Monday 21 October 2024

Masih Mencari Ketenangan - Impian Menjejak 50 Negara By 2025

Assalamualaikum Dan Salam  Sejahtera 1Malaysia

At this moment masih lagi sibuk yang teramat dengan kerja dan urusan family. So aku pun tak nak start menulis cerita pengembaraan lagi. Sebab nanti dah start tulis akan terlalu fokus nak update next part sehinggalah ke penghabisan. 

Insyallah next cerita kita akan update trip ke Bali. Dah siapkan beberapa draft tajuk dan nampak gaya macam akan ada lebih 6 part untuk cerita di Bali. Korang layan jer lah ceritanya kalau menarik. Insyallah akan cuba ringkaskan cerita tak nak panjang-panjang, nanti Puan Mama Zhafran dengan Puan Mama Tisya comment panjang sangat entry hahaha :D

Tiba-tiba aku lost count berapa negara yang aku telah jejakki. 
Hari tu kira dah 48 tapi bila kira semula baru 46 negara hahahaa.
Balik dari trip solo baru-baru ni rasa tenang sangat sebab tak ada dah ticket flight yang menanti. Dan sekarang tengah melawan diri dari buka website airlines. Tak nak dah terjebak dengan tiket flight murah yang di offer. Lagi-lagi dari Airasia hahaha. Kang kalau ada harga yang tak masuk akal mulalah tangan gatal membeli. 

Oh ya tiket flight untuk travel aku semuanya adalah harga promotion. Until this moment tak pernah lagi aku ke sesuatu tempat dengan harga tiket flight normal. Sebab cara aku adalah mana tiket promo pergi maka situlah destinasi aku. In the end habis juga la almost semua Airasia destinasi. 

Ada 15 negara yang aku terlepas peluang untuk menjejakkan kaki.
Dalam kisah dunia mengembara ini ada lebih kurang 15 negara yang aku terlepas peluang yang mana sepatutnya aku dah pun sampai tapi nak buat macam mana itulah takdir sebab bukan rezeki yang tertulis. Argentina, Brazil dan Czech Republic adalah 3 buah negara yang sepatutnya aku pergi untuk jadi imam terawih tapi tu lah. Masa tu masih remaja dan memilih untuk balik cuti ke Malaysia dari cari pengalaman di tempat orang.

Masa jadi imam terawih di Sweden 2011 ada peluang untuk ke Finland sebab dapat tiket return ferry dari Stockholm ke Helsinki seratus lebih sahaja. Tapi memandang promo tu jatuh pada 1 Syawal. Maka aku tak sanggup nak travel di pagi raya.

Masa belajar dulu senang jer nak ke Angola sebab tak jauh dari Johannesburg tapi sebab kena bayar visa USD100.00 terasa macam mahal dan tak berbaloi. Tapi sekarang menyesal pulak tak pergi. Sama jugalah dengan Tanzania. patut dah sampai tapi sebab travel dengan group bila majoriti kata tak nak maka terpaksalah batalkan hasrat ke Tanzania. Padahal dah sampai Malawi sebelah jer pun.

Pakistan, India dan Bangladesh. Sepatut lepas habis belajar kena pergi ke tiga buah negara ini untuk kursus selama 1 tahun. Tapi memilih peluang untuk kerja di South Africa dari ke 3 buah negara ini. Negara Sahara pulak terlepas peluang sebab budget yang terlalu sedikit semasa travel ke Morocco.

New Zealand terlepas peluang sebab Airasia tutup flight ke sana. Dah dapat tiket return RM1400.00 masa tu. Masa second year of Covid dunia travel jatuh teruk sampai harga flight tiket pun jatuh dan pada ketika itu tiket flight return ke Spain RM1200.00 sahaja. Ada group ajak tapi aku tak nak sebab risaukan covid sudahnya putih mata sampai la ni hahaha.

Mongolia patut pergi bulan Jun tahun ini sempena acara memanah berkuda bertaraf dunia tapi member yang patut pergi sekali tu tak dapat pergi last minute sebab ada masalah. Disebabkan dia tak pergi aku pun tak jadi sebab yang dapat invitation dia. Aku just nak menumpag atas invitation dia :D

Ini antara negara harapan aku sekiranya diizinkan pada tahun 2025.
But bergantung sekiranya ada promo la. Teringin sangat nak pergi Negara Balkan.
Harapan di Tahun 2025 - AirAsia dah buka route to Nairobi so nampak macam ada harapan nak ke Kenya dan Uganda. Sri Lanka dan Nepal juga adalah destinasi AirAisa kita tunggu promo sahaja kalau ada memang kita tangkap terus. Macam ke Maldives baru ni dapat RM550.00 untuk return tiket dari Kuala Lumpur.

Pakistan pun nampak sekarang macam dah mudah sebab dah ramai orang pergi travel. Baik dengan travel agent mahu pun secara backpack. Insyallah kalau dapat jer promo yang tak masuk akal insyallah sampailah aku ke sana. New Zealand penantian tiket promo yang tak pernah wujud setelah AirAsia tutup route ke sana. Masih menunggu sehingga kini.

Negara Balkan - Bosnia, Albania, Montenegro, Macedonia, Kosovo dan Serbia. Azerbaijan, Georgia dan Armenia insyallah dua route trip yang paling aku idamkan. Lama sangat dah diidamkan hahaha. Masih lagi menabung. Insyallah one soon. Moga tercapai untuk ke sana :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...