Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sebelum masuknya Bulan Ramadhan kita sepetutnya sudah mengetahui ibadah apa yang perlu dan patut kita lakukan di sepanjang bulan Ramadhan. Dan sentiasa meletakan niat di hati agar dapat membuat ibadah dengan lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.
Sebagai manusia biasa jom kita lihat 5 amalan yang mudah untuk kita amalkan di sepanjang Bulan Ramadhan. Rugi kalau kita tak buat amalan-amalan yang sangat mudah di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Apatah lagi ganjaran pahalanya juga berlipat kali ganda berbanding bulan yang lain.
1. Solat Taraweh
Kenapa nak solat taraweh? Sebab ianya adalah satu keistimewaan yang hanya boleh dilakukan ketika di Bulan Ramadhan sahaja. Tak kesah la nak solat 8 atau 20 rakaat yang pasti jangan tinggal solat taraweh di setiap malam. Rugi sangat kalau tak buat. Andai kata tak dapat buat di masjid atau surau maka buatlah seorang diri di rumah.
![]() |
Dan paling best sekiranya kita tidak meninggalkan solat taraweh di setiap malam maka nescaya kita akan dapat mendapat Lailatul Qadar yang berlaku di salah satu malam di Bulan Ramadhan. Bayangkan 20 rakaat taraweh yang kita solat itu akan dikira untuk sepanjang 1000 bulan lamanya.
2. Solat Witir
Ramai orang selepas solat taraweh bangun meninggalkan masjid atau surau tanpa menunaikan solat witir sebelum balik. Ada yang bagi alasan "Jemaah masjid nak solat 20 rakaat saya mampu 8 rakaat sahaja". Hukum Solat Witir adalah Sunat Muakkad iaitu sesuatu amal ibadah yang sangat-sangat dituntut untuk umat islam lakukan.
![]() |
Senang nak faham berkenaan solat witir ini adalah. Ketika belajar dahulu Sheikh Soleh Jabaruddin mengatakn Witir ini bagaikan sebuah folder kepada segala amalan yang kita lakukan dalam sehari. Ia mengemaskan dan menjadi penutup kepada semua amalan kita dalam sehari. Itulah indahnya Solat Witir.
3. Membaca Al Quran
Amalan paling mudah di Bulan Ramadhan. Bayangkan melihat Al-Quran sahaja kita sudah pun mendapat pahala apatah lagi membacanya. Daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah bersabda "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, Melihat Al-Quran dan Melihat lautan" Riwayat Abu Nuaim.
![]() |
Bayangkan ada sesetengah orang cuba sedaya upaya nak khatamkan bacaan 30 juz dalam sebulan Ramadhan tapi kita sentuh Quran pun tidak. Paling teruk dalam rumah Al-Quran pun tak ada atau tak tahu simpan kat mana. Pernah seorang budak ditanya kenapa tak pandai baca Al-Quran "Mak Ayah pun saya tak pernah tengok baca Al-Quran, Kenapa saya nak baca pulak".
4. Bersedekah
Pengajian dalam Bab Sedekah ini terlalulah luas dan banyak khulasahnya. Apa pun untuk bulan Ramadhan ini bersedekahlah setakat mana yang kita mampu dan yang penting ikhlas. Biarlah ia sikit sekali pun tapi dengan sedekah kita itu ia dapat mengukir senyuman pada si penerima.
![]() |
Pahala sedekah dapat barang pun dapat dan kemudian Sheikh ketawa dan berkata "Nak buat macam mana kalau dah kedekut sangat nak bersedekah maka buatlah cara ini dan moga-moga dengan cara ini kita akan terbuka hati untuk bersedekah dengan lebih istiqomah.
5. Kurangkan Berkata-Kata Dan Banyakan Berzikir
Pepatah pernah berkata "Terlajar Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Binasa Badan". Banyak masalah yang timbul ketika ini adalah dari kata-kata. Dan kemudian di akhiri dengan pergaduhan, rasa tak puas hati, dendam sehinggalah jadi jenayah seperti khianat, memukul dan membunuh.
![]() |
Dalam Bulan Ramadhan ini kita kena berlatih untuk kurangkan berkata-kata bagi mengelak dari berkata-kata yang lagha. Dan banyakanlah berzikir. Adakah kita tergolong di antara mereka yang langsung tidak menyebut lafaz Tahmid Alhamdulillah, Takbir Allahu Akhbar dan sebagainya dalam seharian kehidupan kita?
terima kasih atas perkongsiannya...insya-Allah, semoga amal yang boleh dibawa selepas bulan Ramadan, dapat kita teruskan..aamin
ReplyDeleteThx..Nice sharing =)
ReplyDeleteTahun ni berazam nak terawih penuh setiap malam. Harap kali ni takde kena travel yang ganggu waktu terawih. Memang rugi rasa sebab terawih cuma muncul pada bulan Ramadan.
ReplyDeleteThanks for sharing.barakallah fiik
ReplyDelete