Monday, 24 March 2025

Imperium Residence Waterfront & Pasar Peramu Kuantan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Ke Kuantan lagi kita pada weekend baru-baru ini. Ada beberapa urusan kerja yang harus diselesaikan. Dapatlah berehat dan bercuti-cuti dengan anak-anak. Dah alang-alang mai Kuantan kan. Dan kali ini mencuba pengalaman baru iaitu menginap di Imperium Residence Kuantan Waterfront Resort City.

Selama ini sekadar melihat bangunan tinggi di sebelah kiri apabila memandu naik jambatan menghala ke Tanjung Lumpur. Terdapat dua bangunan di sini satu adalah Swiss BelHotel Kuantan dan bangunan sebelah adalah Imperium Residence.

Keadaan di dalam studio. Cantik, kemas dan lengkap semua peralatan.
Sebuah katil, sebuah sofa dan sebuah tilam sofa.
Untuk first time ni kita cuba homestay yang ada di Imperium Residence ini. Next insyallah kita try check in Swiss BelHotel pulak. Untuk unit residence ini ada yang unit studio dan ada yang rumah dengan 2 atau 3 bilik. Homestay yang kami dapat ini adalah sebuah studio milik orang melayu. Alhamdulillah owner pun sangatlah baik dan friendly customer gitu.

Tandas yang teramat luas. Air panas, syampu dan sabun mandi juga disediakan.
Sejadah, Telekung dan Arah Qiblat disediakan. Tv, Aircond, Peti Ais Mini dan Pengering Rambut juga disediakan. Untuk memasak periuk elektrik disediakan. Ruang studio juga just nice untuk kami anak beranak. Dan kebanyakan homestay di sini kesemuanya berharga RM200+- semalam termasuk segala extra charge dan cukai negeri Pahang.

Pemandangan ke arah Bandar Kuantan dari unit kami di tingkat 15.
Pemandangan ke arah Bandar Kuantan sangatlah cantik dari unit kami di tingkat 15. Lebih-lebih lagi di malam hari minggu dengan suasana meriah lampu yang memenuhi pemandangan. Kian terasa aura Aidilfitri yang akan menjelma tak lama lagi. Minggu depan jer pun huhuu..

Kalau ada peluang lagi lepas ni nak try check in unit yang menghadap laut pulak. Pemandangan ke arah Pantai Gelora dan Pantai Teluk Sisik. Dapat juga tengok view ke arah laut dari swimming pool yang berada di tingkat 6 kalau tak silap aku.

Pemandangan ke arah laut dari tingkap sebelum menaiki lift.
Di hari terakhir iaitu semalam (Ahad). Selepas check out kami ke Pasar Peramu yang terletak lebih kurang 3 km. Katanya di sini ada menjual Keropok Lekor yang sedap dan boleh juga kalau nak membeli ikan segar. Tapi kami datang dah hampir-hampir waktu zohor. Banyak ikan yang telah habis dijual.

Kelihatan orang masih ramai membeli hasil laut di sini.
Insyallah next time amik homestay yang boleh masak, kita borong di sini.
Udang dan Sotong yang segar dari laut. Insyallah next time kita serang semula.
Di sini ada menjual ikan segar, ayam, daging, sayur-sayuran dan juga hasil produk orang tempatan. Terasa pulak lepas ni nak cari homestay yang boleh masak. Nak beli di sini dan balik hometsya terus masak. Geram tengok kesemuanya yang segar-segar especillay hasil laut dan sayuran.

Dan yang menarik juga terdapat banyak produk buatan bumiputera seperti tauhu, cendol hijau, fishcake, fishball, kerisik, tauhu kering dan sohun, cincau, buah kabung dan pelbagai lagi. Terapat juga ada yang menjual Bahulu, kerepek pisang dan kuih kapit dan kuih traditional yang lain.

Terasa nak membeli tu sebab tengok semuanya segar-segar.
Nasib baik dah nak balik KL kalau tak mesti banyak benda yag nak dibeli.
Dan juga di sini ada menjual Keropok Lekor yang dibuat fresh setiap hari. Yang juga menjadi salah satu utama orang ramai datang berkunjung ke sini. Dan antara yang aku rasa famous di sini adalah Kak Yah Keropok Lekor dan Keropok Lekor Ghani Black. Mungkin ada yang lain cuma aku tak perasan sebab tak sempat nak explore keseluruhan tempat ini.

First time dengar Keropok Lekor Sagu Bawang Ghani Black. 1 Pack RM7.00.
Bentuk rupa Keropok Lekor Sagu Bawang. Kelihatan sama tapi berlainan rasa.
Keropok lekor biasa juga ada dijual. Yang besar 5 batang RM11 Yang kecil 10 Batang RM12.
Alhamdulillah niat nak memborong keropok lepor tercapai. Biasa kalau datang ke Kuantan akan cari keropok lekor ke arah Balok sana. Tapi kali ini kita jalan-jalan area Tanjung Lumpur sahaja. Oh ya di sini ada sejenis keropok lekor yang istimewa iaitu keropok lekor yang dicampur sagu dan bawang. 

First time dengar maka kami hanya membeli satu pack sahaja Keropok Lekor Sagu Bawang ini dengan harga RM7.00 satu pack berisi 10 batang. Dan antara kelainan ia tidak direbus seperti keropok lekor biasa tapi ia terus digoreng di dalam minyak panas selepas diuli. Until now belum dimasak lagi so tak tahu macam mana rasanya. 

23 comments:

  1. Pernah stay Swiss Bell tu, pool & breakfast buffet dia best hehe...

    Naper la tak tahu pasal pasar peramu ni masa pergi sana dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nampak macam meriah.. insyallah next time nk check is Swiss Belhotel tu pulak..

      Kita pun ada org tempatan bagitau utk singgah ke Pasar Peramu.. :D

      Delete
  2. Oh Afif datang Kuantan ya, tapi bulan puasa. Pasar Peramu memang best, ikan fresh. Yang dalam plastik ikat getah tu bukan bahulu. Itu NEKBAT, kena masak air gula dan rendam bahulu kering tu. Yang tu belum ada gula, kalau makan, dia keras dan tawar. Nanti gugel kuih NEKBAT.

    Imperium dan Swissbwl, dua2 best tepi laut. Pernah staycation di Imperium dengan kawan2 ITM. Kak Yah Keropok Lekor memang sedap, tak perlu ke belah2 Balok dah. Next time datang lagi ya, roger2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah memang setiap bulan kena dtg Kuantan.. susah nak ngelat dari bos hahahaa..
      Itulah seronok tgk semua yg fresh di pasar peramu tu.. next mmg nak cari homestay yg blh msk.. nak beli dan terus masak hihii..

      Delete
    2. Oh okay Kuih Nekbat.. okla nak try la lepas ni.. ingtkan bahulu huhuu.. ini first time stay di Imperium mmg seronok tapi ikut nasib dpt owner yg mana.. ada dgr ada je unit yg kosong ada basic jer..
      Lepas ni kalau dtg Kuantan balik hari.. blh la beli Kopok Lekor Kak Yah jer. Tak perlu ke Balok..

      Delete
  3. saya pernah stay kat sini :) swissbel pun pernah jugak--sbb dulu2 kan kerap i gi kuantan to visit my son

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini first time check in area tanjung lumpur.. biasa check in area bandar Kuantan sampailah ke Balok. Nice hotel.. :D

      Delete
  4. waaahhhhh meriahnya mcm-mcm ada ye? ini kalo Ana pegi sini mmg segala benda nak beli eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ikutkan hati macam2 nak dibelinya hahaha.. Nasib la memikir jauhnya rumah kalau nak beli brg basah tu susah jadinya .

      Delete
  5. Berbaloi RM200 dengan ruang dan kelengkapan disediakan.

    1st time tau keropok sagu bawang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sangatlah berbaloi.. Design pun nampak elegant dan modern gitu.. samalah first time tahu wujudnya keropok lekor sagu bawang tu..

      Delete
  6. bestnya bila nampak ikan udang segar tu.


    ooo baru kakLM tau pasal keropok sagu bawang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn geram jer tgk.. nak beli tak boleh sebab nak balik KL jauh.. tunggu la next time beli msk di homestay terus huhuu..
      Kan first time dgr sagu bawang tu.. :D

      Delete
  7. RM200 untuk cam tu sangat berbaloi rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap sgt berbaloi.. boleh masuk dengan anak2 semua sekali.. ruang nak tidur pun cukup utk semua..

      Delete
  8. wah sonok bercuti tempat selesa tepi laut banyak hasilnya boleh borong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la bercuti pada asalnya.. Hadir ke Kuantan atas urusan kerja.. tapi alang2 tu menyelam sekali la kan hihii... Hasil laut mmg fresh di Tg Lumpur.. :D

      Delete
  9. Nice...and nampak selesa sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang selesa.. Syukur dapat unit dan owner yang baik.. :D

      Delete
  10. waa... cantiknya bilik tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat unit yg cantik ... Selesa sangat.. :D

      Delete
  11. Nampak cantik tersusun kemas unit ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... alhamdulillah syukur sgt.. bergantung pada owner nak design cantik2 atau sebalik nya.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...