Thursday, 21 September 2023

Iran Part 2 : Snowing In Darband Village At Mountain Tochal

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Iran Part 1 : IKA Imam Khomeini International Airport Tehran

Hari pertama kami di Iran selepas tidur bermalam di airport malam tadi dengan kesejukan hampir -6 degree suhu di luar bangunan. But syukur di dalam Airport tak la sesejuk itu, alhamdulillah kami semua tidur dengan lena dibuai mimpi lagi. Oh ya duit Iran (IRR) kami tukar di Airport malam tadi selepas keluar dari immigration.

Our first destination di Tehran - Darband Village at Mount Tochal
Selepas solat subuh dan ber"fresh up" kami memulakan langkah keluar dari airport seawal 7.00 pagi. Kalau malam tadi Abang Wan dengan Iedan hanya keluar seketika untuk layan sebatang dua rokok di tengah kesejukan. Kali ni kami berlima keluar dengan menaiki teksi. Destinasi pertama kami adalah ke bus station untuk membeli tiket bas ke Isfahan.

Tehran sebuah bandar yang membangun, agak maju dan sibuk.
Bukan macam North Korea tau :P
One thing yang best is jalanraya di Tehran memang luas dan bersih.

Beyhaghi Bus Terminal

Di sini ada beberapa perkara kene study berkenaan Terminal Bus mereka sama seperti di Malaysia nak pergi Puduraya ke atau nak pergi Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Okay back to the point ada 4 terminal bas di Tehran iaitu Beyhaghi Terminal, Tehran West Terminal, Tehran East Terminal dan Tehran South Terminal. Dan setiap terminal ada destinasi tertentu untuk anda tuju and the biggest terminal is Beyhaghi Terminal. 

Kedai serbaneka di Beyhaghi Bus Terminal - Tehran.
Kenapa kami tak stay dulu di Tehran? Sebab kami plan nak jalan jauh sampai ke Shiraz so is better kita selesaikan yang jauh dulu sebab somehow nanti last destination still will be Tehran kan? Merayau ke mana sekali pun still kene balik ke Tehran sebab nak amik flight balik Malaysia semula. Basically itulah cara aku travel sesampai dimana negara sekali pun terus shoot ke destinasi yang jauh dulu.

Keadaan bas di Beyhaghi dan tiket kami berharga 1,650,000 IRR
Sampai di Beyhaghi Terminal kami light breakfast dulu di sebuah kedai serbaneka, beli roti kopi dengan teh panas memang layan. Apabila masuk musim winter boleh dikatakan setiap kedai baik kedai runcit sekali pun akan menyediakan satu balang air panas untuk menjual coffee dengan tea. Kami minta air panas sahaja mereka tak berkira langsung. Boleh la bancuh maggi cup dengan 3in1 yang dibawa sendiri hihi.

Dari pada Beyhaghi Bus Terminal ni dah boleh nampak salji penuh di pergunungan.
On the way ke Darband Village.
And than kami cari kaunter tiket untuk beli tiket bas ke Isfahan tengah malam nanti. Bernasib baik dapat bas terakhir pukul 11.45 malam ke Isfahan untuk kami berlima. Lepas beli tiket bas kami minta untuk letak beg kami di tempat luggage sebab nak merayau seharian tak kan nak bawa beg backpack ni sekali. Kami di minta lebih kurang RM15.00 oleh si penjaga luggage untuk kesemua beg kami kira murah sangat-sangat la.

Darband Village At Mount Tochal

One of the most beautiful neighborhood place you should visit once in Tehran. Aku pun tahu kewujudan nya setelah dengan tidak sengaja terjumpa ketika membuat research di google selama berbulan-bulan. Waktu aku datang tempat ini boleh dikatakan penuh dengan salji mungkin sebab ia sebahagian dari banjaran pergunungan. Walaupun ia sebuah kawasan tinggi kita hanya perlu jalan kaki sahaja untuk menerokai perkampungan ini dan menikmati cafe atau restoran yang dibina di lereng-lereng gunung.

Kiri kanan jalan penuh dengan restoran, cafe dan kedai.
Once kami sampai di Darband ni keadaan memang agak menerujakan dengan keindahan nature di sini. Especially dengan senibina kediaman di sini yang unik. Cuba korang bayangkan mereka membina kediaman tanpa merosakan pandangan terhadap nature semula jadi. Apatah lagi bila melihat salji yang bersepah dengan kesejukan angin yang menusuk tulang rusuk hahaha. Perghhh susah betul aku nak gambarkan :P.

First time jumpa salji plus keldai :P
Seronok bila jumpa salji Iedan dan Lina ni :D
Darband yang berasal dari perkataan Farsi yang bermaksud "Door to The Mountain" mempunyai trail menaik sejauh 250 meter untuk sampai ke puncak yang mempunyai sebuah tower yang membolehkan kita melihat hampir keseluruhan Bandar Tehran. Bagi yang tak mahu berjalan kaki boleh menggunakan Elevated Passenger Ropeway atau Chairlift. Jangan bayangkan chairlift kat Switzerland, itu canggih yang ini hmmmm hahahaa.. no komen :P

Dah macam Konoha Village pulak bila dua kali pandang :P
Maka kami pun memulakan langkah berjalan kaki naik ke Mount Tochal melalui Darband Village neighborhood ni. Selang beberapa rumah akan ada cafe atau restoran baik kecil mahu pun besar. Tapi disebabkan kami datang waktu masih pagi maka tak banyak cafe atau restoran yang membuka pintu kedai untuk pelanggan masuk.

Tak ramai orang sangat mungkin sebab musim winter kot.
Snow yang turun malam tadi kata orang tempatan.
Masalah mula timbul apabila kami semua datang dengan kasut yang tidak sesuai. Apabila jalan ditutupi ais akibat salji yang mencair maka jalan akan menjadi licin. Ada beberapa kali kami terslip/tergelincir hampir nak jatuh. Baik aku, abang wan atau Iedan. Yang girl pun Mya dengan Lina pun sama. Cuma kalau tak silap aku ada yang jatuh. Tapi aku tak ingat siapa hahaha.. but for sure bukan aku la :P

Jalan licin sebab salji yang cair mula membeku.
Masalah kedua kasut kami yang terkena salji yang sedang cair mengakibatkan kebasahan dan kemudian kebasahan itu menjadi beku. So korang boleh bayangkan tak tiba-tiba kami jadi suffer out of no way. Susah nak berjalan dan terpaksa berjalan dengan langkah yang kecil bagi mengelak dari tergelincir dan worse is terjatuh. 

On the way turun kami stop di sebuah kedai serbaneka. Layan tea & nescafe 3in1.
Bancuh maggi cup pastu beli satu jenis roti yang sedap. Kami makan dengan tuna.
Roti ni harga dia RM0.50 jer sekeping. Sedap sangat-sangat :D
Cukup half way than tiba-tiba kami berlima bersepakat "Hurmm cukup la kot sampai sini jer" hahaha. Dan kami memulakan berjalan turun ke kaki bukit sempat juga kami berhenti disebuah kedai serbaneka untuk mengambil air panas dan membancuh 3in1 serta maggi cup. By the way bila sejuk ni kan, perut akan cepat lapar. betul ke tak? ada yang bersependapat dengan aku tak?


34 comments:

  1. Syok ni. Iran pun dalam list nak pergi Insya Allah. Thanks for sharing. Rujukan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah Iran ni akan ada 6 ke 7 part.. banyak benda nak di sharing ni hihii . :D

      Delete
  2. bestnya esp part ada snow tuuuu haishhhhh rindu sungguh i nak posing2 dgn snow hahahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah boleh tu pi main guling2 kat snow lagi.. kita doakan.. kita pun dah lama tak main snow huhuu..

      Delete
  3. W'salam TT,
    Really enjoy reading your post.. Terasa berada di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much sbb dtg dan baca dgn enjoy.. sekadar share our experience :D

      Delete
  4. Gimana rasanya main salju pertama kalinya...😁

    ReplyDelete
  5. sejukkkk kaki sy tgk salji2 tu... boleh tahan lebat juga ya saljinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul2 pertengahan winter salji tebal sangat2 di Iran.. Huhuhuu tgk salji pun boleh sejuk kaki.. Blm tgk depan2 lagi

      Delete
  6. Exciteeeed sangat baca ini 😍😍 Krn masuk dlm list negara yg pasti saya akan datangi. Semoga ada rezeki utk Dec 2024 😄.

    Saya pun sama kayak Abang, kalo bepergian, selalunya yg jauh dulu saya visit. Toh nanti akan balik juga ke kota pertama kan. Jadi tak buang masa.

    Kota dingin macam ni lah fav saya, makanya saya sering traveling di saat winter. Krn memang suka sangat dingin ☺️😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki untuk ke sana Dec 2024 nanti.
      Oh samalah kita pergi yg jauh2 dulu kemudian baru di kota pertama.
      Betul itu musim dingin mmg seronok kalau berjalan-jalan. Kurang rasa penat dan pakai baju yg sama sahaja hahahaha .

      Delete
  7. sejuknya sampai ke tulang hitam. Pengalaman yg indah bermain salji tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tak disangka dpt berjumpa dgn salji di Iran :D

      Delete
  8. dapat bayangkan kasut basah + kesejukan salji, mesti rasa kebas...bila bercakap, keluar asap...kurang suka gi travel time winter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada juga rasa kebas.. Mencucuk rasanya bila kasut basah pastu beku. Itulah ckp keluar asap anak2 suka main2 hahaha

      Delete
  9. MasyaAllah…geramnya tengok salji memutih di pergunungan tu 😍
    Seram bab kasut licin, risau tergelincir terseliuh kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan seram kan klu nampak keputihan salji tebal yg tak terusik lagi.. Itu la kitrg pun jalan tgn meraba2 dinding huhuu..

      Delete
  10. boleh cadangkan kasut yang sesuai nak pakai waktu winter tak? konon nanti nak main salji kat seoul ngan jeju...berangan je dulu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari kasut yg kalis air.. Dan high cut sport direct atau decatalon ada jual.. Sbb kalau tak high cut takut pijak salji tebal dia masuk tang atas.. Insuallah berangan pun jadi inspirasi kepada kenyataan..

      Delete
  11. This is a great spot! If you visit Melbourne, we offer the best melbourne chauffeur service.

    ReplyDelete
  12. Tahan betul jalan keadaan sejuk dan kasut basah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keterpaksaan hahahaa... Apa boleh buat bertabah jer la.. Kene tukar stokin je la bola kasut dh beku huhuu

      Delete
  13. Besarnya roti tu. Boleh share ramai-ramai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti tu sedap bila beli direct kat kedai bila dia baru keluar oven.. ya allah lembut nyaa.. :D

      Delete
  14. wahhh sedapp..roti nampak unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap negara pasti ada keunikan roti mereka tersendiri... Yg pasti kene cuba :D

      Delete
  15. Roti tu jer nak komen hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap lembut bila panas.. Liat bila sejuk hahahaa..

      Delete
  16. musim sejuk dengan air panas adalah 1 nikmat yang tak terhinggaaaaa.... perasaan dpt mandi or minum air panas tu perghhhhh....

    banyak tak beli roti tu utk buat kudap-kudapan? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe.. Asal jumpa air panas akan beli atau buat sendiri 3in1 hahahaha..

      Roti tu mmg sentiasa beli kalau jumpa mana2 bakery di iran..dan roti je pun yg halal.. :D

      Delete
  17. Kena masukkan Darband Village dalam itinerari Iran yang entah bila hendak direalisasikan ni huhuhuhu. Cantiknya salji memutih tapi itu la spesies tak tahan sejuk macam KSarie ni mau terpleot teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Darband Village ni wajib pergi.. Lagi2 kalau waktu winter boleh main salji. Kene layan teh panas setiap masa tgh sejuk :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...