Mencuba menarik nafas lega bila tak post entry berkenaan travel. Penat nak tulis jalan cerita, search info dan cari gambar yang kena dengan jalan cerita. Dan nak meng'edit' gambar another part of story. 😏
Kadang-kadang bila jumpa gambar tapi tak kena pulak dengan jalan cerita. Padam balik, tulis lain. Begitulah bila menulis journal travel yang memerlukan beberapa hari hanya untuk menyiapkan satu entry sahaja.
Kadang-kadang tu teringin nak ceritakan sesuatu yang berlaku semasa travel tapi tiada langsung gambar untuk disertakan sekali. Atau juga kadang-kadang bila nak ceritakan sesuatu kejadian tapi entry dah terlalu panjang.
Maka most of the time dilupakan sahaja dari penulisan di sesuatu entry berkenaan. Tapi bila dah post terasa macam rugi kenapa tak diceritakan. 😅 Macam-macam hal la pulak bila ada perasaan macam tu. Tak best nyer. 😂
Bila aku keluarkan entry luahan hati macam ni faham-faham jer la. Tengah burn out, tak ada idea dan otak tengah tepu. Dari mulanya buka laptop nak update blog. Tiba-tiba terus bertukar buat blog walking sahaja. 😁
![]() |
| Ada orang jual jagung sebelum masuk pasar pagi tadi. |
![]() |
| Sebelah orang jual jagung ada orang jual nenas MD2. |
![]() |
| Macam-macam ada. Masa ni Bihun Sup Affan belum smpai lagi. |
![]() |
| Cucur Bawang, Rangka Ayam Goreng, Nugget dan Sosej. |
![]() |
| Nasi Ayam Taiping yang paling famous di sini. |
Hari ni memang hari untuk bermalas-malasan yang teramat amat malas. Pagi bawa the kids makan di pasar muhibbah tak jauh dari rumah. Petang kita bawa the kids makan Chinese Muslim Food. Mula-mula nak makan di Restoran Barakah Chinese Muslim Food di Ampang.
Tapi disebabkan nak try kedai baru iaitu Oriental Mee Tarik - Original From Lanzhou. Tak pernah lagi masuk semenjak dibuka di Lotus Ampang. Yang menggantikan Shushi King yang tak survive di situ. Overall makanan Chinese cuisine ni semua sama sahaja rasanya. Dari semahal-mahal Mohd Chan sehinggalah yang biasa ini.
![]() |
| Jom try Oriental Mee Tarik - Original from Lanzhou. |
![]() |
| Mee Tarik Beef Soup & Beef Dumplings Soup. |
![]() |
| Chinese Fried Rice - Okla sesuai untuk the kids yang tak nak pedas. |
Dah biasa buat entry panjang-panjang. Bila nak up entry biasa macam ni pun dah tak reti nak tulis pendek-pendek hahaha 😂 . Banyak betul yang nak diluahkan. Apa pun salam weekend buat semua. Malam nak tidur awal sebab esok pagi nak berperang kejut anak pi sekolah lagi 😂
Esok dah start kerja. Malam karang nak iron baju sekolah anak. Esok pagi dah berbalik ke rutin weekdays. Moga-moga seminggu ni semua baik-baik sahaja sampai la weekend depan. Amin.







