Monday, 28 October 2024

Bali Part 3 : Air Panas Alami Di Lembah Gunung & Tasik Batur

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selepas bergerak dari El Lago Cafe kami meneruskan perjalanan. Tapi ke mana? Kami pun tak tahu sebabnya Kintamani ini tak ada dalam itinerary atau tempat yang aku tak study. Cuma semasa di airport aku menggatal tanya dengan Pak Supir if nak berjalan-jalan di Kintamani sebelum bawa ke hotel di Ubud. Diberi harga yang baik pulak. Kita pun on jer la :D

Memang berbaloi sangat datang ke Kintamani ini walau tak dirancang dalam itinerary.
Selain El Lago Cafe terdapat banyak lagi cafe lain yang lebih mewah atau yang selevel dengan El Lago. Starbuck company Israhell pun ada di sini. If u all tak nak ke El Lago boleh jer pilih mana-mana cafe lain yang berada di sepanjang puncak atau lereng di Kintamani ini. 

Antara cafe-cafe selain El Lago Cafe yang ada di puncak Kintamani ini.
Cuaca masih lagi sejuk dan sekali sekala pemandangan ditutupi dengan kabus tebal. Aku yang melayan pemandangan dari tadi terus tanya Pak Supir "Tadi bapak kata mahu berhenti di mana-mana warung.. Kan belum sarapan.. Berhenti aja". Terus Pak Supir berhenti di sebuah warung di tepi jalan.

Warung yang Pak Supir berhenti untuk menjamah sarapan dan secawan kopi panas.
Kami semua turun dari kereta dan menjadi customer pertama di pagi ini. Terus pak supir order segelas kopi panas. Dan memandang ke arah aku.. "Bapak juga mau?" Aku pun.. "Boleh aja". Aku pandang yang lain.. Diorang semua geleng kepala. So aku dengan pak supir jer layan kopi panas di warung tu. Secawan kopi hanya IDR5,000 aja. Murah bangat.

Inilah kopi asli buatan orang Bali IDR5,000 secawan.
Kopi Tubruk Kintamani yang aku minum di Cafe El Lago tadi.
Berdekatan dengan warung ini ada sebuah kedai serbaneka iaitu AlfaMart. Sementara aku layan kopi dengan pak supir. Diorang yang lain pergi ke AlfaMart membeli beberapa keperluan termasuklah air mineral. Wife aku dah mencari air gas nak ada tenaga katanya. Ustaz Anas nak cari roti nak buat alas perut. 

Bernasib baik ada AlfaMart tak jauh dari warung pak supir ini berhenti.
Kabus masih tebal ketika ini walaupun selepas matahari terbit jam hampir 9 pagi.
Kami berhenti tak lama lebih kurang dalam 20 minit sahaja. Kemudian meneruskan perjalanan menuju ke kaki Gunung Batur yang bersebelahan dengan Danau Batur atau disebut Tasik Batur. Kenapa ke sini? Sebab di sinilah tempat yang famous untuk para pelancong menaiki Jeep untuk melihat Sunrise atau Sunset atau meneroka area kaki Gunung Batur.

Pemandangan yang indah dari puncak menuju ke kaki Gunung Batur.
Danau Batur dan kawasan pergunungan disekelilingnya.
Inilah Gunung Batur - Sebuah gunung berapi yang tidak lagi aktif.
Mungkin disebabkan seluruh Pulau Bali ini adalah terbentuk dari letupan gunung berapi maka segala tanaman di sini menghasilkan hasil yang terbaik dan berkualiti tinggi. Boleh dikatakan di setiap rumah ada sahaja yang mereka tanam termasuklah membuat sawah padi walaupun tanah hanya 50x50 kaki. Dan ada yang membuat kebun menanam sayuran seperti bawang, timun, tomato dan sebagainya.

Tanaman bawang merah antara yang terbanyak aku lihat di sini.
Okay disebabkan kami tak plan nak ke Kintamani ini maka kami tak la booking dengan mana-mana tour yang menaiki jeep untuk ke kawasan off road. Cuma Pak Supir kata dia pun boleh bawa ke mana jeep tu pergi cuma tak boleh la nak masuk lebih dalam. Kami pun on jer lah. Sebab dapat sampai ke Kintamani ni pun bersyukur sangat. 

So here we are di kaki Gunung Batur. Walau tak ada jeep kita layan jer la :D
Cantik sangat landskap di sini. Kalau pandai ambil gambar mesti best posing hihi :D
Tanah di sini semuanya berwarna hitam mungkin disebabkan
kesan lava gunung berapai yang mengalir ribuan tahun yang dahulu.
Maka Pak Supir pun bawalah kami ke suatu tempat untuk kami bergambar. Walau tiada Jeep di dalam gambar seperti gambar orang lain. Kami tetap enjoy hahaha. Seronok sangat dapat jejakkan kaki ke sini. Cuaca di kaki gunung tidaklah sesejuk seperti di puncak tadi. Namun masih nyaman dan udara yang bersih tetap menjadikan desa ini sebagai kawasan yang terbaik untuk dilawati.

Behind the scene - Di setiap gambar itu ada mereka yang bersusah payah.
Another behind the scene. Seronok tengok langit dan dataran yang terbentang luas.
Selesai bergambar meloncat macam beruk bagai. Pak Supir bawa kami ke salah satu hot spring yang ada di sini. Nama pun kawwasan gunung berapi kan mestilah ada kolam air panas. Kami telah berhenti di Batur Natural Hot Spring dalam perjalanan naik semula ke puncak Kintamani.

Lake Batur View Point at Batur Natural Hot Spring.
Ada banyak aktiviti yang kita boleh buat di sini.
Dan di sini terletak salah satu spot Batur Lake View Point. Dekat Malaysia agak susah nak dapat view macam ni. Disebabkan ada bayaran masuk dan tiada pakej biasa untuk rendam kaki sahaja atau sekadar berjalan-jalan disekitar hot spring maka kami decide untuk teruskan perjalanan. 

Yang ini decoration semata-mata. Bukan kolam air panas yer :D
Nampak macam panas tapi sejuk berangin. Namun tak la sesejuk seperti di puncak.
Insyallah kalau repeat lagi ke sini memang aku nak stay 1 or 2 night di mana-mana hotel atau chalet di tepi tasik atau di kaki Gunung Batur ini. Sebab view dia ada la sikit-sikit macam di New Zealand huhuu.. Istilah dia macam Tasik Yang Berdindingkan Gunung Ganang Yang Menghijau. Macam dalam video New Zealand Khairul Aming tu :D

Another behind the scene. Biasanya lelaki atau para suami memang menjadi mangsa.
Sekembali kami di puncak Kintamani Pak Supir bertanya mahu ke mana lagi. Aku pun kata terus sahaja ke Ubud sebab masing-masing dah kepenatan. Dalam 11.00 pagi kami telah pun beredar meninggalkan pergunungan Kintamani. Terus aku tengok google maps jalan mana yang pak supir ni ambil sebab kalau boleh nak berhenti di satu lagi tempat attraction.

44 comments:

  1. MasyaAllah cantik suasana berkabus dengan gunung-ganang menghijau 😍
    Tak payah ada jeep pun dah cantik gambar πŸ‘πŸ½

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suasa atas puncak mmg best cantik nyaman.. semua semua lah hahaha.. itulah tak yah ada jeep la.. jimat sikit hihii.. :D

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh kenapa deleted hahaha... Amik gmbr mem mmg kena beribu tapi yg di post satu jer hahaha...

      Delete
    2. Alamak... hahahha... takut menyinggung perasaan πŸ˜…

      Delete
    3. Idok ler.. mana ada.. tenang tenang jer hahahaa.. mesti rasa bersalah.. cpt2 pdm hahaha..

      Delete
  3. View gunung, view danau... semua cantik. Nampak pun nyaman je.
    Gambar-gambar behind the scene tu pun lawa!
    Nampak jalanraya nya pun elok menuju ke Gunung Batur tu. Jalan ke Puncak Kintamani tu berliku-liku ke yang boleh memeningkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt2.. view dia mmg memukaukan sgt2.. kalau repeat mmg nak stay 1 atau 2 malam di sini..
      Time kami di sini keadaan jalan ok tak macet sgt. Mungkin sebab masih di awal pagi lagi..berliju liku tapi tak la smpai memeningkan.. ok jer :D

      Delete
  4. gambar semua sgt cantik esp view gunung dan tasik tu...memang ada jugak iras2 NZ laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg suka view tasik dgn gunung tu.. kan kan ada mcm iras iras NZ kan huhuu.. :D

      Delete
  5. Subhanallah cantiknya view berserta model2 nya. Kena repeat Bali ni Insyaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom..kita pun nak repeat Bali semula.. tgh tunggu if ada promo jer ni :D

      Delete
  6. Bagus Pak supirnya ya ...
    Memang cantik dan wajib repeat ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Supir nya baik.. senyum jer sentiasa.. selalu di tanya ke mana lagi mau pergi.. kitrg yg penat nak jenjalan...

      Delete
  7. Macam bukan kat nusantara je kan? Cantik

    ReplyDelete
  8. Asyik perjalanannya Mas walau sebelumnya tak termasuk dalam itenary.
    Kopi tubruk Kintamani, satu gelas hanya Rp 5000,- Ah iya murah sekali. Biasanya harga segelas kopi di tempat wisata tak semurah itu.
    Pemandangan di danau Batur sungguh mempesona.
    Perjalanan tour yang menyenangkan ya Mas. Syukurlah ditemani pak sopir yang baik.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu nama nya rezeki yg tak dirancang Allah permudahkan kita utk smpai ke sana.. syukur sangat2.. Kopi yg sama di dua tmpt yg berbeza mmg jauh beza harga nya. Walau pun bersebelahan hahaha..
      Alhamdulillah dpt pak supir yg baik sama2 senyum apabila melihat keindahan alam :D

      Delete
  9. Wah pasti seru abis ada di situ....emang menarik ya...bebatuan warna hitam itu terlihat cukup menarik, apalagi yang lagi berfoto-foto 🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak disangka dpt berpijak di atas tanah hitam dari kesan letusan gunung berapi.. kalau dpt naik jeep pasti lgi indah pemandangan nya.. :D

      Delete
  10. Bali best, if ada promo nak repeat lagi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah... Tunggu promo utk repeat semula ke Bali :D

      Delete
  11. Beruntungnya Abang bisa dibawa turun. Menyesal saya tak turun saat kesana. Memang hrs kemBALI lagi πŸ˜„. Anak2' saya belum pernah ke Bali. Jadi ada plan nak ajak mereka, tp by car dari jakarta. So sampai sana tak payah sewa kendaraan. Butuh 1 hari Jakarta-Bali.

    Ada 1 glamping bagus di sana. Pernah baca dari tulisan teman. Teringin nak stay sana kalo ke kintamani lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Supir yang mencadangkan utk turun ke bawa ke kaki gunung batur.. mmg cantik segala pemandangan di sini.. Kalau bawa kereta ke Bali pasti seronok bangat perjalanan akan melewati countryside yg indah :D

      Delete
  12. cantik dan enjoy untuk menikmati pemandangan gunung ..kalau menikmati air kopi ...pergh memang layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah layan kopi sambil layan pemandangan yg indah mmg satu nikmat yg tidak di sia sia kan :D

      Delete
  13. seronoknya bila dapat melawat sawah padi berteres mcm tu sbb bendang padi di sekeliling rumah bapa saya tanahnya rata sahaja. suka tengok gambar2 di Bali ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah memang aim nak ke kawasan sawah padi yg bertingkat seperti .. jauh beza dgn penanaman padi di Malaysia.. :D

      Delete
  14. Cantik nya pemandangan...
    Batuan hitam tu semua kesan lava lah, MasyaAllah, di sebalik lava berapi.. Bila dah sejuk, tanah jadi subur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu dgr kan lava tu selepas menjadi tanah mmg subur dan tanaman mmg menjadi sungguh.. Seronok tgk org kat sini bercucuk tanam..

      Delete
  15. Cantik betul kintanami ni. Biasa org tunjuk pulau dgn pantai sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dah explore baru tahu apa yg ada di Bali ini..

      Delete
  16. wah, seronoknyaaa. bila laa dpt pegi niii haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah soon saya doakan.. AirAsia selalu buat promo kena selalu memerhati..Bila murah tu terus grab jer.. :D

      Delete
    2. lepasniii kene rajin tgk promo airasia jelaa.haha

      Delete
    3. Betul tu tak rugi kalau rajin mencari :D

      Delete
  17. Subhanallah!
    Memang indah nian pemandangan di sini.
    Agaknya kalau saya sampai sini tak terkelip mata memandang dan habis bateri HP atau kamera untuk rakam gambar dan video!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri pun terpegun dgn keindahan alam semula jadi di sini.. banyak juga video dgn gmbr kami amik di sini.. :D

      Delete
  18. Subhanallah cantik! Saya masa pergi bali dulu tk turun sampai ke kaki gunung ni. Pemandu pelancong bawak kami pergi restoran yg menghadap Mount batur, dpt tgok view dari atas je. Mmng memukau :D

    Seronok jadi org2 kampung sekitar situ. Tanah subur, setiap rumah pun ada tanaman sendiri. Lagi best makan dri hasil kebun sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala rugi kalau tak turun ke kaki gunung batur ini.. ada byk jugak la untuk dilihat especially air panas semula jadi dan sebagainya.. perkampungan.. tanaman kebun-kebun yg subur.. Boleh membeli souvenir dan kraftrangan. Tasik batur itu sendiri mmg cantik :D

      Delete
  19. Bab bergambar dan mengambil gambar memang takkan lepaskan, selagi ada bateri selagi itu kita layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu .. selagi boleh selagi tu la depa nak bergambar bagai.. nama pun isteri maka layan je la huhuu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...