Friday, 4 September 2026

Blog Bermasalah Di Awal Bulan September

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Cuti sekolah dah berada di penghujung.

Semalam di Kedai ECO nampak ramai geng mak mak membeli peralatan dan keperluan untuk anak-anak mereka kembali ke sekolah terutama yang nak pulang ke asrama.

Nak update blog tak ada mood sebab tak tahu apa masalah sampai tak boleh nak tinggalkan comment di blog yang diziarahi sehari dua ini. Nak masuk blog sendiri pun kena try few time. Janganlah sampai hilang blog ni huhuu..

Cuti sekolah ini kami sekeluarga tak ke mana.
Cuti sekolah ini langsung tiada ke mana-mana. The kids duduk rumah sahaja. Kesian juga tapi nak buat macam mana sebab mak dengan ayahnya kerja. Tak apa lah kita tunggu hujung tahun ni, mana la tahu ada rezeki dapat tiket murah.