Showing posts with label Part 2 : Immigration - Makanan Apa Yang Boleh Kita Bawa. Show all posts
Showing posts with label Part 2 : Immigration - Makanan Apa Yang Boleh Kita Bawa. Show all posts

Wednesday, 10 July 2024

Australia Perth Part 2 : Immigration - Makanan Apa Yang Boleh Kita Bawa

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Australia Perth Part 1 : Langkah Bermula - Sewa Kereta & Apartment - Applying Visa

Korang pernah tengok tak racangan Australian Border Control Show? Nampak macam menakutkan, betul tak? Tapi aku tak la rasa in reality menakutkan sebegitu, sekadar dari my own experience la. Sebab yang pertama apa sahaja yang korang bawa make sure korang declare, isi siap-siap dalam form yang diberi especially makanan. Kalau boleh jangan tertinggal satu pun. Sebab kalau kantoi dia akan rasa korang menipu. Begitu lah.

By the way sebelum terlambat aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah yang ke 1446 kepada semua rakan blogger dan reader di blog ini termasuklah yang datang dari seberang Indonesia dan Brunei. Semoga pada tahun yang baru ini kita semua lebih diberkati kehidupan dan dilimpahkan rezeki yang lebih baik. Moga dengan itu kita dapat menjadi hambaNya yang lebih taat dan bertaqwa insyallah.

One nice thing aku nak share moment ketika pegawai Immigration Australia tu soal aku few question dengan nada yang santai. "Did you bring any forbidden item from entering Australia" aku jawap "No, I did't". Masa ni muka dia agak serious. Lepas tu ada satu soalan tu dia tanya "Did you declare all the food you bring?" Aku pun yes. Sambil dia membelek-belek dan memerhati semua dokumen yang aku serahkan pada dia. 

Packaging Sardin D'Heritage ni boleh di bawa ke Australia.
Sesambil tu dia tanya aku "Did you bring any fish?" Aku pun dengan spontan "No!" Tetiba aku teringat Ikan Bilis.. "But aaa i did bring an.. ann. cho..vies..". Belum sempat aku nak habiskan perkataan Anchovies tu dia dah sebut "Ikan Bilis?!" terus aku tengok muka mamat bawang putih ni. Dalam hati aku "Eh kau, pandai pulak sebut Ikan Bilis" hahaha..

Belum sempat aku nak cakap apa-apa, dia dah gelak dulu. "I dont know why all Malaysian Tourist must bring Ikan Bilis with them to Australia" Sambil dia gelak sampai merah muka. Sebab dia gelak aku pun gelak diikuti oleh ahli group yang lain. "You should enjoy Australian Food here, not Ikan Bilis!". sambil dia sambung gelak. Tiba-tiba dia sebut "Serunding?". Aku pun jawap "No, I did not bring that".

Sardine dan Mackerel dalam tin juga boleh dibawa masuk ke Australia.
Apa sahaja dokumen, korang just print out especially booking accommodation, booking kereta sewa and if korang ada ambil service any local trip punya tour pun just print out. Return flight ticket termasuk Visa Electronic. Just tunjuk semua benda to show korang datang nak tour bukan nak petik buah atau cari kerja. Ada juga dia tanya "What purpose of your visit". Aku jawap "To tour your beautiful lovely country" jawapan yang sama aku bagi setiap kali ditanya di mana jua.

Segala jenis sambal dalam botol kaca seal macam ni boleh juga di bawa. Just make sure belum buka.
Ikan Bilis make sure dalam packaging seal macam ni.
Dan kalau korang nak bagi dia rasa confident dengan korang. Aku cadangkan korang buat itinerary siap dari day 1 arrival sampai la last day balik semula ke airport. Dalam itinerary tu kalau boleh siapkan sekali dengan korang punya anggaran kos berapa yang korang akan spend untuk ticket entrance dan makan minum bila pergi ke sesuatu tempat. Tapi make sure itinerary simple dan dalam English la. Jangan tulis dalam bahasa melayu pulak :P

Itinerary yang aku buat dia baca dengan agak tekun sambil dahi berkerut la. Dan dari itinerary tu dia ada tanya aku "What are you going to do on day two?". Bila aku sebut few places yang akan aku visit dia terus tutup itinerary tu dan serahkan semula pada aku termasuk dokumen-dokumen lain. "You can go". Terus longgar lutut nak berjalan tapi hati rasa gumbiraa la deii. Serius takut jugak kena reject tau. Sebab ada jer kes yang dah ada visa pun kena reject masuk Aussie.

Segala perencah kari, kurma, kunyit dan perencah nasi goreng dibenarkan.
Semua mi segera boleh di bawa masuk tapi make sure bukan brand Maggi yer.

Antara MAKANAN yang dibenarkan masuk ke Australia :
  • Mee Segera atau Bubur Nasi Segera (Maggi tak boleh sebab Boikot).
  • Ikan Sardin atau Tuna dalam tin atau seal pack macam produk D'Heritage.
  • Pack Perencah Sambal Tumis, Kari Ayam seperti jenama Brahims, Aliff dsb.
  • Kiub Ayam, Ikan Bilis dan Tomyam yang bukan jenama Maggi.
  • Ikan Bilis dalam seal pack atau dalam bekas yang dibungkus kemas.
  • Beras, Bihun, Spaghety dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur.
  • Coffee & Tea 3-in-1 (Semua jenama Nastle tak boleh sebab boikot - Milo langsung tak boleh sebab ada tenusu).
  • Susu Formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil.
  • Ubat-ubatan yang pelik-pelik tu kena ada prescription dari doktor. 
  • Panadol, Minyak Angin Cap Kapak atau Balm boleh bawa.
  • Rempah ratus yang berbentuk serbuk dalam paket seperti jenama Adabi, Faiza dsb.
Antara MAKANAN yang TIDAK BOLEH dibawa masuk ke Australia :
  • Serunding Daging & Ayam
  • Bahan Makanan yang mengandugi Telur
  • Hasi Tenusu seperti Susu, Cheese, Mayonis dan sebagainya
  • Buah-Buahan Dan Sayuran
  • Rempah Ratus seperti Bunga Cengkih, Lada Hitam, Pelaga yang belum dikisar.
  • Daging, Ikan dan Ayam mentah dan berunsurkan bahan bahan ini.
  • Milo 3 in 1 sebab berunsur susu dan wajib boikot

Packaging Beras, Spaghetti, Pasta, Macaroni dan Tepung Gandum boleh dibawa.
Kalau nak bawa Sachet Milo tu ambil yang kosong bukan yang 3 in 1.

Strictest Quarantine Law In The World 

Tema atas ini memang khas dari Australia dan New Zealand. Kenapa mereka sebegitu rupa keras sangat? Bak kata John Si Kaki Berangan mereka ni negara pulau dan keseluruhan pulau adalah negara mereka. Sebab itu mereka terlalu berjaga-jaga bagi mengelak perkara yang tidak diingini seperti penularan wabak penyakit, jangkitan zombie dan sebagainya.

Kenapa nak kena bawa makanan ke Australia? Satu sebab untuk traveler backpackers macam aku ni bajet tak banyak so untuk kurang perbelanjaan adalah dengan masak sendiri sebab kalau makan kat luar nasi goreng sepinggan pun mencecah puluhan ringgit tau.