Saturday, 15 March 2025

Kazakhstan Almaty Part 8 : Visit Kok Tobe Hill - A Family Amusement Park

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Bila travel kali ini membawa the kids bersama maka pergerakan kami menjadi agak terbatas untuk explore Bandar Almaty dan kawasan sekitar dengan lebih mendalam. Ditambah pula sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Tak nak lah gagah nak explore sana sini sampai tak larat berpuasa. Jangan biarkan hobi mengatasi ibadah gitu insyallah :D

Welcome to Kok Tobe Hill - Almaty, Kazakhstan
Kami banyak berjalan di waktu pagi selepas sahur dan petang selepas asar jika nak pergi ke destinasi yang agak jauh. Dan banyak berehat di waktu tengah hari and mostly melepet sampai tertidur dan kadang-kadang tengok tv cerita kartun dengan the kids even tak faham bahasa yang dituturkan.

Kalau nak berjalan pun pada waktu tengah hari, kami banyak ke attraction yang near by sahaja. Apa pun syukur sebab kami datang di musim winter maka tak lah penat sangat berjalan sana sini even sedang berpuasa.

Bas adalah satu-satunya public transport yang boleh sampai ke sini.
Dari entrance di kaki bukit kami berjalan kaki naik ke atas sehingga ke puncak Kok Tobe.
Dan pada satu pagi tu kami decide untuk ke Kok Tobe Hill. Sebab dari bacaan internet ia adalah antara destinasi yang sangat sesuai untuk aktiviti seisi keluarga. Dan view dari Kok Tobe ke arah Bandar Almaty juga sangatlah cantik.

Maka selepas bersahur dan solat subuh, kami menyiapkan the kids dengan pakaian yang tebal sebab cuaca di luar ketika ini dibawah 4 degree. Segala roti, biskut, air kotak, jus buah aku bawa sekali. Standby sebab nanti diorang mesti lapar.

Layan view gunung yang dipenuhi salji tebal. Patut la sejuk 4 degree jer suhu.
Another sport bergambar yang disediakan di sepanjang jalan naik ke Kok Tobe Hill.
Melayan kerenah anak-anak di sepanjang perjalanan naik ke atas.
Kami berjalan ke arah luar kawasan apartment dan book E-hailing Yandex dengan harga KZT900.00 dan terus ke kaki bukit entrance Kok Tobe. Perjalanan mengambil masa tak sampai 15 minit sebab awal pagi dan jalan masih kosong.

Di bahagian entrance terlihat "Tourist Information Center". Insyallah mudah untuk difahami sebab disediakan 3 bahasa yang salah satunya adalah English. Lagi dua aku rasa Bahasa Kazakhs dan Russia. Ada 3 main atrraction. The Mini Zoo, Art Gallery dan Fast Coaster (The Only Roller Coaster in Kazakhstan).

Suasana ketika berjalan naik ke atas puncak Kok Tobe. View memang Subhanallah.
Dengan rumput pun kita bergambar. Sambil rehat dan bagi the kids rehat.
Ada beberapa perkara yang kita kena tahu berkenaan cara nak ke Kok Tobe ini. Segala permainan atau attraction di Kok Tobe adalah percuma. Bayaran adalah bergantung bagaimana kita cara kita datang ke sini. Untuk Pedestrain Lane macam kami adalah percuma. 

Dan paling menyeronokkan adalah dengan menaiki Cable Car tapi harga tinggi sikit la. Harga Cable Car untuk One Way Ticket adalah KZT3,000.00 bersamaan RM27.00 dan Return Ticket KZT5,000.00 bersamaan RM45.00. Anda perlu ke Dostyk Avenue (Abay Ave) yang terletak bukan di entrance kaki bukit Kok Tobe tapi tak jauh dari Bandar Almaty.

View ke arah pergunungan bersalji dari Kok Tobe Hill.
Tulisan Kok Tobe itulah station Cable Car yang menghubungkan dengan Dostyk Avenue.
Jika datang dengan kenderaan sendiri seperti kita menyewa kereta dan ingin memandu naik ke atas maka dikena bayaran lebih kurang RM50.00. Samalah juga kalau kita menyuruh teksi atau e-hailing naik ke atas tetap akan dikenakan bayaran walau hanya untuk drop off atau pick up di puncak.

Dan jika menaiki bas yang disediakan maka bayaran untuk adult adalah KZT1,000.00 dan KZT1,500.00 untuk return. Dan kanak-kanak berumur 6 tahun sehingga 12 tahun dikenakan bayaran KZT500.00 dan return KZT700.00 per person.

Maka kami decide untuk berjalan kaki kami dari bawah sehingga ke atas. Nasib baik cuaca cerah dan sejuk winter and somehow view di sepanjang perjalanan naik ke puncak memang cantik dan boleh lihat salji tebal di pergunungan yang berhampiran. Sangatlah recommended kalau nak berjalan naik ke puncak.

Ada beberapa sport bergambar yang disediakan di sepanjang jalan. Walau penat berjalan tapi kami enjoy dan bergerak perlahan sebab sedang berpuasa. Dan tak nak bagi the kids kepenatan. Alhamdulillah lebih kurang 30 minit akhirnya kami sampai di puncak itu pun sebab banyak kali berhenti rehat dan bergambar. 

Jalan sekejap kami akan berhenti untuk bagi the kids berehat dan sambil itu beri mereka makan biskut, roti dan minum air. Sekali sekala kena dukung si atiyya, athira dan affan. Sehinggalah si ayah ni hilang rasa sejuk sampai buka sweater dan pakai tshirt sahaja sebab penat kepanasan dukung the kids dan tolak stroller si afnan.

Apa tarikan yang ada di sini..?  Almaty Television Tower sebuah menara yang berketinggian 372 meter yang telah dibina pada tahun 1975. Namun ia tidak dibuka kepada public tapi sangatlah cantik untuk bergambar. Sebuah Ferries Wheel berketinggian 30 meter, Upside Down House, Restaurant and so many other things.

Last bergambar kenangan semasa berjalan kaki turun ke kaki bukit Kok Tobe.
Dibuka dari 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam kecuali rabu dibuka pada pukul 3.00 petang sehingga 12.00 malam. Masa kami datang ni masih awal pagi dan belum dibuka. Memang tiada orang lain dan hanya kami sahaja visitor di sini melainkan para pekerja Kok Tobe. Sempatlah kami bergambar sakan sebelum sesak. :D

Bersambung Kazakhstan Almaty Part 9 : Visit Al Hamid Mosque & Taraweh At Baiken Mosque

27 comments:

  1. waahhhhhh seronoknyaaa terasa mcm kami dibawa pergi mengembara bersama! mcm time travel! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih membaca .. entry ni payah sikit nak tulis sbb ada byk info nk kena bagi tepat takut tersalah info kesian pd yg buat rujukan hihii...

      Delete
  2. subhanallah indah suasananya bercuti bersama famili

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pemandangan dri Kok Tobe ni mmg cantik.. insyallah nak repeat lagi klau ada rzeki :D

      Delete
  3. Tempat macam anak2 la yang paling suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Anak2 enjoy and mak pak pun enjoy sampai lupa diri hihii :D

      Delete
  4. Subhanallah cantiknya view Kok Tobe. Kalau pergi awal2 memang aman damai orang belum ramai kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai awal pagi memang best.. Seronok orang belum ramai.. Nak bergambar pun tenang jer :D

      Delete
  5. Masyaa Allah seronoknya menjelajah seluruh dunia menghayati keindahan ciptaan Ilahi😍😍
    Dapat lihat gambar baca coretan pun dah dapat bayangkan seronoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada pengalaman yg boleh dikongsi di sini bersama para pembaca.. Moga terus istiqomah menulis berkongsi di blog ini.. :D

      Delete
  6. MasyaAllah cantik sungguh pemandangan pergunungan bersalji tu 😍

    Tu diaa...4°C pun tak rasa dah dek penat panas dukung anak-anak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mempersonakan pemandangan gunung gunung yg dilitupi salji tu :D
      Itulah nak kawal semua 4 orang anak mmg angin panas satu badan hahahah :D

      Delete
  7. Cantik banget pemandangan di sana, suhu sedingin itu apa enggak menggigil tu badan, kan lumayan ya jadi enggak haus selama puasa :D, dingin dan bersalju kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula nya mmg rasa sejuk tapi bila berjalan kaki mendaki bukit ditambah dukung si anak2 yg mula kepenatan. Terus hilang rasa sejuk. Tapi udaranya tetap nyaman.

      Delete
  8. Menarik theme park atas bukit camni. View gunung brsalji tu cantuk sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam Genting Highland ada theme park atas bukit tapi di sini view sangatlah cantik dan bukit pun rendah sahaja :D

      Delete
  9. Saya belum pernah traveling saat puasa. Jadi teringin pula 😄. Nantilah nak coba. Cuma sayangnya kalo ramadhan saya harus pergi sendiri atau bersama teman. Suami selalu sibuk tiap Ramadhan.

    Cantik sangaaat kok Tobe ini. Dan ada themepark pula walau kecil. Saya nih Themepark lover sangat 🤣. Apalagi kalau ada rollercoaster. Makin ekstreme, makin saya coba 😄

    Jadi segala permainan di sana free bang? 😍😍😍😍. Aiiiish puas bermain memang 😁

    Biaya naik yandex atau biaya cable car kesana pun tak mahal sangat yaa. Dan saya suka sepi. Atau kalo summer agaknya ramai mungkin ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus mencuba sekali pengalaman berpuasa di negara org.. samada yg majoriti islam atau tidak.. insyallah pasti akan menjadi pengalaman yg menarik dan akan diibgati seumur hidup..

      Delete
    2. Permainan semuanya free utk kanak2 terutamanya.. Kalau dtg dgn anak kecil mmg berbaloi sangat.. Boleh mencuba dtg dgn Yandex dan balik dgn Cable Car.. Harus cuba semua barulah menikmati.

      Pemandangan di Kok Tobe mmg cantik.. Apatah lagi kalau winter pasti bersalji penuh.

      Delete
  10. nasibaik musim sejuk...kalo tk berpeluh juga nk menapak ke puncak tu..cantik view dr atas tu hill nampak pergunungan salji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah berbaloi dtg musim sejuk ke Almaty. Nak berjalan banyak pun seronok.. ketiak tak basah hahaha.. View gunung bersalji mmg cantik sgt..

      Delete
  11. hahaha...ada juga ya rumah terbalik ni...
    agaknya setiap negara laa ni semua ada rumah terbalik sekarang...

    tiket pun agak murah tu...
    tp dapat tgk view bersalji tu yg mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure.. but boleh tgk la ni banyak dah tempat buat rumah terbalik ni.. kalau semua negara ada kena jadikan wishlist la hahahaa.. Betul view gunung bersalji tu mmg mahal..:D

      Delete
  12. fuh 3o minit berjalan naik tu. nasib lah cuaca sejuk n view cantik. ralitlah sikit berjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. 30 minit tu sebab banyak berhenti rehat and plus berjalan with the kids.. Dan bergambar tu paling byk buang masa hahaha..

      Delete
  13. Cantiknya permandangan kat sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Almaty bandar yg tenang dan cantik.. Macam Perth Australia :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...