Wednesday, 23 July 2025

Bila Satu Family Tak Sihat

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Satu family tak sihat kecuali si ibu jer yang masih "sihat" setakat ini. Si Affan start sakit dari jumaat petang minggu lepas. Malam tu lepas isya' tiba-tiba dia muntah dan sakit perut. At first suspect makanan dari sekolah tadika dia.

Tapi esok petang tu si kakak sulung Atiyya pula sakit perut dan muntah-muntah. Dah dua orang anak melepet. Dan kemudian pagi ahad si baby Afnan pulak muntah dan cirit birit.

Bawa pergi klinik pun melepet
Tinggal la si Athira sahaja yang masih sihat. Tiba-tiba pukul 3 pagi Isnin malam Selasa. Dia masuk bilik bagitau sakit perut dan terus muntah sebelah katil. Terus bangun dan mandikan si Athira dan cuci muntah yang banyak di atas lantai.

Dan pagi semalam aku bangun dengan sakit kepala yang teramat sangat. Sakit segala sendi dari pinggang sampai ke kaki. Dan badan rasa nak demam. Wife terus tak boleh pergi kerja sebab semua dah rebah. Terus bawa aku ke klinik pukul 9.00 pagi. Dan doktor amik darah bagai dan aku disahkan denggi. 

Menyerah diri di Klinik Walid.
Doktor kata pelik sebab anak-anak sakit semua bukan satu sebab yang sama. Affan confirm sakit sebab makan durian yang dah tak elok. Si kakak makan seaweed dekat rumah sepupu dia. Afnan dengan Athira sebab minum air yang tak bersih.

Dan doktor kata memang seminggu dua ini ramai anak-anak yang datang klinik sebab sakit perut dan cirit birit. Biasa datang sebab batuk selsema. Tapi pelik wave seminggu dua ni. So doktor nasihat cuba tahan minum air tapis yang di rumah tu. Dan try minum air mineral botol. Especially air spritzer tu. 

Maka dari semalam kami satu family takut nak bagi anak-anak minum air tapis kat rumah. Berkotak-kotak la air mineral di rumah ni. Dah la minggu ni sukan kat sekolah si Athira dgn Atiyya dua-dua ada jadi wakil sukan dalam acara masing-masing.

Minggu ni semua budget kena potong sebab dah keluar masuk klinik banyak kali. Seorang anak bawa pergi klinik seratus lebih tak lari. Si ayah kena amik darah untuk test denggi bagai dan inject antibiotic terbang RM200 lebih. Tersenyum sikit minggu ni tengok wallet hihii.. πŸ˜…

8 comments:

  1. Allahuakbar. Semuga semua sihat kembali. Apa pun bila dah macam ni redho le yang penting famili sihat semuanya. Duit boleh cari tapi kesihatan kena jaga untuk kebahagiaan keluarga.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar...Susah hati bila baca..Semoga semuanya cepat sembuh...Amin

    ReplyDelete
  3. shafahumullah jami'an. moga cepat sembuh semuanya.aamiin

    ReplyDelete
  4. Syafakumullah.
    Denggi tak perlu warded ke Afif? Cuba minum air jambu batu, Peel Fresh ada jus jambu batu.
    Utk anak4 boleh kot bagi 100 Plus (tanya Doc dulu) sbb anak akk biasa cirit birit taknak minum air garam yg diberi jadi bagi minum 100 Plus (consult dgn Doc dulu)

    ReplyDelete
  5. Semoga kembali sihat seisi keluarga, mujur ibu masih sihat. Take care juga buat ibu untuk menjaga ayah dan anak-anak. Biasanya kalau musim buah, akan ada virus yg akan menyerang anak-anak muntah dan cerry berry (Paed kmieja share info ni masa anak-anak kecil dulu sebab pernah terjadi juga dekat anak-anak)

    ReplyDelete
  6. moga semua cepat sembuh...yang suspek denggi tu lagi kena extra tc, banyakkan minum air

    ReplyDelete
  7. Semoga semua cepat sembuh...bila sakit mmg ada extra perbelanjaan...zaman sekarang kena buat simpanan lebih untuk sakit...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...