Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Memandang ketiadaan masa dan keadaan diri yang selalu sibuk. Aku mengambil masa seminggu untuk menyiapkan rendang daging sebanyak 2.5kg. Nak buat lebih tapi kuali tak cukup besar huhuhuu.
Dari membeli daging dan kemudian memotong dan dibekukan. Di lain hari membeli segala bahan-bahan bawang, lengkuas, serai, daun limau purut, kunyit, halia dan sebagainya. Dan keesokan hari nya baru la sambung memotong dan mengisar dan kemudian disimpan dalam peti ais.
 |
Sesi paling lama adalah menunggu kuah rendang mengering. |
Setelah semua bahan telah siap disediakan. Maka semalam Jumaat aku mula memasak rendang daging. Kalau semua kerja tu nak buat dalam satu hari memang tak larat huhu. Apa pun syukur siap dah rendang daging untuk hari raya nanti.
Lepas dah pack semua rendang yang dimasak. Dapat la dalam 8 bekas empat segi yang transparent tu. Satu pack tu anggaran untuk sekali hidang. Kiranya first come first serve la gitu. Semua dah siap masuk dalam frozen insyallah anytime boleh panaskan.
 |
Alhamdulillah gembira hati bila tengok rendang makin mengering setelah 3 jam lebih merendang. |
Cara aku membuat rendang adalah dengan menumis sebanyak tiga kali. Pertama tumis bahan kisar bawang, bawang putih, halia, serai dan lengkuas. Setelah pecah minyak barulah campur dengan bahan kisar yang lain seperti cili hijau, cili merah, cili kampung, kunyit, daun limau purut dan yang lain-lain.
Setelah pecah minyak untuk kedua kali barulah masukan cili kering yang telah di kisar. Tumis sampai pecah minyak dan barulah masukan daging. Tunggu separuh kering kemudian masukan kerisik dan santan serta hirisan daun kunyit.
Cara u all pulak macam mana?
Nie rendang daging untuk raya minggu depan ke? Wah, awal preparationnya nie...linda takdr cara spesifik, ikot suka hati je.. Hahaha
ReplyDeleteYes Rendang daging utk minggu depan... Dah siap buat and frozen dlm beberapa bekas. Senang raya nanti just panaskan ikut keperluan kehadiran tetamu hihii..
DeleteSata cadang nak merendang juga. Nak frozenkan dan bawa balik kampung. Sama cara masakan dan bahannya. Saya tak gunakan rempah ratus seperti 4-5 sekawan.
ReplyDeleteOh sama, saya pun tak gunakan 4 sekawan.. lain org lain caranya.. cuma cara traditional mmg tak letak 4 sekawan tu.. apa pun wajib kena ada rendang raya nanti hihiii
DeleteWah salute la Afif. Kita masak rendang malas, lebur semua dalam kuali. Tak tumis apa pun. Kena masak lama nak bagi tahan, jangan sampai lerai kalau masak rendang ayam. Daging memang lama. Sedapnya rendang Afif.
ReplyDeleteHahaha... Tak blh gitu.. msk rendang ni kena rajin.. buat pun kena tenang2.. baru ia menjadi sedap dgn kasih syg dan kesabaran hihii.. Rendang ni kena masak dgn betul insyallah lama tahan.
DeleteOrg dulu2 masak dalam kawah simpan pun dalam kawah yg sama.. masa kecik2 dulu kat kampung sampai 5 6 hari tahan Rendang tak simpan peti ais..
jarang buat rendang daging. sbb selalunya kami masak rendang lepas berbuka, mlm raya...
ReplyDeleteBoleh jer buat malam raya bila semua dh berkumpul. Terasa kemeriahan di situ.. Tapi kita yg jenis blik kg lepas blik KL semula kena ada Rendang yg dah siap.. kalau tak kalut nanti huhuu
Deletepenah ckp kat mama, kalau buat rendang awal sikit tak boleh ke? dia cakap, dia x nak nnt pagi raya rendang basi. ya laa kan mana laa tau kann.. kalau2 tersilap langkah, tak semena2 rendang yg masak awal boleh jd basi... so far belum lg rendang basi...
DeletePengalaman masa kecik la tgk arwah pakcik makcik masak rendang kat luar rumah kmpung guna kayu api.. insyallah kalau ikut cara org lama2, mmg rendang tu seminggu tahan dan di biar dalam kuali kawah tu.. tutup pakai surat khabar dan daun pisang jer..
DeleteTapi cara saya ni merendang dan kemudian pack kan dalam bekas sekali hidang lepas tu frozen kan.. mudahkan keje .. skrg kan dah ada frozen hahaha :D
DeleteTerbaik 👍🏻
ReplyDeleteAwal tak kalut gitewww :D
Betul.. balik dari kg nanti tak kalut nak masak rendang hihii
Deleteawal kan... ldy pernah tgk kawan buat mcm ni... dia masak sikit2.. simpankan...
ReplyDeleteKalau dah masanya tak ada.. mmg kena prepare brg sikit2.. siapakan bahan bagai.. final day terus masak jer.. :D
Deleteawalnya dah masak rendang! nanti malam raya takdelah sibuk berkecah kat dapur
ReplyDeleteMalam raya kalau blh tak nak kotor kan dapur nanti penat nak mengemas hihii.. nak berkungfu bersilat bagai hahahaha
DeleteWow pantas ya.
ReplyDeleteSemestinya.. tak nak berkecah last minit hahaha..
Deletewaahhhhhh org utara kata : "awai tak kalut" hehehe
ReplyDeleteAna & Mak inshaAllah sabtu atau ahad baru nak mulakan rendang & ketupat ape semua hehehe
Betul tu.. awai tak kalut.. sbb kita akan balik beraya di kg.. balik kg tu mesti dah penat.. tak kan nak merendang lagi kan huhu.. oh ahad ini.. semoga dipermudahkan dan selaamt berjuang hahahaa.. :D
DeleteAwainya..tapi dah sedia mudah...x der la kalut malam raya...
ReplyDeleteMmg tak nak kalut sehari sebelum atau malam raya.. Time tu nak kemas rumah jer yg tinggal.. :D
Deletekiranya u buat rendang frozen lah yer...kat kg, umah my mom, merendang memang last day of ramadan laaa (dgn syarat jgn raya terkejut dh laaa)
ReplyDeleteYes... Tak nak leceh kalut last minit lepas balik dari Kg.. so kita masak dah frozen kan awal.. huhu.. seronok juga merendang di kg malam raya... Teringat kg :D
Deleterasa lebih puas hati terasa sedap ditekak jika tumis banyak kali naik minyak camtu kan? akak pun biasanya cili memang x tumis dengan bawang semua tu. bagi bawang garing pecah minyak baru masuk yang lain pula untuk ditumis.
ReplyDeletewah siap dah rendang, akak punya daging kat pasar lagi
Betul tumis banyak kali nak bagi semua bahan masak betul. Insyallah akan bertahan dengan lama. Bila semua ditumis dgn baik ia akan mengeluarkan aroma yg wangi kan.. oh ye ke kat pasar lagi. Okla tu jgn last minit kat pasar pun dah habis daging hihii.. :D
DeleteBagus jugak buat mcm ni...x de busy nak masak mcm2 menu malam raya nanti
ReplyDeleteSelalu time nak raya mmg akan masak siap2.. supaya boleh focus masak makanan yg biasa2.. kalau tak dapur kotor org nak mai malu hahaha .
DeleteSaluuut lah Abang bisa buat rendang. Saya kalo suruh suami saya merendang, wassalam lah . Dia pun bukan orang Padang, orang solo, tak terlalu suka rendang. Yg ada dibeli sama dia dr restoran Padang nanti 🤣🤣
ReplyDeleteSaya sendiri juga tak bisa masak rendang. Atau mungkin malas juga. Sebab lamaaaaa kan. 3 jam lebih, habis langsung gas 🤣🤣🤣
Merendang ini bukan mudah kerjanya.. kurang bahan lain rasa.. terlebih masak lain juga rasanya.. harus di kacau.. kalau hangit habis spoil juga rasanya.. jgn di wasalam gitu.. sian pd suami hahaha..
DeleteSedapnya rendang maka tahulah betapa bagus nya org org di dalam rumah itu memasak.. :D