Showing posts with label Namibia. Show all posts
Showing posts with label Namibia. Show all posts

Saturday, 16 November 2013

Namibia Part 4 : Train Journey Windhoek To Keetmanshoop City

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Okay.. Aku rasa tak ada kisah yang menarik lagi nak dikongsi ketika kami berada di Windhoek. So aku teruskan dengan kisah perjalanan kami ke Keetmanshoop - sebutan Keet Mans Hoop. Bandar Kedua terbesar di Namibia. Kenapa datang sini? Pertama sebab nak rasa naik train di Namibia ini. Mostly train kat Africa ni jenis old school. Memang best naik kereta api yang dah berkurun zaman ni. 

By the way kalau korang datang afrika bagi aku korang wajib try naik train di afrika. Mungkin mereka kalah dari segi teknologi tapi mereka menang dengan permandangan yang sangatlah memukau mata yang melihat. Boleh baca sini untuk kisah naik train di Zimbabwe - Pengalaman Menaiki Ghost Train Dari Victoria Falls Town to Bulawayo (Clicks).

Memulakan perjalanan dengan menaiki train di Windheok Train Station
Ada ruang untuk simpan beg kat atas pintu masuk bilik..
Pemandangan di sebelah pagi.. Layan view gurun yang menawan :D
Perjalanan sejauh hampir 500km dari Windhoek ke Keetmanshoop.
Nasihat aku bila nak naik train ni. Make sure korang beli la makanan dan minuman yang cukup untuk perjalanan satu malam ini. Dan sebelum naik train cari la botol-botol terbiar yang nampak baru dan bersih. Isi air paip di station untuk kegunaan ketika berada di dalam tandas train nanti. Especially untuk berhadas, basuh muka, gosok gigi dan seangkatanya.

Sekiranya berhenti pun belum tentu makanan yang dijual halal untuk dimakan dan itu belum berjumpa makanan yang diluar jangkaan. Dan sekiranya makanan seperti roti dan air mineral yang dijual ditepi train ketika berhenti di station. Harga nya agak mahal berkali ganda dari Windhoek. Jagung bakar yang dijual kalau lalu nak makan silakan. Oh ya jagung rebus jangan sekali-kali try makan yer. 

Keseluruhan train ni lebih 35 gerabak la. Selagi boleh tarik memang diorang tarik.
Merentasi kawasan gurun yang nyaman. Sekali sekala terlihat haiwan berkeliaran :D

Laluan di gerabak First Class.
Kita kacau jangan bagi Musab tidur.
Ada cermin tapi plug tapi dah rosak.
Keadaan gerabak di third class.

Keetmanshoop ke Nakop Border Post Control sejauh 350km.
Dan sebab kedua ialah kami nak ke Kimberley Big Hole di South Africa. Cara yang murah dan menyeronokan tapi sedikit merbahaya ialah kene pergi ke Keetmanshoop sejauh 470 km dari Windhoek iaitu dengan menaiki train waktu malam dan itu adalah cara terbaik dan menarik. Kemudian ambil bas dari Keetmanshoop ke Kimberly sejauh 877 km. 

Dan kami akan stamp passport di Nakop Border Post. Iaitu border di antara negara Namibia dengan Republic of South Africa dengan jarak 350km dari Keetmanshoop. Dan kemudian menyambung perjalanan dari Nakop Border Post Control ke Kimberley sejauh 540km. Total perjalanan hampir 1000km dan memakan masa hampir sehari suntuk untuk sampai ke Kimberley :D

Alhamdulillah kami selamat sampai Di Keetmanshoop Train Station
Lega dah sampai akhirnya dan cuaca pun baik :D
Kereta api lama yang telah menjadi perhiasan di luar station.
Kereta api lama yang menggunakan arang batu sebagai bahan bakar.
Dan ada sedikit risiko sebenarnya untuk plan kami ini. Kami kena beli tiket bas itu di Keetmanshoop pada hari kami sampai. Boleh jer kami nak beli tiket bas dari Keetmanshoop ke Kimberly di Windhoek. Tapi harga tiket akan mahal extra RM45.00. Sebab tiket kalau beli di tempat departure lebih murah dari beli di tempat yang bukan departure.

Tapi ada masalah lain pula. Kereta api akan sampai di Keetmanshoop pagi keesokannya iaitu pada pukul 8.00 pagi. Dan satu-satunya bas akan bertolak dari Keetmanshoop ialah pada pukul 10.00 malam nanti. Masa ini memang berharap sangat ada 3 seat available untuk kami bertiga. Sampai di Keetmanshoop first thing kami kena beli tiket bas terlebih dahulu dari buat perkara lain.

Suasana Resort Mewah Di Tengah Gurun






Alhamdulillah perjalanan kami dengan train selamat tiba dan kami berjaya membeli tiket bas ke Kimberly seawal pagi. Dengan bantuan Mr Jacob - Orang yang membantu kami selama sehari di Keetmanshoop. Mr Jacob yang diperkenalkan oleh Tuan Ambassador Malaysia Haji Mustapa (Update 2024 - Ex Ambassador Haji Mustapa telah meninggal dunia - AlFatihah untuk beliau)

Sempatlah kami meninjau-ninjau hampir seluruh bandar koboi ni. Ada beberapa tempat menarik dan juga tempat bersejarah seperti sebuah muzium yang asalnya ialah sebuah gereja lama yang telah dibina oleh orang-orang German pada kurun 1700. Dan sebuah kilang pemotong diamond yang dikendalikan oleh orang-orang Scandinavian.

Mr Jacob membawa kami ke kilang memotong Diamond. Tempat beliau berkerja.

Jom Masuk Keetmanshoop Museum



Sila tanya dengan anas apa dia tengah buat :P
Ruang di dalam muzium. Yang merupakan sebuah gereja lebih 300 tahun dahulu.
Bersama Mr Jacob di pintu masuk Muzium Keetmanshoop yang bersejarah.
Mr Jacob secara tak langsung menjadi tour guide kami di sini. Walau beliau bukan la seorang yang berkemampuan sangat. Beliau hanya meminta duit petrol tanpa sebarang extra charge dan membawa kami ke rumah beliau untuk berehat, mandi dan tak kisah langsung apabila kami meminta ruang untuk bersolat. (Update 2024 - Mr Jacob beragama Kristian Ortodoks)

Dari pagi beliau menjemput kami di train station dan membawa kami berjalan-jalan menziarahi hampir ke seluruh bandar. Dari pagi sehinggalah waktu malam. Dan terakhir beliau membawa kami ke tempat bas berlepas di sebuah station minyak. Dan menunggu sehingga bas bergerak meninggalkan Keetmanshoop.

Wednesday, 23 October 2013

Namibia Part 3 : Melawat Kedutaan Besar Malaysia Di Windhoek

Sambungan dari Namibia Part 2 : Tour - National Museum of Namibia

Antara perkara penting yang aku titik beratkan bila travel adalah membuat semakan jika ada Kedutaan Malaysia di sesebuah negara yang akan di lewati.. just in case kalau pape jadi.. boleh call or pergi kat diorang sebab kita dah ada phone number and address.. boleh la minta tolong pihak kedutaan.. kan?  :D

Secara tak langsung untuk pengetahuan korang.. Malaysia mempunyai 3 kedutaan di Southern Africa.. iaitu Johannesburg, Harare dan Windhoek.. dan mempunyai 13 kedutaan di seluruh benua afrika.. iaitu Senegal, Ghana, Nigeria, Libya, Egypt, Guinea, Algeria, Morocco, Kenya dan Sudan.. Mungkin kalau korang nak travel benua lain.. tak perlu amik tahu pasal kedutaan malaysia.. but kalau kat afrika.. tolong la amik precaution sket.. negara politik tak stabil ni susah nak buat jangkaan..

Sebelum korang terus membaca..
Aku nak tanya siapa boleh sebut nama jalan nie.. :P
Al-kisah nyer.. berjalan2 di Bandar Windhoek.. aku terbaca nama jalan.. macam kenal.. bila check dalam buku.. sama dengan alamat kedutaan.. aku pun bagitau anas dengan mus'ab.. jom pi melawat.. kot2 boleh bergambar dengan Tuan Ambassador ke kan hahahaa..


Mus'ab nak jadi orang pertama yang sentuh kedutaan hahahaha..
Akhir nyer sampai ..
High Commission of Malaysia Windhoek

Selepas berjalan kaki selama 20 minit.. dengan pertolongan orang ramai yang kami tanya.. alhamdulillah sampai di depan bangunan kedutaan dengan perasaan excited.. terus snap gambar.. lepas tulis nama kat pak guard.. kami di benarkan masuk.. then jumpa dengan reception.. tiba2 jadi cemas.. betul ke apa aku buat ni.. kang kene marah sia2 jer.. :P


Bergambar bersama kaki tangan kedutaan.. 
Tuan Ambassador offer lepas habis keje.. nak bawa kami pusing2 bandar Windhoek ni..
Duta Malaysia Paling Awesome Di Dunia..!!!! :D

Aku bagitau reception " if possible.. we were like to meet any Malaysian in this office.. because.. aaa.. we are Malaysian students ".. dan kami pun duduk kat sofa depan kaunter.. tiba2 dapat seorang akak ni.. pakai tudung macam orang malaysia.. memperkenalkan diri Kak Masz PA Ambassador.. first question Kak Masz ni tanya.. " orang malaysia ke? ".. terus kami jawap aah la kak.. " ada apa datang..?" aku pun jawap la.. tadi jalan2 pastu nampak macam dah dekat dengan kedutaan.. so saja lah singgah..

First Tuan Mustapa bawa kami ke satu kawasan bukit
untuk lihat memandangan seluruh bandar Windhoek
Pemandangan Bandar Windhoek
Layan view dari sini pun best jugak..
Kak Maz jemput kami masuk ke tempat mesyuarat dulu.. tak sampai 2 minit Kak Masz pun duduk berborak dengan kami then datang seorang lagi.. En. Ariffin Setiausaha Kedutaan Malaysia.. Kami di jamu fresh oren ( memang terbaikk pada cuaca panas camni ).. lepas sejam berborak Tuan Ambassador muncul.. baru balik meeting.. selepas kami di perkenalkan oleh Kak Masz.. Ambassador senyum sket.. then terus masuk office dia.. muka serius jer.. 

Kraftangan tepi jalan agak murah dan boleh tawar menawar.. :D
Di sini boleh tengok orang tanpa pakaian..
kata nya ini tradisi orang asli di sana
Then bawa kami naik bukit lain.. kawasan yang macam tak boleh masuk nie..
Untuk melihat mahligai President Namibia
Kalau tak silap aku nama President Nambia
- Hifikepunye Pohamba..
Zoom sket bagi dekat.. tu dia mahligai :D
Selepas 5 minit Kak Maz bagitau Ambassador jemput kami bertiga masuk office dia.. Dah siap tunggu kat sofa.. rupa2 nyer saje jer dia buat muka serius tapi orang nyer memang baik dan peramah.. dia tanya " bila last makan biskut ping pong? " sambil memberi pada aku sepeket.. " tu kat tepi tu ada kopi teh.. pi buat sendiri.. saya dah ada kopi.. nak berborak macam ni baru sedap.. cara melayu kitas ".. sambil kami semua ketawa..


Tempat terakhir Tuan Mustapa bawa
ialah Namibian Parliament House

Statue di hadapan Parliament House
Statue di hadapan Parliament House
Tour Guide terbaik dalam hidup aku.. Thanks Tuan Mustapa
Encik Mustapa bawa kami ke salah satu masjid dari 3 masjid yang ada di seluruh Windhoek untuk bersolat asar.. dan secara tak langsung jadi tour guide.. pusing pergi tempat2 menarik.. tak pernah lagi aku jumpa Ambassador sebaik Tuan Mustapa Haji Mansor. dan yang best nye Tuan Ambassador sendiri drive bawa kami jenjalan sepanjang petang tu.. memang tak akan lupa jasa baik Tuan Mustapa.. :D  Continue Part 4

Monday, 21 October 2013

Namibia Part 2 : Tour National Historical Museum of Namibia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Namibia Part 1 : Our Journey Stuck In Windhoek - Train Museum

Di sebabkan kami tak boleh nak ke Swakpmund dan Walvis Bay.. maka kami just stay di Windhoek selama 3 Hari 2 Malam.. kat bandar ni memang tiada apa yang menarik.. ia nya dari sebuah kawasan gurun yang di bangunkan menjadi pekan koboi dan menjadi sebuah bandar pada masa kini.. aku rasa la.. hahaa :P

Semalam kami sampai Windhoek pagi dan selepas check in kat Chameleon City Bacpackers Hostel sempat jugak la nak merayau2 kawasan bandar ni.. tapi tak ada la hebat macam Shanghai, Beijing, Bangkok or even Kuala Lumpur.. tak ada bangunan canggih.. dan tak banyak tempat menarik yang boleh kita lihat..

Jom masuk..
Dengan population di Windhoek lebih sket dari angka 300,00 orang.. maka cukup la sekadar bangunan 5 - 10 tingkat.. dan bangunan paling tinggi di seluruh negara ni berketinggian 100 meter /330 ft - 21 floor.. Old Mutual Namibia Headquarters..


Gambaran keadaan purba di satu ketika dahulu..
Antara pakaian traditional orang2 Namibia..
Tulang gajah afrika.. besar tak?? huhuu..
Seekor Leopard yang telah di awet kan.. 
Peralatan memburu orang-orang terdahulu..
Anak panah pelbagai jenis untuk pelbagai jenis binatang dan keadaan..
Kereta kuda..
Kaum wanita menyediakan makanan
Sampan lama yang dijumpai ahli sejarah
Antara jenis rumah zaman purba
Mus'ab cuba untuk memahami design :P
Jom move next section.. 

Yang bagus pasal semua National Museum Of Namibia nie.. tidak di kenakan sebarang bayaran masuk.. siap ada tulis kami tidak akan menerima sebarang bayaran termasuk lah sumbangan dan sebagai nyer.. menggunakan bangunan lama sekitar bandar Windhoek ni.. termasuk pejabat pos lama, penjara lama dan station kereta api lama..

Semalam kami sempat jalan2 di Muzium Station Kereta Api Lama.. Hari ni kami dapat masuk Muzium Penjara Lama dan Muzium Pejabat Pos Lama.. tapi nama semua tetap sama National Museum of Namibia.. Menarik jugak la muzium kat sini.. sebab sejarah yang amat berbeza dengan kita di nusantara.. atleast ada jugak something nak buat kat Windhoek.. dari datang tak buat apa2 seteah kecewa tak dapat ke Walvis Bay..


Muzium di bangunan penjara lama..
Muzium di pejabat pos lama..
Siapa yang faham bahasa
Afrikaans, Dutch atau Germany mesti boleh baca :P
Tetiba aku pelik..
Kenapa ada Bendera Malaysia kat dalam Muzium nie..
Rupa2 nyer pada zaman kemerdekaan mereka..
Tentera Malaysia ada join misi dengan UNTAG - PBB..

Bangga sungguh aku sebagai seorang rakyat Malaysia :D
Jom Layan Barang - Barang Antik 
Barang2 dapur yang antik..
Iron baju baju antik yang menggunakan arang.. susah jugak zaman dulu iron baju..
Teropong?? Telescope?? sape tahu sila bagitau..
Mus'ab cuba untuk menghidupkan lagu :D





Penjagaan muzium oleh pihak berkuasa Namibia memang terbaik.. semua barang di jaga dengan elok.. even satu hari tak sampai 20 orang datang melawat.. sejarah kehiduapan awal di Namibia di kesan seawal 25,000 BC.. di kenali " The First Human In The Hun Mountains ".. terbukti dengan penemuan lukisan dan peralatan memburu zaman stone age di Hun Mountains.. kalau nak tahu lebih lanjut sejarah yang unik ni.. sila klik sini.. Continue Part 3