Friday, 31 July 2026

Istanbul Part 9 : Visit Galata Tower Free Entrance On Tourism Week Celebration

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Istanbul Part 8 : Bosphorus Sunset Cruise Tour - Visit İBB Beylerbeyi Parkı

Semalam masa di atas cruise, ketika aku duduk menikmati cookies dan hot tea dalam perjalanan pulang ke terminal feri. Satu couple dari UK yang telah berusia mungkin dalam hujung 50-an berborak dengan aku. Dari perbualan dengan mereka aku diberitahu bahawa untuk seminggu ini masuk ke Galata Tower adalah percuma sempena Tourism Week.

Pemandangan dari salah satu sudut di atas Galata Tower Museum.
Keesokan pagi aku inform Kak D dan Abg N masa breakfast "Jom pergi ke Galata Tower pagi ini?". Terus di reject katanya dah tak larat nak berjalan dan dah tak sabar nak balik Malaysia. Aku pun kata "Okay saya pergi sendiri la kalau macam tu".

Dan aku kata lagi akan balik semula ke hotel sebelum waktu check out dan kemudian kita akan terus ke airport bersama. Elok selepas breakfast di pantry hotel tu terus aku turun ke bilik, menukar baju. dan kemudian berjalan ke arah station tram yang terdekat untuk menuju ke area Galata.

Menaiki Tram dari Station Sultanahmet. Terdapat sebuah masjid bersebelahan station.
Sampai di Station Karakoy - kami berjalan sejauh 650 meter ke Galata Tower.
Semasa aku di Sultanahmet Square, terlihat abang baju belang yang aku tegur subuh semalam bersama keluarga beliau. Kami bertegur dan terus aku kata "Saya nak pergi Galatan Tower sebab hari ni free entrance.. Kalau nak ikut jom la..". Terus mereka kata "Kami nak ikut sebab kalau sendiri tak tahu nak pergi macam mana".

Syukur at last sampai juga di Galata Tower. Basah jugak la ketiak hahaha..
Ada pulak rombongan kanak-kanak sekolah dan mereka dapat priority pulak 😅
Ramai beratur dah jadi macam ular dan ramai juga yang cuba nak potong que.
Perempuan baju pink dan putih tu kena halau sebab kami bagitau mereka jump que.
Kami bertigalah yang kantoi orang perempuan tadi yang potong que.
Dalam masa tak sampai seminit terus aku jadi tour guide tak bertauliah kepada warga Malaysia ini. Ada 3 orang dewasa dan 6 kanak-kanak. Dan aku beritahu kena gerak cepat sedikit sebab petang ni nak ke airport balik ke Malaysia.

Kami menaiki tram dari Sultanahmet Station Line T1 Kabataş–Bağcılar dan turun selepas 4 station iaitu di Karaköy Station (located right at the base of the Galata district). Tram berhenti betul-betul selepas Galata Bridge. Dan dari Karaköy Station kami berjalan kaki lebih dari 650 meter untuk menuju ke Galata Tower. 

Kita akan naik lift dari bawah dan keluar di tingkat 6.
Dari tingkat 6 kita akan naik tangga berpuisng menuju ke tingkat 7.
Tapi jalan bukan mendata yer.. naik bukit..!! aku pun tak expect 😅 terus tanya dengan mereka "Larat ke ni jalan naik ke Galata Tower?" Terus mereka kata insyallah larat sebab dah datang jauh dari Malaysia kan 😄. Risau juga sebab ada anak kecil ikut sekali termasuklah satu yang dalam stroller. Aku pula tengah kejar masa nak balik sebelum waktu check out.

Keadaan ruang di tingkat 7. 
Pemandangan dari tingkap di tingkat 7.
Untuk jalan naik ke Galata Tower insyallah tak susah dan tak senang nak sesat sebab selagi mana kita berjalan menaiki ke atas pasti akan menuju ke Galata Tower. Dan signboard pun agak banyak memberi arah tuju. Dan di sepanjang perjalanan naik ke atas di kiri dan kanan kita dipenuhi dengan banyak kedai-kedai manisan, souvenir, kedai makan dan cafe.

Keadaan di tingkat 8 - Orang ramai lebih menumpu untuk ke sini.
Ada replika besar hampir keseluruhan Bandar Istanbul.
Aku kata "Kita naik Galata Tower dulu.. nanti on the way balik barulah singgah mana-mana kalau nak beli apa-apa". Once kami sampai di Galata Tower, kelihatan orang ramai beratur seperti ular untuk naik ke tower dan kami menunggu lebih kurang 20 minit untuk sampai ke pintu masuk.

Ketika beratur ada beberapa orang yang cuba potong que tapi pihak keselamatan memang pantau jika kantoi memang akan dihalau dari barisan dan perlu beratur semula. Dan itu yang terjadi di hadapan kami apabila seorang wanita awal 20-an bersama ibunya dihalau sebab kami inform pada pihak keselamatan mereka potong que. Terasa puas hati di situ.

Pemandangan tingkap dari tingkat 9 ke arah laluan laut Bosphorus.
Di sebelah Galat Bridge tu kami naik cruise petang semalam.
Disebabkan free entrance maka agak penuh manusia di dalam Galata Tower dan setiap seorang yang keluar maka hanya seorang sahaja yang dibenarkan masuk. Kami spend hampir 30 minit di dalam Galata Tower untuk explore setiap penjuru. Alhamdulillah memang satu pengalaman yang sangat menakjubkan berada di menara yang berusia ratusan tahun ini.

Tangga terkahir menuju ke tingkat paling atas.
Kasi chance sikit tuan blog nak senyum hihii..
Boleh jalan-jalan di luar ini tapi agak sempit dan kena berselisih dengan orang.
Dibina ketika era Byzantine dan mengalami kemusnahan yang teruk dalam serangan Crusaders terhadap Empire Byzantine during The Sack of Constantinople in 1204. Dibina semula pada tahun 1348M dengan ketinggian 219.5 kaki atau 66.9 meter yang pada ketika menjadi bangunan paling tinggi di Constantinople.

Ottomaniyah menawan Constantinople pada tahun 1453M dan terus digunakan sebagai watchtower bagi memantau pergerakan kapal di lautan terutamanya. Pada tahun 1717M Ottomaniyah menggunakan ia sebagai pusat pemantauan kebakaran terutamanya di kawasan old town. Besama-sama Beyazıt Tower atau juga dikenali sebagai Seraskier Tower.

Pada 1831M telah terjadi kebakaran di Galata Tower yang menyebabkan kerosakan yang teruk dan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf dijalankan serta-merta. Di awal kurun ke-19 Galata Tower tidak memiliki atap atau bumbung sehinggala ia dipasang semula pada kerja-kerja naik taraf di antara 1965-1967M. Telah dibuka semula pada 2020 sebagai muzium.

Penutup tower yang putih baru lagi dibina tapi yang tepi tu dah lama.
Selesai meneroka kami berjalan pulang ke arah Tram Station dan ketika ini mata mula mencari souvenir dan mereka yang lain nak beli manisan. Kami masuk di salah satu kedai manisan, diberikan teh pelbagai rasa dan tester yang sangat banyak. Nasib la mereka membeli dengan agak banyak juga. Aku jadi tukang tawar harga dan hanya makan tester sahaja.

Keadaan di tingkat paling atas Galata Tower Museum.
Terdapat lukisan pemandangan Istanbul pada suatu ketika dahulu di sini.
Selesai membeli apa yang dihajati, kami berjalan keluar dari kawasan old town dan terakhir berhenti makan di sebuah kedai shawarma. Aku melihat jam "Ok sempat lagi ni nak makan" sebab waktu check out adalah pada pukul 12.00 tengah hari. Mereka cuba nak belanja aku tapi aku menolak sambil berkata "Nanti belanja saya makan di Malaysia sahaja".

View paling tinggi di Galata Tower.
Kami berpisah sebelum aku menaiki tram pulang ke Sultanahmet. Aku memberikan beberapa info mengenai keadaan di area Taksim ini, jika mereka nak berjalan-jalan area sini. Ucapan terima kasih diberikan kepada aku dengan lambaian sebelum aku menaiki tram dan itu adalah kali terakhir aku melihat mereka sehingga entry ini ditulis.

Sebelum keluar dari Galata Tower terdapat kedai souvenir.
Kita akan keluar mengikut pintu yang berlainan dari kita masuk tadi.
Bila aku sampai di depan hotel kelihatan Kak D, Abg N dan Ust Syakirin duduk diluar bersama luggage mereka termasuklah beg backpack aku. Aku tanya "Kenapa duduk di luar bersama beg ini?" Abg N kata orang hotel suruh keluar awal sebab masa masuk hari tu dia bagi masuk awal sejam. Terus aku macam "Eh kebodohan apakah ini?".

Lepas visit Galata Tower kita hunting manisan turkey yang mencabar iman ini.
Berkotak-kotak mereka beli sebab banyak mereka beli mudah aku nak minta tawar.
Puas membeli jom la kita balik. Time balik turun bukit tak la penat sangat.
Singgah makan di restoran tepi jalan ini. Shawarma dia memang tak main main 😄
Kedai makan ni tak jauh dari Karakoy Station. Masa 2025 pun aku repeat makan sini.
Rupanya dah hampir 30 minit mereka duduk di luar, terasa bersalah pula. Ikutkan timing aku memang pulang sebelum waktu check out. Dan terus aku mencari transportation untuk ke airport dan ketika ini agak susah nak dapat teksi. Dan tiba-tiba terlihat satu kedai transport terus aku tanya ada transport nak ke airport? dia kata 5 minit, nak check dulu.

Baju kuning owner kedai - Baju putih tu driver van VIP kami.
Harga cuma 200 lira sahaja dari Sultanahmet ke Istanbul Airport 👍.
Masa 5 minit tu bukan setakat dapat jawapn tapi kenderaan terus sampai di hadapan kami. Sebuah van VIP berwarna putih yang hanya ada 4 tempat duduk sahaja, tersangatlah selesa, very unexpected. Harga sangatlah murah hanya 200 lira sahaja untuk ke airport. Terus kami naik dan selamat sampai di airport hampir sejam kemudian.

Tepat pukul 7.00 petang waktu tempatan pesawat Emirate Airlines mula meninggalkan Istanbul International Airport. Maka berakhir kembara aku di Turkiye, Bulgaria dan Romania. Tapi cerita kami belum tamat sebab aku pilih transit di Dubai selama 23 jam yang membolehkan aku bawa mereka berjalan-jalan di Dubai pula 😎😉 - THE END.

No comments:

Post a Comment