Wednesday, 16 April 2025

Kyrgyzstan Part 3 : Check In At Ailin Apartment 4N3D - A Friendly & Helpful Young Owner

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Untuk semua accommodation trip di Central Asia kali ini aku telah membuat booking dari Malaysia menggunakan Agoda.com dan Booking.com lebih kurang 2 bulan sebelum kami terbang dan kesemua accommodation adalah "Pay On Arrival" dan tiada satu pun yang boleh kita buat bayaran terlebih dahulu.

Dan reason kenapa aku memilih apartment adalah kerana mempunyai 4 orang anak kecil dan aku memerlukan dapur untuk memasak dan mesin basuh baju. Travel backpack memang tak banyak sangat pakaian yang boleh dibawa.

Ni adik lelaki owner Ailin Apartment. Nama apa tak ingat. English? No.!!
Dia tunggu kami sampai dari bus station dan bawa kami naik ke apartment.
Berbual dah macam ayam dengan itik. Si kakak dia jer yang fasih english.
Satu perkara anda perlu tahu tentang Kyrgyzstan adalah harga di sini jauh lebih murah dari Kazakhstan. Dan jika dibandingkan antara Uzbek, Kazakh dan Kyrgyz maka Kyrgyz adalah paling murah. Bagi aku sini adalah syurga makan sebab sedap dan murah. Nak makan kebab atau shawarma berkali-kali pun tak apa. 😅

Ini gambar yang diberi owner. Sebab masa tu dia nak tukar apartment kami.
Dan ini gambar yang aku ambil dari handphone sendiri. Lengkap dengan Peti Ais,
Wifi, Gas Stove, Meja Makan, Mesin Basuh Baju, Tab Mandi, Water Heater.
Keadaan apartment alhamdulilah cukup bersih. Ada Sofa Bed, Tv, Iron dan Heater.
Dan pemandangan ke arah luar jendela ketika musim winter. 
Di Bishkek kami menginap beberapa hari di Ailin Apartment. Alhamdulillah owner adalah seorang wanita muda tempatan yang sangat friendly, suka berbual dan baik serta banyak membantu kami. Owner dan adik beradik beliau menjalankan business homestay di beberapa buah apartment di beberapa lokasi sekitar Bandar Bishkek.

Pemandangan di esok pagi. Malam tadi sampai memang nak mandi dan tidur jer 
Pada asalnya kami sepatutnya menginap di sebuah apartment berdekatan dengan Central Mosque sebab masa tu aku nak yang mudah jalan kaki sahaja pergi Solat Raya Aidilftiri. Namun ditukar pada saat akhir ke satu lokasi yang tak jauh dari Osh Bazaar. Dan disebabkan itu juga owner telah memberi diskaun selama kami menginap di apartment beliau.

Untuk unit apartment ini semua peralatan disediakan cukup lengkap. Memang teramat selesa buat kami sekeluarga. Katil queen, satu sofa bed dan extra bantal juga disediakan. Dan dari segi safety di bangunan apartment ini sangatlah tinggi.

Terdapat kawasan permainan dan taman di tengah compound banguan apartment ini.
Setiap kali nak keluar atau balik dari jalan-jalan. Mesti the kids minta masa nak bermain.
Bergembiralah wahai anak-anak walau tengah sejuk sangat di pagi hari.
Dan apabila owner tahu kami travel bersama anak kecil maka beliau juga telah membayarkan perjalanan Yandex kami dari Western Bus Station ke apartment. Apartment di sini lebih besar dan moden dari di Almaty namun aku lebih menyukai apartment di Almaty walau nampak lama tapi lengkap seperti heater di seluruh rumah.

Berbanding di sini heater hanya berfungsi di ruangan utama iaitu dari pintu masuk sehingga ke tempat tidur dan tidak di dapur. Namun kami tetap selesa dan bila dah check in lega lah hati ini dek kerana memikirkan the kids yang kepenatan dan keletihan. Dan perkara utama aku buat setelah check in adalah misi membasuh baju.

Terdapat kedai senjata tak jauh dari apartment. Teringin nak tengok AK-47 real life hihii.
Terdapat beberapa buah restoran berdekatan termasuk yang high-end seperti ini.
Selesai mandi kami makan malam dengan apa yang ada. Aku telah prepare Mi Segera, Coffee and Tea 3 in 1, Mushroom soup dicicah dengan roti yang dibeli dari Almaty. Walau malam ni last Taraweh dan esok last berpuasa namun tiada bau rendang, lemang dan ketupat. Dan tiada letupan mercun kedengaran. Suasana malam seperti malam-malam biasa.

Kalau di Malaysia mesti dah announce bila tarikh 1 Syawal dan malam akhir Ramadhan akan dipenuhi dengan suasana meriah. Mungkin sebab ramai yang tidak berpuasa maka sambutan syawal itu hanyalah perkara biasa bagi mereka. 

Sebuah pasaraya yang terletak tak jauh dari apartment.
Kalau membeli di kedai runcit seperti ini pun harga masih lagi murah.
Masa ini juga wife aku sibuk baca internet nak confirmkan bahawasa esok last puasa dan bukannya Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal. Nak buka tv pun tiada yang kami faham andai kata mereka ada buat announcement bila jatuhnya hari raya. Dan akhir sekali confirm esok adalah hari last berpuasa.

Di kala sedang kesejukan ternampak makcik ni jual jagung rebus panas.
Terdapat satu bakery berhadapan dengan apartment kami.
Masa sampai ni nak closing dah.. tak banyak yang tinggal. Staff pun dah malas nak layan :D
Berkenaan apartment ini yang aku suka adalah terdapat banyak pasaraya dan restoran disekeliling banguanan. Terdapat satu farmasi dan beberapa Cafe & Bakery yang berdekatan. Very convenient untuk bersantai-santai. Namun apa yang aku tak suka adalah lokasi apartment ini sangatlah jauh dari beberapa attraction utama di Bandar Bishkek.

Dan yang paling dekat hanyalah Osh Bazaar itu pun terletak kira-kira 1.2km. Dan kesemua destinasi lain kami perlu menggunakan perkhidmatan E-Hailing Yandex Go. Termasuklah nak ke masjid untuk bersolat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Harga asal penginapan adalah RM160.00 per night dan selepas diskaun kami hanya membayar RM125.00 per night sahaja.
 

47 comments:

  1. murah betul rate apartment ni. kagum la u boleh gi holiday time puasa+raya! teringin jugak nak merasa pengalaman raya time holiday cuma sbb i ada big family for raya esp nak spend masa dgn my mom, so holiday abroad on hari raya memang not the option laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masa mencari pun byk yg murah cuma kita kena check lokasi yg paling strategik. Klau nak tidur hotel pun ada byk jer.. Ni first time beraya dgn anak beranak di luar.. Mmg kena ckp2 tu ada jer.. tapi itulah nak cari pengalaman kan hihii... Buat pekak telinga jer la hahaha 😂

      Delete
  2. Bagus juga stay di apartment yang luas, bersih, cantik dan lengkap ni. Yang penting keselamatan dan boleh memasak tu. Kot nak jimat dan susah nak cari makanan halal boleh masak apa yang patut. Boleh tahan sejuk ye mereka semua. Dah main lupa sejuk agaknya. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kalau dah travel dgn anak anak kecil macam ni kena cari apartment mcm tak sesuai nk tidur hotel.. Paling utama nak masak dgn basuh baju tu la.. Masa ni suhu mgm bawah 5-8 degree jer.. sejuak sgt ☺️

      Delete
  3. Apa beza jagung rebus dia dengan jagung rebus kita? Ke sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jer.. cuma bila makan jagung rebus panas panas di saat cuaca 5 degree tu nikmat dia lain mcm uncle 😅👌

      Delete
  4. Oh ingatkan mereka fasih berbahasa inggeris...
    Sedapnya makan jagung rebus dlm cuaca sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tidak ramai.. dalam 100 mungkin 2-3 org jer boleh berbahasa english.. kena banyak bersabar sikit tapi tak apa asalkan maksud dpt disampaikan hihii.. jagung tu nikmat sgt bila cuaca sejuk.. 😅👌☺️

      Delete
  5. waaahhhh ana mmg teruja tiap kali baca perkongsian ustaz afif ni sbb mcm-mcm perkara akan berlaku. ada yg seronok, ada yg kurang seronok tp tetap hadap dgn positive je semuanya hehehe.. bestnya apartment bersih & lengkap kemudahan nak cuci baju yg penting! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila travel sendiri especially as a backpackers ni.. mmg mcm2 cabaran ada.. Masam Manis.. Indah tak indah semua ada.. its just how kita manage the situation sahaja.. Layan jer dgn senyuman.. Apartment best seronok sgt 😎😅👍

      Delete
  6. salam aidil fitri kembali , maaf zahir batin juga
    seronoknya dpt travel & tgk tempat org...alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri juga buat Mummy Ayu sekeluarga..
      Alhamdulillah kita kongsi kisah mengembara di sini :D

      Delete
  7. Laaa...baru tau diorang x fasih berbahasa english....susah la nak communicate kan..tapi diorang lawa2 dan handsome kan..putih kulit diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang macam banyak jenis muka.. ada yg ke arah russia. ada yg ke arah turkiye dan ada yg ke arah china. bab yg lawa tu ramai yg handsome tak sure. sbb bg sy fatah amin tu biasa jer hahahaha :P

      Delete
  8. berjalan bersama anak2 sekeluarga mmg molek sewa apartment lebih selesa semua lengkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sewa apartment kalau travel anak kecil lebih mudah.. nak masak nak basuh baju bagai huhuu.. Alhamdulillah syukur dpt tmpt yg selesa.. 👌☺️

      Delete
  9. macam best nampaknya Kyrgyzstan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Central Asia mmg best.. budaya yg langsung tak sama dgn kita tapi satu agama iaitu islam.. btw view negara diorng mmg cantik 👌☺️

      Delete
  10. Murahnya harga apartment dia.. Tengok kelengkapan pun okaylah..
    Pengalaman betul berpuasa di luar negara ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu sbb dia tukar apartment kita ke unit lain.. sebab tu dpt murah sikit . Alhamdulillah apartment dia selesa besar dan lengkap.. pengalaman bersama anak-anak.. ☺️👌

      Delete
  11. Camne lah mereka boleh tawarkan harga apartment yang murah eh... berbanding kita kat Malaysia. Gamaknya nilai hartanah kat sana terkawal walau negara bekas Soviet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm ada tgk juga hartanah kat sana tak la murah.. tapi mungkin bayaran balik tak mahal so boleh la kot nak bgi sewaan murah as homestay. Ntah not so sure.. 😊

      Delete
  12. Replies
    1. Alhamdulillah syukur.. akan saya ceritakan kisah pengembaraan nya di blog ini 😊👍

      Delete
  13. Murah ya. Thanks for sharing Afif. Berkobar nak ke sana. Best nya apartment ada mesin basuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena booking 2 bulan awal insyallah blh dpt byk pilihan tmpt dan harga.. mostly apartment semua bawah RM180-200 jer di Bishkek.

      Delete
  14. Kalau bawa anak kecil, dan traveling dlm jangka waktu lama, saya pun akan pilih apartment. Krn ada washing machine itu. Penting JD tak payah nak bawa baju banyak sangat kan.

    Saya pun tak paham kenapa banyak negara2 Kaukasus dan STAN ini pembayaran penginapan seringnya pay on arrival. Apa Krn masalah di pembayaran kartu antara bank sana dan tempat kita ya?

    Kali Kyrgystan lebih murah dari semua STAN memanglah saya nak lama di sana rasanya hahahhaha. Jadi puas mau belanja dan kuliner apapun 🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya washing machine itu sgt penting.. tidak perlu bawa baju dgn banyak.. basuh dan pakai kembali.. kerna itu sering kali check in di apartment apabila travel bersama anak.. walau di Malaysia sekali pun.

      Delete
    2. Kalau mau makan2 harusnya ke Kyrgyzstan tempat lain boleh makan tapi simpan perut lebih utk Kyrgyzstan gitu.. hahaha.. pembayaran lebih kepada cara Russia rasanya.. dan mereka suka pay on arrival mungkin sebab mahukan USD.. klau online nanti ngak dpt USD nya..

      Delete
  15. Selesa dan murah harga penginapannya.
    Boleh pulak owner tukar lokasi rumah, part ni jadi kurang seronok tapi pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dpt yg murah dan paling penting selesa dan selamat.. lagi2 bila travel dgn family with small kids kan.. ubah unit apartment pun okla bila ada timbang cara..😎

      Delete
  16. berkenan pula sy tgk kabinet dapur tu walaupun sy bukanlah peminat purple hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman la.. kalau tgk kitchen cabinet rumh org mmg cantik tapi ntah kenapa kalau rumah sendiri ada je yg kurang tak kena di mata hahahaha..

      Delete
  17. best best ada kemudahan banyak mcm ni...
    lebih2 lagi kedai makan / bakery etc.
    kalau rasa malas nak masak turun je beli hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dpt accommodation di negara org yg ada byk kelengkapan dan dekat pulak dgn byk kemudahan mmg bonus sgt sgt.. mmg setiap masa turun beli sahaja apa yg tak cukup hahahaa.. 😅😎

      Delete
  18. Nampak selesa penginapannya.
    Kiranya puasa di sana 30 hari ya? Aduh sanggupnya beraya di perantauan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak la.. seminggu terakhir sahaja berpuasa di central asia.. sebab nak match dgn cuti raya hihihii.. kalau 30 hari puasa di sana habis la pekerjaan di Malaysia hihii.. 😅

      Delete
  19. pergh...rasa nak melawat sana juga ...mahu menikmati suasana yang sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel ketika musim sejuk ni satu kelainan.. lagi2 kita yg dtg dari Malaysia yg tiada winter.. terasa nyaman dan selesa 😊🫰🏻

      Delete
  20. Tak sabar nak baca tentang solat hari raya di sana, simple sahaja raya di sana tak macam di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan ada part solat raya yg akan ditulis.. insyallah soon.. Sambutan raya biasa sahaja di sini.. 1 Syawal pun org masih bekerja seperti biasa..

      Delete
  21. seronoknya...linda kalau ad geng yang manage nie...jadi je..kalau g sendiri...tak jadi...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer.. tumpang sekaki kalau ada geng2 travel tu.. ikut jer mana diorang pergi dan apa diorang buat.. lagi murah dari amik agent 😅

      Delete
  22. Mesin basuh dia sekali dengan dryer la ye? Sebab cuaca sejuk, tentu susah nak kering. Bagus juga, ada kedai runcit dan bakery berdekatan apartment. Walaupun jauh nak ke masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada dryer.. mesin basuh biasa jer.. susah nak kering tapi tak la lambat sgt.. ok jer.. sidai dalam rumah.. bonus bila accommodation dkt dgn kdai dan bakery tu.. jalan kaki jer ☺️

      Delete
  23. Nyaman dan teduh suasanya, Apartemennya pun sudah cukup lengkap, tambahan lagi ada kedai makanan di bawah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mengembara dan accommodation yg kita dapat itu seperti apa yg kita ingin.. maka ianya adalah satu nikmat yg tak terkata. syukur sangat :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...