Sunday, 13 April 2025

Kyrgyzstan Part 2 : Berbuka Puasa Di Ak Zhol Border - Western Bishkek Bus Station

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Alhamdulillah berjaya juga post first part kisah kembara di bumi Kyrgyzstan. Bila dah keluar first part maka mudah lah nak sambung kisah pengembaraan seterusnya. Terlalu banyak yang nak diceritakan pada first part tapi terpaksa dilupakan sebab tak nak entry terlalu panjang. Itu pun dah post 15 perenggan, 23 gambar dan 2 video.

Ak Zhol Border Control Kyrgyzstan - 23.5 km from Western Bishkek Bus Station.
Part 1 telah ditulis selama lebih 2 minggu untuk disiapkan. Harap part seterusnya tidaklah susah untuk ditulis. Apa pun setiap kali dapat post pengalaman trip mengembara di blog ini, hati riang tak terkata jadinya. Ditambah lagi bila ada yang sudi membaca dan memberikan comment. Ah panjang pula intro meluahkan perasaan hahaa.. ๐Ÿ˜‚

Selepas selesai urusan cop passport di pihak immigration Kyrgyzstan kita kena berjalan kaki ke arah luar. Lebih kurang 100 meter untuk menunggu bas yang kita naik tadi.
Kami tersenyum bersama setelah berjaya menempuh halangan di border Kazakhstan dan Kyrgyzstan. Afiya kata dia takut masa berhadapan dengan askar tadi.
Semasa di border askar yang menjaga kaunter immigration tersenyum dan bertanya "4 orang budak ini anak ke?" Dan dia kata lagi orang Kazakhstan anak seorang dua sahaja sekarang ni. Dan bila tahu kami muslim terus dia tanya lagi "Are you fasting?" Aku jawap "Yes" sambil mengangguk kepala. Terus dia beri tanda thumb up ๐Ÿ‘.

Tapi bila aku tanya pukul berapa iftar di sini dia macam dah tak senang duduk sambil check hp bagai. Dia kata kalau ikut app di hp iftar lagi sejam sahaja. Terus aku kata dalam hati "Dia ni puasa ke tidak". Sebab ramai orang di Kazakhstan yang islam tapi tak ramai yang berpuasa. Aku doakan moga islam kembali mekar diamalkan sepenuhnya di bumi Kazakhstan ini.

Bersama Encik Rosli sekeluarga setia menanti bas kami yang tak muncul dari tadi.
Sehinggalah terbenam matahari dan kami pun berbuka puasa di border ini.
Dan bila ke border Kyrgyzstan pun perkara sama yang berlaku. Askar tu pun terkejut kami ada 4 orang anak sambil memberi thumb up ๐Ÿ‘. Di sini aku notice mereka seolah-olah tiada immigration department. Sebab masa sampai di airport Almaty tempoh hari pun semua yang menjaga kaunter cop passport adalah askar.

Lupa dah siapa yang berikan kurma untuk berbuka puasa. Biasa di rumah tak laku sangat kurma kotak ni tapi di sini alhamdulillah habis kami makan sekeluarga dalam beberapa hari.
Urusan di border di kedua-dua negara adalah mudah. Tak sampai setengah jam kami selesai urusan cop passport bagai. Dan berjalan kaki ke arah luar Border Kyrgyzstan dan menunggu bas kami yang tak kelihatan bayangan langsung. Sehinggalah masuk waktu berbuka puasa. 

Setelah hampir satu jam menunggu akhirnya bas kami muncul. Masa ni feeling dia gembira sangat macam nak nangis hihii. Dengan cuaca yang sejuk di luar lagi. Takut the kids tak tahan.
Hanya suku penumpang yang masih setia menunggu. Terus buatkan Afnan susu.
Ketika ini Encik Rosli sekeluarga memberikan beberapa pack nasi lemak instant kepada kami untuk dijadikan juadah berbuka. Boleh baca Almaty Part 6 di SINI permulaan perkenalan dengan Encik Rosli sekeluarga. Baik sungguh keluarga dari Kuantan, Pahang ini. Gambar nasi lemak instant yang diberi masih ku cari lagi.

Inilah Western Bishkek Bus Station - Sumber Google.
Inilah tempat arrival di mana semua penumpang turun di bahagian belakang station.
Setelah berbuka puasa dan akhirnya bas pun sampai dan kami pun naik sebab masa ni suhu pun sejuk. Kesian pada the kids kesejukan dan muka pun dah tak macam orang Melayu hahaha.. Hanya suku penumpang sahaja yang masih setia meneruskan perjalanan dengan bas. Dan perjalanan diteruskan menuju ke Bandar Bishkek.

Pemandangan di bahagian hadapan bus station di waktu malam.
Kami merayau-rayau mencari tandas dan keperluan untuk fresh up after long journey.
Dalam perjalanan ke Bishkek kami terlelap sekejap. Dan terjaga beberapa minit sebelum bas tiba di Western Bishkek Bus Station. Dan setelah turun dari bas kami semua berjalan masuk ke dalam bangunan terminal bagi mengelak cuaca yang teramat sejuk di luar dan dengan niat ingin membeli tiket bas untuk ke Tashkent, Uzbekistan pada 2 Syawal nanti.

Kaunter untuk membeli tiket bas telah ditutup pada jam 6 petang. Agak mudah membeli sebab setiap kaunter akan tertulis destinasi tiket bas yang mereka jual.
Namun kami dimaklumkan kaunter telah pun ditutup pada jam 6 petang tadi. Dan pembelian tiket bas hanya boleh dibuat dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang sahaja pada setiap hari. Masa ni pun macam ayam dengan itik berbalas soalan dan jawapan. Namun bersyukur ada insan warga Kyrgyzstan yang sudi membantu kerana fasih dalam berbahasa English.

Alhamdulillah terjumpa insan yang baik ini fasih English yang banyak membantu.
Disebabkan tak dapat nak beli tiket bas maka kami decide untuk datang semula pada keesokan hari untuk membeli tiket takut kehabisan tiket bas. Dan misi sekarang adalah untuk membeli sim kad sebab nak guna internet. Alhamdulillah mudah sahaja sebab boleh dikatakan banyak juga kedai yang menjual sim kad. 

Dan setelah membeli mereka terus membantu kita untuk register dan menghidupkan internet. Dah ada internet terus aku menghubungi owner apartment kami di Bishkek melalui whatsapp. Dan telah memberi kami exact location bagi memudahkan kami order Yandex Go sebuah app E-Hailing.

Harga sim kad hanyalah 160 Som sahaja berbanding di border 300 Som.
Alhamdulillah once kita beli mereka terus bantu untuk mengaktifkan sim kad kita.
Inilah saudara islam kita yang juga taukey kedai. Beliau banyak membantu dan boleh berkata-kata english walau tak fasih. Dan dengan beliau juga aku tukar duit USD.
Untuk tukaran duit Kyrgyzstan iaitu SOM. Aku telah menukar duit USD di kedai yang sama aku membeli sim kad tadi. Tapi tak banyak la sebab orang kedai tak ada cash yang banyak. Aku hanya tukar USD100.00 sahaja. Dan alhamdulillah cukup selama beberapa hari untuk kami 6 beranak makan dan jenjalan di sini.

Ok another thing is teksi atau E Hailing Yandex hanya boleh pick up kita di luar station. Maka sebelum nak book Yandex make sure jalan dulu sampai ke jalan besar.
Oh ya di Terminal Western Bus Station ni ada wifi yang kuat yer. Boleh guna tanpa diminta password pun โ˜บ๏ธ๐Ÿ‘. Masa ni la kami nak update pada keluarga di Malaysia bahawa kami telah selamat sampai di Bishkek, Kyrgyzstan. Siap boleh video call lagi nak bagitau betapa kuatnya wifi di terminal.

Oh ya membeli sim kad di terminal bas adalah jauh lebih murah dari membeli sim kad di border Kyrgyzstan. Dan menukar duit juga adalah lebih murah di terminal dari orang-orang yang menawarkan tukaran duit di border. Namun jika anda ada lebihan duit Kazakhstan boleh la tukar sedikit untuk kegunaan sementara sebelum sampai di Bus Station.

36 comments:

  1. Fuh! Lejen cover fon tu... Dulu mesti kaler clear, dah bertukar warna 'nature'. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cover phone pulak yg dia nampak hahaha.. biasa lah tu dari waktu beli sampai la ni mmg tak permah tukar.. waran pun ikut perederan zaman hihii.. ๐Ÿ˜…

      Delete
  2. Mncabar sungguh nk cross border dgn anak kecil berjam lamanya. Syukur ditemukanbl dgn ramai insan yg baik sudi mmbntu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak mencabar tapi alhamdulillah byk yg Allah permudahkan urusan kami sepanjang trip mengembara di central asia ini. Ramai insan baik yg juga membantu ๐Ÿ‘๐Ÿ˜Ž

      Delete
  3. Eksaited nya nk baca next part. Apa la. Kejadian nya travel with 4 kids ni. Salute both of you!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part 3 blm ditulis lagi setakat ini.. Doa2 kan lah moga ada banyak ilham dan cpt ditulis. First two entry ni habis perah otak hahahaa ๐Ÿคฃ

      Delete
  4. Manisnya Afiya tersenyum-senyum happy.
    Mujur tanya waktu iftar je kat askar tu huhu...
    seremmmm pulak kalau tertanya kamu puasa ke tidak ๐Ÿ˜…
    Currency SOM pertama kali tahu... thanks info nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau tanya puasa ke tidak mau kena tahan lama hahaha.. takde la.. mereka pun tahu wajib puasa tapi tu lah lama sgt dibawah soviet.. Currency son murah dan brg pun murah. ๐Ÿ‘๐Ÿ˜Ž

      Delete
  5. Both countries dulu bawah Soviet kan? Semoga Islam kembali bersinar di sana ๐Ÿคฒ๐Ÿป
    First time tahu currency SOM ni ๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess both country dibawah soviet dulu hampir ratusan tahun lamanya.. insyallah sama2 kita doakan islam kembali mekar di sana.. amin..

      Delete
  6. tabik la sbb u travel memang diy kan...siap kena tunggu bas, beli tiket bas etc :) mesti ur kids pun dpt skill travel diy ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat skrg mmg travel DIY lagi. Tunggu bas bagai tu dah biasa.. asam garam dalam mengembara hihii.. moga moga the kids lebih pandai travel dari ayah mereka .. โ˜บ๏ธ๐Ÿ‘

      Delete
  7. Alhamdulillah smooth semuanya cross border negara tu. Travel ke negara Islam, Insyaa Allah mudah semuanya kan. Thanks for sharing semuanya Afif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ini mmg smooth antara Kazakhstan dan Kyrgyzstan. Tak susah dan tak ada yg menyeramkan hihii.. thanks juga sudi membaca โ˜บ๏ธ๐Ÿ‘

      Delete
  8. Oh saya igtkan negara yg ada stan2 kat belakang ni practising islam, rupanya tak ye. Macam sedih pulak.

    Mencabar betul kne tunggu bas sejam dalam cuaca yg sejuk! Bawak budak2 lagi. Salute habis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yg practice islam tapi very low percentage la.. majoriti masih lagi tak puasa tak solat. Insyallah baru lagi Merdeka 1991. Amik masa sikit but somehow mereka bangga mengaku islam.. itu pun dah syukur lega hati mendengar..

      Delete
  9. Syukur alhamdulillah ada saja bertemu orang baik di setiap perjalanan, urusan jadi lebih mudah, wifi terminal ok juga, lumayanlah bisa video call atau sambil menunggu bus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ketemu dengan orang yang baik2.. pasti perjalanan kita juga sgtlah dipermudahkan.. Wifi di terminal sangat lah kuat dan paling penting gratis 24 jam gitu..

      Delete
  10. Betul tu, kalau kita tak mulakan cerita memang lambat nak habiskan. Bila dah mula semangat sikit nak teruskan. Sangat mencabar pengembaraan di luar dengan berpuasa dan bawa anak kecil. Yang penting pengalaman tu yang mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mulakan cerita tu yg susah.. Alhamdulillah dah mula cerita di Kyrgyzstan moga cpt la habis.. susah senang kenangan bersama anak2 mengembara di bumi central asia.. ๐Ÿ˜Ž

      Delete
  11. ok faham nape raya tak dtg beraya rumah akak tahun nih.
    k bai
    (hahahahah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... tahun banyak rumah kena skip ... mohon maaf zahir dan batin la :D

      Delete
  12. Sukanya baca cabaran dan pengalaman encik..
    Seolah-olah turut bersama dalam perjalanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sudi membaca pengalaman kami yg tak seberapa ini ... Dtg dtg la selalu yer ๐Ÿ˜…โ˜บ๏ธ

      Delete
  13. Padahal ya puasa di saat masih winter itu enaaak banget. Sebab dingin ,dan waktunya singkat. Sayang lah kalo Orang2 di sana hanya sekedar muslim tp tak mengerjakan ibadah.

    Zaman skr, jujurnya dah tak banyak orang2 yg punya anak LBH dari 2 bang ๐Ÿ˜„. Makanya saya salut lah kalo ada teman yg anaknya sampai 4 dan lebih. Diingat2, teman saya sendiri pun maksimal 3, itupun dikiiiit sangat ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….

    Money changer tapi di sana susah tak? Saya pun saat ke Uzbek, tukar USD dengan staff bandara. Sebab tak buka money changer nya.

    Kemarin kan salah satu travel yg sering dipakai teman saya, buat trip 4 negara STAN. Bulan nov. Saya galau nak ikut atau tak. Sebab sept nak ke Timor-Leste, takut budget tak cukup ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

    Tp kebanyakan mikir, dah sold out tiba2. Memang ramai yg ikut ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak orang makan di merata tempat even di restoran penuh di waktu siang hari bulan ramadhan. Padahal winter itu waktu diang nya pendek sahaja.

      Anak ramai itu kdg2 pilihan itu kita hadapi atau kita tolak. mungkin susah di waktu mereka kecil tapi moga senang di waktu besar..

      Delete
    2. Money changer ada di tempat utama seperti di bus station pun ada.. rate bergantung pada semasa.. agak senang juga nk jumpa money changer..

      Sekarang negara stan semua sedang membuka perlancongan di negara masing2.. mmg byk yg dimudahkan.. Timor Laste itu sgt menarik.. jgn lupa inform ya hahah ๐Ÿ˜…

      Delete
  14. Alhamdulillahโ€ฆwalaupun perjalanan mencabar, tapi Allah temukan dengan orang-orang baik yang membantu. Travel kalau tak mencabar, bukan travel namanya kan ๐Ÿ˜„

    Kalau tak beli sim kad sana, guna data roaming atau wifi di terminal tu je pun boleh kan? Untuk WA dengan owner apartment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila jumpa org yg baik apatah lagi yg suka membantu mmg satu nikmat ketika travel. Betul la tu kena lah mencabar baru lah byk benda boleh cerita pada org hihii..

      Roaming di Central asia mcm tak function.. baik beli simkad jer.. lebih murah.. ada simkad utk seminggu dgn 20GB.. Pakai pun mmg tak akan habis.. berbaloi sgt..

      Delete
  15. faham perasaan tu...
    lebih2 lagi cuaca sejuk...
    bila yg ditunggu2 tak tiba, mulalah fikir macam2...

    syukurlah dipertemukan dengan org yg baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang telah dimaklumkan akan kelewatan bas nak cross border tu.. tapi tak sangka la sampai sejam tunggu kan.. sampai blh berbuka puasa berjemaah pulak tu hihi.. alhamdulillah syukur ramai insan yg baik sudi membantu. ๐Ÿ˜Š

      Delete
  16. bagus laa tauke tu...
    boleh buat koleksi sim card ni
    dah merata sampai kannn...
    travel kalau tak mencabar tak syok juga...
    barulah ada drama dan best nak bercerita kat blog
    kan kannnn hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la tiba tiba terfikir nape tak huat collection simkad kan hahaha.. byk dh yg buang selepas update blog.. itulah travel ni byk perkara mencabar tapi tak lah kita minta cuba bila ia hadir menjadi kan lebih kenangan dan warna warni kisah pengembaraan kita tu ๐Ÿ˜Ž

      Delete
  17. Menarik dan tulisan mereka pelik..alhamdulillah semuanya ok-ok saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan tu mmg langsung tak tahu mcm mana nak disebut hahahaa .. alhamdulillah semuanya baik baik sahaja ๐Ÿซฐ๐Ÿป๐Ÿ˜Š

      Delete
  18. Ada keluarga dari Malaysia juga ye, bagi nasi lemak instant. Alhamdulillah. Kalau saya tunggu bas lama, dah fikir bukan-bukan dah. Huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...