Thursday, 31 July 2025

Uzbekistan Part 8 : Visit Historical Hazrati Imam Complex By Abdullah Khan 1542M

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selesai makan tengah hari di rumah Tuan Ilham. Kami dihantar pulang oleh driver ambassador dan ditanya ada nak pergi ke mana-mana ke? Sebab alang-alang dia boleh hantarkan. Terus aku buka buku itinerary dan berkata.

"Can you send me to Hazrati Imam Complex?" Sebab dalam banyak-banyak attraction itulah yang paling jauh dalam bandar Tashkent ini. Alhamdulillah driver just bagitau Okay πŸ‘πŸ» dengan memberikan senyuman sambil terus memandu kereta. 

Alhamdulillah safely arrived at Hazrati Imam Complex.
Kenapa nak ke sini? Hazrati Imam Complex adalah satu tempat bersejarah yang berusia lebih 500 tahun. Ia dibina seawal kurun ke 15. Dikenali juga sebagai Hastimom atau Hastim dalam bahasa tempatan. Terletak di Olmazur District Old City.

Di sini terletaknya beberapa binaan bersejarah iaitu MoΚ»yi Muborak madrasa, The Qaffol Shoshi mausoleum, The Baroqxon Madrasa, The Hazrati Imam mosque, The Tillashayx Mosque, and The Imam al-Bukhari Islamic Institute. 

Pemandangan dari hadapan Hazrati Imam Jome Mosque.
Di kompleks ini terdapat dataran yang cukup luas. 
Mungkin di zaman kegemilangannya ada lebih banyak sturktur bangunan di sini.
Ia dibina berhampiran dengan maqam Imam Abu Bakr Muhamad Ibn Ali Ismoil Ash Qaffol Shoshiy (976M). Seorang ulama besar Uzbek yang juga merupakan seorang pakar dalam pembuatan kunci. Oleh sebab itu Qaffol adalah gelaran beliau yang membawa maksud Locksmith. Juga terkenal dengan karya sajak beliau yang begitu masyhur sehingga ke hari ini.

Antara lain beliau boleh bertutur hampir 70 bahasa dan telah menterjemah Old Testement yang lebih dikenali sebagai Torah ke dalam Bahasa Arab. Kompleks ini telah dibina oleh Abdullah Khan II (lahir 1533) yang memerintah dari 1557 sehingga 1598 dari Shaybanid Dynasty yang memerintah Uzbek selama lebih 200 tahun iaitu dari 1501-1785. 

Di hadapan pintu masuk The Baroqxon Madrasa atau Barakhan Madrasa.
Pemandangan di bahagian dalam Barakhan Madrasa ini. 
Dan telah menjadikan Bukhara sebagai ibu negara atau pusat pemerintahan pada tahun 1562. Sebuah kerajaan yang memerintah lebih 3 juta orang pada ketika itu. Dan telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kazakh Khanate di utara, Khiva Khanate di barat (Turkmenistan), Yarkent Khanate di timur (Uyghur).

Dan telah secara rasmi mengakui pemerintahan Jalaludin Muhamad Akhbar (1542-1605) sebagai pemerintah ketiga dalam Mughal Empire yang terletak di bahagian selatan yang berpusat di Kabul, Afghanistan. Ketika menaiki tahkta pada tahun 1556 setelah kemangkatan ayah beliau iaitu Nasir Al-Din Muhamad Humayun (1508-1556).

Territory of Barakhan Madrasa.
Lukisan juga banyak di sini tapi mampu lihat sahaja tak mampu nak beli huhu..
Menjual pakaian traditional Uzbekistan. Memang cantik ala ala design kain batik gitu.
Dibawah pemerintahan beliaulah semua kerajaan kecil iaitu Balk, Bukhara, Samarkand, Tashkent dan beberapa lagi telah dapat disatukan menjadi sebuah kerajaan empire yang besar sehingga mampu bertahan dan berjaya berlawan dengan Safavid Empire yang berpusat di Iran. Oleh kerana itu beliau digelar sebagai The Great Khan atau Khan-ie Buzrug.

Hazrati Imam Complex ini pernah terselamat dari gempa bumi besar yang berlaku pada tahun 1966. Dan pada tahun 2007 President Uzbekistan Islam Karimov telah mengarahkan untuk kompleks ini dibaik pulih dan membina semula beberapa sturctur yang rosak atau hancur. Mengikut idea asal arkitek G'ulom Husayn ketika pembinaan pada tahun 1542.

Hanya Mo'yi Mubarak Madrasa dikenakan entrance fee.
Entrance Fee only 40,000 som bersamaan RM13.50 seorang.
Pemandangan di bahagian ruang utama di dalam Mo'yi Mubarok Madrasa.
Muskhaf Usmani yang original ada di atas rak hitam itu. Masih lagi terdapat kesan darah
MoΚ»yi Muborak Madrasa - Salah satu bangunan di sini menyimpan sesuatu yang menarik bagi kita untuk dilihat iaitu mushaf Al-quran yang telah berusia 1400 tahun. Dan mushaf ini juga yang pernah dibaca oleh Khalifah Uthman Ibni Affan r.a ketika beliau dibunuh oleh pemberontak. Dan darah beliau ketika syahid ditikam masih lagi ada di mushaf ini. 

Muskhaf Al quran Usmani ini pernah disimpan di sebuah muzium di St Petersburg, Russia sehinggalah ia dipulangkan semula kepada Uzbekistan. Dan ia menjadikan mushaf alquran yang paling tertua di dunia pada hari ini. Entrance fee yang dikenakan adalah 40,000 som bersamaan RM13.50 seorang. Bagi aku sangatlah berbaloi.

Hanya boleh ambil gambar muskhaf replika sahaja. 
A Copy of The Holy Koran By Usman Mushkhaf. Taken by Saint Petersburg in 1905.
Antara beberapa buah muskhaf yang berumur ratusan tahun ada tersimpan di sini.
Today, this madrasa houses the ancient QurΚ»on (Usmon Mus'haf), which was written in hijazi script on deer skin during the caliphate of Usmon (644—656) and created in 644–648. This sacred QurΚ»on is considered one of the rarest manuscripts and was brought from Syria by Amir Temur in the 14th century.

Barakhan Madrasah atau The Baroqxon Madrasa - Sebuah tempat pengajian agama yang telah melahirkan ramai ulama pada zaman kegemilangannya. Namun sekarang ia tidak lagi berfungsi sebagai tempat pengajian agama hanya sekadar tempat bersejarah dan di dalamnya terdapat kedai-kedai menjual souvenir dan hasil kraftangan sahaja. 

Souvenir from hand made memang banyak di sini.
Topi yang diperbuat dari kulit binatang tu cantik tapi itulah Malaysia panas hahaa. 
Semua barang di sini hand made maka harga pun tidaklah begitu murah.
Tillya Sheikh Mosque atau disebut sebagai The Mosque of the Golden Sheikh - Masjid ini telah dibina semula di antara tahun 1890-1902 dan telah diarahkan tutup oleh Pemerintah Russian Empire pada 1930an. Sehinggalah dibuka semula pada tahun 1943 setelah kebenaran diberikan untuk komuniti islam yang majoriti di Central Asia.

Hazrati Imam Jome Mosque - Adalah sebuah masjid baru yang lebih cantik dan besar. Dibina pada tahun 2007 bersama kerja-kerja baik pulih Hazrati Imam Complex. Terdapat dua menara yang berketinggian 52 meter. Salah satu menara dibina oleh Sheikh Ibrahim dan Erkin dari Khorezm dan satu lagi oleh Sheikh Sharif bersama kumpulan dari Samarkand.

Hazrati Imam Jome Mosque.
Dan masuk azan asar. Jom la kita masuk tengok keindahan masjid ini.
Ada ruangan yang cukup cantik selepas masuk pintu utama masjid.
Imam al-Bukhari Islamic Institute - Sebuah bangunan di sebelah kanan Hazrati Imam Jome Mosque. Dibina pada tahun 1969 dibawah The Administration of Muslims of Uzbekistan. Seramai 20 pelajar pertama telah diterima masuh pada tahun pertama pembukaannya. Nama kepada institute ini diberikan sempena hari kelahiran ke 1200 tahun Imam Bukhari. 

Qaffol Shoshiy Mausoleum - Dibina pada tahun 1542 Masihi oleh The Royal Architect Ghulam Husayn ketika itu. Bagi memperingati Ulama Besar Imam Abu Bakr Muhamad Ibn Ali Ismoil Ash Qaffol Shoshiy yang hidup pada kurun ke 10 Masihi. Kubah yang ada sekarang ini telah dibina baru selepas kubah asal tidah berjaya bertahan selepas ratusan tahun berdiri. 

Kami mengambil masa lebih dua jam untuk explore hampir keseluruhan Hazrati Imam Complex ini. Dan tiada bayaran yang dikenakan untuk ke sini kecuali untuk masuk ke MoΚ»yi Muborak Madrasa kerana ia telah menjadi muzium yang menyimpan ratusan artifak islam especially puluhan Muskhaf Al-Quran dari satu zaman ke zaman yang lain.

Bersambung Uzbekistan Part 9 : Magic City Park - A Little Cute Disneyland in Tashkent (Under Construction)

15 comments:

  1. Pagi- pagi baca sejarah Hazrati Imam Jome Mosque, terus segar mata...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi membaca tulisan yg tak seberapa ini huhu.. Moga SA dpt jejak kan kaki ke Uzbekistan saya doakan ☺️

      Delete
  2. Cantiknya bangunan2 dan view semua...souvenir pun warna warni
    Nice sgt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan semua historical beratus tahun.. part dalam madrasa tu jual souviner mmg cantik2..

      Delete
  3. Cantik dan gah seni binanya.
    Afif dah dapat pengalaman berharga kembara ke sini, tak beli souvenir pun tak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik bila sesebuah negara mempunyai senibina khas dari zaman dahulu yg dikekalkan sehingga sekarang.. ada la beli souvenir tapi yg kecik kecik sahaja... ☺️

      Delete
  4. Masyallah cantik senibinanya, ralit melihatnya. Betapa bijaknya orang dizaman/kurun itu telah mencipta senibina yang sangat cantik...kagum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah zaman dahulu binaan nya cantik..kukuh dan tahan berabad-abad lama nya.. mmg mengagumkan.. 😎

      Delete
  5. Lawanya bangunan dan senibinanya. Menarik sungguh, dapat lihat depan mata, musyaf al-Quran yang lama tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muskhaf alquran yg pernah dibaca oleh Khalifah Usman ibni Affan r.a.. Mereka mmg kaya dgn senibina yg unik dan cantik.

      Delete
  6. walaupon dah berusia ratusan tahun, nampak masih terjaga tinggalan2 sejarah di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uzbekistan mmg dikenali sebagai tempat lahirnya ramai ulama.. termasuk lah nama nama besar dalam islam. Syukur banyak yg dijaga dgn baik.

      Delete
  7. Yang dua kotak hijau kiri dan kanan berbumbung berkaki tu tabung eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesza... Betul tu uncle... Rabung masjid.. sebab sana tak de org nak curi tabung.. kalau kat Malaysia lagu tu.. dgn tabung hilang hahaha

      Delete
  8. Unik tempat bersejarah..banyak khazanah sini..cantik unik kreatif sekali struktur bangunan..nampak cantik gambar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...