Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Madinah adalah Kota Islam yang pertama dalam sejarah Islam yang juga dipimpin oleh Rasulullah sendiri. Oleh sebab itu banyak sejarah islam ada di sini. Dari apa jua yang mengenai tentang Rasulullah kepada sahabat sehinggalah ke zaman Tabi'in dan Tabi' Tabi'in. Dan juga sehingga Kerajaan Khalifah Uthmaniyah yang terakhir.
Entry kali ini jom kita ceritakan mengenai 5 buah masjid kecil yang bersejarah di sekitar Masjid Nabawi. Ada banyak lagi masjid tapi kita fokus pada yang 5 ini terlebih dahulu. Moga kepada yang bakal menjadi tetamu di Masjidil Nabawi nanti cubalah untuk pergi menziarahi masjid-masjid ini dan jika bernasib baik solatlah dua rakaat di dalamnya. Janganlah sibuk bershopping sehingga tidak menziarahi masjid-masjid bersejarah ini.
Masjid Ghamamah
Sebuah masjid terletak lebih kurang 300 meter di bahagian Barat Daya Masjid Nabawi. Masjid Ghamamah adalah tempat di mana Rasulullah menunaikan Solat Aidilfitri dan Aidiladha serta Solat Istisqa' (Solat meminta hujan). Dan Ghamamah itu sendiri bermakna awan atau mendung. Diberi nama semasa kejadian selepas Solat Istisqa' ketika awan datang yang kemudian menurunkan hujan.
|
Pemandangan dari hadapan Masjid Ghamamah |
|
Arah pintu masuk ke Masjid Ghamamah |
Orang pertama yang mula membina masjid ini adalah Khalifah Umar Abdul Aziz. Dan telah diubah suai kepada keadaan seperti sekarang oleh Sultan Abdul Majid - Khalifah Ke 23 dari Kerajaan Uthmaniyah yang memerintah dari 2 Julai 1839 sehingga 25 Jun 1861 (Lahir 25 April 1823). Dan juga telah dibaik pulih oleh Raja Fadh pada tahun 1411 Hijrah.
|
Keadaan di dalam Masjid Ghamamah. |
|
Aku tak ingat pulak sama ada wanita dibenarkan masuk atau tidak. |
Masjid yang mempunyai 5 buah khubah dan satu menara berbentuk silindir ini dibuka untuk orang ramai dari 10.00 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari dan telah menjadi antara tarikan pelancong seluruh dunia. Solat Jenazah Ghaib yang diimamkan oleh Rasulullah saw ketika meninggalnya Raja Habsyah yang memeluk islam dan melindungi umat islam yang berhijrah ke sana. Juga telah diberlaku di Masjid Ghamamah ini.
Masjid Abu Bakar As Siddiq
Salah satu antara masjid tertua di Kota Madinah sama seperti Masjid Ghamamah yang berusia lebih 1000 tahun. Ianya telah dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz di antara tahun 86-91 Hijrah. Dan ia telah dibaiki dan ditambah baik oleh Sultan Mahmood II pada tahun 1254 Hijrah dari Kerajaan Uthmaniyah Turkey. Masjid ini terletak hanya beberapa meter dari Masjid Ghamamah.
|
Masjid Abu Bakar As-Siddiq berusia lebih 1000 tahun. |
Dikatakan tempat ini telah digunakan oleh Rasulullah saw bagi menunaikan Solat Hari Raya yang mana kemudian khaifah pertama kerajaan islam iaitu Saidina Abu Bakar ra telah menyambung penggunaan tapak ini bagi mengimamkan Solat Hari Raya. Masjid ini mempunyai sebuah menara setinggi 15 meter dan sebuah khubah. Keluasan masjid ini adalah 19.5meter x 15meter. Dan riwayat lain mengatakan di sini adalah tapak rumah Abu Bakar Siddiq ra.
Masjid Ali Bin Abi Talib
Ada beberapa riwayat mengenai masjid ini yang pertama adalah di sini letak tapak rumah Khalifah Ali Bin Abi Talib ra bersama isteri beliau Fatimah Az Zahrah ra yang juga anak kesayangan Rasulullah saw. Dan riwayat kedua bahawa Rasulullah pernah mengimami solat raya di sini dan kemudian diikuti oleh Khalifah Ali ketika perintahan beliau selama 5 tahun.
|
Masjid Ali Bin Abi Talib - Permanently closed by authority. |
Namun yang sedihnya berkenaan masjid serba putih ini adalah ia telah ditutup sepenuhnya oleh pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi kerana terdapat ramai pengikut syiah yang mengunjungi masjid ini telah melakukan beberapa perkara yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh sebab itu juga tidak dimaklumkan di mana jasad Khalifah Ali ra dimaqamkan sehinggalah ke hari ini. Bagi mengelak kelakuan yang tidak ingini oleh pengikut syiah.
Masjid ini telah dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz dan kemudian telah diubahsuai oleh Gebenor Madinah pada tahun 881 Hijrah. Pada tahun 1411 Hijrah Raja Fadh telah membesarkan masjid ini sehingga berkeluasan 682 meter persegi dan mempunyai 7 buah khubah serta sebuah menara setinggi 26 meter. Dan telah dibina tembok pagar sekitar masjid seperti yang wujud pada hari ini.
Masjid Umar Al Khattab
Masjid ini terletak agak kebelakang sedikit dari Masjid Ghamamah. Kami bernasib baik menginap hotel yang berdepan dengan masjid ini. Sama seperti 3 buah masjid sebelum ini, masjid ini juga berumur lebih 1000 tahun dan dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz pada abad pertama tahun Hijrah. Dan semasa pemerintah Khalifah Abdul Aziz beliau telah membina banyak masjid yang mana Rasulullah saw telah bersolat di atasnya.
|
Masjid Umar Al-Khatta. Paling susah untuk ditemui antara kelima buah masjid. |
Di sini dikatakan bahawa Khalifah Umar Al-Khattab telah menjadi imam bagi menunaikan solat dua hari raya. Seorang warga tempatan telah memberitahu ketika Madinah semakin berkembang pesat kawasan lapang berdekatan Masjid Nabawi makin berkurangan dan ini menyebabkan Khalifah Umar beralih ke luar sedikit bagi berhimpun bersama rakyat dan menunaikan solat hari raya.
Masjid Imam Bukhari
Masjid ini telah dibina di tapak asal rumah Imam Bukhari yang terletak berdekatan dengan pintu 26 Masjid Nabawi, hanya memerlukan beberapa langkah sahaja untuk ke sini dari masjid Nabawi. Amatlah rugi jika anda tidak berkunjung ke sini. Dan di sini juga pengumpulan hadis-hadis oleh Imam Bukhari sehingga terbukunya Kitab Sahih Bukhari.
|
Sumber Google - Masjid Imam Al-Bukhari |
Masjid yang kecil yang berwarna putih ini mempunyai sebuah khubah dan sebuah menara dengan keluasan 20 x 30meter. Ianya dibuka setiap hari seperti Masjis Ghamamah. Nama penuh Imam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim Al-Bukhari dan dilahirkan di pada 13 Syawal 194 Hijrah bersamaan 20 Julai 810 Masehi di Kota Bukhara, Uzbekistan.
Bersambung
Umrah Mantop Travel Part 15 : Ratio Coffee - Quba Walkway Park - Masjid Bilal Bin Rabah