Pages

Monday, 29 December 2014

Suasana 2 Hari Sebelum Banjir Di Kuala Krai - Kelantan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Aku sangat bersyukur kepada Ilahi kerana sempat menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam banjir di Kuala Krai minggu lepas.. Aku dan isteri memandu kereta secara bergilir-gilir dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui jalan Merapoh - Gua Musang..

Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami semuanya baik-baik saja dan tiada apa yang merisaukan hanya hujan sekejap renyai dan sekejap lebat sepanjang perjalanan.. Kami selamat tiba di Kuala Krai lebih kurang 4.00 petang dan ketika itu hujan yang agak lebat..


Keadaan hujan lebat sepanjang perjalanan Gua Musang - Kuala Krai
Hujan yang berterusan dari awal hingga petang..

Terlihat air di dua tasik di depan Hopital Kuala Krai dengan paras yang agak tinggi yang mana hampir menyentuh perkatan besar "KUALA KRAI" di tebing tasik.. Tanpa melengahkan masa kami terus mencari hotel untuk menginap dan untuk malam pertama ini kami memilih Hotel Mikhraj.. setelah check in kami ke Kafeteria untuk menjamah makan malam.. 

Sempat berborak dengan chef di situ akan situasi adakah akan berlaku banjir dan sebagainya.. Dengan bersahaja beliau berkata "Kuala Krai akan banjir untuk fasa kedua yang mana sekarang ni lah.. depan hotel ni biasa la air naik sket" erkkk..!!! biar betul.. kata ku kerisauan..


RM 80.00 Standart Room Hotel Mikhraj Kuala Krai - Kelantan

Pada hari kedua kami menjamah makan tengah hari di Gerai Nasi Sup berdekatan dengan Station Keretapi Kuala Krai.. Memang restoran ni aku recommended sangat pada korang kalau datang Kuala Krai.. Gerai ni betul2 di persimpangan roundabout.. Dan berdasarkan pengalaman aku dari semua gerai di sini.. inilah yang paling sedap.. Best in Town.. :D


Pemandangan dalam Gerai Nasi Sup Kuala Krai :D
Antara lauk campur yang juga ada di sini ..
Kami memilih Nasi Sup Tulang dan Perut..
Sedap sehingga satu titik sup kami tak tinggalkan hahahaha :P

Keesokan pagi kami bangun dan terus check out sebab isteri ada kerja di Hospital Kuala Krai dan kemudian akan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II - Kota Bharu.. Dan juga sebab Hotel Mikhraj tak best hahaa - wifi takde dalam bilik, nyamuk banyak, tuala lembab dan receptionist malam tu sombong giler.. harap pihak management dah amik tindakan lepas aku complain masa check out..

Oh by the way perjalanan kami ke Kelantan kerana urusan isteri ku.. Disebabkan risau akan banjir aku menemani isteri.. Hari pertama kami di Kuala Krai keadaan masih terkawal sekadar hujan yang lebat tidak berhenti dari semalam.. Setelah urusan isteri selesai kami memulakan perjalanan ke Kota Bharu..


Sebuah kebun yang sudah ditenggelami air..
Air Sungai yang naik dengan mendadak
Menenggelamkan pokok di tebing sungai..
Jalan ke sekolah di naiki air berhadapan Hospital Kuala Krai..
Jalan ke Masjid Tengku Muhammad Kuala Krai terputus akibat banjir..

Tidak jauh meninggalkan Kuala Krai kira-kira 10 km kami mendapat panggilan dari pihak di Kota Bharu menyatakan agar kami tidak ke Kota Bharu kerana dikuatiri akan tersangkut sebab air sungai yang mula naik dengan mendadak dan dijangka banjir dalam jangka waktu yang terdekat..

Dan pada yang sama kami dapat melihat air di beberapa sungai kecil sudah pun melimpah ke tebing dan beberapa kawasan tanaman pokok kelapa sawit mula ditenggelami air separuh batang.. Kami pun berpatah balik ke Kuala Krai dan bermalam di Hotel Rest Inn yang terletak 600 meter dari Station Keretapi Kuala Krai..

Hari terakhir kami di Kuala Krai.. Seawal 8.00 pagi aku menghantar isteri ke Hospital Kuala Krai untuk tugasan terakhir.. dan aku mula mencari sarapan di Pasar Besar Kuala Krai yang begitu popular dengan makanan yang sedap lagi murah.. tapi terkejut kerana hanya seorang pakcik sahaja yang menjual sarapan pagi tidak seperti biasa ada lebih kurang 5-7 orang yang akan berniaga di tingkat atas pasar..


Membeli sarapan pagi di hari pertama di Pasar Besar Kuala Krai.. Murah dan sedap :D
Dalam talam ni ada 3 jenis kuih.. siapa tahu?
Yang ni sedap giler tapi nama aku tak tahu hahahah :D
Ini pun ada 4 biji RM 1.00.. Terbaik :D
Laksa, Mee Rebus, Mee Kari - Sebungkus RM 2.50 - 3.00

Dan paling mengejutkan hampir semua makan habis dijual pada pukul 8.30 pagi berbanding semalam pukul 9.00 pagi yang masih banyak untuk dibeli.. Aku terlihat seorang pakcik membeli 3 plastik beg kuih muih serta nasi lemak.. dan terdengar beberapa peniaga berborak sesama mereka bahawa rakan niaga mereka ada yang tidak dapat hadir membuka kedai kerana banjir mula naik di rumah mereka..

Keadaan jalan di sekitar Pekan Kuala Krai yang mula sesak dengan dipenuhi kenderaan kerana jalan menghala Kota Bharu telah terputus.. Maka ramai yang tersangkut di Kuala Krai.. Dan aku mula melangkah kaki ke arah Taman Burung Kuala Krai berhadapan Hopital Kuala Krai untuk melihat ketinggian paras air tasik..


Perkataan besar Kuala Krai yang telah ditenggelami air..
Keadaan normal sebelum banjir di Kuala Krai
Keadaan setelah air tasik naik dihadapan Taman Burung Kuala Krai..

Amat mengejutkan perkataan besar "Kuala Krai" telah pun tenggelam sepenuhnya di tebing tasik.. Tapi kerisauan berkurangan apabila melihat orang tempatan membuat aktiviti menjala ikan.. Setelah bersama mereka untuk seketika agak mengejutkan hasil mereka yang amat lumayan.. Ikan Talapia, Lampam, Keli, Sabarau dan Ikan Ubi.. melihat wajah masing-masing keriangan sepeti pesta menjala ikan..


Aktiviti Warga Tempatan Menjala Ikan





Pelbagai jenis ikan yang di jala di tasik Kuala Krai..

Setelah isteri habis kerja tepat pukul 1:00 petang kami makan tengah hari di gerai makan berhadapan Hospital Kuala Krai.. Nasi Kukus Ayam Berempah RM 4.00 satu set memang selalu kami menjamah makan tengah hari di sini memang sedap dan murah :D .. Setelah selesai makan kami memulakan pemanduan balik ke Kuala Lumpur tapi kegembiraan Nasi Kukus tadi hilang dari ingatan setelah dengan tiba-tiba kami diarah perpatah balik kerana jalan telah di tutup di hadapan Taman Burung Kuala Krai..

Terasa menyesal kerana tidak bertolak awal keluar dari dari Kuala Krai.. Setelah mengikut arahan bomba dan polis dibeberapa persimpangan.. Alhamdulillah kami bersyukur dapat melepasi kawasan banjir dan meneruskan perjalanan ke Gua Musang dan terus balik ke Kuala Lumpur.. Hujan lebat dan renyai sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur..


Nasi Kukus Ayam Berempah dan Nasi Kukus Sambal Kerang..

Kami selamat tiba di rumah lebih kurang pukul 10.00 malam.. Dan terkejut apabila berita menyatakan Kuala Krai banjir dan semua jalan tertutup.. Ya Allah memang bersyukur sangat kami selamat.. Dan sekarang Kuala Krai adalah kawasan paling teruk menghadapi banjir.. Secara tiba-tiba aku terkenang semua wajah ceria mereka yang aku temui tempoh hari di Kuala Krai.. Bagaimanakah keadaan mereka sekarang..????


Cuaca yang suram sepanjang perjalanan balik  Kuala Krai - Gua Musang..
_________________________________________________________________________________________________

Insyallah aku akan bertolak ke Kelantan dalam masa beberapa hari ini bagi menyertai sukarelawan membantu mangsa banjir.. Memohon doa dari semua rakan semua dan pembaca semoga aku selamat pergi dan pulang dan berjaya dalam menjadi sukarelawan membantu mangsa banjir..Terima Kasih.. :D

Monday, 22 December 2014

Jordan Part 5 : The Hidden Secret in Lost City of Petra

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sambungan dari Jordan Part 4 : River Trekking - Wadi Al- Mujib Natural Reserve

Petra - The Lost City.. Adalah salah satu tempat yang wajib di dalam bucket list aku untuk dilawati ketika sampai di Jordan.. Tapi dengan kos yang agak mahal untuk membawa seorang solo traveller ke Petra membuatkan aku lebih banyak berfikir dari membuat tindakan.. tapi Alhamdulillah Allah telah mempermudahkan aku untuk melawat tempat ini..

Sebelum semua pembaca meneruskan bacaan di artikel ini.. Aku mohon maaf sebab entry kali ni memang panjang sangat sebab there is so many thing i want to share with all of you especially photos.. bagi aku tempat ni memang awesome.. pape pun sila komen dibawah pada segala kekurangan :D


The Lost City of Petra, Jordan

Maka plan asal ialah aku akan bertolak ke Petra for good dari Amman dan akan meneruskan perjalanan ke Aqaba dan terus menaiki ferry ke Dahab atau Nuwaibah, Egypt.. Tapi secara kebetulan aku diberitahu, Ust Wan Abdbaith Izzuddin yang baru habis belajar di University of Jordan nak drive ke Petra so dia tengah mencari sesiapa yang free untuk temankan beliau..

Dan yang paling menakutkan ialah harga tiket untuk masuk ke Petra ialah 1.00 JD per person for Jordanians and Residents.. Dan 50.00 JD untuk Non-Jordanian yang bermalam di Jordan.. Bermakna bagi pengunjung yang bukan Jordanian dan mereka datang ke Jordan dalam tempoh tidak bermalam maka bayaran mereka ialah 90.00 JD..!!! Mahal tak.. by the way 1.00 JD bersamaan 4.89 MYR.. :P


Antara Kedai Souvenir di bahagian entrance Petra
Kaunter membeli tiket untuk masuk ke Petra
Nampak tak berapa jauh beza harga tiket.. Mahal gilerr..!!!

Bagi pelajar luar negara yang belajar di Jordan mereka dikira sebagai Residents.. So aku bayar berapa?? hehehe.. 1.00 JD jer..!! Sebab aku pinjam kad pelajar Ustaz Farid hahaa.. Tapi takut jugak sebab ada orang pernah try tapi tak lepas, kantoi beb..!! well aku cuba nasib jer la.. nasib baik lepas huhuu.. Thanks Ustaz Farid Suhaimi :D

Jom mulakan perjalanan.. Tanah Gersang + Panas + Berdebu + Kering
Kalau korang nak datang make sure bukan musim panas yer  :D

Info : Pada tarikh 7 Julai 2007 bertempat di Lisbon, Portugal.. Petra telah dinobat sebagai salah satu 7 keajaiban dunia.. Terletak di tengah-tengah di antara Teluk Aqaba dan Laut Mati dan Petra bermakna "Batu" dalam bahasa Yunani.. Petra pada zaman kegemilanganya adalah ibukota bagi kerajaan Nabatean yang didirikan oleh Raja Aretas IV..

Mengikut kajian yang telah dibuat - Petra telah dibina 9 tahun sebelum Masihi dan wujud sehingga tahun ke 40 Masihi.. Sebuah kota yang aman, selamat dari ancaman musuh mahu pun bencana alam serta sistem pengairan mereka yang teramat istimewa iaitu teknologi Hidraulik bagi mengangkat air..


Jangan tanya panas ke tak panas hahahaa :P
Antara peninggalan bangunan dari zaman Kaum Tsamud
Alhamdulillah sampai di first check point..
Ada kedai jual souvenir dan minuman dan makanan ringan tapi mahal :P
Di first check point ni ada pondok pengawal.. Tandas jika anda sanggup guna.. dan kalau nak amik gambar dengan askar yang pegang lembing tu kene donate something dalam tabung huhuhu.. :D

Petra yang dikenali dengan beberapa panggilan antara yang paling famous "The Hidden City" dan "The Lost City"..  Membawa pengunjung kembali semula pada zaman kegemilanganya di satu masa dahulu mengenai Kaum Tsamud dan nabi yang di utuskan pada mereka ialah Nabi Saleh a.s seperti mana yang di ceritakan di dalam Qasasul Quran (قصص القران) .. 

Dan seperti mana diketahui ramai Kaum Tsamud ini adalah anak warisan daripada Kaum 'Ad iaitu di zaman Nabi Nuh a.s yang telah dihancurkan kerana keingkaran mereka pada Allah Taala.. Cerita mengenai Kaum Tsamud, Nabi Saleh a.s dan unta betina yang besar sebagai mukjizatnya telah banyak diceritakan maka tidak perlulah aku tulis di sini.. :D


Tetiba terjumpa pokok yang berbuah ni.. Macam Rambutan pulak hahahaa :D
Lega bila dah lepas first check point.. Tak kene cahaya matahari dah :D  
Menyusuri celahan gunung yang membelah
Laluan yang penuh ukiran di dinding sepanjang perjalanan :D
Sistem saluran air.. Ukiran di batu-batu.. 
Wondering... How they make it..
Kawasan ini pernah menjadi sebuah kota yang mempunyai beribu penghuni..

Perjalanan dari Amman ke Petra mengambil masa hampir 3 jam dengan pemanduan normal.. Ianya terletak 250 km dari Bandar Amman dan 128 km dari Bandar Aqabah.. Actually aku pun tak berapa cam sangat siapa Ustaz Wan Abdbaith Izzuddin ni.. sebab boleh dikatakan ramai jugak la pelajar Malaysia yang duduk di sekitar rumah Ust Mursyid ni.. Sekali dah jumpa baru ingat beliau lah yang tolong aku nak beli ayam kat pasar selepas waktu asar beberapa hari lepas hahaha  :D

Siapa Ust Abdbaith ni..?? Beliau sudah habis belajar dan beliau juga merupakan bekas Ketua Pelajar Malaysia Amman.. Oleh kerana isteri beliau masih menuntut di Amman maka beliau terus tinggal di Jordan.. seorang yang amat peramah dan baik serta ringan tulang.. Alhamdulillah seronok jumpa dengan orang-orang yang hebat di Jordan nie :D


Okay jom masuk untuk melihat  Bandar Petra.. Excited giler aku time ni.. :D
Ramai yang bergambar di binaan pertama dari 13 binaan yang lain.. :D
Mungkin orang dulu tinggi kot boleh ukir setinggi tu..
Inilah dia ukiran di gunung yang menjadikan ia sebuah kota..
Part souvenir nie memang menarik.. sebab menggunakan pasir yang berwarna-warni sekitar Petra untuk melukis di dalam botol kaca.. Nak suruh di tulis nama kita dalam botol tu pun boleh.. tapi harga mahal la :D

Bagaimana cara untuk ke Petra.. Pertama ialah dengan cara paling senang dan mahal iaitu mengambil tour guide atau juga menggunakan perkhidmatan teksi.. Dan yang kedua ialah dengan menaiki satu-satunya bas dari Amman iaitu JETT Bus Company (CLIK).. Bertolak pada pukul 06:30 am dari Amman (Di hadapan JETT Office di Abdali) dan 07:00 pm dari Petra tak jauh dari entrance parking lot Petra..  Harga tiket bas ini ialah JD 19.00..

Dan cara ketiga ialah mengambil Public Mini Bus di Mujamaa Janobi Station dengan bayaran JD 5.00 seorang dari pukul 09:00 am - 04:00 pm.. But actually ni aku tak suggest sangat sebab antaranya Minibus ni hanya akan berjalan setelah penuh dengan penumpang.. Over charge to tourist.. Kadang2 ada penipuan dari segi mencuri.. tapi kene berjaga2 juga sebab kadang2 pemandu teksi akan datang pada kita memberitahu bahawa minibas cancel hari ni bagi memudahkan kita mengmbil teksi mereka ke Petra..


Kawasan Perumahan Dibina/Diukir Pada Gunung




Tak tahu mana Master Bedroom ke apa ke hahahaa :P
Jalan dalam rumah yang dibina beribu tahun dahulu..
Menikmati pemandangan sejarah yang indah 
Kalau boleh main paintball kat sini.. Memang terbaik la.. :P

Colosseum Kaum Tsamud atau Rome?

Dilarang masuk.. Tapi bayar mahal.. curi-curi lah masuk ruang theater ni :D
Inilah ruang theater mirip Colosseum Rome
Memang takda orang sebab kawasan larangan hehehee.. :D
Maka kita posing la dengan sakan sebelum kantoi.. :P

Ini pun dah cukup mempersona.. Mesti lagi cantik pada zaman ia digunakan..

Bayaran teksi dalam lingkungan JD 65.00-80.00.. Dan jika anda dari Bandar Aqabah di selatan Jordan maka bayaran adalah lebih murah yer.. Dan berita baik untuk orang Malaysia ialah Ust Baith ni secara tak langsung memberi perkhidmatan dengan harga yang amat berpatutan bagi mereka yang ingin tour gudie sekali dengan transport ke tempat2 menarik berdekatan Amman termasuklah Laut Mati, Ashabul Kahfi dan Petra.. Contact Ust Baith (CLICK)..

Secara tak langsung aku bernasib baik sebab Ust Baith nak kene bawa 2 kakitangan kementerian berjalan-jalan di Petra tapi sebab beliau tak berapa sihat maka sebab tu mencari seseorang yang boleh bantu beliau.. Alhamdulillah dapat la jugak aku merasa bawa kereta lebih 150 km di Jordan melepasi tanah gurun arab yang gersang ni balik dari Petra..  :D


Kereta Keldai atau nak tunggang unta.. silakan :D
Kalau korang jumpa budak jual poskad nie..
Beli jer.. sebab memang murah USD 1.00 untuk 10 keping..
Kalau sesiapa ada kenal dengan 2 akak kementerian ni tolong sampaikan salam saya dan ucapan terima kasih :D

Okay few thing yang aku boleh nasihatkan di sini ialah elakan dari datang musim panas.. Bawalah air minum 1-2 liter seorang.. Coklat atau gula-gula.. Boleh bawa bekal sebab nak tour Petra ni memakan masa atleast 3-4 jam lebih.. kalau sanggup nak beli makanan mahal tak apa la.. huhuhu..

Di sini bagi mereka yang tak sanggup nak berjalan jauh ada perkhidmatan Kereta keldai atau unta dan kuda yang boleh ditunggang.. but again.. bayaran dia mahal.. Kalau amik dari pintu enterance mereka hanya membawa anda ke first check point sahaja.. So jangan tertipu okay.. sebab perjalanan dari frist check point ke first view point adalah lebih jauh..  :D

Untuk Sambungan Entry Jordan Sila Klik Link Di Bawah :-