Showing posts with label Part 6 : Solat Raya Aidilfitri Di Turkish Bishkek Mosque. Show all posts
Showing posts with label Part 6 : Solat Raya Aidilfitri Di Turkish Bishkek Mosque. Show all posts

Wednesday, 30 April 2025

Kyrgyzstan Part 6 : Solat Hari Raya Aidilfitri Di Turkish Bishkek Central Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kyrgyzstan Part 5 : Shopping At Bimar Supermarket - Asar Prayer At Old Central Mosque

Di entry yang lepas aku telah tulis bahawa terdapat dua central mosque di Bishkek. Dan semalam kami telah pun pergi ke Old Central Mosque dan pada hari ni kami akan ke New Central Mosque atau Turkish Bishkek Central Mosque dan pada asalnya dikenali sebagai Imam Sarakhsi Central Mosque yang dibina pada tahun 1944.

Selesai Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Turkish Bishkek Central Mosque
Seawal pagi kami telah bangun dan aku ajak the kids semua bertakbir raya setelah selesai solat subuh berjemaah. Nak kata terasa sayu sedih tu macam tidaklah sangat sebab sekarang dunia dah maju. Kalau ada perasaan rindu pada family dan suasana di Malaysia boleh video call sahaja.

Turun dari apartment seawal pagi untuk menunaikan solat aidilfitri.
Inilah pemandu Yandex kami orang Kyrgyzstan. 
Suasana malam raya sebelumnya adalah seperti malam-malam biasa di Bishkek. Tiada kedengaran letupan mercun atau suasana kecoh dengan persiapan nak raya. Keadaan sangatlah sunyi sepi sahaja. Mungkin juga area tempat kami ini kawasan orang berkerja bukan area kampung yang pasti akan ada persiapan menyambut raya.

Sarapan pagi sebelum kami keluar ke masjid.
Setelah terbitnya matahari kami bersarapan terlebih dahulu kerana adalah sunat untuk kita menjamah makanan sebelum keluar rumah bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Daging Blackpepper with Button Mushroom telah pun aku masak malam tadi. Macam biasa aku sibuk di dapur dan wife sibuk siapkan the kids.

Orang ramai yang hadir ke masjid bagi menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri.
Ni masa kami sampai kelihatan orang ramai sedang memasuki masjid.
Bergambar sebentar sebelum masuk ke dalam masjid. Ada student medic dari Bangladesh.
Dan juga untuk hari ni kami memang tak ada plan nak berjalan sangat lebih kepada nak santai-santai sahaja. Dalam keadaan pagi yang teramat sejuk kami telah pun berada di bawah apartment dan aku order Yandex Go untuk ke masjid dan bayaran ketika ini adalah KGS195.00 bersamaan MYR9.75 untuk perjalan sejauh 7.5km.

Affan tiba-tiba dapat duit raya dari seorang hamba Allah. Sampai sekarang dia simpan.
Sebab dia seorang jer yang dapat. Habis dia ajuk si kakak-kakak dia yang tak dapat.
Dan bila pemandu Yandex ni tengok kami menuju ke masjid terus tanya "Muslim?" Aku pun angguk kepala. Dia kata dia pun muslim. Perjalanan memakan masa lebih 10 minit sebab jalan agak sesak dengan kenderaan orang nak pergi kerja.

Open hall di bahagian belakang masjid Turkish Bishkek Central Mosque.
Besar sungguh masjid ini nak jalan ke belakang pun terasa jauh.
Dah selesai solat dan ramai orang yang balik barulah kita boleh bergambar.
Bagitau dengan the kids. Di Istanbul ada masjid seperti ini yang dah berumur ratusan tahun.
Termasuklah pemandu kami yang masih muda dalam lingkungan awal 20an yang tak kesah dengan solat raya. Aku ada tanya juga tak pergi solat ke dengan isyarat sekali. Dia jawap simple jer "No'' sambil memberi isyarat kerja bawa kereta.

Berbanding dengan Malaysia. Kalau waktu solat raya tu jalan lenggang. Kedai semua pun tutup. Ada kedai runcit pakcik cina di kampung aku pun tutup tunggu tengah hari nanti baru buka. Tapi di sini ramai yang ke masjid tapi masih ramai lagi yang tak kesah dengan solat raya walau beragama islam.

Ruang dewan solat utama yang sangat besar dan cantik.
Design dalam masjid ini teramatlah cantik. Memang mempersonakan mata yang melihat.
Pintu masuk utama di bahagian tengah belakang dewan solat utama.
Dan alkisahnya di sini tidak disediakan ruang solat untuk wanita. Yang hadir 99% adala kaum lelaki sahaja. Namun kelihatan ada beberapa muslimat lain yang hadir untuk bersolat yang kebanyakan foreigner. Bersolat di bahagian luar dengan membawa sejadah sendiri dan bersolat disamping suami dan keluarga masing-masing.

Kami pun ikut sama bersolat di bahagian luar tapi sebab tak bawa sejadah maka kami gunalah segala apa yang ada untuk dibuat sejadah. Masa ni pun the kids memang behave mungkin sebab datang masjid di negara orang kot. Kalau kat Malaysia diorang main lari-lari macam tak cukup tanah.

Bergambar bersama warga Kyrgyzstan selepas selesai Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.
Kemudian diorang suruh aku pakai topi traditional Kyrgyz's pulak.
Bergambar anggota polis yang menjaga keselamatan semasa solat raya aidilfitri.
Selesai solat dan khutbah raya maka bangunlah kami semua dan masa ni baru terasa gembira, sedih, tenang dan terharu bila solat raya di negara lain dengan pelbagai bangsa yang hadir untuk bersolat raya. Boleh dikatakan 40% jemaah yang hadir adalah foreigner. Dan masa inilah kami bersalaman dengan umat islam lain. 

Oh ya masa kami datang tadi penuh polis dan askar yang menjaga lalu lintas dan menjaga keselamatan. Terdapat juga beberapa orang yang membawa beg diperiksa oleh askar yang menjaga. Terasa macam takut sikit di situ. Tapi selepas solat aku ada berborak dengan seorang student dari Bangladesh yang belajar di Bishkek.

Dia bagitau kawalan ketat ni sebab baru sahaja terdapat kejadian terrorist attack di Crocus City Hall, Moscow, Russia. Dengan 145 jumlah kematian dan 551 orang cedera. Dan lebih menggerunkan adalah penyerang berkemungkinan dari kumpulan extremists dari Kyrgyzstan. Apa pun syukur sebab solat raya dah selesai.

Polis dan askar menjaga laluan ke masjid dari 100 meter ke arah masjid.
Ketika selesai solat pun masih lagi ada polis dan askar yang memeriksa beg para jemaah.
Selesai solat dan bersalaman dengan umat islam yang lain barulah kami explore masjid yang teramat cantik ini. Masa ini kalau muslimat nak masuk ke dalam ruangan dewan solat utama pun boleh. Memang terpegun dengan kebesaran dan kecantikan masjid ini. 

Bagi aku adalah wajib datang ke masjid ini untuk melihat dengan mata sendiri One of The Interesting Place To Visit in Bishkek. Seni bina yang banyak persamaan dengan Masjid Biru atau Sultan ahmed Mosque di Istanbul. Ye lah yang sponsor dan yang membina pun Kerajaan Turkiye.

Bersambung Kyrgyzstan Part 7 : Victory Square - TSUM Aichurok Mall - Chuy Avenue