Sunday, 27 April 2025

Hujung Minggu Untuk Berehat Yang Tiada Hala Tuju

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Mencuba menarik nafas lega bila tak post entry berkenaan travel. Penat nak tulis jalan cerita, search info dan cari gambar yang kena dengan jalan cerita. Dan nak meng'edit' gambar another part of story. 😏

Kadang-kadang bila jumpa gambar tapi tak kena pulak dengan jalan cerita. Padam balik, tulis lain. Begitulah bila menulis journal travel yang memerlukan beberapa hari hanya untuk menyiapkan satu entry sahaja.

Kadang-kadang tu teringin nak ceritakan sesuatu yang berlaku semasa travel tapi tiada langsung gambar untuk disertakan sekali. Atau juga kadang-kadang bila nak ceritakan sesuatu kejadian tapi entry dah terlalu panjang. 

Maka most of the time dilupakan sahaja dari penulisan di sesuatu entry berkenaan. Tapi bila dah post terasa macam rugi kenapa tak diceritakan. πŸ˜… Macam-macam hal la pulak bila ada perasaan macam tu. Tak best nyer. πŸ˜‚

Bila aku keluarkan entry luahan hati macam ni faham-faham jer la. Tengah burn out, tak ada idea dan otak tengah tepu. Dari mulanya buka laptop nak update blog. Tiba-tiba terus bertukar buat blog walking sahaja. 😁

Ada orang jual jagung sebelum masuk pasar pagi tadi.
Sebelah orang jual jagung ada orang jual nenas MD2.
Macam-macam ada. Masa ni Bihun Sup Affan belum smpai lagi.
Cucur Bawang, Rangka Ayam Goreng, Nugget dan Sosej.
Nasi Ayam Taiping yang paling famous di sini.
Hari ni memang hari untuk bermalas-malasan yang teramat amat malas. Pagi bawa the kids makan di pasar muhibbah tak jauh dari rumah. Petang kita bawa the kids makan Chinese Muslim Food. Mula-mula nak makan di Restoran Barakah Chinese Muslim Food di Ampang.

Tapi disebabkan nak try kedai baru iaitu Oriental Mee Tarik - Original From Lanzhou. Tak pernah lagi masuk semenjak dibuka di Lotus Ampang. Yang menggantikan Shushi King yang tak survive di situ. Overall makanan Chinese cuisine ni semua sama sahaja rasanya. Dari semahal-mahal Mohd Chan sehinggalah yang biasa ini. 

Jom try Oriental Mee Tarik - Original from Lanzhou.
Mee Tarik Beef Soup & Beef Dumplings Soup.
Chinese Fried Rice - Okla sesuai untuk the kids yang tak nak pedas.
Dah biasa buat entry panjang-panjang. Bila nak up entry biasa macam ni pun dah tak reti nak tulis pendek-pendek hahaha πŸ˜‚ . Banyak betul yang nak diluahkan. Apa pun salam weekend buat semua. Malam nak tidur awal sebab esok pagi nak berperang kejut anak pi sekolah lagi πŸ˜‚

Esok dah start kerja. Malam karang nak iron baju sekolah anak. Esok pagi dah berbalik ke rutin weekdays. Moga-moga seminggu ni semua baik-baik sahaja sampai la weekend depan. Amin.

50 comments:

  1. Tuan memang suka menaip ...sebab tu tulisan jadi panjang ..apapun kisah travel memang besr...ada buat macam ML Studio ke ? Mereka guna video untuk bercerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah suka menaip mcm bercerita tu yg jadi panjang entry tu hihihi.. πŸ˜…
      Alhamdulillah kisah travel mmg seronok utk diceritakan.. takde buat any video sbb keseronokan itu hanya pada mengarang di blog ini sahaja.. ☺️πŸ‘

      Delete
  2. betul tu, bila sudah burn out....memang tepu laaa tak tahu nak letak entry apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Semangat ada tinggintapi kalau takde idea jangan harap la nak tulis satu perenggan pun huhuu.. 😁

      Delete
  3. Samalah hari ni pun uncle dapat berehat tanpa hala tuju...

    End up Zzzzzzz je...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tidak lah tidur aja kerja nya..nanti anak kecil 4 orang tu bermaharajalela.. tak boleh tak boleh hahaha..

      Delete
  4. ada rezeki boleh ngeteh sama2 nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah anytine jer bro.. roger roger.. ingt hujung bulan depan nak balik perlis la..

      Delete
  5. mmg luar biasa semangatnya utk taip entry yg panjang sbb byk nak dicerita.. jarang dah ada lelaki yg sggup nak taip entry di blog sbb skrg ramai memilih vlogging gunakan video je di tiktok hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 bila menulis tu seronok sgt sbb dpt flash back semula apa yg berlaku.. seorang diri pun blh tersenyum hahahaa.. skrg zaman nak tgk video jer.. tak ramai yg nak membaca .

      Delete
  6. Once a while tulis yg santai² macam ni pun okay, as long as kita keep on writing πŸ’ͺ🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan once a while kita tulis macam ni ok jugak takde la stress sgt hahaha.. insyallah istiqomah menulis.. πŸ‘☺️

      Delete
  7. santai- santai macam ni la pembaca suka sebenarnya..masa ni nanti check page views..naik tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh macam ni eh pembaca suka.. ok ok akan diperbanyakan lagi tulisan santai santai cenggini hihii.. amboii sampai nak check view.. tak yah la.. blog ni sendu jer πŸ˜…

      Delete
  8. Baru kelmarin mkn jagung rebus manis =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa sedap sedap... Jagung manis makan mentah pun sedap.. biasa kalau kat cameroon tu mkn mentah pun blh.. 😎

      Delete
  9. nk buat jurnal pon ada outline bagai ye.. memang powerlah! bab pilih2 gambar tu ye.. menguji kesabaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tulis exactly pengalaman ketika travel tidak begitu mudah tapi ia menyeronokkan seolah-olah kita berbual dgn pembaca.. Bab pilih gmbr tu jgn ckp la hahaha.. kdg2 nk pilih pun matinakal hahaha.. 🀣

      Delete
  10. saya teramat jarang makan chinese muslim food...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. kdg2 bila tak nak makan nasi terus ke Chinese Cuisine sebab byk makanan yg bersup.. sesuai juga makan bersama anak2.. ☺️πŸ‘

      Delete
  11. Mohd Chan dah tak rasa sangat chinese cuisine, beberapa menu je. Lagi² pekerja nampak macam Vietnamese di tempat kami.

    Iron baju anak tu boleh buat hari Sabtu.. ahad boleh rehat²πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la anggapan saya bila org lain pun perasan benda yg sama psl Mohd Chan.. Dlu seronok jer makan la ni biasa2 jer huhuu..
      Sabtu basuh baju.. ahad baru nak iron itu pun kalau kering baju hihii

      Delete
  12. Kalau saya, semangat menulis kadang menggebu
    Eh saat di depan komputer, tiba-tiba isi kepala membeku. Bingung mau menulis apa, bahkan berjam-jam belum ketemu ide yang mau ditulis
    Saya suka menu sop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah itu semangat turun naik gitu.. kerna kita pun sendiri miliki kerja hakiki dan keluarga serta kehidupan yg sentiasa membuat kita sibuk. tiada ideaapa pun tidak blh ditulis πŸ˜…

      Delete
  13. nampak sedap cucur bawang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg jual tu orang lama.. sedap.. cicah dgn kuah kacang.. πŸ‘☺️

      Delete
  14. Suka Chinese Muslim food. Di Presint 15 ada 4 termasuk Mohd Chan. Ya jugak MC dah tak macam dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. makna kata bukan saya seorang lah yg perasan MC dah tak mcm dulu.. smpi dipuji-puji slpas makan hihii.. πŸ˜…

      Delete
  15. Nasi gorengnya nampak sedap, Kak Afif. Kalau nugget and sausage memang kesukaan kids, yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Goreng Cina mmg makanan umum di Malaysia.. simple sedap sesuai utk kanak2.

      Delete
  16. Saya tak de masalah baca entri tanpa gambar. Kalau ada cerita menarik masa travel tapi takde gambar berkaitan, cerita je la. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 kalau dah terlalu panjang sesuatu entry susah juga nak pelihara kualiti penulisan.. tu yg kdg2 plan 5 entry sahaja tapi jadi sampai 9-10 entry hahaha.. Insyallah akan cuba perhalusi setiap kejadian semasa travel 😎🫑

      Delete
  17. biasa latu.. sekali sekala tukar angin dari niche asal blog, apa salahnya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak boleh selalu sgt nanti lama lama malas nak update pasal travel.. sbb mudah sgt buat entry luah perasaan ni hahaha.. btw thanks πŸ‘πŸ»

      Delete
  18. sup mi tarik tu nampak lain
    setau sy kalau style chinese ni kuah sup dia tu jernih sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah dia sedap tapi jernih jer dan nampak suci dari minyak yg banyak hahahaa.. mee tarik mmg sedap.. the kids suka sgt ☺️

      Delete
  19. berapa harga nasi ayam taiping tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM7.50 sepinggan.. Dulu lagi murah .. biasalah harga dah mahal skrg huhu..πŸ˜…

      Delete
  20. Makanya saya salut dengan tulisan travel blogger yg bisa menulis hampir setiap hari. Saya cuma bisa seminggu sekali. Krn memang perlu susun alur ceritanya.

    Sedaap nampak mi tarik Lanzhou nya. Di sini ada, tp saya tak tahu under owner yg sama atau namanya saja yg sama.

    Sedap, tp porsi terlalu banyak bagi saya πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat sekarang paling byk pun 10 entry sebulan.. nak lebih mmg tak mampu.. itu pun byk curi masa tgh malam lepas anak tidur hahaha..

      Makanan Chinese Cuisine mmg byk portion nya.. kalau seorang susah nak habiskan.. tapi sedap hihii

      Delete
  21. Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  22. Kitanya pun terasa mood cuti betul sepanjang Syawal. Ni dah habis Syawal pun lemaunya rasa. hahaha mungkin kena paksa jugak bila malas makin berleluasa ni. Malas-malas pun, hari-hari update blog. Ni malas tipu-tipu ni. >_<

    Tabiklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. pergi keje pun banyak jamuan makan.. tak department kita department sebelah hahaha.. tiba tiba ada port luck.. weekend penuh dgn open house.. malas betul nak update.. ada la 10 entry je sepanjang syawal ni huhuu.. πŸ˜…

      Delete
  23. seboleh mungkin, for me, jdkan blog sbg tempat luahan happy2 jer ;) (wpun sekali sekala ada jugak luahan hati or share psl death news (kematian relatives etc)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah terapi yang sangat bagus adanya blog dan menulis di sini.. menjadi mulut kepada isi hati yg ingin diluahkan. Menyimpan memori apa sahaja yg berlaku. ☺️

      Delete
  24. Mi tarik ni kalau kuahnya tak kiralah brand mana sekalipun tapi rasa kuah dia tetap sama la bagi saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Hihiii .. πŸ˜…
      Makan yg di Pavilion tu pun sama.. Mohd Chan pun sama.. yg ini pun sama.. bahan diorng mmg sama jer kot.. takde la yg kat sini rasa lain sikit ke apa ke huhuu

      Delete
  25. Chinese food memang sepesen rasanya ye. Kalau tengok movie Hollywood sakan deme dok pesan Chinese food ingatkan sedap bebeno. Makan deme banyak yang sihat cuma sedikit kurang rasa untuk tekak KSarie. Kitanya lidah Melayu udah biasa makan ada macam-macam rasa. Tuan burn out pun masih molek penceritaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makna kata ramai la sepakat dengan saya rasa Chinese food mmg sepesen jer hahahaa.. :D Movie Hollywood tu sebab diorang makan noodle goreng jer.. kalau berkuah tak pandai depa nak makan huhuu.. Lidah melayu garam lebih tu main peranan hahahaha... kalau tawar blh hilang selera mkn huhuu :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...