Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Dalam ziarah menziarahi saudara mara orang rumah di sekitar Negeri Sembilan pada raya kali ini. Walau penat dan meletihkan namun sangatlah berpuas hati sebabnya dari Bandar Seremban yang terletak di utara negeri kami beraya sehinggalah ke Daerah Tampin di selatan negeri.
 |
Muzium Rembau - Replika Istana Raja Melewar Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan |
Nama pun orang negori kan. Semua nya waris. Nun jauh di sana induk, yang di sini nenek, di hulu pakcik. Begitulah adat di negori ni. Kita yang menantu ikut jer lah. Sebabnya kalau bukan raya pun memang balik selalu. Pernah dengarkan kata orang "kucing mati pun balik kampung" hahahaa.
 |
Ok dah sampai jom kita explore Muzium Rembau ini. |
 |
Hanya sebab terbaca perkataan Muzium Rembau ini. Kami pun singgah. |
 |
Ketika kami sampai cuma ada kurang 10 orang pengunjung sahaja. |
Muzium Rembau ni dengan tidak sengaja terjumpa dan disebabkan pergerakan kereta yang perlahan kami decide untuk berhenti dan explore seketika apa yang ada di Muzium ini. Untuk makluman anda semua binaan muzium ini dikatakan adalah replika dari Istana Raja Melewar yang sebenar.
 |
Berdaftar terlebih dahulu di buku kunjungan istana. |
 |
Nasib la wife aku dah tak ikut adat adat negori ni. Macam complicated hihihii. |
Raja Melewar adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Pertama, Keturunan Di Raja yang berasal dari Pagar Ruyung Sumatera Barat. Dan tidak jauh dari Muzium Rembau ini terletaknya makam Raja Melewar.
Muzium yang dibina pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada tahun 2002 ini telah dibina pada tapak asal istana yang pernah dibina kira-kira hampir 300 tahun yang dahulu.
 |
Senjata parang, pedang dan golok yang telah berusia ratusan tahun. |
 |
Peralatan kebanyakan dari tembaga. Memang kaya orang zaman dahulu. |
 |
Ruang yang paling aku suka di Istana ini. Ada meja kopi sambil duduk bersila. |
Raja Melewar adalah putera dari Pagar Ruyong yang dijemput menjadi Yamtuan Besar yang pertama di Negeri Sembilan sekitar tahun 1773 selepas mendapat pekenan Sultan Johor yang menaungi daerah-daerah di Negeri Sembilan ketika itu. Daerah pertama yang diduduki oleh Raja Melewar adalah Rembau dan baginda ditabalkan secara rasmi di situ.
 |
Suasana di dalam istana kayu dan peralatan zaman dahulu. |
 |
Bermain congkak di dalam istana. Hiburan pada zaman dahulu. |
Selain daripada mengingati sejarah kedatangan Raja Melewar, Muzium Rembau mempamerkan Institusi Undang dan Pengamalan Sistem Adat Pepatih dalam kehidupan masyarakat Rembau. Kita dapat melihat segala koleksi peralatan pertukangan, pertanian, permainan tradisional dan koleksi cenderamata kepunyaan Undang Rembau sehingga kini.
 |
Antara peralatan adat-adat Negeri Sembilan. |
 |
Ruang rehat selepas keluar dari pintu exit muzium. |
Ruang di dalam muzium juga sangat menarik kerana ruang yang terhad, memaksimakan susunan peralatan dan artifak di samping sistem pencahayaan yang mampu mewujudkan suasana seperti kita berada dalam suasana 300 tahun yang lepas.
Muzium Rembau dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehinggalah jam 6.00 petang. Dan hanya ditutup pada Hari Raya Pertama Aidilfitri dan Aidiladha. Dan paling menarik tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke Muzium Rembau ini. Namun kelihatan tabung sumbangan disediakan jika anda ingin menghulurkan sumbangan.
 |
Pemandangan arah belakang dari jendela yang berada di tengah istana. |
 |
Sebuah surau yang disediakan untuk para pengunjung. |
Amatlah menarik membawa anak-anak mempelajari sejarah asal usul melayu di negeri ini. Dan melihat seni bina asal rumah kampung negori yang sangat unik ini. Namun harus berjaga-jaga dengan anak kecil yang aktif seperti anak aku kerana artifak seperti tembayan, bekas air dan sebagainya hanya disusun di tepi dinding. Risau kalau depa bagi pecah huhu.
 |
Kalau tak silap aku ini adalah Alu dan Lesung yang digunakan untuk menumbuk padi. |
 |
Mesin memproses kepingan getah. |
 |
Sebuah perahu lama yang dijumpai di Sungai Rembau. |
Selepas keluar dari pintu exit muzium, kami ke ruangan bawah muzium untuk melihat beberapa peralatan yang digunakan ketika zaman dahulu. Antaranya peralatan pertanian, pertukangan dan pembinaan. Serta beberapa buah meriam yang pernah digunakan sewaktu zaman dahulu.
Dan disediakan permainan congkak sambil kita duduk bersila di atas meja yang rendah bermain. Nak tunggu budak-budak habis main congkak tu lahai penatnya. Surau dan bilik air juga disediakan secara percuma. Seronok solat di surau kayu yang tinggi ini teringat solat di kampung sewaktu kecil dahulu.
Bagus juga menyelam sambil minum air ni :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat tuan sekeluarga ✨
Betul tu.. as long ia menambahkan ilmu pengetahuan insyallah tak sia-sia kita singgah. Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga :D
Deletewahhhh disbbkan trafik perlahan, kita singgah explore muzium dulu! bagus jugak cmni blh dpt byk ilmu hehe.. salam aidilfitri & ana mohon maaf ampun segala salah silap :)
ReplyDeleteKalau dulu asal jem kita stop kedai makan.. tp kali ni kita singgah muzium hahaha..
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga :D
Macam belum pernah sampailah Muzium Rembau ni. Husband akak suka betullah kalau ke daerah lain bawa kami gi muzium.. salah satunya sebab free entrance huhu
ReplyDeleteKita pun first time dgr.. itu pun sebab terserempak gitu.. kalau semata-mata research lepas tu dtg..mmg idok ler hahahaha.. setakat sekarang byk muzium di N9 mmg free entrance.. best bawa the kids... :D
Deletenampak mcm redup je tu?
ReplyDeletesantai sungguh raya bole singgah muzium hehe
(tak sempat login terus komen)
kak anash
Suasana muzium mmg redup sayu, sunyi dan tenang gitu. Kawasan mmg seronok kalau nak berhenti rehat dari jalan jem beraya sbb ada surau dan tandas bagai.. masuk free lak tu.. :D
Deletesuka pulak sy tengok tiang2 bawah rumah tu
ReplyDeleteterus terfikir
kalau banjir ni kompem tak yah pindah hehehe
Tu sebab rasanya kenapa rumah-rumah orang zaman dahulu dan rumah kampung semua bertiang. Bersiap sedia jika berlaku banjir..
Deletebelakang rumah opah sy masih ada mesin getah tu
ReplyDeletesbb arwah atok dulu penoreh lepas dia pencen
dan sy sendiri penah tlg dia mesin getah
time dia canai susu getah yg dah beku tu sy lari sbb busuk
hahaha
Siapa pernah buat kerja kerja menoreh, dan proses kepingan getah sahaja yg tahu betapa harum nya bau getah tu hahaha... Tapi untung la sbb skrg dah ramai yg tak tahu kerja menoreh dan proses kepingan getah tu..
DeleteX ramai yg nk ziarah muzium waktu raya. Bagus idea ni.
ReplyDeleteTak sengaja terjumpa muzium ini. Alang-alang singgah sebentar. Rehat seketika penat drive beraya :D
Deletehidup beradat n berperaturan bersendi agama indah senibina minangkabau di NS
ReplyDeleteAdat Pepatih Negeri Sembilan. Kalau yang jenis ikut dari awal hingga akhir mmg byk adatnya.. Sejarah asalnya Minangkabau di N9 ada di Muzium Rembau ini :D
Deleterare ni, dpt visit museum sambil beraya hehehhe
ReplyDeleteAlang menyelam kita minum air.. entrance free pulak tu.. tapi berbaloi byk yg blh dibaca :D
DeleteAlang-alang dah lalu dan ada masa, bolehlah jalan-jalan beraya di muzium.
ReplyDeleteMenarik dapat solat di surau kayu tu.
Kalau bawa kereta pun fah merangkak-rangkak dek jem jalan org beraya sana sini.. Mmg patut la nak berhenti muzium ini.. blh dijadikan RNR.. Nak rehat dah fresh up bagai.. Blh tambah ilmu pun yer :D
DeleteHampir 15 tahun saya tinggal di Seremban dan pernah ke Rembau atas urusan kerja tapi tak pernah tahu tentang muzium Rembau. Itulah orang kaki travel macam TT bila masuk muzium begini sambil beraya pun jadi content yang sangat menarik untuk dibaca.. Keep it up. Saya tumpang pengalaman TT untuk info yang menarik, hehehehe
ReplyDeleteItulah saya pun tak pernah tahu.. dan rasa-rasa jalan ini pun pernah dilalui beberapa kali.. tapi kali ini nak dijadikan cerita boleh pulak terperasan ada kewujudan Muzium Rembau ini.
DeleteMungkin selama ini baw alaju maka tak perasan.. bila dah jem bawa slow boleh pulak terbaca muzium rembau gitu hahaha.. Alhamdulillah jika menarik utk dibaca.. Sekadar berkongsi :D
Sungguh luar biasa, penuh dengan nilai sejarah.
ReplyDeleteWisata plus edukasi.
Gratis pula ya.
Muzium adalah salah satu tempat paling saya minati sbb di situ kita boleh belajar dan menimba ilmu especially dalam baba sejarah.. Ya gratis itu paling seronok :D
DeleteTeam Rembau Most Wanted le ni...?
ReplyDeleteYesza Uncle... This is Rembau Most Wanted hahahaha... :D
DeleteSaya pergi tu Istana Seri Menanti. Dibina Istana tu tanpa menggunakan paku. Istana ni saya belum pernah ke sini.
ReplyDeleteItulah sebelum ini mmg pergi muzium istana meranti tu jer.. yg lain mmg tak tahu huhu.. katanya istana asal raja melewar ni pun tak guna paku.. hebat sungguh org zaman dahulu..
DeleteHarus dimasukkan dalam tempat kena lawat bila ke Rembau satu hari nanti yang entah bila tuh ye😅Banyak maklumat cuma kena rajin membacanya ye. Budak-budak kalau jumpa congkak memang sakan deme melayannya
ReplyDeleteWishlist mmg kena siapkan.. biarlah sejuta tmpt pun nak pergi.. sbb kita pun tak tahu bila akan pergi.. kot terkejut terpergi dah siap list gitu hahaha.. budak2 lena ajar dri kecik minat pergi muzium. Byk yg blh dipelajari..
DeleteBagus bawa anak anak mengenali budaya dan sejarah keturunan
ReplyDeleteKena banyak kan pendedahan sejarah adat dan budaya melayu pada anak2.. especially zaman skrg ni ramai yg tak kenal sejarah adat dan budaya.
Deletedkt rembau ada muzium..sambil2 belajar sejarah bgs btul
ReplyDeleteAda peluang jgn dilepaskan.. byk yg boleh dipelajari di muzium.. bljr sejarah adat dan budaya utk anak2 kenali 😊😉
DeleteTeringat kat lagu Waris, Rembau most wanted yo..
ReplyDeleteSelimut kain perca jahit cantum tampal-tampal tu, rumah orang dulu je yang ada.
Selimut kain perca tu mmg satu seni bukan suka suka buat sahaja.. mmg rumah di zaman dahulu ada tersimpan.. masa kecil dulu pun ada guna di kg ☺️
DeleteSukanya muzium2 yg berkonsepkan rumah tradisional camni! Lagi best masuk free haha
ReplyDeleteSaya pernah pergi muzium negeri sembilan kat tengah2 bandar tu, macam istana lama2 sikit
Cantik muzium ni masuk free.. Blh belajar banyak asalnusul adat dan budaya melayu negeri sembilan.. dgr kata banyak lagi muzium di negeri sembilan.. insyallah nak gi semua 😎
DeleteAda sekali nak ke sini tapi masa tu ada event apa entah. Tak dapatlah nak masuk dalam. Bergambar di luar je. Kita menantu orang Nismilan ni, ikut yo. Orang kata orang Nismilan ni PBSM (Persatuan Balik kg Setiap Minggu). Hehe...boto lah tu.
ReplyDeleteSamolah kito.. menantu org nismilan hahaha... Kucing mati pun balik kg hahahaha .. PBSM tu benda baru... Hahaha.. hadap jer la.. jodoh kan 🤣😅
Delete