Showing posts with label Part 3 Keajaiban Air Terjun Terlebar Di Dunia "Victoria Falls". Show all posts
Showing posts with label Part 3 Keajaiban Air Terjun Terlebar Di Dunia "Victoria Falls". Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

Zimbabwe Part 3 : Keajaiban Air Terjun Terlebar Di Dunia "Victoria Falls"

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


10 November 2011 - Aku tidur sekhemah dengan khalid. Selepas berjemaah solat subuh, mandi dan sarapan. Kami terus kemas barang sebab nak kene checkout pukul 10.00 pagi. Dan kalau ikutkan review dan suggestion dari internet. Jika nak ke Victoria Waterfall kene pergi seawal pagi sebab bila tengah hari cuaca panas. Tapi disebabkan kami dah bayar mahal untuk khemah ni maka decide untuk checkout tepat pukul 10.00 pagi.

Di hadapan pintu masuk Victoria Fall National Park
Pagi tu sempatlah nak charge semua peralatan - hand phone, camera digital dan Mp4. Charge di restoran sebab pagi2 tak buka lagi. Ada satu info nak share di Victoria Falls Restcamp & lodges ini ada loker berkunci. Kalau bukan pelanggan lodge ini dia kena bayar but macam kami pelanggan malam tadi free je untuk guna loker berkunci ni. Simpan semua barang just bawa barang penting ke Victoria Waterfalls.

Berjalan kaki ke Victoria Waterfall mengambil masa lebih 15 minit. Nak jimat punya pasal dengan cuaca dah mula panas. On the way tu kami singgah di train station untuk beli tiket malam nanti pukul 7.00 pm ke Bulawayo City yang hanya ada satu train sahaja setiap hari. Maklumat lanjut boleh rujuk entry Ghost Train in Victoria Fall.

 Bersama statue Dr David Livingstone.. Orang pertama yang discover..
Pemandangan dari sudut pertama apa bila masuk dari entrance
Di separuh bahagian pertama air terjun masih penuh..
Separuh bahagian terakhir agak kering.. Sebab Summer Session.
Walau hanya separuh sahaja air yang mengalir namun tetap cantik
Victoria Waterfalls ini telah diiktiraf sebagai World Heritage Site by UNESCO. Bayaran masuk untuk dewasa berharga USD25.00 dan jika memegang kad student maka hanya perlu membayar USD10.00 sahaja. Kami hanya tunjuk visa student dari dalam passport sahaja. Dan peta national park dijual dengan harga USD1.00.

Bila dah masuk first kita akan nampak Statue Dr. David Livingstone iaitu orang yang pertama discovered tempat ini pada tahun 1860's. Lebar Victoria Waterfalls ni adalah sepanjang 1,708 meter maka ia menjadi The Largest Curtain of Water In The World. 

It drops between 90 meter up to 107 meter into the Zambezi Gorge and an average of 550,000 cubic meters of water plummet over the edge every minute. The spray from the falls typically rises to a height of over 400 meters (1,300 feet) and sometimes even twice as high, and is visible from up to 50 km (30 miles) away.

Jom jelajah air terjun melebihi 100 meter.

Tempias air di sini dah macam hujan. 

Caution..!!! Tak ada penghalang langsung di sini.

Tiba-tiba ada pelangi di situ :D

Point 14 adalah view air terjun yang terakhir.
Panorma yang memukau. Jom kita tengok air terjun lebar lebih dari 1km ini.


Air terjun pertama dari pintu masuk selepas berjalan sedikit dari Statue Dr David Livingstone tadi


Pemandangan dari arah depan air terjun pertama tadi. Masa ini terasa bagai terkena hujan.


Ada beberapa ketinggian air terjun mencapai lebih dari 115 meter.

Apabila kita masuk di Victoria Falls Natural Reserve ini. Kita akan perasan beberapa perkara pelik antaranya pokok-pokok yang berada di sini kebanyakan pokok seperti di negara tropika. Satu sebab kerana tempias air terjun Victoria Fall itu sendiri yang naik begitu tinggi hingga membasahi kawasa tanah yang berada di hadapannya.

Pada mulanya aku terlihat ada dua orang pemuda jepun yang datang ke sini dengan memakai baju hujan dan aku mula berfikir "Kenapa pakai? Mana ada hujan dan cuaca pun tengah panas". Tapi bila sampai di beberapa view check point, kita akan rasa seperti terkena air hujan oleh kerana tempias air yang begitu kuat.

Tapi bagi kami ketika ini tempias itu bagaikan satu rahmat.. sebab keadaan summer yang agak panas menlebihi 35 darjah celsius.. ada sesetangah pelancong lain membawa payung bagi mengelak hujan tempian ini.. kami pulak loncat keriangan hahahahaa..  :D

Ada berani meh kita loncat ke bawah hahahaa..  :P
Pemandangan apabila musim hujan dan air di Zambezi River ini penuh.
World Largest Water Falls @ Victoria Falls, Zimbabwe - Credit to Uncle Google..
Terdapat banyak view untuk melihat air terjun ni. Kami telah berjalan dari starting point sehinggalah ke penghujung point view yang terakhir. Apa yang aku boleh kata adalah seriously amatlah berbaloi. Info lain adalah orang tempatan menamakan air terjun ni sebagai "Mosi-oa-Tunya" yang bermaksud "The Smoke That Thunders and The Falls are remarkable".

Air Sungai Zambezi ni jika penuh pada musim hujan maka time itulah view yang paling cantik. Biasannya dari bulan February hingga May setiap tahun. Macam gambar last di atas. Aku tak bernasib baik sebab datang pada bulan November. Nak buat macam mana sebab time ni je aku tengah cuti.