Tuesday, 1 July 2025

Uzbekistan Part 4 : Kena Scam Di Hostel Na Bobura - Bertukar Ke Sulton Hostel

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selesai makan di Anjir Restaurant kami menaiki Yandex ke Hostel Na Bobura iaitu accommodation yang telah kami book seawal dua bulan yang lalu. Terletak hanya 2.2km dari Anjir Restaurant dan hanya 8 minit perjalanan dengan Yandex.

Selesai membawa turun semua beg, luggage dan stroller afnan dari kereta. Kami kemudian menaiki beberapa anak tangga untuk masuk ke reception namun kelihatan tiada sesiapa di kaunter. Setelah bell dibunyikan selang seminit dua datanglah seorang wanita dan seorang lelaki muda. Dalam keadaan terpinga-pinga, aku pun macam "Anything wrong?"

Sampai di Na Bobura Hostel. Tak jauh dari Kedutaan Malaysia di Tashkent. 
Menunggu di hadapan reception ketika baru sahaja turun dari Yandex.
Setelah menunjukan bukti booking dari Agoda.com yang telah dibuat. Mereka berdua seperti agak gelisah dan tiba-tiba lelaki tu berkata "There is something wrong with the pipe and there is leaking in the room and need to be close from customer". Aku pun macam eh..!! kata bukan tadi pagi bagitau bilik kosong dan ready to move in ke?

Siap minta USD30.00 if nak check in awal bagai. Aku dah macam nak naik angin sebab masa ni memang fikir nak mandi, rehat dan tidur jer. Lagi-lagi kesiankan the kids yang lebih penat. Semua kepenatan duduk dalam bas 12 jam dari Bishkek.

Inilah pemuda yang menipu kami. Tiba-tiba bagitahu bilik tak available sebab leaking.
Aku cakap nak tengok bilik tu. Sebab if small leaking aku tak kesah pun tapi mereka tak kasi. Dan macam biasa aku sure mereka dah bagi bilik tu pada customer lain sebab kami sampai pun dah jam 2.30 petang. Padahal aku dah booking awal guna Agoda. Dan masa ni aku cakap "is not my fault and i don't care, i just need my room in what ever reason".

Kami dibawa ke Sulton Hostel yang terletak 1.5 km dari Na Bobura.
Dan aku tak tahu macam mana pada akhirnya pemuda itu mengajak kami sekeluarga menaiki Yandex dan pergi ke sebuah lagi accommodation yang tidak begitu jauh dalam 1.5 km. Dan kami sampai di Sulton Hostel. Dan kami diberi bilik yang paling atas yang mempunyai 4 katil single with bathroom. Tiada lift hanya tangga yang semakin tinggi semakin kecil. 

Reception di Sulton Hostel. First thought macam betul ke nak stay sini.
Fridge, kettle dan dapur untuk memasak juga disediakan.
Tempat makan selepas memasak. Kami lepas masak makan dalam bilik.
Dan pemuda tu tanya macam mana? Terus aku tanya wife yang dah masam muka tak puas hati dengan pemuda ini. "Nak cancel boleh dan nak cari lain pun boleh but kesian the kids yang dah kepenatan. If kita travel berdua memang dah cari yang lain". Allah nak uji kita ni selepas dapat dua owner yang sangat baik sebelum ini.

Wife aku pun redha akhirnya kami bersetuju untuk di Sulton Hostel sebab memikirkan the kids yang dan exhausted. Kitchen disediakan di tingkat bawah bersebelahan reception. Kettle, fridge dan air minum tong terbalik juga disediakan.

Makin tinggi tingkat makin kecil dan curam tangga. Dah macam merangkak naik hahaha :P
Tingkat paling atas agak tidak friendly anak kecil. Takut sangat terjatuh tangga yang curam.
Keadaan bilik kami pada hari hari akhir. Hari pertama takde mood nak amik gambar :D
Aircond tu tak guna langsung sebab tingkap tu kalau buka terus jadi aircond.
Maka setiap kali nak buat susu anak dan buat makanan macam mi segera, mushroom soup, nak bancuh 3 in 1 and so on aku kene turun dari tingkat 3 sampai ke bawah. Hari pertama sahaja kami bad mood but than kami dah boleh accept kekurangan accommodation di sini. Dan masalah utama sekarang ini adalah nak basuh baju.

Nasib la baju semua dah basuh ketika di Bishkek. Sehinggalah hari kedua kami di sini aku saja tanya dengan reception if ada mesin basuh baju untuk kami gunakan dan unexpected dia jawap ada dekat belakang dalam stor. Boleh guna tapi jangan obvious sangat sampai customer lain nampak. Dia kata dia faham aku bawa anak-anak sebab tu dia bagi guna.

Inilah pemuda yang menjaga di reception Sulton Hostel. Baik orangnya.
Dan akhirnya pemuda di reception Sulton Hostel ini menjadi rapat dengan aku walau English dia tidaklah begitu baik. At last dia bagitau if Na Bobura tu penuh memang mereka akan hantar ke sini dan dia tak terlibat apa pun. Aku pun kata aku tak kesah sangat sebab dah jadi. Dalam travel ni memang kena jangka benda-benda macam ni akan atau boleh berlaku.

Di waktu pagi ada orang tolak meja beroda ini menjual roti.
Pemandangan waktu malam di hadapan Sulton Hostel.
Dalam 400 meter dari Sulton Hostel ini terdapat sebuah masjid yang sangat besar dan cantik iaitu Rakaat Masjid dapatlah beberapa kali hadir bersolat di sini. Kedai runcit, farmasi, pasaraya dan cafe juga dalam 100 meter dari hostel ini. Sebab aku nampak hostel ini terletak tak jauh dari kawasan perumah. Dan paling best waktu pagi ada orang jual roti tepi jalan.

Nanti aku cari lagi gambar-gambar dipersekitaran Sulton Hostel ini yang memang mesra kepada pelanggan. Setiap hari pasti akan terjumpa benda baru macam last day kami di sini baru tahu dua bangunan bersebelahan hostel adalah kedai roti dan ada sebuah cafe yang menarik di belakang hostel. Will update again soon.

Bersambung Uzbekistan Part 5 : (Under Construction)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...