Saturday, 29 March 2025

Kazakhstan Almaty Part 10 : Astana Square - Yubileynyy Supermarket - Final Moment

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selama beberapa hari di Almaty, kami banyak menghabiskan masa dengan bersantai sahaja. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah Taala sepanjang berada di Almaty. Apartment yang selesa, owner yang baik dan kemudahan yang ada di sekeliling juga sangatlah convenience especially for a family with kids. 

Pemandangan di Astana Square pada musim bunga - Sumber Google.
Namun Almaty hanyalah sebahagian dari itinerary kami di Central Asia. Second last day puasa iaitu pada 29 Ramadhan kalau tak silap aku. Kami check out dan meneruskan perjalanan ke Bishkek, Kyrgyzstan menaiki bas selama 5 jam lamanya dengan jarak 240km. Sebab dah dekat kan maka kita pergi jer lah.

Suasana ketika winter di Astana Square.
Memorial of Aliya Moldagulova and Manshuk Mametova.
Perjalanan ke Bishkek nanti aku akan share next entry. Untuk entry ni aku nak share beberapa perkara yang aku tak sempat nak bercerita di entry yang lepas sebab kisah di Almaty ini aku tulis bukan ikut pergerakan dari hari pertama dan seterusnya seperti kisah-kisah travel di tempat lain.

Ketika balik dari Kok Tobe Hill kami turun bas di area Astana Square. Di sini terletaknya Memorial of Aliya Moldagulova and Manshuk Mametova dan pada musim bunga akan penuh Bunga Tulip yang berwarna warni di tanam di sini. Bersebelahan Astana Park ada bangunan Kazakh-British Technical University.

Insyallah selamat untuk berjalan di setiap pelusuk di Almaty ini base on our experience. 
Kena banyakan berjalan kaki untuk melihat keindahan di Bandar Alamty ini.
Astana Square dulu dikenali sebagai Old Square (1980), Red Square (1921) dan juga Lenin Square (1957). Memang seronok untuk have a walk di Astana Square Park ini. Dan kami berjalanan melepasi park ini untuk balik ke aparment yang terletak lebih kurang 1 km. Oh ya kalau bernasib baik terdapat banyak event yang diadakan di sini sepanjang tahun.

Seronok jalan-jalan di sekitar kawasan Almaty.

Dan yang penting untuk kita berjalan kaki explore setiap pelusuk di Bandar Alamty ini adalah selamat. Base on my own experience yang berjalan kaki hampir ke semua tempat bersama the kids. Even kami ikut google earth sampai masuk ke lorong-lorong kecik di celahan banguanan.

Insyallah selamat dan sepanjang berada di sini tiada sesiapa yang ingin bertanya kami dari mana and so on. Means mereka lebih tak kesah pun kita yang datang dari luar ini. Or else mungkin sebab mereka tak pandai nak berkomunikasi dalam bahasa English. Dari jadi itik dengan ayam lebih baik diam gitu hahaa.

Selepas Astana Square Park kami balik mengikut jalan Abylai Khan Avenue dan menuju ke Yubileynyy Supermarket untuk kali yang ke berapa pun tak tahu. Aku try google translate Yubileynyy ini bermaksud Anniversary. Maka Supermarket Anniversary lah namanya dalam English. Membeli barang di sini agak murah berbanding di tempat lain.

Lama betul cari beras sampai Afnan tertidur keletihan dalam stroller.
Section for Chocolate, Cheese and Original Butter.
Susu di sini memang sedap. Sehari memang wajib beli sepeket dua.
Ikan kebanyakan yang telah dikeringkan. Dan roti adalah makanan yang termurah.
Nak beli beras pun kena baca betul-betul. Sebab di sini beras dalam kategori bijiran.
Biasa di oversea aku akan cari White Rice. If beras lain takut tak kena tekak macam Tastic Rice.
Kenapa kami selalu beli barang di sini sebab bila nama supermarket maka harganya lebih murah dari kedai runcit di luar. Dan pada waktu ini kami nak beli beras untuk masak berbuka nanti. And the kids memang amik seorang satu air kotak jus. Dah penat berjalan kita pun reward la sikit the kids.

Di antara Yubileynyy Supermarket dan apartment kami terletaknya Zhibek Zholy Metro Station. Dan area sini juga banyak kedai makan dan cafe kalau nak duduk santai. Antara yang kami pernah duduk mengopi adalah Pinsa & Coffee, Double Coffee dan paling best Coffee Boom Premium.

Semua dah penat berjalanan. Apa pun syukur anak-anak semua tak meragam.
Terlihat seorang makcik sedap berdoa dalam kesedihan di hadapan statue itu.
Di sebelah Yubileynyy Supermarket terdapat sebuah ATM yang berwarna merah jambu dan kami mencuba draw duit dengan menggunakan kredit kad. Alhamdulillah berjayakan keluarkan duit dan terus senyum tak terkata sambil jalan menuju pulang ke apartment. 

Sebuah ATM mesin yang berada bersebelahan dengan Yubileynyy Supermarket.
Masing-masing kepenatan tak sabar nak balik apartment nak baring tidur.
Alhamdulillah selesai sudah semua kisah pengembaraan kami sekeluarga di Bandar Almaty. Masa mula-mula start tulis Part 1 ada azam nak habiskan semua kisah di Almaty sebelum masuk puasa. Ni esok dah nak raya baru dapat siapakan. Bertabahlah kepada yang menanti. 

Insyallah next story will be at Bishkek, Kyrgyzstan. Dan syukur Alhamdulillah, banyak perkara yang telah dipermudahkan oleh Allah buat kami sekeluarga sepanjang berada di Almaty dan juga Bishkek, Kyrgyzstan. Tak sabar nak share our experience di sana.

8 comments:

  1. seronoknya travel bawa anak-anak sbb semua diorang behave je mghayati alam sekitar spnjg perjalanan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua behave? Alhamdulillah most of the time mmg behave even ada la sikit few time mereka buat hal kan hihihi.. but itulah warna warni travel bersama the kids kan :D

      Delete
  2. Alhamdulillah siap sudah trip Almaty. Thanks for sharing Afif. Moga dapat kami ke sana jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah siap sudah.. next Kyrgyzstan pulak insyallah.. tapi nak raya dulu.. tak tau bila nak update nyer hihihi.. Insyallah saya doakan moga dimurahkan rezeki utk ke Almaty amin.. :D

      Delete
  3. cantiknyaaa dekat sana! banyak statues lepastu pemandangan pun tenang je. btw, selamat hari raya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara bekas jajahan Soviet kan.. mmg kaya dgn sejarah..
      Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga :D

      Delete
  4. ATM machine dia outdoor tanpa bumbung eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah takde bumbung seketul macam tu jer.. lain dari yg lain gitu hihiii

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...