Monday, 10 June 2024

Umrah Mantop Travel Part 12 : Ziarah Masjid Quba - Jabal Uhud - Masjid Khandaq Sab'ah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Syukur at last dapat juga sambung kisah umrah untuk second last part ini. Al kisah bila laptop rosak ni habis banyak kerja penulisan tergendala. Untuk entry ni aku akan "complete"kan gambar dan buat finishing selepas dapat laptop baru nanti. By the way entry ini di update menggunakan smartphone. Terasa seksa dan sususahnya huhuu.

Alhamdulillah selamat tiba Masjid Quba destinasi pertama hari ini.
Okay la cukup intro jom kita sambung kisah perjalanan kami Jemaah Umrah bersama Mantop Travel Agensi. Selepas selesai menunaikan ibadah umrah di Makah dan membuat lawatan di beberapa tempat bersejarah di sekitar Kota Makah dan Kota Thoif serta singgah di Kota Badar. Kami menghabiskan baki masa selama 3 hari penuh di Kota Madinah Munawwarah.

Masjid Quba

Sesampai di Kota Madinah selepas waktu Isya' malam tadi, kami telah pun dibawa oleh Ust Atif menziarahi laluan di hadapan Raudah dan telah masuk ke dalam Raudah dua jam sebelum waktu solat subuh. Dan aktiviti untuk hari pertama kami di Madinah. Kami telah dibawa menziarahi Masjid Quba.

Masjid Quba - Masjid pertama yang dibina di dalam sejarah islam.
Seawal jam 7.30 pagi selepas sarapan pagi, kami telah menaiki bas dari depan hotel menuju ke Masjid Quba. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan jarak lebih kurang 4.5 km dari Masjid Nabawi. Seperti biasa ketegasan Ust Atif dalam bab masa memang No 1 hahahaa. Kami antara 3 bas terawal yang sampai di Masjid Quba. Dan keadaan persekitaran Masjid telah berubah lebih 200% dari apa yang aku lihat ketika hadir pada tahun 2018 dulu.

Beberapa fakta menarik mengenai Masjid Quba yang kita perlu tahu. Pertama ia adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah islam oleh Nabi Muhamad saw sendiri bersama para sahabat ketika nabi sampai di Madinah dalam perjalanan Hijrah beliau dari Kota Makah bersama Abu Bakar ra pada Hari Isnin 8 Rabiulawal tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi. 

Ruang solat utama di dalam Masjid Quba.
Terdapat satu hall yang besar sebelum masuk ke dalam ruang solat utama
Masjid Quba telah dibina di atas tanah yang dimiliki oleh keluarga Kalsum Bin Hadam dari Kabilah Amru bin Auf. Nabi Muhamad saw telah meletakkan batu asas di bahagian mihrab masjid yang menghadap ke arah Baitul Muqaddis, Palestin. Bentuk asal masjid adalah sebuah ruang solat empat segi yang terdapat sebuah telaga air untuk mengambil wudhu. Batang pokok kurma digunakan sebagai tiang dan beratap pelepah kurma  yang dicampur tanah liat.

Khalifah Umar Abd Aziz adalah khalifah pertama yang membina 4 buah menara setinggi 47 meter di masjid ini. Pada saat ini Masjid Quba mempunyai 19 pintu masuk, 6 buah kubah besar dan 56 buah kubah kecil. Dari 200 meter persegi yang dibina oleh Rasulullah sekarang ia telah dibesarkan sehingga 135,000 meter persegi dengan 5,035 meter persegi untuk ruang solat utama.

Masjid penuh dengan pengunjung dari selepas subuh sehingga habis waktu Dhuha
Keadaan persekitaran Masjid Quba yang telah banyak berubah
Dan fadilat paling besar yang Rasulullah saw telah ucapkan dan diriwayatkan oleh ramai muhaddis adalah “Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba' dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan. Ganjarannya adalah satu pahala umrah". Oleh sebab itu Masjid Quba telah menjadi destinasi ziarah utama di Kota Madinah selepas Masjid Nabawi.

Dataran Bukit Uhud

Selepas menziarahi Masjid Quba dan bersolat dua rakaat di dalam masjid kami meneruskan perjalanan ke destinasi ke dua iaitu ke sebuah dataran yang terletak bersebelahan dengan Bukit Uhud. Di sinilah terjadi Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah iaitu peperangan kedua dalam sejarah Islam selepas Perang Badar. Peperangan yang berlaku pada Bulan Syawal ini menyaksikan seramai 1000 Tentera Islam melawan 3000 Tentera Musyrikin Mekah. 

Alhamdulillah kami semua selamat sampai di Jabal Uhud.
Bukit yang menempatkan 50 Pemanah Tentera Islam ketika Perang Uhud.
Ketika tentera islam dalam perjalanan dari Kota Madinah ke Bukit, Uhud Abdullah Bin Ubai seorang Ketua Munafik telah menghasut tentera islam untuk tidak berperang di Uhud. Dan disebabkan itu seramai 300 orang telah menarik diri dari berperang di Uhud. Dan setelah sampai di Uhud Rasulullah telah mengarahkan 50 pemanah untuk berada di atas Bukit Uhud dan berpesan untuk tidak meninggalkan puncak bukit walau apa jua yang berlaku.

Cuaca semakin panas dan semua orang mencari tempat berlindung
Namun setelah peperangan berlangsung untuk seketika kemenangan telah dicapai oleh tentera islam yang menyebabkan tentera pemanah di atas bukit telah turun ke bawah yang pada akhirnya hanya berbaki 14 orang pemanah yang tinggal di atas bukit. Oleh kerana itu seorang panglima perang berkuda musyrikin yang bernama Khalid Ibnu Walid yang ketika itu belum memeluk islam telah menyerang dan membunuh baki pemanah yang berada di atas bukit.

Oleh kerana itu tentera islam telah di serang dari dua arah yang bertentangan sehingga menyebabkan berlaku keadaan kucar kacir sehingga menyebabkan kekalahan di pihak tentera islam. Seramai 70 orang sahabat telah syahid di medan Perang Uhud ini termasuklah ayah saudara nabi iaitu Hamzah Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim ra yang syahid akibat lontaran lembing yang tepat oleh Wahsyi iaitu hamba kepada bangsawan bernama Jubair Bin Muta'im dan isterinya yang bernama Hindon Binti Uthbah.

Memang excited naik ke atas puncak Bukit Uhud ini.
Bergambar bersama di atas puncak Bukti Uhud.
Insyallah boleh baca sambung baca cerita penuh mengenai Perang Uhud di dalam buku sejarah. Aku kongsi beberapa fakta yang penting sahaja di sini. By the way untuk keadaan di sekitar Dataran Uhud ini ada ramai orang yang berniaga segala macam benda dari makanan, souvenir, pakaian, kurma kekacang dan pelbagai lagi. Dan dari pengalaman aku barangan yang dijual di sini agak murah berbanding dari tempat lain.

Masjid Khandaq - Masjid Tujuh/ Sab'ah

Dan akhir sekali kami telah di bawa ke sebuah tempat bersebelah dengan Masjid Khandaq dan di sini kami hanya diberi penerangan di dalam bas mengenai sejarah masjid dan paling utama mengenai Perang Khandaq yang berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. Ketika itu Rasulullah telah menerima cadangan dari Salman Al farisi untuk membina parit sepanjang 5.5 km dengan ke dalaman 3.2 meter dan lebar 4.6 meter.

Masjid Al-Fatah. Di mana Nabi Muhamad saw berdoa ketika Perang Khandaq.
Dibina selama 20 hari yang bermula dari 16 Ramadhan Tahun Ke 5 Hijrah. Ianya sebagai satu teknik pertahanan dalam peperangan bagi menghadapi tentangan tentera musyrikin Mekah seramai 10,000 tentera termasuk 600 tentera berkuda dan 1,500 tentera penunggang unta. Pihak Islam di Madinah telah dikepung selama 27 hari. Dan perang tamat pada 7 Zulqaedah tahun Ke 5 Hijrah. Dengan kemenangan di pihak Tentera Islam.

Masjid Salman Al Farisi dibinia ketika zaman Umar. Terletak 20 meter dari Masjid Al Fatah.
Sebanyak 7 buah masjid telah dibina oleh para pemimpim islam di kemudian hari termasuklah Khalifah Umar Abdul Aziz dan Khalifah dari pemerintahan Uthmaniyah (Turkey) bagi memperingati perjuangan sahabat dalam Perang Khandaq ini. Antaranya Masjid Salman, Masjid Abu Bakar, Masjid Umar, Masjid Ali dan Masjid Saad Bin Muaz yang masih kekal sehingga hari ini dan dua buah masjid lagi telah dirobohkan.

Dataran terbuka di dalam Masjid Khandaq.
Masjid Khandaq (Sumber Google)
Insyallah kalau diberi izin lagi untuk ke Madinah aku nak explore dengan lebih mendalam lagi mengenai keadaan persekitaran Khandaq ini. Lebih-lebih lagi mengenai parit yang dibina oleh Rasulullah dan para sahabat ra yang masih lagi wujud sebahagianya di waktu sekarang. Dan insyallah niat nak pergi kesemua 7 buah Masjid Sab'ah. 

46 comments:

  1. rindu betul kat bumi madinah dan mekkah...moga2 ada rezeki utk menjadi tetamuNya lagi nanti..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yg tulis entry ni pun rindu nak kembali menziarahi ke tanah suci. Semoga kita semua dijemput menjadi tetamu lagi dan lagi amin..

      Delete
  2. Alhamdulillah... seronok dengar cerita orang dan baca kisah umrah... semoga ada rezeki kami diseru ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga Kak Mim sekeluarga dijemput menjadi tetamu di tanah suci amin.. :D

      Delete
  3. Seronok sambil buat umrah sambil ziarah tempat2 sejarah Islam di sana. Dengarnya cuaca panas terik skrg ni kat sana, semoga jemaah Haji semuanya dipermudahkan urusan dan mendapat ibadah haji dan umrah yang mabrur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bergantung pada company agent umrah dan juga mutawwif yg bawa group kita.. dpt yg suka berjalan seronok la hihi.. yeap betul cuaca panas satu ujian juga dlm mengenakan ibadah umrah..

      Delete
  4. Samaaa, kalo ada kesempatan utk umroh lagi, saya teringin sangat utk eksplore lebih dalam tempat2 bersejarah di sana. Lebih menarik utk melihat langsung tempat2 atau mesjid yg dibangun di masa nabi drpd ikut shopping dengan grup . Apalagi kalo tahu sejarah di sebalik bangunan2 atau mesjid di sana. Menariiik ceritanya bang, as always.. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya sudah 2 kali mengerjakan umrah bersama travel agent maka utk kali yg seterusnya nak cuba DIY utk explore lebih banyak tempat bersejarah yg lain.. insyallah moga diberi lagi peluang dan rezeki utk kembali ke tanah sufi..

      Delete
  5. moga dipermudahkan semua urusan jemaah memandangkan panasnya cuaca ya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. semoga dipermudahkan segala urusan utk para jemaah yg sedang menunaikan haji pada keadaan cuaca panas skrg ini..

      Delete
  6. Kisah-kisah umrah seperti ini sangat menarik dibaca. Berkesan sekali memang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jika ia memberi kesan baik pada yg membaca.. insyallah akan terus berkongsi :D

      Delete
  7. Saya masih menyimpan foto-foto tempat "di tanah suci..salah satunya tempat di atas...rindu sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika sedang menulis entry ini pun perasaan rindu utk kembali ke tanah suci masih ada.. moga kita semua dijemput menjadi tetamu Nya lagi amin..

      Delete
  8. indahnya masjid Quba bersebelahan jabal Uhud

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid Quba dan persekitaran Jabal Uhud memang cantik. Tempat sejarah Nabi Muhamad saw bersama para sahabat ra.

      Delete
  9. dh 10 thn kali terakhir jejak bumi madinah nih., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan moga Wak Lat menjadi tetamu lagi utk ke Melah dan Madinah amin :D

      Delete
  10. teringat masa pergi umrah tahun lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Mesti rindu kalau pernah ke Kota Madinah.. especially menziarahi maqam nabi Muhammed saw .

      Delete
  11. Masjid Quba…wah, lebih 200% berubah dari kunjungan akhir. Berubah semakin besar binaannya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin besar dan keadaan persekitaran Masjid Quba juga telah berubah sepenuh nya..

      Delete
  12. Replies
    1. Betul .. kalau diberi izin setiap setahun dua nak repeat lagi dan lagi.. huhuu

      Delete
  13. bila nek ke sana lagi? nak kirimkan doa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah dah dua kali pergi dgn travel agent.. kali ketiga insyallah nak try buat DIY pulak..

      Delete
  14. Bila tengok tempat2 ni rasa teringin lagi nak ke sini....moga allah jemput kami bertiga.....masjid tujuh ni je kami tak melawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin saya doakan moga dipermudahkan dan beri lagi peluang untuk menjadi tetamu di Kota Mekah dan Madinah..

      Delete
  15. rindunya...dulu x pergi Masjid Khandaq..sambil ziarah mengenang perjuangan Rasulullah & para sahabat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah dan Kota Mekah.. cuma kita la kena pergi atas usaha sendiri tak boleh mengharap travel agent.

      Delete
  16. doakan saya sekeluarga dapat ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin moga dipermudahkan urusan utk ke sana .. amin amin

      Delete
  17. Sama laa… kami pun dating ke masjid ni awal pagi. Masa tu orang tak ramai. So rasa tenang je nak solat sunat sekejap dalam masjid…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab nak kejar solat sunat dhuha di Masjid Quba.. Sy pernah try dtg solat asar dan stay sampai Maghrib.. Dan balik ke Masjidil Nabawi sblm Isyak..

      Delete
  18. Bila cakap fasal bukit uhud sy terus teringat ustazah masa sek agama petang cerita. Masa tu dia ajar Tarikh islamiyyah dan cerita fasal perang uhud ni dengan penuh emosi. Part Rasulullah cedera tu, ramai yg menangis. Cara penyampaiannya sy secara peribadi terasa masih melekat sampai hari ni walaupun dah berpuluh tahun tinggalkan sekolah…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. dulu masa di sekolah pun ust dan ustazah cerita keadaan perangai uhud sehingga Nabi cedera.. bila kita dgr cerita dan kemudian kita jejak kan kaki ke sini.. ianya lebih terasa di hati..

      Delete
  19. Sy tak ingat sama ada romboongan sy dulu pernah singgah ke tak masjid khandaq ni…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua kali pergi dgn dua travel agent yg berbeza.. juga tidak dibawa singgah ke Masjid Khandaq ini..

      Delete
  20. Betul tu, tak byk travel agent yg bawa ziarah ke masjid dan kawasan tapak peperangan di Khandaq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa next time kena buat diy sendiri ziarah ke Khandaq ini.. baru blh explore dgn puas.. :D

      Delete
  21. Saya teringin berlama-lama sedikit di Madinah. Banyak tempat-tempat bersejarah yang tak sempat dikunjungi kerana kekangan waktu sewaktu umrah. Mudah-mudahan Allah beri peluang untuk ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kalau boleh nak jadi macam jemaah dari Pakistan India Afghanistan.. diorng kadang2 buat umrah sampai sebulan ... Kalau lama mesti dpt explore byk tmpt di Madinah...insyallah next time nk cuba buat DIY supaya dpt duduk lama sket di Madinah..

      Delete
  22. Syukur..suka baca pengalaman orang..diri sendiri insyaallah akan datang...semoga dipermudahkan untk SA nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan moga SA dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan utk ke sana menjadi tetamu di tanah suci amin...

      Delete
  23. teringinnya sy nak kesana.. semoga satu hari nnti dpt kesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan semoga dimurahkan rezeki utk menjadi tetamu dintanah suci amin.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...