Showing posts with label Imperium Residence Waterfront & Pasar Peramu Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Imperium Residence Waterfront & Pasar Peramu Kuantan. Show all posts

Monday, 24 March 2025

Imperium Residence Waterfront & Pasar Peramu Kuantan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Ke Kuantan lagi kita pada weekend baru-baru ini. Ada beberapa urusan kerja yang harus diselesaikan. Dapatlah berehat dan bercuti-cuti dengan anak-anak. Dah alang-alang mai Kuantan kan. Dan kali ini mencuba pengalaman baru iaitu menginap di Imperium Residence Kuantan Waterfront Resort City.

Selama ini sekadar melihat bangunan tinggi di sebelah kiri apabila memandu naik jambatan menghala ke Tanjung Lumpur. Terdapat dua bangunan di sini satu adalah Swiss BelHotel Kuantan dan bangunan sebelah adalah Imperium Residence.

Keadaan di dalam studio. Cantik, kemas dan lengkap semua peralatan.
Sebuah katil, sebuah sofa dan sebuah tilam sofa.
Untuk first time ni kita cuba homestay yang ada di Imperium Residence ini. Next insyallah kita try check in Swiss BelHotel pulak. Untuk unit residence ini ada yang unit studio dan ada yang rumah dengan 2 atau 3 bilik. Homestay yang kami dapat ini adalah sebuah studio milik orang melayu. Alhamdulillah owner pun sangatlah baik dan friendly customer gitu.

Tandas yang teramat luas. Air panas, syampu dan sabun mandi juga disediakan.
Sejadah, Telekung dan Arah Qiblat disediakan. Tv, Aircond, Peti Ais Mini dan Pengering Rambut juga disediakan. Untuk memasak periuk elektrik disediakan. Ruang studio juga just nice untuk kami anak beranak. Dan kebanyakan homestay di sini kesemuanya berharga RM200+- semalam termasuk segala extra charge dan cukai negeri Pahang.

Pemandangan ke arah Bandar Kuantan dari unit kami di tingkat 15.
Pemandangan ke arah Bandar Kuantan sangatlah cantik dari unit kami di tingkat 15. Lebih-lebih lagi di malam hari minggu dengan suasana meriah lampu yang memenuhi pemandangan. Kian terasa aura Aidilfitri yang akan menjelma tak lama lagi. Minggu depan jer pun huhuu..

Kalau ada peluang lagi lepas ni nak try check in unit yang menghadap laut pulak. Pemandangan ke arah Pantai Gelora dan Pantai Teluk Sisik. Dapat juga tengok view ke arah laut dari swimming pool yang berada di tingkat 6 kalau tak silap aku.

Pemandangan ke arah laut dari tingkap sebelum menaiki lift.
Di hari terakhir iaitu semalam (Ahad). Selepas check out kami ke Pasar Peramu yang terletak lebih kurang 3 km. Katanya di sini ada menjual Keropok Lekor yang sedap dan boleh juga kalau nak membeli ikan segar. Tapi kami datang dah hampir-hampir waktu zohor. Banyak ikan yang telah habis dijual.

Kelihatan orang masih ramai membeli hasil laut di sini.
Insyallah next time amik homestay yang boleh masak, kita borong di sini.
Udang dan Sotong yang segar dari laut. Insyallah next time kita serang semula.
Di sini ada menjual ikan segar, ayam, daging, sayur-sayuran dan juga hasil produk orang tempatan. Terasa pulak lepas ni nak cari homestay yang boleh masak. Nak beli di sini dan balik hometsya terus masak. Geram tengok kesemuanya yang segar-segar especillay hasil laut dan sayuran.

Dan yang menarik juga terdapat banyak produk buatan bumiputera seperti tauhu, cendol hijau, fishcake, fishball, kerisik, tauhu kering dan sohun, cincau, buah kabung dan pelbagai lagi. Terapat juga ada yang menjual Bahulu, kerepek pisang dan kuih kapit dan kuih traditional yang lain.

Terasa nak membeli tu sebab tengok semuanya segar-segar.
Nasib baik dah nak balik KL kalau tak mesti banyak benda yag nak dibeli.
Dan juga di sini ada menjual Keropok Lekor yang dibuat fresh setiap hari. Yang juga menjadi salah satu utama orang ramai datang berkunjung ke sini. Dan antara yang aku rasa famous di sini adalah Kak Yah Keropok Lekor dan Keropok Lekor Ghani Black. Mungkin ada yang lain cuma aku tak perasan sebab tak sempat nak explore keseluruhan tempat ini.

First time dengar Keropok Lekor Sagu Bawang Ghani Black. 1 Pack RM7.00.
Bentuk rupa Keropok Lekor Sagu Bawang. Kelihatan sama tapi berlainan rasa.
Keropok lekor biasa juga ada dijual. Yang besar 5 batang RM11 Yang kecil 10 Batang RM12.
Alhamdulillah niat nak memborong keropok lepor tercapai. Biasa kalau datang ke Kuantan akan cari keropok lekor ke arah Balok sana. Tapi kali ini kita jalan-jalan area Tanjung Lumpur sahaja. Oh ya di sini ada sejenis keropok lekor yang istimewa iaitu keropok lekor yang dicampur sagu dan bawang. 

First time dengar maka kami hanya membeli satu pack sahaja Keropok Lekor Sagu Bawang ini dengan harga RM7.00 satu pack berisi 10 batang. Dan antara kelainan ia tidak direbus seperti keropok lekor biasa tapi ia terus digoreng di dalam minyak panas selepas diuli. Until now belum dimasak lagi so tak tahu macam mana rasanya.