Wednesday, 16 July 2025

Aktiviti Wajib Jika Ke Kuantan - Mengail

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Alang alang dah sampai kuantan kita buat lah aktiviti mana yang mampu kan..

Joran dibawa setiap kali ada kerja di Kuantan. Dapat peluang dan masa yang tepat pasti tidak akan dilepaskan. Tapi selalu jer tak ada masa nak labuhkan mata kail walau berhari-hari berada di Kuantan.

Dia pun tak nak kalah. 
Senangin dari Sungai Muara Kuantan.
Okla lebih panjang dari tapak kaki kita.
Antara hasil pancing lain dari muara Kuantan.
Kali ini ada la sedikit rezeki nak masak Asam Pedas Ikan Senangin. Ikan Jenahak Goreng Berlado. Paling seronok bila tengok the kids menjerit-jerit tarik ikan naik ke tebing. Kalau dapat yang besar sikit tu terus takut suh ayahnya yang bawa naik ikan. πŸ˜…

Benteng Kuantan atau Muara Sungai Kuantan ini adalah air payau iaitu separuh tawar separuh masin. Ikan Kerapu, Siakap, Senangin, Kurau, Tetanda, Gerut dan Sembilang memang selalu menjadi mangsa pemancing di sini. 


24 comments:

  1. Wahhh besar hasil tangkapan hihihi.... rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kdg2 rezeki tu ada.. kita kena kuat sikit berusaha hihii.. dan memancing ni perlukan kesabaran yang tinggi.. πŸ˜…

      Delete
  2. Replies
    1. Sekilo lebih juga beratnya.. senyum sampai ke sudah ☺️

      Delete
  3. banyaknya dapat ikan......rezeki 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun dah bagi bagi pada jiran.. kalau tak mmg tak cukup nak susun atas tu hihii.. alhamdulillah ☺️🀲🏻

      Delete
  4. Lumayan dapat ikan..mantap kata orang berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa memang tak kedekut la.. rezeki penuh tong walau mancing di tepi sahaja.. ada masa kumpaw juga hihii.. πŸ˜…

      Delete
  5. waaa bestnya dpt hasil dari mengail ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dpt rezeki dpt juga bagi the kids happy.. 😊

      Delete
  6. wahhhh lumayan betul hasilnya! puas makan ikan sebulan ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau tak habis makan kita buat ikan masin dgn pekasam jer hahaha .. πŸ˜…

      Delete
  7. Linda dulu ngail dekat parit² je..dapat lah ikan puyu,ikan sepat...hihihi..sambil² tunggu ayah dekat kebun..ayah kabo jangan ikot,kita dah lompat atas motor dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puyu sepat tu buat pekasam sedap hihii... Selalu juga mancing setiap kali balik kg di Perlis.. bendang sawah terbuka luas.. tpi dulu la.. skrg dah naik kwsn perumahan.. best kan kenangan masa kecil dulu.. 😊

      Delete
  8. Replies
    1. Semuanya guna udang kopek jer.. udang beli di pasaraya TMG tu.. Potong-potong buat umpan.. ☺️

      Delete
  9. kalau tau datang Kuantan boleh minta sikit hasil pancing hahaha...hasil dah macam Ana ikan bakar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh orang kuantan juga ke.. ok ok boleh.. nanti email nombor tepong.. boleh makan makan di Ana Ikan Bakar tu hihii.. kalau ke Kuantan mmg kena pi makan ikan bakar di tanjung lumpur .

      Delete
  10. Banyak nya Afif dapat ikan. Last week brisk walk di benteng, ramai orang memancing. Berapa lama memancing ni. Kita pun sama seronok tengok dapat banyak ikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena timing alhamdulillah memang banyak boleh dapat ikan di Benteng Kuantan. Ada jer masa dtg mancing tak dapat apa sejam dua.. mancing ni kena ada kesabaran dan yakin rezeki dari Allah .. ☺️

      Delete
  11. Sesekali melabuhkan mata kail lumayan hasilnya. Dapat juga buat stok ikan untuk masak di rumah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada hasil yg boleh dijadikan lauk... Rezeki bila bawa anak2 sekali pi mancing.. ☺️

      Delete
  12. Hasil pancingan gambar ikan pertama tu kami panggil ikan belais. Kalau di LD nelayan akan tombak sebab ikan ini banyak di kawasan batu karang.

    ReplyDelete
  13. Huishhhh banyak betul hasilnya tu. Berbaloi mancing kalau meriah sangat dapat ikan pelbagai jenis. Jimat duit beli lauk pauk.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...