Sambungan dari
Kembara Englang : Part 5 - Harry Potter at King Cross Station
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Selamat Hari Pekerja bagi semua pembaca blog ini.. Hari ni cuti umum.. Moga kita menggunakan masa yang tenang dengan percutian dengan baik.. Ramai yang mengambil cuti esok 2 mei - hari jumaat untuk berjalan bercuti bersama keluarga sempena cuti ini.. apa pun sentiasa ceria k :D
Untuk hari yang keberapa ni.. Abang Adi bagi aku satu lagi assignment.. Mula2 dia draw kat paper A4 - peta dan cara2 nak ke Camden Town atau Camden Market ni.. Dia kata nak study hari ni so tak boleh bawa aku jalan2.. aku kata ok jer la.. "Eleh macam tak biasa lak orang jalan sorang".. tapi abang aku senyum jer..
.jpg) |
| Kita masak breakfast awal pagi.. Linguine goreng dan wedges yang rangup.. |
+-+Copy.jpg) |
| Okay jugak naik bas dapat tengok pemandangan pekan kecil luar London :D |
Sebab dia kata kali ni bukan macam biasa.. Train di Golders Green Station tak beroperasi.. so aku kene naik bas yang disediakan sehingga melepasi beberapa station.. dari situ boleh naik train atau bas ke Camden Town.. eerrrkk aku dah telan air liur.. sebab kalau main train je aku ok jer tapi kene naik bas ni tak pandai sangat huhuu.. :p
Untuk pengetahuan semua di London jika terdapat beberapa station yang tidak dapat dibuka kerana kerja2 baik pulih.. maka pihak pengurusan akan memberi perkhidmatan bas percuma sehingga ke station yang boleh digunakan.. dan maklumat ini semua update dalam website mereka.. dan ramai yang share di laman sosial bagi memudahkan orang ramai..
Okay.. di Camden Town ni.. adalah salah satu street shopping yang famous jugak.. banyak kedai di sini dari pakaian ke souvenir hinggalah ke pada kedai makan mahupun gerai makan.. dan terdapat beberapa kedai makan yang diusahakan oleh orang malaysia dan juga orang islam yang lain.. Chinese food pun ada.. indian food pun ada.. kebab hingga la ke waffle semua ada..
.jpg) |
| Keadaan yang masih awal di pagi.. orang pun tak ramai lagi bagus la.. boleh jalan dengan riang ria :D |
+-+Copy.jpg) |
| Pelbagai jenis design t-shirt ada dijual di sini.. |
+-+Copy.jpg) |
| Pemandangan di Camden Lock Market.. Makanan halal banyak di sini.. |
"Camden is an inner northern district of London. Its heart lies in Camden Town, a neighbourhood known for its market and the colourful nightlife. In addition, Camden is home to three of the most important railway stations in London: King's cross, St. Pancras and Euston."
"Laid out as a residential district from 1791 and originally part of the manor of Kentish Town and the parish of St Pancras, London.. Camden Town became an important location during the early development of the railways and is also located on the London canal network. Its industrial economic basis has been replaced by retail, tourism and entertainment, including a number of internationally-known markets and music venues that are strongly associated with alternative culture."
.jpg) |
| Moroccan Food pun ada.. Indian Food tak yah kata la kan mana2 pun ada :D |
Beberapa ketegori Market di Camden Town antaranya ialah :-
- Camden Lock Market – crafts, books, clothing, jewellery and fast food.
- Camden Lock Village – clothing and accessories, as well as a range of unusual items.
- Camden Market – originally Buck Street market, this sells fashion for all tastes.
- Inverness Street Market – a few of the original fruit stalls remain, alongside clothing, footwear and souvenirs.
- Stables Market – a mix of permanent shops and stalls selling household items, antiques, alternative clothing, food and much more.
- There is also an indoor fashion market at the Electric Ballroom, which is only open on Sundays
+-+Copy.jpg) |
| Jom masuk Stables Market.. tempat simpan kuda pada suatu masa dahulu.. |
.jpg) |
| Memang unik berjalan2 di sini.. Jangan lupa singgah sini yer huhuuu :D |
+-+Copy.jpg) |
| Jom jalan masuk kedai souvenir pulak.. :D |
.jpg) |
| Sesuai beli untuk isteri tanda sayang kan hahahaa.. Mau kene makan senduk :P |
Makanan halal pun tak perlu risau bak kata John Kaki Berangan KFC pun halal kat sini.. tapi memang banyak makanan halal.. Di Camden Lock Market.. terdapat kerusi dan meja makan yang disediakan.. Apa yang menarik ialah tempat makan berhadapan dengan dengan sungai dan lebih menarik ialah kerusi yang dibuat seolah motor vespa..
+-+Copy.jpg) |
| Beli makanan dan duduk di kerusi vespa... Comeyy hahahaa :p |
 |
| Tu dia Mat Punk.. berani amik dari jauh jer huhuuu.. :P |
 |
| Nak beli ganja dan alat hisap ganja pun ada - teruk betul ... |
 |
| Creative sungguh dia nie.. Mengambil upah melukis di jalanan.. |
Andai kata anda tak ada niat nak membeli pun.. Boleh jer datang untuk berjalan2 di kawasan ni.. Nak makan pun boleh.. pelbagai jenis makanan yang sedap ada di jual.. dan yang pasti ini adalah 5 street market perlu anda lawati ketika berada di London dan ini adalah satu daripada nyer..
Dan di Camden Town ni juga anda perlu berhati2 kerana penyeluk saku yang ada.. kene berjaga2 selalu.. tapi walau bagaimana pun.. tidak lah bahaya mana.. alhamdulillah aku selamat walau berjalan seorang diri.. Tempat2 sunyi dan lorong2 tu jangan la masuk dan jangan la datang lewat malam sangat itu memang mencari penyakit huhuu..
Continue Part 7