Wednesday 23 October 2024

Bali Part 1 : Mencari Supir Di I Gusti Ngurah Rai International Airport

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Cerita trip backpack ke Bali, Indonesia ini telah berlaku pada February 2024. Disebabkan nak menghabiskan banyak kisah pengembaraan lain maka hanya sekarang baru dapat mulakan penulisan jalan cerita backpack ke Bali. Insyallah kali ini berazam nak habiskan cerita Bali ini dalam masa sebulan sahaja.

Ahli travel group kali ini - My Wife Mya, Cikgu Hani dan Ustaz Anas.
Mengembara selama 5 hari 4 malam di Pulau Bali memang menakjubkan. Banyak tempat-tempat yang cantik dan masih lagi nature di Bali ini. Dan untuk trip Bali ini alhamdulillah aku masih lagi dapat kekalkan "under budget" iaitu all in ground cost kurang dari RM800.00 per person (hotel, makan minum, perjalanan dan souvenir) dan flight ticket Airasia untuk return adalah RM418.00 per person.

Ketika berada di Bali aku ada post entry Salam Dari Bali Yuk - Stay Tune Readers. Di situ ada few gambar mengenai beberapa destinasi yang aku tuju ketika berada di Bali. Alhamdulillah boleh dikatakan banyak jugalah destinasi yang kami dapat jejakkan kaki. Dari Ubud ke Kintamani, Ulun Danu di Bedoegoel ke Sideman, Black Sand Beach dan dari Tanah Lot sehinggalah ke Kuta Selatan.

Electronic Visa On Arrival (E-VOA) - Malaysia Passport Holder kena ada yer.
Canggih juga Bali Airport ni. Destinasi tumpuan masyarakat antarabangsa kan.
Untuk trip kali ini tak bawa anak-anak tapi selain aku dan wife ada satu lagi couple yang ikut. Ustaz Anas dengan wife dia Cikgu Hani. Ustaz Anas ni adalah junior aku semasa di Johannesburg dulu. Kalau u all buka cerita di Afrika. Mostly muka Ust Anas ni memang wujud. 

Selepas 10 tahun tak sangka dapat travel bersama sekali lagi setelah sekian lama. Last travel bersama adalah ke Swaziland, Afrika pada tahun 2013. Dan kali ini perjalanan travel mungkin akan berlainan sebab masing-masing dah beristeri. Dah tak boleh nak travel gila-gila sangat macam di Afrika dulu.

Pada mereka yang tak buat E-VOA akan ke sini untuk isi dan dibantu oleh pegawai.
For Malaysia passport Holder kita boleh stay di Bali selama 30 hari yer.
Dan semasa di Bali kita boleh apply another 30 days if we want to without additional cost.
Okay cukuplah intro setakat ini. Flight kami selamat tiba di Bali pada jam 1.00 pagi waktu tempatan setelah 4 jam penerbangan, kalau tak silap aku la. Kalau ditanya berkenaan airport Bali. Bagi aku agak mengerikan dan menakutkan dengan patung-patung yang tak friendly kids memenuhi airport Bali. Yes itu culture mereka but still agak merisaukan di situ hahaha.

Antara patung-patung yang menghiasi suasana di Airport Bali.
Untuk trip kali ini aku tak prepare itinerary sangat sebab partner travel aku masa student dulu ada. So trip kali ini lebih kepada redah sahaja. And macam biasa bila travel ke Indonesia kita kena ada Pak Supir. Maka pencarian Pak Supir yang ramai berkeliaran di airport pun menjadi sasaran aku. Lebih kurang 2 jam kami di airport akhirnya aku dapat seorang pak supir dengan harga IDR500,000 ke Ubud.

Dan secara tak langsung aku tanya kalau ke Kintamani terus dari airport dan kemudian baru ke Ubud berapa? Dan dari harga IDR1,000,000 yang diberi, aku memulakan sesi tawar menawar sehingga dapat IDR800,000 untuk perjalanan dari airport ke Kintamani dan kemudian ke Ubud. Oleh kerana kami berempat maka kos untuk seorang adalah IDR200,000 / MYR60.00.

Masjid Besar Al-Muhajirin di puncak Gunung Kintamani.
Ruang solat utama. Jemaah semua dah balik selepas selesai solat subuh.
Laluan dari pintu pagar depan ke ruang solat utama dan ke tempat wudhu dan bilik air.
Disebabkan sekarang baru pukul 3.00 pagi Pak Supir kata adalah lebih baik kita bergerak sekarang kerana jalannya tidak mecet. Dan moga-moga sampai di Kintamani keadaan masih pagi. Oh ya walaupun Pak Supir kami beragama hindu tapi sangatlah baik orang. Ketika sampai di Kintamani kami meminta untuk berhenti di mana-mana masjid sebelum ke tempat wisata untuk bersolat subuh.

Setelah kami check di google map ada sebuah masjid yang tidak jauh dari keberadaan kami. Masjid Besar Al-Muhajirin yang terletak di atas puncak Gunung Kintamani. Ketika kami sampai jemaah baru sahaja selesai solat subuh. Dan masa keluar dari kereta kami terkejut dengan cuaca yang teramat sejuk dan suhu pada ketika itu adalah 15 degree.

Berjalan ke belakang dan jumpa tempat wudhu dan bilik air di bawah tu.
Kalau turun bawah sekali ada pintu keluar. Pelik pulak design masjid ini.
Bila dah cerah sedikit barulah tahu masjid ini berada di lereng puncak gunung.
Masa tanya dengan jemaah masjid di mana nak ambil wudhu mereka kata pergi belakang sekali dan turun bawah. Mula-mula teragak-agak jugak turun bawah mana. Tempat wanita berwudhu pun sekali di sini. Di setiap bilik air disediakan kolah air kecil dan tiada batang air paip yang dijumpai.

Dah la masa ni cuaca terlalu sejuk kena air kolah lagi mengigil dibuatnya. Nasib la kami ni semua ada bawa sweater. Pak Supir tunggu di dalam kereta sebab di luar sejuk katanya tak tahan. Selesai fresh up dan bersolat. Kami menaiki kereta semula menuju ke salah sebuah cafe yang ada di puncak gunung ini untuk menanti kemunculan sunrise.

Bersambung Bali Part 2 : Menikmati Sunrise Dari Cafe El Lago Di Puncak Gunung Kintamani (Under Construction)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...