Showing posts with label Part 2 : Snowing In Darband Village At Mountain Tochal. Show all posts
Showing posts with label Part 2 : Snowing In Darband Village At Mountain Tochal. Show all posts

Thursday, 21 September 2023

Iran Part 2 : Snowing In Darband Village At Mountain Tochal

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Iran Part 1 : IKA Imam Khomeini International Airport Tehran

Hari pertama kami di Iran selepas tidur bermalam di airport malam tadi dengan kesejukan hampir -6 degree suhu di luar bangunan. But syukur di dalam Airport tak la sesejuk itu, alhamdulillah kami semua tidur dengan lena dibuai mimpi lagi. Oh ya duit Iran (IRR) kami tukar di Airport malam tadi selepas keluar dari immigration.

Our first destination di Tehran - Darband Village at Mount Tochal
Selepas solat subuh dan ber"fresh up" kami memulakan langkah keluar dari airport seawal 7.00 pagi. Kalau malam tadi Abang Wan dengan Iedan hanya keluar seketika untuk layan sebatang dua rokok di tengah kesejukan. Kali ni kami berlima keluar dengan menaiki teksi. Destinasi pertama kami adalah ke bus station untuk membeli tiket bas ke Isfahan.

Tehran sebuah bandar yang membangun, agak maju dan sibuk.
Bukan macam North Korea tau :P
One thing yang best is jalanraya di Tehran memang luas dan bersih.

Beyhaghi Bus Terminal

Di sini ada beberapa perkara kene study berkenaan Terminal Bus mereka sama seperti di Malaysia nak pergi Puduraya ke atau nak pergi Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Okay back to the point ada 4 terminal bas di Tehran iaitu Beyhaghi Terminal, Tehran West Terminal, Tehran East Terminal dan Tehran South Terminal. Dan setiap terminal ada destinasi tertentu untuk anda tuju and the biggest terminal is Beyhaghi Terminal. 

Kedai serbaneka di Beyhaghi Bus Terminal - Tehran.
Kenapa kami tak stay dulu di Tehran? Sebab kami plan nak jalan jauh sampai ke Shiraz so is better kita selesaikan yang jauh dulu sebab somehow nanti last destination still will be Tehran kan? Merayau ke mana sekali pun still kene balik ke Tehran sebab nak amik flight balik Malaysia semula. Basically itulah cara aku travel sesampai dimana negara sekali pun terus shoot ke destinasi yang jauh dulu.

Keadaan bas di Beyhaghi dan tiket kami berharga 1,650,000 IRR
Sampai di Beyhaghi Terminal kami light breakfast dulu di sebuah kedai serbaneka, beli roti kopi dengan teh panas memang layan. Apabila masuk musim winter boleh dikatakan setiap kedai baik kedai runcit sekali pun akan menyediakan satu balang air panas untuk menjual coffee dengan tea. Kami minta air panas sahaja mereka tak berkira langsung. Boleh la bancuh maggi cup dengan 3in1 yang dibawa sendiri hihi.

Dari pada Beyhaghi Bus Terminal ni dah boleh nampak salji penuh di pergunungan.
On the way ke Darband Village.
And than kami cari kaunter tiket untuk beli tiket bas ke Isfahan tengah malam nanti. Bernasib baik dapat bas terakhir pukul 11.45 malam ke Isfahan untuk kami berlima. Lepas beli tiket bas kami minta untuk letak beg kami di tempat luggage sebab nak merayau seharian tak kan nak bawa beg backpack ni sekali. Kami di minta lebih kurang RM15.00 oleh si penjaga luggage untuk kesemua beg kami kira murah sangat-sangat la.

Darband Village At Mount Tochal

One of the most beautiful neighborhood place you should visit once in Tehran. Aku pun tahu kewujudan nya setelah dengan tidak sengaja terjumpa ketika membuat research di google selama berbulan-bulan. Waktu aku datang tempat ini boleh dikatakan penuh dengan salji mungkin sebab ia sebahagian dari banjaran pergunungan. Walaupun ia sebuah kawasan tinggi kita hanya perlu jalan kaki sahaja untuk menerokai perkampungan ini dan menikmati cafe atau restoran yang dibina di lereng-lereng gunung.

Kiri kanan jalan penuh dengan restoran, cafe dan kedai.
Once kami sampai di Darband ni keadaan memang agak menerujakan dengan keindahan nature di sini. Especially dengan senibina kediaman di sini yang unik. Cuba korang bayangkan mereka membina kediaman tanpa merosakan pandangan terhadap nature semula jadi. Apatah lagi bila melihat salji yang bersepah dengan kesejukan angin yang menusuk tulang rusuk hahaha. Perghhh susah betul aku nak gambarkan :P.

First time jumpa salji plus keldai :P
Seronok bila jumpa salji Iedan dan Lina ni :D
Darband yang berasal dari perkataan Farsi yang bermaksud "Door to The Mountain" mempunyai trail menaik sejauh 250 meter untuk sampai ke puncak yang mempunyai sebuah tower yang membolehkan kita melihat hampir keseluruhan Bandar Tehran. Bagi yang tak mahu berjalan kaki boleh menggunakan Elevated Passenger Ropeway atau Chairlift. Jangan bayangkan chairlift kat Switzerland, itu canggih yang ini hmmmm hahahaa.. no komen :P

Dah macam Konoha Village pulak bila dua kali pandang :P
Maka kami pun memulakan langkah berjalan kaki naik ke Mount Tochal melalui Darband Village neighborhood ni. Selang beberapa rumah akan ada cafe atau restoran baik kecil mahu pun besar. Tapi disebabkan kami datang waktu masih pagi maka tak banyak cafe atau restoran yang membuka pintu kedai untuk pelanggan masuk.

Tak ramai orang sangat mungkin sebab musim winter kot.
Snow yang turun malam tadi kata orang tempatan.
Masalah mula timbul apabila kami semua datang dengan kasut yang tidak sesuai. Apabila jalan ditutupi ais akibat salji yang mencair maka jalan akan menjadi licin. Ada beberapa kali kami terslip/tergelincir hampir nak jatuh. Baik aku, abang wan atau Iedan. Yang girl pun Mya dengan Lina pun sama. Cuma kalau tak silap aku ada yang jatuh. Tapi aku tak ingat siapa hahaha.. but for sure bukan aku la :P

Jalan licin sebab salji yang cair mula membeku.
Masalah kedua kasut kami yang terkena salji yang sedang cair mengakibatkan kebasahan dan kemudian kebasahan itu menjadi beku. So korang boleh bayangkan tak tiba-tiba kami jadi suffer out of no way. Susah nak berjalan dan terpaksa berjalan dengan langkah yang kecil bagi mengelak dari tergelincir dan worse is terjatuh. 

On the way turun kami stop di sebuah kedai serbaneka. Layan tea & nescafe 3in1.
Bancuh maggi cup pastu beli satu jenis roti yang sedap. Kami makan dengan tuna.
Roti ni harga dia RM0.50 jer sekeping. Sedap sangat-sangat :D
Cukup half way than tiba-tiba kami berlima bersepakat "Hurmm cukup la kot sampai sini jer" hahaha. Dan kami memulakan berjalan turun ke kaki bukit sempat juga kami berhenti disebuah kedai serbaneka untuk mengambil air panas dan membancuh 3in1 serta maggi cup. By the way bila sejuk ni kan, perut akan cepat lapar. betul ke tak? ada yang bersependapat dengan aku tak?