Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Usia blog ini sudah pun memasuki tahun yang ke 13. Namun hanya pada hari ini entry ke 300 berjaya ditulis. Samada satu pencapaian yang baik atau satu perkara yang perlu diperbaiki dan perlu lebih berusaha dan lebih kegigihan lagi.
Namun perkataan syukur tetap ada di sini. Untuk blog yang suam sejuk ini nak cecah 300 entry pada mulanya nampak mustahil. Untuk mengekalkan 85-90% semua entry berkenaan travel semata-mata memang satu perkara yang tak mudah.
![]() |
Jom la celebrate 300 Entry di blog ini di Mohd Chan Restaurant bersama family. |
![]() |
Dinner at Mohd Chan Branch Sungai Buloh. Tenang tak ramai orang macam di Ampang. |
Apa pun ini aku ambil sebagai satu anjakan paradigma untuk terus berjaya dalam bidang penulisan walau hanya di blog. Dan somehow aku memang suka menulis. Dari kecil menulis dairi dan kemudian bertukar ke arah blog.
Insyallah akan terus menulis perkongsian mengembara ke mana jua aku jejakan kaki di atas muka bumi ini selagi mana diberi keizinan dan juga kesihatan dari Ilahi. Bila orang baca dan berikan comment bertambah semangat nak menulis lagi.
Dan baru-baru ini tahniah buat Uncle Dedek kerana dapat anugerah dari Malaysia Book Of Record sebab posting selfie setiap hari selama 16 tahun di blog beliau. Nampak tak bila sesuatu perkara yang baik itu istiqomah dibuat pasti akan ada hasilnya.
Update of My Self April 2025
Setakat sekarang ada beberapa rancangan untuk travel tapi belum ada apa-apa tindakan memburu tiket promo lagi. Sebab kadang-kadang nak beli satu tiket tapi terbeli sekali tiket ke tempat lain yang tidak dirancang hahaha. Sebab terpengaruh dengan harga promo yang tak masuk akal.
Tengoklah September nanti macam ada orang ajak nak pergi Timor Laste. 😅
![]() |
Stock Beryl's kat rumah dah habis. Moh la kita pi beli sikit buat stock. |
![]() |
Dah sampai sini kita lepak la cafe dia sekejap. |
![]() |
Hanjuku Cheese Cake 🍰 - Hazelnut Latte coffee ☕ - Ice Chocolate 🍫 |
Hari-hari yang berlalu dalam hidup sama sahaja. Pergi kerja balik kerja. Hantar anak-anak pergi sekolah dan pick up bila mereka balik sekolah. Memasak setiap hari adalah satu kemestian. Dan ianya berulang benda dan perkara yang sama setiap minggu. Makanya mengembara adalah satu kemestian tatkala masih kuat untuk merayau dengan kaki.
![]() |
Makin banyak peralatan pra sejarah yang dipamerkan di sini. Menarik sungguh. |
![]() |
Antara buah koko yang tumbuh di pokok-pokok koko sekitar Beryl's. |
Ada orang tanya tak takut ke duit habis sebab suka sangat travel. Bagi aku mudah. Kita travel ikut kemampuan kalau kita boleh jadikan ia murah kenapa tidak. Dan somehow bagi aku duit boleh dicari tapi masa dan kesihatan serta kekuatan diri ini berlalu tanpa kita sedar. Jika ia berbaloi dan tidak menyusahkan buatlah selagi ia memberikan kita impak positive.
Full Kisah Pengembaraan Di KazakhstanPart 1 : Berbuka Selepas 17 Jam Dalam 10 Jam Flight Dari KUL
Part 2 : Almaty Arbat Apartment - Best Location & Friendly Owner
Part 3 : Ascension Cathedral - 28 Panfilov Guardsmen Park (Memorial Of Glory)
Part 4 : Music Instrument Museum & Military History Museum - Panfilov Park
Part 5 : Salam Bro Restaurant & Arbat G Almaty Street Mall - TSUM
Part 6 : Almaty Metro Station - Raiymbek Batyr Monument
Part 7 : Almaty Central Mosque & Green Bazar At Puhskin Street
Part 8 : Visit Kok Tobe Hill - A Family Amusement Park
Part 9 : Visit Al-Hamid Mosque & Taraweh At Baiken Mosque
Part10 : Astana Square - Yubileynyy Supermarket - Final Moment
Boleh tekan link di atas yer untuk baca setiap entry berkenaan Kazakhstan. Yang dah baca sila comment. Jangan diam tau hahaha.. Okay lah Salam 25 Syawal 1446 Hijrah untuk semua sahabat dan pembaca di blog ini. 😎
bagi linda nie pencapaian yang tak mudah...tahniah....sebab nak tulis pasal travel je kan...mcm blog linda caca merba.. hahaha..tp, itulah medium kita..kadang2 bukan lah sekadar niat untuk berkongsi kisah, cuma lebih kepada catatan peribadi yang mampu membuat diri tenang...
ReplyDeletekalau ada geng, dan tak fikir sgt orang kata apa..memang linda nk folo je geng2 travel back packing mcm nie..
Cuba juga nak post entry dua perenggan jer tapi tak berjaya hahaha.. sebab dh biasa post panjang2 kan.. kita pun menulis lebih kepada kenangan supaya tertulis dan boleh dibaca bersama dgn pembaca lain.. Nak travel blh jer.. senang jer.. kita dh kongsi byk tipa di blog ini.. hihii.. insyallah moga berjaya nanti.. 😎👍
Deletesyabbas tahniah!! memang tak mudah sbb u maintain tema travel utk blog entries! boleh dpt award mcm uncle gedek jugak tu!
ReplyDeleteItulah dah mula kan tema travel blogger kan.. so kena kekalkan tulisan travel supaya tak lari jauh dari matlamat asal hihii.. kalau dpt mcm uncle tu senyum setahun la hihii.. 😅
Deletekeep it on.. congrats!!!
ReplyDeleteInsyallah terima kasih sgt2.. 😎
DeleteKeep it up bosssss 💪🏻
ReplyDeleteAdmire dgn org yg suka travel. It's inspiring and boleh tambah pengetahuan bila baca pengalaman orang.
Uncle Gedek us such an inspiration kan 👍🏻
Insyallah moga istiqomah berkongsi cerita mengembara di sini.. moga blh membantu sedikit sebanyak dan inspired org lain utk travel. Uncle dedek tu hebat org nya.. 😎👍
DeleteTahniah dik, setuju sangat untuk istiqomah menulis ni perlu kan masa yang mencukupi dan juga idea, itu cabarannya apatah lagi bila memilih hanya satu niche , cabaran sungguh.. apapun perkongsian yang baik dan bermanfaat seperti pengalaman travel ni, in syaa Allah dikurniakanNya pahala yang berpanjangan, aamiin
ReplyDeleteItulah.. bukan sekadar nukilan.. tapi base on true story kan hihii... Nak kena ingt semula.. nak bgi info yg tepat. Gmbr semua kena match dgn jalan cerita bagai.. tak mudah setiap entry pasti akan memakam beberapa hari hatta ada yg mencecah minggu utk siap ditulis.. 😅
Deletetahniah.. hebat tu.. kita ni blog asyik bersawang je.. semoga semakin berjaya dan semakin banyak kongsi cerita travel. Nanti kalau best Timor Laste kita follow belakang :P
ReplyDeleteTak la hebat mana sebab ada lgi yg lebih hebat yg lagi tekun menulis.. kita ni sekadar biasa biasa sahaja.. ok nanti kalau jadi Timor laste tu kita habaq dlm blog ni yer..
DeleteCongratulations...keep it up...boleh lagi tu capai lebih banyak entry...haaa..buah koko tu la benda pertama yang SA makan masa mengidam mengandungkan Nia 21 tahun lepas...
ReplyDeleteInsyallah masih lagi bersemangat tinggi nak habiskan semua cerita travel di blog ini.. moga ada la masa yg lapang nak update semua cerita di sini.. makan buah koko mentah..sedap ke? Hihii..
DeleteBuah koko yang dah masak la...yang x masak x tau la apa rasanya...hahahaha
DeleteOh yg dah masak.. masak apa? Menarik pulak nak tahu.. ke ada dah tulis dalam blog..huhuu... Boleh dimasak rupanya buah koko tu.. Baru tahu... 😅
Deleteyesss betul tahniah sbb bukan mudah sbg seorang suami & bekerja pulak tu, utk fokus sharing entry travel mmg sgt2 tak mudah but u make it yeayyy! terima kasih sbb byk kongsi pelbagai kisah and its FREE for us to just read it without need to travel anywhere! and jd 1 inspirasi moga 1 hari nti Ana dpt pergi jugak travel hehehe
ReplyDeleteYesza betul tu.. tak mudah... Dan masa selalu tak mengizinkan.. ada sahaja halangan bila nak menulis... perlukan masa nak ingat semula.. research dan lihat semula gambar-gambar dan kena pasti info semua betul.. mmg tidak mudah. Semoga siapa sahaja yg baca dpt mengambil manfaat jika ada kebaikan.. insyallah sy doakan Puan Anamizu juga diberi kesempatan utk travel melihat dunia luar.. amin..
DeleteTahniah sebab berjaya mengekalkan entry yang menarik, saya pun baru nak mula semula selepas beberapa blog saya telah di HACK oleh anasir-anasir tak tahu dari mana. kini mula semula dan susun kembali Niche-Niche berkaitan PDRM
ReplyDeleteAlhamdulillah.. sekadar berkongsi pengalaman mengembara di beberapa buah negara sahaja.. jika menarik utk dibaca ucapan terima kasih sy ucapkan. Semoga tiada lagi blog tuan taufik di hack .. menarik tu sharing about PDRM.. 👮🏻🫡
DeleteTahniah Afif. Teruskan menulis. Thanks for sharing semua info especially travel sana sini.
ReplyDeleteInsyallah akan istiqomah menulis.. doakan yer diberikan kesihatan.. thanks for always coming here to support si tukang tulis hihiii... 😎👍🫡
DeleteTahniah semuga terus istiqoma menulis. Kadang menulis itu merupakan satu terapi minda setelah seharian penat dengan kehidupan seharian. Orang yang membaca juga kadang nak merehatkan minda daripada kacau bilau kehidupan seharian. Salute sangat kalau boleh maintain bertahun-tahun.
ReplyDeleteInsyallah moga kita terus istiqomah dalam menulis perkongsian mengembara di bumi ini. Betul menulis ini juga satu terapi yg terbaik.. meluahkan apa yg dirasai hihii.. Moga yg mmbaca juga dpt manfaat yg ada di sini ☺️
DeleteSaya ambil pendekatan menulis tu satu theraphy...ada banyak benda yang kita nak luahkan...sekurang2nya dengan menulis kurang sikit beban diotak...Tahniah...
ReplyDeleteSama macam Puan Notie.. menulis juga satu terapi.. betul sgt bila travel tu byk benda yg nak dikongsikan.. bila dah kongsi lega sgt beban di bahu.. walau takde sape yg suruh.. ☺️
DeleteTahniah! Bukan senang nak terus istiqamah dalam ber blogging ni. 300 tu dah kira banyak. Ramai je blogger hebat suatu ketika dulu yang dah give up menulis.
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur boleh capai 300 entry di blog ini dan mengekalkan entry travel mostly.. itulah ramai blogger hebat dulu dah sunyi skrg.. Don't Give up .
Deletetahniah bro., keep it up, dongibap ;p
ReplyDeleteTenkiu Wak... Insyallah istqomah sehingga kemenangan ☺️👍🫡
DeleteSaya silent reader sejak blog ini mula ditubuhkan, menjadi rujukan saya setiap kali nak travel , sangat bermanfaat. Keep on sharing.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih sudi menjadi reader di blog ini.. selalu selalu lah comment yer. Sedikit sebanyak memberi semangat utk teruskan perjuangan hihii.. apa pun thanks a lot . 🫡👍
DeleteAda orang suka travel tapi hanya berkongsi gambar dan sedikit caption.
ReplyDeleteTapi TT travel dan berkongsi info yang details.
Pada akak itu amal jariah. Semoga memberi manfaat kepada orang lain.
Teruskan travel dan berkarya 😃
Mungkin sebab itu saya lebih suka berkongsi di dunia blog.. sebab di sini tmpt utk membaca dgn details bukan hanya melihat gambar sahaja.. mungkin la.. sbb tak pula saya share di platform lain. Alhamdulillah syukur jika ia menjadi amal jariah yg memberi manfaat pd org lain.. insyallah terus istiqomah ☺️👍
Deletesebab tu sy tulis cerita jln2 seminggu sekali je...
ReplyDeletedah penah buat sblm ni... cerita travel semata
tp otak sy tepu nak memikir hahaha
part plg malas nak transfer gambar adoiiii bencinta betul!
Kadang2 rasa nak kena cepat habiskan jalan cerita sbb byk lgi yg nak diceritakan hahaha.. lama sangat pun takut nanti cerita dah tak valid hahaha.. bab otak tepu tu byk kali kita hadap..tiba2 blank tak tahu nak tulis apa..😅
Deletetahniah tahniah!
ReplyDeleteteruskan menulis dan berkongsi informasi
ada rezeki sy ke negara2 yg dikongsikan ni, bolehlah sy rujuk blog ni...
Kalau ada yg bermanfaat sila lah rujuk di sini yer hihii.. takut juga kalau ada tershare info yg salah.. semoga berjaya travel satu dunia.. ☺️
DeleteTahniah, lama bertahan, dan selalu kongsi info travel. Saya dapat banyak info dari blog Encik Time Travel ni. Bukan senang nak teruskan berblog. Tulis je ikut selera sendiri, takpe panjang pun. Ada je yang membaca, sebab bukan semua punya rezeki dan kesempatan untuk travel.👏👏👍
ReplyDeleteTak juga... Di pertengahan jalan banyak juga tersungkur hihii...ada je senyap dalam beberapa tahun.. tpi alhamdulillah syukur ada balik semangat utk menulis . ☺️
DeleteOk baik akan ditulis mengikut selera sendiri 🫡
Congratz to Entry ke-300 !
ReplyDeleteThank you so much... 🫡👍
DeleteLuar biasa Cik, semoga terus bisa berkarya menulis blog ya
ReplyDeleteEh tidak lah luar biasa.. cuma biasa biasa aja.. hahaha.. org lain kalau idah 13 tahun entry nya ribuan.. 😅
DeleteTahniah encik.. Semoga terus semangat berkongsi cerita..
ReplyDeleteOwh.. ada cafe juga ya di Beryl's tu, menarik..
Insyallah setakat ini momentum agak tinggi nak menulis kisah pengembaraan. Jgn la dtg penyakit M tu lagi huhuu..
DeleteAah di Beryl's ada cafe tapi harag tak mesra alam sikit hahaha.. 😂
Uwaaaah congrats abaaaaang, dah 300 yaaaa. Saya lebih lama ngeblog, tp rasanya tak sampai segitu 🤣🤣🤣.
ReplyDeleteNaaah memang sakit macam uncle bisa masuk rekor Malaysia. Berkat konsistensi kan. Susah tuh, tak semua orang bisa konsisten . Ada kalanya jenuh bosan. Salut Memang dengan uncle.
Saya pun sama, kadang ada banyak plan nak pergi kemana mana... Tp bisa saja nanti tiket yg dibeli berubah pula 🤣🤣.
Eh tapi yg Timor Leste tuh memang saya nak sangaaaat. Sebab tak banyak orang mau kesana. Trus pakai USD pula. Makanya pas kak Anies ajak, saya langsung mau. Lumayan bisa sharing cost kan. USD lagi tinggi 🤣🤣. Jadikan ajalah bang. Tiket pun saya tunggu kak Anies nih. Dia blm confirm lagi 😄.
Bagi saya pun, traveling itu passion. Saya rela habiskan banyak hanya utk traveling. Pengalaman yg dicari.ada orang menabung hanya utk beli rumah, perhiasan dll. Tp saya prefer utk jalan2 kliling dunia
Dari 300 entry tak semuanya yg bagus haha.. tak semuanya bercerita tentang travel gitu. Moga moga selepas ini akan lebih byk kisah travel ditulis..
DeleteUncle itu hebat org nya 16 tahun selfie tak pernah putus hahaha.. kalau diteruskan lagi 14 tahun mungkin akan dpt lagi anugerah 30 tahun lamanya hahaha.. 😅
Saya pun nak sangat ke Timor Laste.. kalau dpt pergi mesti complete semua negara asia tenggara telah dijejaki.. Nanti dah confirm bagitau la.. tapi bgtau awal la hahaha.. tak apa habis duit sikit demi merasa pengalaman baru 😎
DeleteNantilah saya kabari yaa. Tiket ke sana Denpasar - Dili tak banyak berubah . jarang sangat promo. Kisarannya masih 6.9 juta pulang pergi atau 7.2 juta pp. Dlm rupiah 😄. By Citilink. Kata teman saya selalu ramai yg pergi ke sana
DeleteTimor Leste ni teringat kawan Dania yang ayahnya ada ladang kelapa sawit di Miri. Pekerja orang dari Timor Leste. Kawan Dania kata kecik je orangnya tapi kuat nak angkat buah kelapa sawit.
ReplyDeleteItulah teringin nak ke Timor Laste nak tgk bagaimana negara baru tersebut. Tapi dgr di sana menggunakan USD.. Tapi tak apalah pengalaman itu ada harga nya.. ☺️
DeleteBetuuul bang. Yg saya teringin sangat lihat di Timor Leste, peninggalan2 museum nya, dan tempat pembantaian Santa Cruz yg dilakukan militer Indonesia saat itu terhadap orang2 Timor. 😔. Itu yg menjadi awal Timor Leste akhirnya lepas dari Indonesia. Dark history yg ga bisa dibanggakan buat Indonesia 😔. Tp saya pengen lihat langsung tempatnya
DeleteMoga dipermudahkan segala urusan untuk melihat keindahan yg ada di timor laste.. moga saya juga boleh ikut sekali.. setiap negara pasti ada sejarah silam yg gelap.. Pembantaian Santa Cruz juga pernah dibaca dalam berita satu ketika dahulu..
Delete