Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Alhamdulillah.. Sama ada perasan atau tidak kita dah pun masuk fasa minggu terakhir bulan puasa untuk tahun 2017 ini.. Aku doakan moga semua yang mengenali diri ini kekal dan bertambah ceria dan pada masa yang sama amalan juga makin bertambah untuk hit bonus Lailatul Qadar.. Insyallah..
Bagi aku ini adalah tahun kedua berturut-turut berpuasa di Malaysia.. Hope next year ada la rezeki untuk berpuasa di oversea dengan tugasan yang biasa dilakukan insyallah.. Yela feel dan cara puasa di perantauan tak sama.. Suasana, Budaya, Makanan, Resam dan adat semua berlainan.. Sebab tu aku suka berpuasa di perantauan..
Raya tahun ni korang semua balik mana.. Insyallah tahun ni aku akan beraya di kampung sebelah mertua di Jimah Lama, Negeri Sembilan pada hari raya pertama, Kuala Pilah hari raya kedua, Tampin hari raya ketiga.. Malam raya ketiga insyallah akan bertolak ke Pontian, Johor untuk menziarahi saudara mara dari belah arwah ayah aku..
Di Johor insyallah akan ziarah Pontian, Benut, Pulai, Muar dan Johor Baru dari hari raya ke-4 sampai raya ke-6 insyallah.. On the way balik dari Johor raya ke-7 akan singgah rumah sedara di Klebang dan Alor Gajah, Melaka.. 1 Julai ada open house di Salak Tinggi so sekali arung la semua hahahaa.. So far ini lah plan beraya aku pada Syawal ini..
Misi balik kampung raya kali ini selama 8 hari Insyallah :D |
So if happen aku pass by area korang masa raya ni sila la hello2.. Kalau ada yang nak jemput datang kerumah la hahaha.. Mana tau kat area korang ada makanan yang best2 kan.. or dalam rumah korang ada menu sedap lain dari yang lain dan lain dari tempat yang lain.. Melainkan yang hanya dalam rumah korang jer ada hahahaa..
Well.. Food hunting aku untuk raya kali ini ialah Purasak yang hanya boleh didapati di Johor Darul Takzim.. Murtabak Singapore di salah satu kedai lama sebelum Jambatan Muar tu.. Biryani Gam Johor kampung style.. Rempeyek Ikan Bilis atau Kacang Tanah dari orang Kampung Pontian.. Dan last sekali ialah aku nak makan Nasi Ambeng orang jawa dengan Sambal Goreng, Serunding Kelapa.. Ya Allah sedap nyer la haii bila sebut bulan puasa nie..
Insyallah kali ni raya balik Johor.. Kita cari makanan Johor nie :D |
Okay itu kalau kat Johor.. So kalau raya di Negeri Sembilan ni.. Pada kebiasaanya sehari dua sebelum raya menjelma meraka ada “Hari Bantai”.. iaitu sembelih lembu dan diagih-agih daging pada orang kampung.. So masa ni la korang akan nampak setiap rumah kampung tengah salai daging.. huhuuuu terbaikk.. Nenek wife aku lak selain daging dia akan Salai Itik dan Ikan Keli tapi orang negori panggil ikan sembilang.. Ntah kenapa aku pun tak tau kenapa..
Segala yang disalai nie kalau masak lemak cili api.. Perghhh sodap tu.. |
Tajuk entri ni nikmat berpuasa tapi cerita pasal raya pulak aku nie.. Nampak sangat tak sabar nak raya kan hahahaa.. Cerita puasa aku tahun ni biasa2 jer.. aktiviti berbuka puasa pun yang menarik cuma sekali dua jer.. Berbuka dengan Perdana Menteri di Seri Pedana, Putrajaya pada awal minggu puasa kerana menjadi wakil PINTA.. Dan jemputan berbuka dari Denai Hati Network di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan..
Baju raya tahun nie tak beli.. Tak rasa pun nak shopping apa2 untuk raya tahun nie.. Lagi pun anak baru seorang kalau ada dua nampak la best nyer nak pakai sedondon kan hahahaa.. Moga doa aku makbul la nak dapat anak kedua sempena malam2 akhir ramadhan ini.. Korang pun sudi2 la doakan yer hehehee.. Aaamiiiinnnn..
Insyallah niat dan azam untuk terus berblogging masih kuat di hati dan ingatan.. Travel tak pernah berhenti cuma menaip untuk blog jer terhenti seketika.. tak tahu la kenapa.. Rasa-rasa lepas raya ni insyallah la akan kembali aktif berblogging semula.. Rindu sangat nak aktif blog macam dulu.. Doa2 kan la yer..
If korang yang dah pernah pergi tu terbaca post aku nie.. Aku harap sangat la dapat bagi info dan tips sikit kalau tak banyak pun.. Mana dan macam mana nak pergi ke destinasi yang best-best tu.. Kat mana nak dapat makan yang best-best or aspecially yang wajib kene makan ke hahahaa.. Nampak sangat kemalasan aku nak study kan.. Okla Selamat Menghabiskan baki puasa yer.. :D
Oh orang Johor asal usulnya. Samalah kita walaupun dan berdekad duduk di Selangor tapi BP tetap di hati... Selamat Hari Raya buat Afif sekeluarga...
ReplyDeleteDarah Johor itu asal dari sebelah arwah ayah.. Saya jer lahir Selangor..
DeleteSelamat Hari Raya jua pd Pak Mie.. :D
Selamat hari raya 2017
ReplyDeleteSelamat Hari Raya pada Tuan Khairuddin Lim.. :D
Deletelamanyaa CT tak singgah sini.. masih belum terlambat nak wish
ReplyDeletesalam aidilfitri kan.. meriah tu tengok macam2 perancangan hari raya..
have a blast eid..
Itu lah lama juga tak singgah sini kan.. Saya pun dah lama tak update.. Meriah tu yg seronok kan hari raya..
DeleteSelamat Hari Raya jua.. :D
selamat hari raya bro... banyak tempat nak dituju tu... semoga dipermudahkan
ReplyDeleteSelamat Hari Raya.. Itulah dah berkeluarga ni byk la destinasi nya.. Selamat hari raya jua.. :D
Deleteselamat hari raya!:)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Jua.. :D
Deleteselamat hari raya :)
ReplyDeletewahh nak p australia bestnya!!
Selamat hari raya aidilfitri juga.. Alhamdulillah dah ada di Australia nie.. :D
DeleteSalam Aidilfitri, Afif & famili...meriah perancangan ziarah hari raya..disamping pelbagai makanan tradisional Johor & Negori..
ReplyDeleteWaalaikumsalam Puam Nohas.. Terima kasih sudi meninggalkan komen di sini.. Setiap negeri ada kelainan dalam makanan mereka.. Yg psti sedap belaka :D
DeleteNak ucap selamat hari raya, dah habis dah raya. Akak ucapkan selamat la perjalanan awk ke Perth. Semoga semuanya dipermudahkan.
ReplyDeleteTerima kasih masih sudi memberi ucapan raya huhuu.. Alhamdulillah dah selamt balik pun.. Perth best.. Tenang jer.. Hahaha..
DeleteSalam Zulkaedah TT.... hakak balik Muo Raya pertama hari tu sampailah Raya ke 4. Bukak ke kedai Murtabak Singapore sebelum jambatan tu Raya Raya ....
ReplyDeleteApam balik bulat kacang merah tak nak cari ke?
So macammana? menjadi tak usaha keras bulan Ramadhan hari tu? hihi
Waalaikumsaalam.. Salam Zulqaedah utk akak.. plan nyer tak menjadi nak sunggah ke murtabak di muar tu.. ramai sgt sedara yg nak di ziarahi.. next time la.. Apam balik bulat kcg merah hahahaha blm tau lagi huhuuu.. insyallah moga ada berkat doa di bulan ramadhan :D
DeleteMana entry Perth? Apa makanan best kat sana? Heheh... salam kenal encik TT :)
ReplyDeleteEntry perth insyallah akan menyusul kemudian :D
DeleteMakanan kat sana biasa2 jer.. Nasi Goreng Lobster on the way ke Pinnacles Desert.. Dgn fish and chips di Frementle.. Dua ni wajib try la.. Ok slm kenal jugak
Purasak! Tak pernah cuba juga, teringin juga nak try kalau jumpa :D
ReplyDeleteMenarik blog, gua follow sini ;3
Oh ho rugi la kalau tak pernah rasa purasak nie.. Tanya org bugis la.. Confirm ada.. Thanks follow sini :D
DeleteDi kira raya sakan jugak lah kan.
ReplyDeleteTempat makan yg tuan sebut di johor tu semua saya tau. Kerap jugak saya singgah tempat tu bila balik kampung.
Sakan tak sakan la jugak.. Kan raya sekali setahun.. Pastu nak jumpa sedara paling senang waktu raya la..
DeleteOh org johor jugak... Murtabak singapore je terlepas nak makan hahahaa
wahh ada jugak ya sedara dekat klebang n alor gajah. kampung saye area situ lah. Btw apa citer dekat perth tu? immigration semua okay ke?
ReplyDeleteOh ye ker.. Kg situ jugam ntah2 sedara hahaha.. Alhamdulillah trip ke perth berjalan dgn baik.. Immigration pun sopan jer hahaha..
Deleteassalammualaikum..
ReplyDeletelama nya yaya xsinggah sini..
apa khabar? ^_^
Waalaikumsalam.. Hahaha kita pun lama tak singgah blog sendiri.. Alhamdulillah sihat walafiat jer..
Deletelame betul tak singgah sini.. btw, dah abes raya laa.. hihi.. update laa entry baru..
ReplyDeleteHahaha itu lah dlm usaha nak update yg baru nie... Keadaan mmg sibuk sesangat.. Insyallab entry perth akan menyusul..
Deletesinggah selasa.. :)
DeleteHahahaha malu nyer org dah dtg dua kali.. Tapi kita blm update hahaha..
DeleteWow gbar dgn pakjib laa
ReplyDeleteHahaha itulah pasal...
Deleteselamat hari raya korban pulak hehe.. meriah raya dpt mkn mcm2 makanan traditional.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya korban juga yer hahahaa.. lama benor tak update nyer.. raya mmg la dpt makan macam2.. hehehee..
Deleteupdate mana update terkini....
ReplyDeleteSilent Reader....
Hahahaa... Draf banyak sangat lebih 20.. Tapi semua belum ada finishing huhuu...
Deletesinggah sini hehe sy ingat sy sorang sahaja menyepi berbulan bulan takda entri baru haha
ReplyDeleteHi Cik Itah.. ada anak kecil dan seorang baby sekarang ni susah nak bahagikan masa.. insyallah coming soon i will be back hihiii.. :D
DeleteSelamat Tahun Baru Owner Blog.
ReplyDeleteTahniah!
Blog timetravelafif terpilih dalam senarai Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.
Selamat Tahun Baru 2018 juga.. Terima kasih datang menyinggah ke sini.. oh ye ke.. terima kasih la pada yg menyenaraikan :D
DeleteKeep blogging takpe pelan2 pon...
ReplyDeleteinsyallah i will.. never stop dreaming to blogging again :D
DeleteAssalam TTboy..apa khabar..lama x dengar cerita..apa perkembangan terkini..kongsi la dgn kawan2 ni
ReplyDeleteWaalaikumsalam Kak Jari Manis.. :D
Deletelama tak dengar kabar.. hihiiii.. rindu la pulak :P
perkembangan banyak.. cuma kene amik msa nak update..
dah jadi ayah utk dua orang anak skrg ni hihiii take time sket :D
wow
ReplyDeleteselfie dengan PM
secara tak sengaja jer huhuuu..
DeleteAssalamuakaikum. Saya senang baca blog ini. Hobby travelling. Boleh bagi nombor cellular phone? Insyaa Allah, saya ada plan ke Malaysia bbrp bulan lagi. Terima kasih.
ReplyDeletewaalaikumsalam.. boleh email atau pergi ke page saya di Facebook timetravelafif :D
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletebulan yang kedatangannya selalu dinantikan karena dibulan ini semua perbuatan baik pahalanya digandakan, semoga kita dapat meraih manfaat maksimal dibulan Ramadhan kali ini, Amin.
ReplyDeleteSemoga diberkati Allah dalam amalan di bulan puasa..
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThanks for sharing such a nice post. Rajasthan Tour Packages
ReplyDeleteThanks :D
DeleteUsually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read
ReplyDeleteKeep it up!
Seriously.. thank you so much for drop by :D
Delete1st time dengar nama purasak tu. Nak kena try ni. Tapi yg paling nak try kat johor ni telur belangkas. Nampak mcm sedap jer.
ReplyDeleteBiasa orang selatan je akan tahu makanan di selatan sama juga org pantai timur or orang utara.. kene explore baru dapat tahu keistimewaan nya :D
Deletesemoga selalu berjaya :)
ReplyDeletethanks :D
DeleteLama you tak blog. Semua baik-baik?
ReplyDeletekeadaan tak sama macam dulu hahahaa.. tapi tu lah tak tau bila nak start semula :D
Deleteselamat menunaikan ibadah puasa
ReplyDeletealhamdulillah salamat berpuasa juga :D
Deletelebaran sebentar lagi yeee :D
ReplyDeletebaru minggu pertama puasa dah fikir lebaran yer hahahaa..
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesinggah sini.. lama blog ni x update ya
ReplyDeletesy pun baru ja comeback
Okla tu dah come back.. Dri sy yg tak back back lagi hahahaha.. Slmt maju jaya
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteGenX eSolutions - Travel Technology Company has pre certified 180+ supplier with wide range of products for OTA's, Travel Agents and Tour Operators. GenX eSolutions offer services - hotel booking engine & software, flight booking engine, b2b & b2c booking engine and mobile app in travel vertical. It is one of the most innovative travel technology solution company in India with over 50+ clients based in different geographies like United Kingdom, Egypt, Kuwait, Jordan, Saudi Arabia, Sharjah, India, Nigeria, Kenya, Jeddah, Iran, Lebanon, Riyadh, Algeria, UAE and many more. http://www.genxesolutions.com
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteNice post and writing
ReplyDeletethank you :D
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete