Assalamualaikum Dan Salam Sajehatera 1Malaysia
Sambungan Dari Uzbekistan Part 6 : Alisher Navoiy Theater - State Museum - Mustakillik Fountain
Lama tak update kisah travel di Central Asia ni. Ada sahaja yang menghalang dan hanya dapat update soal life biasa sahaja. Alhamdulillah denggi pun dah kurang banyak. Demam pun dua hari lebih sahaja. Syukur isteri laju bawa ke klinik.
Ikutkan hati nak makan panadol dan rehat di rumah sahaja. Never underestimate the power of wife hahahaa. π
![]() |
Memorial Square at Tashkent City. |
Moh ler kita sambung kisah pengembaraan. Untuk Memorial Square ini aku tak pasti sama ada ia berada di dalam Ankhor Park atau ia adalah dua tempat berlainan yang bersebelahan. Atau juga keduanya berada dalam satu tempat yang sama.
Memorial Square ini adalah antara tempat yang wajib untuk dikunjungi di Tashkent. Antara yang menarik di sini ialah di tengah-tengah square dibina Statue The Tomb of Motherland bersama-sama Eternal Flame π₯- Api yang menyala 24 jam sehari di sepanjang tahun dan ia telah menyala bertahun-tahun lamanya.
![]() |
Statue The Tomb of Motherland and Eternal Flame.π₯ |
![]() |
Keadaan yang basah sebab hujan pagi tadi. Menambahkan kesejukan. |
Dan di sini juga tertulisnya semua nama-nama warga Uzbekistan yang telah menjadi tentera di bawah naungan Soviet Union yang terkorban semasa Battle of Moscow atau juga dikenali sebagai Moscow War. Iaitu peperangan yang menghalang kemaraan Tentera Nazi dalam Operation Typhoon dari menakluk Moscow di dalam Perang Dunia Kedua.
Peperangan yang berlaku di antara Oktober 1941 sehingga Januari 1942 di sepanjang 600km perbatasan bagi mempertahankan Moscow dari jatuh ke tangan Nazi telah meragut lebih 500,000 Tentera Soviet Union dan mencederakan hampir 150,000 tentera yang lain. Dan mengorbankan lebih 200,000 Tentera Nazi.
![]() |
![]() |
Ada beribu-ribu nama perwira negara yang terbuku di sini. |
![]() |
Antara nama-nama wira yang gugur di medan perang ketika perang dunia kedua. |
Battle of Moscow di akhiri dengan kekalahan Nazi kerana tidak dapat menakhluk Moscow iaitu ibu negara Soviet Union. Dengan harapan penakhlukan itu Soviet Union akan runtuh dan pihak Nazi hanya perlu focus pada arah barat sahaja.
Ia menjadi salah satu peperangan yang hebat dalam dunia ketenteraan dengan hampir 1.9 juta tentera Nazi yang menyerang dan di antara tentera nazi adalah 4 kumpulan Panzer Army yang terdiri dari Wehrmacht dengan kekuatan lebih dari 2,500 kereta kebal dan hampir 1.3 juta tentera Soviet yang bertahan.
![]() |
Tengah sejuk winter pun masih boleh tumbuh dengan mekar. |
![]() |
Sebab kawasan memorial kan. Maka banyaklah bunga-bunga yang menghiasi suasana di sini. |
Kawasan ini memang cantik dengan landskap taman yang dipenuhi pelbagai jenis pokok-pokok bunga. Terdapat juga beberapa orang tentera yang menjaga keadaan dan suasana di sini. Dan walau di musim winter tapi kehijauan di sini dapat di jaga dengan baik dan bunga-bunga tumbuh dengan segar.
Kalau tahu nama bunga-bunga yang macam ada muka orang ni boleh comment di bawah yer.☺️
![]() |
Siapa yang tahu nama bunga ni boleh comment di bawah yer. |
Selesai menerokai kawasan sekitar kami bergerak pulang ke hostel dengan menaiki Yandex di hadapan Turkistan Concert Hall. Dalam sedar atau tidak kami dah berjalan sejauh 2.8 km dalam masa lebih 3 jam. Banyak berhenti rehat sebab the kids dan mengambil gambar di setiap tempat yang menarik.
![]() |
Turkistan Concert Hall terletak di penghujung Memorial Square. |
Dalam perjalanan ke hostel dapat whatsapp dari Tuan Ilham. Beliau jemput datang lunch di rumah hari ini. Senyum tak terkata sambil bagitau semua nanti tengah hari dapat makan makanan Malaysia. Nak tahu macam mana lunch dengan Ambassador boleh refer part sebelum-sebelum ini yer.
![]() |
Bersama Tuan Ilham Ilyas - Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan. π |
Kami sampai hostel sahaja driver bersama kereta tuan ambassador telah menunggu kami. Padahal tadi baru jer bagi address hostel pada Tuan Ilham. Aku tanya minta tunggu 10 minit sebab nak fresh up tukar baju bagai sebab dah serabai berjalan-jalan dari pagi tadi. Driver kata "Okay okay.. don't so late Mr Ilham is hungry" sambil dia gelak.
![]() |
Alhamdulillah safely arrived at Malaysia Ambassador Residence. |
Perjalanan hanya memakan masa 10 minit sahaja untuk sampai di rumah Tuan Ilham yang juga tak jauh dari Kedutaan Malaysia di Tashkent. Masa sampai Tuan Ilham dah siap menunggu kami dan tak lama duduk terus dijemput makan tengah hari. Lama juga tak jumpa dengan Tuan Ilham memang nak berborak jer kami berdua.
Bagi kami inilah makanan tengah hari kami paling bermakna sepanjang hampir 2 minggu ini hahahaa. π Aku tak malu la nak ngaku makan sampai 3 kali tambah hahahaa.. Apa korang nak cakap pun tak kesah dah. Sayur Campur, Ayam Masak Merah, Daging Masak Kurma dan satu lagi lauk dah tak ingat hihii.
![]() |
Okay.. its a time for lunch. Masa ni Tuan Ilham kata pada Athira senyum sikit sebab ibu nak ambil gambar tu. Nanti boleh bagitau kawan, Ambassador tolong ambilkan lauk untuk Athira hihii.. |
Kiranya inilah makanan raya kami paling mahal dan bermakna. Dari first day raya hari tu makan daging blackpepper masak sendiri di Bishkek, Kyrgyzstan. Feeling ada la macam nak nangis terharu hahaha. Tuan Ilham pun kata makan banyak-banyak sebab nanti susah nak jumpa makanan melayu lagi hihii.
![]() |
Tuan Ilham ajak selfie. Haishh segan dibuatnya hahaha.. |
![]() |
Alhamdulillah semua anak-anak dapat duit raya dari Tuan Ilham. |
Lepas makan aku sambung berborak dengan Tuan Ilham sambil wife jaga the kids yang dah mula tak duduk diam. Nasib baik la maid kat rumah Tuan Ilham ni garang sampai marah si Aidel dengan Aydan yang tak nak duduk diam. Lega aku sebab kalau maknya yang marah lagi teruk hahaha.
Hampir 3 jam kami berada di rumah Tuan Ilham dan sebelum pulang Tuan Ilham bagi duit raya pada the kids. Alhamdulillah semua sopan ambil duit raya kecuali di kecik Afnan lepas amik terus lari. Haishh sabar jer la.
Insyallah ada rezeki di lain waktu pasti akan mencari peluang bertemu dengan Tuan Ilham. Duta Malaysia paling awesome dan baik hati dari zaman aku belajar lagi. Semoga diberikan kesihatan yang elok sepanjang bertugas di sana. Amin.
Bersambung Uzbekistan Part 8 : (Under Construction)
Perjalanan penuh makna ni..
ReplyDeleteDpt jumpa duta dan makan tgh hari tu mmg penuh makna huhu..
DeleteAlhamdulillah rezeki dapat makan dan disantuni oleh Malaysia Ambassador..
ReplyDeleteMemang syukur sangat dapat makan di rumah Ambassador.. Makanan paling sedap sepanjang 2 minggu dibperantauan hihihii.. ☺️π π€
Deletebila travel luar negara ni, tekak tu tetap juga nak masakan melayu..kan
ReplyDeleteBetul... Ada la bawa makanan tapi yg ini makanan proper yg dimasak di dapur kan.. mmg lain.. bertambah-tambah makan π
Deletealhamdulillah, tuan duta sudi belanja makan tengahari....
ReplyDeleteAlhamdulillah dijemput dtg rumah pun dah gembira apatah lagi di jemput makan tgh hari π
Deletebestnya dpt mkn2 kat rumah duta msia tu!
ReplyDeleteUnexpected.. syukur dpt rezeki bila bermusafir di negara orang.. ☺️
Delete