Showing posts with label Part 3 - From Bukit Bendera to Batu Ferinngi. Show all posts
Showing posts with label Part 3 - From Bukit Bendera to Batu Ferinngi. Show all posts

Friday, 20 September 2013

Pulau Pinang : Part 3 - From Bukit Bendera to Batu Ferringhi


Perjalanan kami di teruskan lagi.. next destination - sebuah kawasan pelancongan bersejarah - Bukit Bendera.. Dari Georgetown Ferry Terminal ke Bukit Bendera hanya memakan masa tak sampai 15 minit.. even ada trafik jam sket.. mungkin sebab baru lepas hujan tadi..

Return ticket untuk adult berharga RM 8.00.. warga emas, pelajar dan kanak-kanak dari umur 4 - 12 tahun hanya RM 4.00.. tapi return ticket untuk pelancong adult RM 30.00 dan children dari 7 - 12 tahun RM 15.00.. Masa membeli ticket di kaunter korang kene tunjukkan Mykad or lesen memandu jika gagal.. maka bayarlah harga pelancong.. dan Orang Kurang Upaya (OKU) percuma..


Time :  16:10 pm..
Akhirnya kami sampai di Bukit Bendera..
Harga ticket.. if student..
Jangan lupa bawa student ID card..
Tiket  Primary Student  kami.. RM 8.00 adult for return
Bergambar sket sebelum naik tren ke atas..

Pemandangan memang cantik dari dalam tren ke atas bukit.. ruang tren yang amat selesa.. aircond pun ada.. ada juga penduduk kawasan setempat yang menggunakan tren ini ke rumah mereka di beberapa station sebelum sampai ke atas..

Sampai atas jer.. hujan mula turun.. menyebabkan kami hanya stay di station.. tapi alhamdulillah tak lama.. lepas hujan berhenti mulalah masing2 dengan camera sendiri.. yang itu posing sana sini.. lama jugak kami di atas hampir sejam lebih..


Ini gaya semula jadi yer hahahaa..
Time :  1630 pm.. Just.. Satu Pemandangan.. :D
Masa ni semua orang dah tunggu 3 orang ni..
Mana lah tak muncul2 lagi.. Rupanya tengah syok berphotography..

Berebut nak masuk line ke train..
Eh.. Eh.. kami sampai Birmingham.. London..???
Abaikan orang tu.. just focus pada picture tren baru tu..
Masih menunggu tren sampai... 
Jangan buang masa.. teruskan bergambar hahahaa..

Di sebabkan hujan tadi.. maka view tak clear.. ada kabus yang agak tebal.. jika angin bertiup.. dapatlah kami shoot pemandangan clear ke arah laut.. tapi yang lagi best.. Asma ada bawa bendera Malaysia dalam handbag dia.. setiap kali nak shoot picture beramai2.. mesti ada bendera Malaysia.. Semangat kenegaraan betul kami ni..


Landasan.. dan view yang clear lepas hujan.. :D
Semangat Merdeka.. terbawa sampai ke Pulau Pinang.. :D
Keadaan kabus tebal selepas hujan di Bukit Bendera
Boleh nampak Jambatan Pulau Pinang..
Thanks pada pelajar praktikal yang tolong amik kan gambar kami..
 Lupa pulak nak minta no phone dia hahahaaa.. :P 
Bendera Malaysia itu tetap ada di mana jua..

Kesian kat kuda ni.. 
tak siapa nak main ngan dia.. meh sini.. :D

Sebelum kami pulang.. kami bersolat di surau yang di sediakan oleh pihak Bendere Hill.. then next destination is our accommodation.. part ni berterima kasih pada Shazmin.. dia yang tolong uruskan.. alhamdulillah memang murah yang teramat-amat..


Warna - warni kami di Bukit Bendera - 6 September 2013

Lokasi apartment kami di Tanjung Bungah, Batu Feringgi.. Leisure Cove Resort.. hanya 40 meter dari pantai.. ada beberapa buah rumah nelayan yang menghiasi pemandangn ke arah pantai.. swimming pool macam biasa tingkat atas sekali open air.. ada restoran.. dan yang pasti kami semua puas hati dengan apartment yang cantik ni..

Ruang bilik tidur utama.. dan juga bilik aku :D
Ruang tv.. kerusi panjang tu boleh tarik jadi katil..
Dapur.. ada Muslim Utensil lagi tu..
Just before maghrib kami sampai di Leisure Cove Resort.. check in.. mandi2.. solat.. tukar pakaian.. dan pukul 08:35 malam.. kami semua naik kerete dan terus menuju ke Penang Road, Georgetown untuk makan malam kami.. tempat pilihan kami ialah Nasi Kandar Line Clear.. terbaikk..!!!


Fareez cekal dalam menunggu makanan beliau..
Lauk pauk
@ Nasi kandar Line clear, Georgetown..
Ini lah dia..
Antara hidangan Nasi Kandar di Line Clear yang berbukit..

Recommended untuk korang cuba makan kat sini :D

Aku ada suggestion sket bila makan Nasi Kandar line Clear ni.. sebab sepinggan nasi dengan lauk tu memang berbukit diorang kasi.. so untuk elak pembaziran.. korang amik nasi dan lauk asing.. macam makan kat kampung lauk letak tengah.. tapi kalau korang mampu habis nasi sebukit tu tak apa lah.. :D