Tuesday, 18 March 2025

Kazakhstan Almaty Part 9 : Visit Al-Hamid Mosque & Taraweh At Baiken Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Pulang dari Kok Tobe Hill kami tidak menggunakan Cable Car atau any other transport. Kami memilih untuk berjalan kaki turun ke bawah sebab nak menikmati lagi view pemandangan yang indah tersaji di setiap saat kaki melangkah.

Lagi pun masa kami datang bersama E-Hailing Yandex pagi tadi, kelihatan ada sebuah masjid yang cantik just sebelum sampai entrance di kaki bukit Kok Tobe ini. Alang-alang dah sampaikan kita singgah la sekejap.

Our Second mosque visit in Almaty City - Al Hamid Mosque.
Memangkan sekarang ini masih lagi waktu Duha. Maka aku mengarahkan the kids untuk bersolat Duha terlebih dahulu sebelum pulang ke apartment. Sebab balik nanti pun confirm semua akan tertidur kepenatan. Dan jarak di antara entrance Kok Tobe ke masjid ini cuma 150 meter sahaja.

Ketika kami sampai dan masuk ke dalam. Kelihatan hanya ada 2 atau 3 orang sahaja yang berada di dalam dan kawasan sekitar masjid. Selepas mengambil wudhu dan bersolat kami berehat seketika nak recharge tenaga dek kepenatan berjalan jauh. Masa ni Athira dengan Aidel dah terlelap bersama disebalik tiang masjid.

Jumlah masjid di Almaty ni agak rare. Bila terjumpa satu dia jadi macam excited sikit :D
Ok jom masuk dalam. Dan macam biasa tempat wudhu & tandas berada di luar masjid.
Dikenali sebagai One of The Youngest Mosque in Southern Almaty City. Masjid yang memiliki 5 khubah berwarna emas dan satu menara ini boleh memuatkan sehingga 2000 jemaah dalam satu satu masa. Dan masjid yang bermazhab Sunni ini memiliki ruang khas untuk jemaah muslimat. 

Telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 2011. Decoration interior design di dalam masjid ini sangatlah cantik dengan ukiran corak culture central asia. Ada iras-iras seperti masjid di Iran. Tema light blue dengan putih memang menyejukan pandangan mata. Boleh tiru tema untuk deco rumah raya tahun ni hihi.

Corak dan ukiran di dalam masjid ini memang sangat cantik.
Terdapat pokok pasu di setiap tingkap masjid ini. Mungkin sebab sekarang ini tengah musim winter maka mereka bawa semua pokok masuk ke dalam masjid.
Tema warna light blue dengan white soft cream dalam masjid ini memang cantik.
Antara keunikan seni bina masjid ini adalah pintu masjid yang diperbuat dari crystal chandelier yang di import dari Saudi Arabia. Dan paling menarik terdapat Kiswah iaitu kain sutera hitam bercorak benang emas yang pernah digunakan pada dinding Kaabah ada dipamerkan di sini - Info Visit Almaty.

Alhamdulillah selesai semua urusan moh ler kita gerak dan sebelum balik
kita selfie dulu dengan staff pemuda masjid yang banyak membantu ini.
Selesai urusan di masjid kami kemudian memilih untuk menaiki bas untuk pulang ke apartment. Wife tanya berani ke naik bas kang takut nanti dia pi ntah ke mana. Aku jawap kita tengok map la mana bas tu tuju. Agak-agak dah dekat nanti kita turun la dari bas. Kalau sesat kita order yandex jer la balik ke Apartment.

Maka naiklah kami semua ke dalam bas menuju ke Almaty City dari Kok Tobe ini.
Sampai di apartment memang kepenatan yang teramat. Kami mandikan the kids semua dengan air panas dan terus tertidur. Sambil aku dengan wife berehat dan membuat rancangan nak ke mana lagi selepas ini. Tiba-tiba aku terfikir dan bagitau wife, why not malam ni kita semua pergi ke masjid untuk bersolat taraweh.

Terus wife aku cakap "Kat Malaysia nak bawa the kids pergi masjid pun fikir 100 kali, Ini kan nak bawa pi masjid kat negara orang". Aku pun cakap tak cuba tak tahu dan mana la tahu kalau dekat sini the kids behave sikit ker hihi. 

Baiken Mosque - The Most Beautiful Mosque in Almaty, Kazakhstan.
Gambar dari google sebab aku datang waktu malam mostly gambar tak berapa clear.
Malam pun menjelma dan selesai kami berbuka puasa dan solat maghrib terus kami bersiap-siap dan keluar apartment dan menuju ke jalan yang lebih mudah untuk ke Baiken Mosque dan order Yandax. Agak jauh juga perjalanan dengan jarak hampir 9 km dari apartment kami. Bayaran Yandax adalah sebanyak KZT1,670.00 dan balik KZT1,790.00.

Alhamdulillah hajat kami tertunai untuk bersolat taraweh di Baiken Mosque.
Yang aku faham cuma ke mana arah tandas musliman dan muslimat :D
Sangatlah cantik dan unik dengan keindahan di bahagian dalam Masjid Baiken ini.
Waktu datang kami dapat Pemandu Yandex yang baik sangat selepas tahu kami nak ke masjid untuk solat taraweh dan charge kami hanya KZT1,200.00 sahaja. Dan dia kata "Please make dua for me, One day i also want to pray". Dia macam terkejut sebab kami nak ke masjid untuk solat siap gigih angkut semua 4 orang anak sekali. 

Gambar diambil setelah selesai Solat Taraweh sebanyak 8 rakaat. 
Seperti yang kita tahu Kazakhstan berada lama di bawah jajahan komunis ketika pemerintahan era soviet yang berakhir pada tahun 1991. Dan kesannya ramai orang yang beragama islam atas nama sahaja. Tidak berpuasa dan tidak solat itu adalah perkara yang bukan luar biasa di sini. 

Masjid yang mempunyai 4 menara dengan ketinggian 6 tingkat ini telah dibuka kepada orang ramai pada 5 Disember 2014 ketika waktu solat jumaat. Dengan keluasanan 6,000 sq meter ia boleh memuatkan seramai 3,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Dan ruangan untuk muslimat solat berada di tingkat atas. 

23 comments:

  1. cantik betul masjid2 ni...memang teringin nak ke almaty cuma now tix flight memang mahal laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak masjid di sana walau majoriti beragama islam.. So bila nak bina masjid mesti ia yg tercantik.. Kena tunggu promo if not mmg mahal tiket huhuu..

      Delete
  2. cantik betul senibina masjid nya tu.. seronok baca bila Allah jumpakan dgn org-org baik & mudah urusan semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu sedang travel bila jumpa org yg baik2 dan membantu mmg terharu sgt.. nikmat yg tak terkata.. :D

      Delete
  3. Cantiknya Masjid Baiken ni. Moga kami dapat ke sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga dipermudahkan utk ke sana saya doakan buat Puan Mulan.. amin... :D

      Delete
  4. Oh tak jauh juga jaraknya dari kok Tobe yaaa. Memang enak jalan kaki saja. Apalagi winter, tak terlalu letih. Kecuali kalo harus gendong anak2 😄.

    Setujuuu, warna biru turquoise dan putih selaku jadi kombinasi mewah dan sejuk di mata. Saya pun suka gabungan warna ini.

    Kalo kebetulan sedang ramadhan di sana , dan ada mesjid pula, memang bagus dicoba taraweh. At least sekali. Biar tahu suasananya seperti apa.

    Tak heran memang jika banyak yg hanya Islam di nama saja kalo negara2 bekas eks Sovyet ini. Saat saya ke Azerbaijan pun, orang2 sana macam Islam sekedar simbol saja. Tp tetap minum alkohol dan tidak sholat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kok itu tidak lah dri Citi Center.. Menengdong anak kecil itu yg panas badan..tapi masih kuat sebab kesejukan winter masih kuat.. iya warna turquoisemg cantik :D

      Delete
    2. Mmg mencari pengalaman taraweh di tmpt org yg berlainan budaya.. alhamdulillah seronok.. tpi itulah syg warga nya hanya tinggal nama islam tapi ramai yg tidak mengamalkan islam itu.. minum alkohol dan tidak solat..

      Delete
  5. Replies
    1. Byk ciri yg digabungkan dari central asia, russia ke timur tgh dlm pembinaan masjid :D

      Delete
  6. bila terfikir negara2 timur tengah, auto otak set mereka mempunyai pegangan islam yang teguh.tak mcm dekat Malaysia, tapi bila baca blog2 travel mcm nie, bersyukur nya duduk di Malaysia, nak solat, nak puasa takde halangan..mudah akses ke masjid , ke tempat2 solat. tapi sayang nya, diri sendiri yg masih alpa.

    eh, kids macam mana?? behave tak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul somehow and some part, duduk di dalam negara Malaysia mmg bersyukur sgt.. byk perkara telah menjadi panduan.. dan setiap negeri mempunyai jabatan dan majlis agama sendiri dlm menjaga dan memelihara agama islam itu sendiri.

      Alhamdulillah the kids behave.. syukur sgt.. Si afnan terlena sehingga selesai taraweh.. :D

      Delete
  7. Masyaa Allah...cantiknya dalaman masjid depa ..kagum dengan kesenian rumah rumah Allah di seluruh dunia..Cuma belum rezeki nak jejak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid tak banyak di Almaty bila ada masjid yg nak dibina mereka akan buat sehabis baik dan cantik.. Alhamdulillah seronok menziarah ke rumah rumah Allah di luar negara ..

      Delete
  8. kubah emas tu yang buatkannya lebih menyerlah...
    interior design pun cantik...
    terasa macam gebu je laa pula bila tengok karpet biru tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul menyerlahkan lagi warna masjid tu bila khubah berwarna emas. Rasa rugi pulak tak dtg waktu siang utk menikmati keindahan masjid ini.

      Delete
  9. lawalah warna biru lembut2 dan ukiran pada setiap pelusuk masjid tu cantik sungguh! rare ni pengalaman bertarawih kat negara orang masa tgh travel, teringin nk buat camni jugak :D
    oh rupanya almaty ni negara muslim tapi not practising sangat ye, saya baru tau. kalau kedai makanan yg dijaga oleh not practising muslim ni kita boleh makan tak? manala tau takut dia tak prepare/sembilahan ikut islamic guideline...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak typo teruk, *sembelihan

      Delete
    2. Seni Bina Central Asia maka semua ciri2 rusia, china, timur tengah semua ada.. Mmg cantik hiasan di dalam ruang masjid. Alhamdulillah mmg rare pengalaman berterawah di negara orang yg tiada kesamaan langsung dgn budaya melayu kita .

      Delete
    3. Kazakhstan negara majoriti islam. Dan mostly yg kita jumpa mmg mengaku islam. Sebab tu bila nak makan kat mana2 kena make sure ingredients semua sihat dan halal. Sbb takut ada tercampur alcohol and so on..

      Delete
  10. Masjid Baiken tu kubahnya berkilat sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik masjid Baiken tu.. Kena pergi waktu siang kalau nk bergambar.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...