kecil tak ada jual daging atau ayam halal. Sebab mungkin pasaraya nak minimize kan ruang space yang mereka ada. Tapi ada jer kalau korang nak beli. 

Kita beli beras sekilo just enough nak makan malam dan buat nasi goreng breakfast last day.
Masa berjalan-jalan area Murray Street Mall ini. Sekali abang wan kata "Fif, malam ni ko tak yah masak la, kita makan luar". Aku pun macam aaa.. "Nak kena masak jugak Abang Wan sebab nak kena habiskan bahan masak yang kita bawa dari Malaysia. Tak kan nak bawa balik semula ke Malaysia".

Abang Wan bagitau ada nampak kedai halal Central Cafe.. Ada Burger, Fries, Ayam Goreng.. Coffee pun ada jugak. Aku pun "Jom la Abang Wan..". So kami pun masuk dan makan di dalam kedai buat kali kedua makan di luar. Lagi pun esok nak balik dah. Abang Wan kata tak kan nak bawa balik duit Aussie :D

Central Cafe Halal Restaurant di antara Murray dah Hay Street Mall.
Disebabkan dah makan di Central Cafe lewat petang tu. Maka malam tu aku tak masak tapi aku masak nasi sahaja sebab esok pagi aku nak masak nasi goreng untuk breakfast dan terus bekal untuk makan di airport sebelum flight takut si Atiyya kelaparan nanti. Dan kami kena check out awal sebab nak kena ke airport untuk catch flight Airasia.

Nasi Dagang By Santan in flight Perth, Australia to Kuala Lumpur, Malaysia.
Kak Ngah dah balik awal sehari sebab dia beli tiket sendiri. Sebab nak ikut tarikh sama dengan kitorang time dia nak beli tu dah jadi mahal. Tapi sempatlah Kak Ngah ke Watertown first day tu dengan yang lain. Second day tu dia dah berangkat ke airport seawal pagi. Nasib la ada public transport yang mudah dan murah nak ke airport. 

So far destinasi Perth ini bagi aku memang seronok dan keadaan bandar dia tenang-tenang jer. Sesuai la nak dijadikan desinasi release tension atau mencari ketenangan. Kalau nak enjoy lebih macam makan luar dan shopping etc. Just standby duit lebih jer la. Apa pun alhamdulillah selesai sudah cerita di Perth, Australia ini. 

Oh ya balik tu aku makan Nasi Dagang dalam flight untuk reward diri hahaha.. The End.

43 comments:

  1. Alhamdulillah...main point dia nak berjalan kan?naseb baik jugak ada tukang masak handalan...lega

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjalan melihat keadaan di negara orang.. tukang masak biasa2 jer.. Kalau yg complicated tu mmg idok la nak masak kat oversea.. :D

      Delete
  2. alhamdulillah, best baca ur cuti2 perth entries ni. the best part of course shopping laaaa hehehhe i memang suka shopping apa2 yg patut kalau dh travel abroad tu.. teringin gak nak cuti2 OZ mcm perth, melbourne etc..cuma takut susah nak dpt visa lah kan esp kalau utk lelaki (mr hubby dan my zharfan) (so far kami hanya pernah gi sydney jer ie 2x)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka shopping make sure singgah ke Watertown Brand Outlet Centre.. Brg branded harga murah gitu hahaha.. Once kalau dah pernah dpt visa ke Aussie kebiasaannya utk apply kali kedua agak mudah.. Kalau visa tak dpt pun boleh reapply semula.. buat permohonan dgn sertakan details lain..

      Delete
  3. Menarik sangat kisah jalan2 ke Perth ni. Tgh pujuk encik suami pergi bercuti2 di Aussie tapi mcm biasa dia sayang sangat nak tinggalkan kerja 😝 Boleh je kalau saya nak pergi seorang / ajak kawan tapi tu la, kurang seronok pergi tanpa anak2 & suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga la jalan jalan di Perth akan repeat kalau dpt promo murah.. kalau semata-mata nak repeat tu tak kot hahaha.. Kalau pergi tanpa fmily bgi sy boleh tapi setakat 3 4 hari okla.. huhuu

      Delete
  4. Watertown..!! Kami duduk 2 malam terakhir di apartment berdekatan. Jalan kaki je. Best banyak kedai halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa ... Duduk berdekatan dgn Watertown..mmg diuji keimanan la dari membeli dan terus membeli hahahaha.. :D

      Delete
    2. Alhamdulillah berkenan 1 baju & 1 seluar, RM30 lepas convert hehe. Kami borong banyak cheese sbb murah, biskut, chocolate dll.

      Delete
    3. Okla not bad harga selepas ditukar tu.. Mmg situ murah murah kalau compare dgn harga di Malaysia utk brg2 branded dia..

      Delete
  5. Correction.... Terur dadar... bukan telur dada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Uncle utk correction yg sgt sgt bagus hahaha :D

      Delete
  6. Wow, di Australia ternyata ada buah durian juga. Apakah buah durian ini import dari Malaysia kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngak tahu saya dari mana datang nya buah durian itu.. Mungkin juga Malaysia atau dari Thailand.. :D

      Delete
  7. Pernah juga ke brand outlet tu. Singgah kat Smiggle sebab time tu anak kecik lagi. Pernah kami nak gi beli daging lepas tu ada restoran MyRasa (Restoran Orang Malaysia) suggest beli kat Ikhwan Butcher (Bawah GISB) tapi kami beli kat kedai daging dari Makassar Indonesia. Langford Halal Butcher. Beli ayam dan daging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami terbeli brg di Smiggle dgn Bonds hihi.. Oh Langford Halal Butcher.. Tak pernah dengar lagi tu.. terima kasih kongsi info.. insyallah nanti repeat boleh cari butcher dari Makassar tu :D

      Delete
  8. Wah hebat juga ya
    Ternyata jago masak juga
    perjalanan belanja lumayan menyenangkan
    pengalaman yang super menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa biasa aja.. Masak yang simple itu mudah.. kalau yang complicated tidak pandai saya :D
      Perjalanan nya harus ceria dan tenang walau budget nya kurang gitu :D

      Delete
  9. Masak kari ayam tu from scratch atau guna pes ya?
    Haha…bukan nak meragukan kehandalan awak memasak, tapi terkagum tengok rajinnya masak kari bagai.

    Berapa agaknya harga durian kat sana..
    Di Guangzhou ada gerai jual durian semata. Besar saiz dan menarik warna kekuningan. Harga memang mahal. Mungkin dari Thailand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak dari bawang seketul.. ayam mentah.. tumis rempah atas kuali hahaha.. semuanya dari scratch lorr.. ala masak kari jer bukan steamboat pun hahaha :D
      Tak perasan la pulak harga durian nya berapa.. Durian Thailand di petik rasa tak sama mcm durian Malaysia yg msk jatuh gugur.. :D

      Delete
    2. Uissh..memang rajin memasak 👍🏽

      Ada peluang, nak merasa durian yang dipetik.

      Delete
    3. Rajin memasak dan pandai memasak dua perkara yang berbeza yer hahaha..
      Biasa la kalau dah belajar oversea mesti kena tahu masak kalau tak kempunan nanti hihi.. Durian Thailand tak sedap hahaha.. sebab petik so keras tak lembik macam durian kita :D

      Delete
  10. lepas ni kalau travel nak kirim poskad lah.. bestnya dapat poskad dari luar negara. ada lagi ke orang pos poskad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh.. bagi alamat utk hantar poskad yer.. saya masih lagi hantar poskad ke rumah sendiri :D

      Delete
  11. Nah menu nasi dagang air asia ini saya belum coba 😄. Paling sukaaa memang pesan varian menu kalo naik airasia. Biasanya saya selalu pilih yg belum pernah saya coba. Paling best saat ke jepang ada nasi kerabu 👍

    Menarik memang tempat2 di Aussie ini. Saya nak selesaikan dulu beberapa negara antimainstream yg sudah masuk bucket list saya utk 2025, baru setelah itu fokus menyusun Itin Aussie 😄. Tapi incaran saya gold coast, Krn di sana ada themepark dengan rollercoaster extreme. Saya dah lama nak mencoba rollercoaster di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus dicuba apatah lagi kalau ke Terengganu di Malaysia. Kerna asal usulnya dari Terengganu.. Sedap bagi saya kerana kelainan dengan nasi yang lain :D
      Untuk 2025 belum ada bucket list lagi. Cukup tahun 2024 ini 6 kali travel ke lar negara huhu.. 2025 mahu dikurang sedikit .. nanti 2026 aktif semula hihii :D

      Delete
    2. Nanti kalau mahu ke Gold Coast boleh plan sekali.. Sya juga belum pernah ke sana.. Anak2 pasti suka ke theme park :D

      Delete
  12. Benda hijau yang Atiyya suka pusing² tu nampak macam menari pula.
    Menariklah Aussie ni...sebab nampak tenang je. Tapi tu lah... nak travel lebih dari 4 hari banyak benda perlu difikirkan huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. nampak cute lak dengan design dan warna macam tu :D
      Rasa nya tak semua tenang di Aussie.. Di Perth ni memang tenang-tenang bak kata ramai org... Bandar orang pencen hahaha :D

      Delete
  13. menunya ringkas
    tapi nikmatnyaaaaa tuuuuu
    hanay Allah sahaja yang tahu
    waduhhh tekak melayu...cm ne nak migrate obersi ni hahaha
    sy laa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. keadaan dan situasi menyebabkan menu ringkas jadi sedap dan makan berkali kali tambah hahahaha :D
      Nak migrate boleh jer.. beras ada dijual di mana mana sahaja sekarang.. Kalau nak migrate bagitau.. mana tau boleh jadi jiran hahahah :D

      Delete
    2. nak migrate kat negara yg ada ikan pari
      boleh mkn asam pedas ikan pari hari2
      hahahaha

      Delete
    3. Maldives la.. sana orang tak makan ikan pari.. sampai terlalu jinak di tepi pantai.. kalau kat Malaysia mau kena tombak dah hahaha.. :D

      Delete
  14. beras tu jenis mcm mana?
    byk kanji ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak jenis beras.. Biasa untuk beras tekak melayu ni pilih beras white rice.. itu mmg beras macam kita la :D

      Delete
  15. Jadi harga rompers kat kedai fizikal tu murah tak? Sampai dua kali repeat pergi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahh murah kata wife.. Sampai nak dekat separuh harga dari Malaysia. Lagi2 masa datang tu tengah promotion :D

      Delete
  16. bab menunggu luar kedai..elok la suami jg ank sambil duduk tu..biar je isteri membelek brg2 nk shopping haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya semua wife satu dunia sepakat kot.. Pergi mana2 pun sama jer kejadian nya hahaha :D

      Delete
  17. byk pilihan makanan halal di Murray Street Mall...nampak fresh seafoods di Woolworth..
    belum pernah try nasi dagang AA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far nampak mmg mcm dah banyak pilihan makanan halal . Insyallah tak susah.. seafood di Woolworths pun nampak fresh.. Nasi Dagang dlm AA recommended jugak la hahaha

      Delete
  18. Assalammualaikum
    Sy skrg ada di perth..
    Smiggle dgn bonds tu harga ok ke. Compare harga Malaysia?
    Plan isnin nanti nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Uishh terus comment di sini :D
      So far masa isteri saya beli mmg harga nya murah banyak dari Malaysia.. Dan skrg duit Aussie dah jatuh sikit so rasa nya still murah dari Malaysia. Sebab masa saya ke sana RM3.35 = AUD1.00

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...