Alhamdulillah syukur bertemu kita dengan 1 Syawal pada tahun ini. Menyambut kemeriahan kerana berjaya berpuasa sebulan. Semoga semua amalan kita yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, diterima Allah Taala.
Insyallah lepas solat raya pagi esok, kami sekeluarga akan beraya ke rumah Mak Tok di Ampang dan kemudian akan bertolak pulang ke Kg Jimah Sendayan, N9 untuk menyambut dan meraikan raya di sana. Harap-harap jalan di pagi raya tak jem lah.
![]() |
| Salam Lebaran Aidilfitri - Mohon Maaf Zahir Dan Batin. |
Apa pun aku bersama seisi keluarga ingin mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin kepada semua yang sudi datang tanpa lelah membaca kisah pengembaraan aku dan memberikan comment yang sentiasa menjadi semangat untuk terus menerus menulis di blog ini.
Insyallah selagi ada kekuatan selagi tu akan update blog ini untuk bacaan bersama dengan para pengunjung dan juga menjadi kenangan untuk diri sendiri di masa hadapan. Dan untuk anak-anak tahu cerita hidup mereka di usia kecil. Dan pada salah silap aku jika ada tulisan yang membuat seseorang terasa especially diruangan comment aku mohon maaf yer.
![]() |
| Alhamdulillah siap sudah memasak dan packing Rendang Arnab |
![]() |
| Saat semua bahan dah mula mengering. Dah seronok time ni. |
![]() |
| Nasib la masak rendang arnab. Tak lama macam nak masak daging. |
Ingatkan malam raya tak nak dah masak apa-apa tapi tangan menggatal juga nak masak. Sebab bahan rendang semua ada lagi. Tengah bersihkan frozen ada pulak daging arnab 2 kg beli di Tanjung Malim tempoh hari. Maka termasak dan terjadilah Rendang Arnab.
Jangan tanya macam mana rasa daging Arnab. Aku pun baru lepas siap masak dan terus packing untuk frozen. Insyallah esok kita try lah makan dengan lemang yer. Harap-harap sedaplah hihihi. Again Selamat Hari Raya u alls..!!!



