Saturday, 19 July 2025

Brunch Bersama Family Di Kedai Kopi Atok - Bandar Kuantan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selepas menyiapkan the kids semua di bilik hotel. Kami menuju keluar bagi mencari sesuatu untuk perut yang sedang bermainkan lagu meminta sesuatu untuk diisi. Disebabkan kami dari De Spring Hotel maka tempat yang paling dekat ada menuju ke Kedai Kopi Atok.

Kedai Kopi Atok  - Jalan Bukit Ubi, Bandar Kuantan.
Beralamat di No 77, Jalan Bukit Ubi, Bandar Kuantan, 25200 Kuantan, Pahang. Sebuah kedai kopi berkonsep santai, hipster, old school dan sesuai untuk didatangi oleh semua peringkat umur masyarakat untuk semua bangsa. Dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 7.00 malam. Dan tutup pada setiap Hari Isnin.

Ini adalah tempat baru yang mana sebelum ini kedai kopi ini dikenali sebagai Kedai Kopi Atok Wall Street yang terletak di Jalan Haji Abdul Rahman, 25000 Kuantan, Pahang. Betul-betul bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Kali ni kami dapat tempat duduk di luar tapi ok juga berangin dan terlanggar siku.
Berkonsepkan "Kedai Kopi Traditional Zaman Dahulu".
Pekerja agak ramai insyallah tak akan ambil masa lama untuk dapat makanan.
Setiap kali ke sini pasti penuh dengan pelanggan yang sedang menjamah makanan. Ada kala kelihatan pelancong asing juga duduk santai di sini. Dan yang lebih menyeronokan adalah walau tempat ini agak viral sentiasa dipenuhi pelanggan tapi harga makanan di sini masih lagi berpatutan. 

Lokasi kedai yang corner lot juga amat mudah untuk dijumpai, berhadapan dengan jalan utama iaitu Jalan Bukit Ubi. Latest masa aku datang minggu lepas walau pun keadaan hujan lebat pelanggan tetap hadir tanpa henti. 

Cakoi dan Pau Goreng dibuat fresh setiap masa.
Cuma satu kekurangan yang aku nampak adalah ruang tempat duduk makan agak sempit. Kalau terlaga siku, tersondol kaki sesama pelanggan itu adalah perkara biasa. Nak buat macam mana kan dah tempatnya tak besar tapi pelanggan yang hadir sentiasa ramai. Tak kan nak pindah tempat lain pula huhu.

Baby Rose Tea, Teh Tarik Kurang Manis & Teh O Limau Suam.
Antara recommended makanan yang aku boleh suggestkan adalah Pau Gulung Atok iaitu pau kukus kosong yang dimakan bersama sambal. Pau Kacang Merah Goreng dan Cakoi di sini sedap sebab dibuat fresh setiap masa di hadapan kita. Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng di sini bagi aku wajib dicuba. Terdapat juga pau kukus pelbagai jenis di sini.

Nasil Lemak Ayam & Telur RM10.90. Telur Separuh Masak RM3.90.
Mee Kari RM8.90. Bihun Sup Daging RM7.90.
Nangka RM10 - Ada seorang pakcik berbaju oren menjual dari meja ke meja.
Tempat makan classic dan vintage. Harga insyallah sangatlah reasonable.
Terdapat makanan berat dan ringan yang disediakan sepanjang masa mereka beroperasi dalam sehari. So untuk aku yang hadir bersama anak-anak kecil ini senang nak bagi mereka pilihan makanan. Disebabkan aku dah makan breakfast di hotel maka the kids jer yang menjamah makanan. Mihun Sup Daging, Mee Kari dan Nasi Lemak Ayam Crispy.

Boleh consider untuk makan di sini kalau nak mencari tempat makan yang sedap, viral dan murah di Bandar Kuantan. Lagi-lagi macam aku yang bawa sampai 4 orang anak. Harga reasonable and affordable untuk datang bersama family ☺️.

2 comments:

  1. sempoi kedai kopi atok....boleh try ni kalau ke belah sana

    ReplyDelete
  2. Nanti kalau ke Kuantan boleh cari kedai ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...