Hari ketiga berada di Kuantan. Tangan gatal juga nak update blog walau tak bawa laptop. Maka kita update pakai hp jer la.
Alhamdulillah safely arrived Kuantan Jumaat malam untuk urusan kerja selama 3 hari. Insyallah petang ni dah boleh pulang semula ke KL. Anak-anak semua terpaksa dicutikan hari ini dari persekolahan sebab dipaksa ikut sekali π
.
![]() |
First time check in di De Spring Hotel. Alhamdulillah selesa dan cantik. |
Macam biasa, bila ke Kuantan atas urusan kerja jarang sangatlah nak booking hotel awal-awal. Selalunya memang last minute. Maka rezeki untuk kali ini dapatlah stay di De Spring Hotel ini untuk tiga malam. Hotel ke 18 yang aku check in di Kuantan disebabkan selalu datang ke sini atas urusan kerja. Nanti aku buat full review hotel De Spring Hotel ini insyallah.
![]() |
At first suka stay di Classic Hotel yang berdekatan dengan Benteng Muara Kuantan sebab situ satu-satunya hotel di Kuantan yang bagi breakfast variety dan jenis tak berkira langsung. Dan menu breakfast setiap hari pasti berlainan.
Tapi sebab disebabkan tiada parking khas untuk pelanggan hotel dan selalu kena saman MPK. Dan kalau parking bawah pokok tu mesti dapat hadiah dari burung (bukan sikit yer). Maka kami beralih ke Hotel Cathayana. Bilik besar, breakfast 8/10 dan ada parking khas untuk customer. Tapi itulah selalu fully book especially weekend.
![]() |
Malam pertama makan di Kedai Burok tak tahu apa pasal nama dia macam tu. Lokasi belakang Hospital Kuantan (HTAA). Makanan Sedap tapi agak keras harganya hihi. Air Bandung Q, Teh O Ais 1, Kopi Panas 1, Tom Yam Ayam dengan Daging Masak Merah & Kopok Keping RM46.00. π€
![]() |
Jom brunch di Kedai Kopi Atok. |
![]() |
Mee Goreng, Nasi Lemak, Mee Kari, Bihun Sup, Pau semuanya sedap π€€ |
Breakfast first day tak sah kalau bukan di Kedai Kopi Atok. Makanan sedap dan variety. Menu breakfast + lunch = Mihun Sup Daging, Mee Kari, Nasi Lemak Ayam, Mee Goreng, Telur Separuh Masam, Pau Goreng dan Pau Kacang. Eh hotel rak bagi breakfast ke? Ada tapi simple breakfast iaitu nasi lemak bungkus dan roti. First come first serve. Kalau habis bye bye gitu π
.
Kedai Kopi Atok ni makanan sedap cuma masalah kedai dia kecik dan tempat duduk pun agak rapat so kalau tersiku orang belakang tu perkara biasalah hihi. Dan kalau salah timing datang memang kena que tunggu seat available yer. Dan pastilah kopi di sini amat menarik dan harganya murah dari kopi kampung sehinggalah cappuccino dan latte and so on.
![]() |
Pantai Kempadang terletak 10km dari Bandar Kuantan. |
![]() |
Ada anak sungai cetek yang mengalir keluar. |
Datang ke Kuantan tak sah kalau tak mandi pantai. Dan kali ni bawa the kids main di Pantai Kempadang. By the way first time mandi manda di sini. Selalu ke Pantai Gelora, Pantai Anak Air, Pantai Teluk Sisek dan Pantai Sepat. Teluk Cempedak dah tak pergi sebab orang ramai sangat kalau weekend dan parking kena bayar π€. Pantai lain semua free jer parking dan entrance.
Selamat pagi dari LD.
ReplyDeleteSemua gambar ini akan jadi kenangan sangat manis apabila anak-anak sudah dewasa.
Alhamdulillah semoga sihat org di LD amin..
DeleteMoga moga anak sentiasa ingat penat lelah ibu ayah mengembirakan mereka membesar hihii.. π€
ooo ada byk pantai rupanya, sbb i cuma tau TC ajer (bkn org pahang kan hahahah)
ReplyDeleteYes banyak... Lepas tahu banyak nya pantai terus tak jejak TC dah.. hahahaha.. kita pun bukan org pahang juga.. π
DeleteSelamat pagi....seronok la anak- anak ikut pi kerja ye...kita tengah berbelah bahagi ni, esok kita cuti sampai Rabu..x tau nak pi CH ke atau nak pi Kuantan...
ReplyDeleteHurmm pergi lah Kuantan... Dah makin meriah... Byk tmpt makan yg best best.. Pantai... Bandar pun tenang insyallah... Cari keropok lekor.. cari seafood murah bawa balik rumah hihii... π€.. CH jalan jem sesam org ramai... Hahahaa
Deletecantik pantainyaaaa....makanan semua nampak sedapp...
ReplyDeleteKuantan mmg bnyk pantai yang cantik2... Ada byk lagi yg belum di explore huhuu.. and makanan di Kuantan pun mmg sedap- sedap.. π€π€€
DeleteAlhamdulillah kalau dapat kedai yang jenis tak berkira tu memang bonus betul
ReplyDeleteItulah dapat yg tak berkira mmg seronok tapi dpt yg berkira dan mahal hurmm redha jer la kan.. dah terkena sekali mmg tak mai lagi la huhuu
DeleteBagus anak2 behave jer travel...
ReplyDeleteBehave...???? Oh no... Anak-anak selalu menjadikan saya ayah yg hijau hahahaha.. π
DeleteKami pun baru balik sana, tapi lepak di Cherating.
ReplyDeleteOh Cherating... Lama tak singgah sana.. teringin juga nak ke sana kalau ada kesempatan nanti.. π
Deleteseronokkknyaaa the kids dpt dicutikan sbb kena ikut ayah ehehehe
ReplyDeleteSeronok la.... Tak yah gi sekolah tapi satu hari jer la.. kalau lama lama mmg naik lemak hahaha.. bukan selalu kan.. bila dah terpaksa jer π
Deletebole la nanti minta cadangkan hotel mane yg best kat kuantan kalau saya ke kuantan...
ReplyDeleteInsyallah nanti saya try buat satu entry berkenaan hotel botel di Kuantan.. bagus cadangan tu ☺️
DeleteBestnya mereka dapat ikut sekali ala-ala bercuti gitu. Agak susah kalau pihak hotel tak sediakan parkir. Biasalah kalau hotel best, selalu je penuh. Mahal betul kedai tu charge. Agaknya sebab orang luar ke macamana? Kedai ramai orang, kurang selesa dan kena tengok luck jugalah kalau ada meja kosong kan.
ReplyDeleteBestnya mandi laut. Mostly laut di kawasan pantai timur cantik. Area Selat Melaka ni macam risau kalau tengok orang mandi sebab banyak cerita ada buaya je di Melaka dan Nismilan.
Perancangan yg tidak dirancang hihii.. begitu lah bila bekerja bawa anak2 sekali.. dulu masa anak seorang dua dan masih kecil mmg angkut setiap masa.. bila dah masuk sekolah ni susah sikit nak bawa ikut sekali.. tapi bila kena timing mmg terus angkut sekali hihii..
DeleteMungkin nampak kita org luar ckp takde sleng pahang habis mahal harga dipinta.. ntah la.. Kedai Kopi Atok tu very recommended but kalau weekend tu siap sedia jer lah nak dpt tempat..
DeleteSo far mandi di area kuantan or pantai timur insyallah rasa tenang keadaan pantai nya..bersih dan jernih lgi setakat ini.. πππ»
Seronok anak2 dpt mandi pantai. Kalau nak bawa anak ikut outstation kena ada aktiviti utk mereka supaya mereka tak boring.
ReplyDeleteMakanannya sangat mengundang selera, Mas.
ReplyDeleteAda mie goreng, nasi lemak, mie kari...hmmm luar biasa.
Dan bermain di pantai...ah saya sudah lama tak berkunjung ke pantai.
Salam,
Amboi! Susu kat kopi tu mau satu inci tebal dia!
ReplyDelete