Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Aku sangat bersyukur kepada Ilahi kerana sempat menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam banjir di Kuala Krai minggu lepas.. Aku dan isteri memandu kereta secara bergilir-gilir dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui jalan Merapoh - Gua Musang..
Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami semuanya baik-baik saja dan tiada apa yang merisaukan hanya hujan sekejap renyai dan sekejap lebat sepanjang perjalanan.. Kami selamat tiba di Kuala Krai lebih kurang 4.00 petang dan ketika itu hujan yang agak lebat..
|
Keadaan hujan lebat sepanjang perjalanan Gua Musang - Kuala Krai |
|
Hujan yang berterusan dari awal hingga petang.. |
Terlihat air di dua tasik di depan Hopital Kuala Krai dengan paras yang agak tinggi yang mana hampir menyentuh perkatan besar
"KUALA KRAI" di tebing tasik.. Tanpa melengahkan masa kami terus mencari hotel untuk menginap dan untuk malam pertama ini kami memilih
Hotel Mikhraj.. setelah check in kami ke Kafeteria untuk menjamah makan malam..
Sempat berborak dengan chef di situ akan situasi adakah akan berlaku banjir dan sebagainya.. Dengan bersahaja beliau berkata "Kuala Krai akan banjir untuk fasa kedua yang mana sekarang ni lah.. depan hotel ni biasa la air naik sket" erkkk..!!! biar betul.. kata ku kerisauan..
|
RM 80.00 Standart Room Hotel Mikhraj Kuala Krai - Kelantan |
Pada hari kedua kami menjamah makan tengah hari di
Gerai Nasi Sup berdekatan dengan
Station Keretapi Kuala Krai.. Memang restoran ni aku recommended sangat pada korang kalau datang Kuala Krai.. Gerai ni betul2 di persimpangan roundabout.. Dan berdasarkan pengalaman aku dari semua gerai di sini.. inilah yang paling sedap.. Best in Town.. :D
|
Pemandangan dalam Gerai Nasi Sup Kuala Krai :D |
|
Antara lauk campur yang juga ada di sini .. |
|
Kami memilih Nasi Sup Tulang dan Perut.. |
|
Sedap sehingga satu titik sup kami tak tinggalkan hahahaha :P |
Keesokan pagi kami bangun dan terus check out sebab isteri ada kerja di
Hospital Kuala Krai dan kemudian akan ke
Hospital Raja Perempuan Zainab II - Kota Bharu.. Dan juga sebab Hotel Mikhraj tak best hahaa - wifi takde dalam bilik, nyamuk banyak, tuala lembab dan receptionist malam tu sombong giler.. harap pihak management dah amik tindakan lepas aku complain masa check out..
Oh by the way perjalanan kami ke Kelantan kerana urusan isteri ku.. Disebabkan risau akan banjir aku menemani isteri.. Hari pertama kami di Kuala Krai keadaan masih terkawal sekadar hujan yang lebat tidak berhenti dari semalam.. Setelah urusan isteri selesai kami memulakan perjalanan ke Kota Bharu..
|
Sebuah kebun yang sudah ditenggelami air.. |
|
Air Sungai yang naik dengan mendadak Menenggelamkan pokok di tebing sungai.. |
|
Jalan ke sekolah di naiki air berhadapan Hospital Kuala Krai.. |
|
Jalan ke Masjid Tengku Muhammad Kuala Krai terputus akibat banjir.. |
Tidak jauh meninggalkan Kuala Krai kira-kira 10 km kami mendapat panggilan dari pihak di Kota Bharu menyatakan agar kami tidak ke Kota Bharu kerana dikuatiri akan tersangkut sebab air sungai yang mula naik dengan mendadak dan dijangka banjir dalam jangka waktu yang terdekat..
Dan pada yang sama kami dapat melihat air di beberapa sungai kecil sudah pun melimpah ke tebing dan beberapa kawasan tanaman pokok kelapa sawit mula ditenggelami air separuh batang.. Kami pun berpatah balik ke Kuala Krai dan bermalam di
Hotel Rest Inn yang terletak 600 meter dari Station Keretapi Kuala Krai..
Hari terakhir kami di Kuala Krai.. Seawal 8.00 pagi aku menghantar isteri ke Hospital Kuala Krai untuk tugasan terakhir.. dan aku mula mencari sarapan di
Pasar Besar Kuala Krai yang begitu popular dengan makanan yang sedap lagi murah.. tapi terkejut kerana hanya seorang pakcik sahaja yang menjual sarapan pagi tidak seperti biasa ada lebih kurang 5-7 orang yang akan berniaga di tingkat atas pasar..
|
Membeli sarapan pagi di hari pertama di Pasar Besar Kuala Krai.. Murah dan sedap :D |
|
Dalam talam ni ada 3 jenis kuih.. siapa tahu? |
|
Yang ni sedap giler tapi nama aku tak tahu hahahah :D |
|
Ini pun ada 4 biji RM 1.00.. Terbaik :D |
|
Laksa, Mee Rebus, Mee Kari - Sebungkus RM 2.50 - 3.00 |
Dan paling mengejutkan hampir semua makan habis dijual pada pukul 8.30 pagi berbanding semalam pukul 9.00 pagi yang masih banyak untuk dibeli.. Aku terlihat seorang pakcik membeli 3 plastik beg kuih muih serta nasi lemak.. dan terdengar beberapa peniaga berborak sesama mereka bahawa rakan niaga mereka ada yang tidak dapat hadir membuka kedai kerana banjir mula naik di rumah mereka..
Keadaan jalan di sekitar Pekan Kuala Krai yang mula sesak dengan dipenuhi kenderaan kerana jalan menghala Kota Bharu telah terputus.. Maka ramai yang tersangkut di Kuala Krai.. Dan aku mula melangkah kaki ke arah
Taman Burung Kuala Krai berhadapan Hopital Kuala Krai untuk melihat ketinggian paras air tasik..
|
Perkataan besar Kuala Krai yang telah ditenggelami air.. |
|
Keadaan normal sebelum banjir di Kuala Krai |
|
Keadaan setelah air tasik naik dihadapan Taman Burung Kuala Krai.. |
Amat mengejutkan perkataan besar "Kuala Krai" telah pun tenggelam sepenuhnya di tebing tasik.. Tapi kerisauan berkurangan apabila melihat orang tempatan membuat aktiviti menjala ikan.. Setelah bersama mereka untuk seketika agak mengejutkan hasil mereka yang amat lumayan..
Ikan Talapia, Lampam, Keli, Sabarau dan
Ikan Ubi.. melihat wajah masing-masing keriangan sepeti pesta menjala ikan..
Aktiviti Warga Tempatan Menjala Ikan
|
Pelbagai jenis ikan yang di jala di tasik Kuala Krai.. |
Setelah isteri habis kerja tepat pukul 1:00 petang kami makan tengah hari di gerai makan berhadapan Hospital Kuala Krai.. Nasi Kukus Ayam Berempah RM 4.00 satu set memang selalu kami menjamah makan tengah hari di sini memang sedap dan murah :D .. Setelah selesai makan kami memulakan pemanduan balik ke Kuala Lumpur tapi kegembiraan Nasi Kukus tadi hilang dari ingatan setelah dengan tiba-tiba kami diarah perpatah balik kerana jalan telah di tutup di hadapan Taman Burung Kuala Krai..
Terasa menyesal kerana tidak bertolak awal keluar dari dari Kuala Krai.. Setelah mengikut arahan bomba dan polis dibeberapa persimpangan.. Alhamdulillah kami bersyukur dapat melepasi kawasan banjir dan meneruskan perjalanan ke Gua Musang dan terus balik ke Kuala Lumpur.. Hujan lebat dan renyai sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur..
|
Nasi Kukus Ayam Berempah dan Nasi Kukus Sambal Kerang.. |
Kami selamat tiba di rumah lebih kurang pukul 10.00 malam.. Dan terkejut apabila berita menyatakan Kuala Krai banjir dan semua jalan tertutup.. Ya Allah memang bersyukur sangat kami selamat.. Dan sekarang Kuala Krai adalah kawasan paling teruk menghadapi banjir.. Secara tiba-tiba aku terkenang semua wajah ceria mereka yang aku temui tempoh hari di Kuala Krai.. Bagaimanakah keadaan mereka sekarang..????
|
Cuaca yang suram sepanjang perjalanan balik Kuala Krai - Gua Musang.. |
_________________________________________________________________________________________________
Insyallah aku akan bertolak ke Kelantan dalam masa beberapa hari ini bagi menyertai sukarelawan membantu mangsa banjir.. Memohon doa dari semua rakan semua dan pembaca semoga aku selamat pergi dan pulang dan berjaya dalam menjadi sukarelawan membantu mangsa banjir..Terima Kasih.. :D