Pages

Monday, 29 December 2014

Suasana 2 Hari Sebelum Banjir Di Kuala Krai - Kelantan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Aku sangat bersyukur kepada Ilahi kerana sempat menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam banjir di Kuala Krai minggu lepas.. Aku dan isteri memandu kereta secara bergilir-gilir dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui jalan Merapoh - Gua Musang..

Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami semuanya baik-baik saja dan tiada apa yang merisaukan hanya hujan sekejap renyai dan sekejap lebat sepanjang perjalanan.. Kami selamat tiba di Kuala Krai lebih kurang 4.00 petang dan ketika itu hujan yang agak lebat..


Keadaan hujan lebat sepanjang perjalanan Gua Musang - Kuala Krai
Hujan yang berterusan dari awal hingga petang..

Terlihat air di dua tasik di depan Hopital Kuala Krai dengan paras yang agak tinggi yang mana hampir menyentuh perkatan besar "KUALA KRAI" di tebing tasik.. Tanpa melengahkan masa kami terus mencari hotel untuk menginap dan untuk malam pertama ini kami memilih Hotel Mikhraj.. setelah check in kami ke Kafeteria untuk menjamah makan malam.. 

Sempat berborak dengan chef di situ akan situasi adakah akan berlaku banjir dan sebagainya.. Dengan bersahaja beliau berkata "Kuala Krai akan banjir untuk fasa kedua yang mana sekarang ni lah.. depan hotel ni biasa la air naik sket" erkkk..!!! biar betul.. kata ku kerisauan..


RM 80.00 Standart Room Hotel Mikhraj Kuala Krai - Kelantan

Pada hari kedua kami menjamah makan tengah hari di Gerai Nasi Sup berdekatan dengan Station Keretapi Kuala Krai.. Memang restoran ni aku recommended sangat pada korang kalau datang Kuala Krai.. Gerai ni betul2 di persimpangan roundabout.. Dan berdasarkan pengalaman aku dari semua gerai di sini.. inilah yang paling sedap.. Best in Town.. :D


Pemandangan dalam Gerai Nasi Sup Kuala Krai :D
Antara lauk campur yang juga ada di sini ..
Kami memilih Nasi Sup Tulang dan Perut..
Sedap sehingga satu titik sup kami tak tinggalkan hahahaha :P

Keesokan pagi kami bangun dan terus check out sebab isteri ada kerja di Hospital Kuala Krai dan kemudian akan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II - Kota Bharu.. Dan juga sebab Hotel Mikhraj tak best hahaa - wifi takde dalam bilik, nyamuk banyak, tuala lembab dan receptionist malam tu sombong giler.. harap pihak management dah amik tindakan lepas aku complain masa check out..

Oh by the way perjalanan kami ke Kelantan kerana urusan isteri ku.. Disebabkan risau akan banjir aku menemani isteri.. Hari pertama kami di Kuala Krai keadaan masih terkawal sekadar hujan yang lebat tidak berhenti dari semalam.. Setelah urusan isteri selesai kami memulakan perjalanan ke Kota Bharu..


Sebuah kebun yang sudah ditenggelami air..
Air Sungai yang naik dengan mendadak
Menenggelamkan pokok di tebing sungai..
Jalan ke sekolah di naiki air berhadapan Hospital Kuala Krai..
Jalan ke Masjid Tengku Muhammad Kuala Krai terputus akibat banjir..

Tidak jauh meninggalkan Kuala Krai kira-kira 10 km kami mendapat panggilan dari pihak di Kota Bharu menyatakan agar kami tidak ke Kota Bharu kerana dikuatiri akan tersangkut sebab air sungai yang mula naik dengan mendadak dan dijangka banjir dalam jangka waktu yang terdekat..

Dan pada yang sama kami dapat melihat air di beberapa sungai kecil sudah pun melimpah ke tebing dan beberapa kawasan tanaman pokok kelapa sawit mula ditenggelami air separuh batang.. Kami pun berpatah balik ke Kuala Krai dan bermalam di Hotel Rest Inn yang terletak 600 meter dari Station Keretapi Kuala Krai..

Hari terakhir kami di Kuala Krai.. Seawal 8.00 pagi aku menghantar isteri ke Hospital Kuala Krai untuk tugasan terakhir.. dan aku mula mencari sarapan di Pasar Besar Kuala Krai yang begitu popular dengan makanan yang sedap lagi murah.. tapi terkejut kerana hanya seorang pakcik sahaja yang menjual sarapan pagi tidak seperti biasa ada lebih kurang 5-7 orang yang akan berniaga di tingkat atas pasar..


Membeli sarapan pagi di hari pertama di Pasar Besar Kuala Krai.. Murah dan sedap :D
Dalam talam ni ada 3 jenis kuih.. siapa tahu?
Yang ni sedap giler tapi nama aku tak tahu hahahah :D
Ini pun ada 4 biji RM 1.00.. Terbaik :D
Laksa, Mee Rebus, Mee Kari - Sebungkus RM 2.50 - 3.00

Dan paling mengejutkan hampir semua makan habis dijual pada pukul 8.30 pagi berbanding semalam pukul 9.00 pagi yang masih banyak untuk dibeli.. Aku terlihat seorang pakcik membeli 3 plastik beg kuih muih serta nasi lemak.. dan terdengar beberapa peniaga berborak sesama mereka bahawa rakan niaga mereka ada yang tidak dapat hadir membuka kedai kerana banjir mula naik di rumah mereka..

Keadaan jalan di sekitar Pekan Kuala Krai yang mula sesak dengan dipenuhi kenderaan kerana jalan menghala Kota Bharu telah terputus.. Maka ramai yang tersangkut di Kuala Krai.. Dan aku mula melangkah kaki ke arah Taman Burung Kuala Krai berhadapan Hopital Kuala Krai untuk melihat ketinggian paras air tasik..


Perkataan besar Kuala Krai yang telah ditenggelami air..
Keadaan normal sebelum banjir di Kuala Krai
Keadaan setelah air tasik naik dihadapan Taman Burung Kuala Krai..

Amat mengejutkan perkataan besar "Kuala Krai" telah pun tenggelam sepenuhnya di tebing tasik.. Tapi kerisauan berkurangan apabila melihat orang tempatan membuat aktiviti menjala ikan.. Setelah bersama mereka untuk seketika agak mengejutkan hasil mereka yang amat lumayan.. Ikan Talapia, Lampam, Keli, Sabarau dan Ikan Ubi.. melihat wajah masing-masing keriangan sepeti pesta menjala ikan..


Aktiviti Warga Tempatan Menjala Ikan





Pelbagai jenis ikan yang di jala di tasik Kuala Krai..

Setelah isteri habis kerja tepat pukul 1:00 petang kami makan tengah hari di gerai makan berhadapan Hospital Kuala Krai.. Nasi Kukus Ayam Berempah RM 4.00 satu set memang selalu kami menjamah makan tengah hari di sini memang sedap dan murah :D .. Setelah selesai makan kami memulakan pemanduan balik ke Kuala Lumpur tapi kegembiraan Nasi Kukus tadi hilang dari ingatan setelah dengan tiba-tiba kami diarah perpatah balik kerana jalan telah di tutup di hadapan Taman Burung Kuala Krai..

Terasa menyesal kerana tidak bertolak awal keluar dari dari Kuala Krai.. Setelah mengikut arahan bomba dan polis dibeberapa persimpangan.. Alhamdulillah kami bersyukur dapat melepasi kawasan banjir dan meneruskan perjalanan ke Gua Musang dan terus balik ke Kuala Lumpur.. Hujan lebat dan renyai sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur..


Nasi Kukus Ayam Berempah dan Nasi Kukus Sambal Kerang..

Kami selamat tiba di rumah lebih kurang pukul 10.00 malam.. Dan terkejut apabila berita menyatakan Kuala Krai banjir dan semua jalan tertutup.. Ya Allah memang bersyukur sangat kami selamat.. Dan sekarang Kuala Krai adalah kawasan paling teruk menghadapi banjir.. Secara tiba-tiba aku terkenang semua wajah ceria mereka yang aku temui tempoh hari di Kuala Krai.. Bagaimanakah keadaan mereka sekarang..????


Cuaca yang suram sepanjang perjalanan balik  Kuala Krai - Gua Musang..
_________________________________________________________________________________________________

Insyallah aku akan bertolak ke Kelantan dalam masa beberapa hari ini bagi menyertai sukarelawan membantu mangsa banjir.. Memohon doa dari semua rakan semua dan pembaca semoga aku selamat pergi dan pulang dan berjaya dalam menjadi sukarelawan membantu mangsa banjir..Terima Kasih.. :D

104 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi
    hari ini x berapa ada mood nak update
    mengenangkan rumah anum kena banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...
      Selamat pagi terima kasih kerana selalu singgah pagi di sini.. rumah teruk ke kene banjir.. byk kan bersabar moga tabah hadapi dugaan..

      Delete
    2. Syukurlah kamu dan isteri sempat pulang ke KL sebelum terperangkap di sana. Akak doakan perjalanan kamu semula ke sana nanti untuk tugas2 sukarelawan akan dipermudahkan.

      Delete
    3. Alhamdulillah memang syukur sgt.. amin terima kasih kak .. moga semua mangsa tabah menghadapi dugaan..

      Delete
    4. Seminggu sy terkandas di kuala krai ..

      Delete
    5. But syukur la dah selamat sekarang nie.. semoga tabah dengan ujian banjir tahun ini...

      Delete
  2. Masya-Allah... kakak baca pun sesak naas bimbang Afif dan isteri terperangkap sama walau tajuk dah tahu terlepas. Alhamdulillah... syukurlah akhirnya selamat. Kakak ingat isteri Afif terus tinggal di Kuala Krai utk bertugas terus tapi balik semula ke KL. Kalau tak entahlah sebab hospital Kuala Krai yg ditimpa musibah amat menyedihkan..

    Selamat menjalankan misi membantu. Kakak doakan selamat semuanya dgn segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kami bersyukur sgt keluar pada waktu akhir2 tu.. sebab time tu pun byk jalan dah tutup.. insyallah akan jaga diri bila membantu nanti.. doakan yer.. :D

      Delete
  3. pantai timur mmg slalu banjir jadi rakyatnya rasa normal. tapi Allah izin sdikit luar biasa banjirnya tahun ni. mudah2an mereka semua tabah. semoga misi berjaya. insyallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap memang selalu banjir .. sampaikan org disana rasa hanya akan biasa2 sahaja. Tapi kali ni Allah uji lebih sedikit.. kesian tgk mereka.. moga mangsa semua tabah..

      Delete
  4. alhamdulillah allah pelihara en afif sekeluarga...

    www.mysecretvitamin.blogspot.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. moga semua mangsa dilindungi Allah dari dugaan yg jauh lebih besar..

      Delete
  5. alhamdulillah, semoga menjadi sukarelawan yg berjasa utk negara. please takje care of your self kat sana. update n amek gambar byk2 ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan cuba update bila ada masa nanti.. espsecially dari segi bantuan bagai.. :D

      Delete
  6. Alhamdulillah, selamat pergi dan kembali dari Kuala Krai...semoga mereka yg ditemui di sana dipelihara Allah SWT..

    Selamat bertugas sebagai sukarelawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan cuba apa yg termampu.. terima kasih pada doa puan nohas.. moga semua diperlihara Allah.. aminn..

      Delete
  7. uih...syukurlah korang sempat balik sebelum keadaan teruk...sedih sangat tengok dengan jalan musnah, rumah2 lagilah..
    selamat menjadi sukarelawan ek, kami disini just mampu berdoa dan menyumbang apa yang patut. opis pun dah start buat kutipan besar-besaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah mmg bersyukur sgt sebab kalau lah kata malam tu decide nak tidur satu malam lagi.. confirm sangkut sampai sekrang.. insyallah moga memberi pengajaraan pd yg lain dan usaha membantu diteruskan..

      Delete
  8. Selamat berbakti buat Afif... semoga semuanya selamat dan berjalan lancar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah... moga semua nya selamat dan berjalan lancar.. amin.. :D

      Delete
  9. Selamat bertugas afif .. aku pun nak balik kg jugak nih ... balik tengok umah yg dah penuh dengan lumpur ... brape lame la nak amik mase nak bersihkan satu umah .. dugaan diakhir thn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ... itulah kesian tgk dlm gambar rumah mereka yg hancur dan ada yg rosak teruk disebabkan banjir.. mmg dugaan sungguh diperhujungan tahun ini.. .. semoga tabah..

      Delete
  10. Semoga banjir kembali pulih seperti biasa, Rindu dengan makanan kampung lapar pula tetiba, gambar yang last tu macam UFO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. aminn.. seomga banjir akan kembali pulih semula dgn cepat.. makanan kampung mmg terbaik.. gambar gunung di Gua Musang tu :D

      Delete
  11. selamat berbakti dan mohon update keadaan nanti ye kalau berkelapangan.Moga dipermudahkan segala urusan pergi dan balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan cuba update keadaan bila sampai di sana nanti.. doakan yer.. semoga selamat pergi dan balik..

      Delete
  12. Replies
    1. Nama pun Kuala Krai.. mmg murah lagi.. kalau nak banding dgn tempat lain.. kalau mahal tak laku la.. :D

      Delete
  13. Up n down mcm roller coaster feeling akk baca entry awak afif..:D kejap kolam kejap makanan really #foodporn okeyhh.. Alhmdulillah terselamat dari banjir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. kang cerita pasal banjir jer sedih jugak.. why not sket sebanyak cite pasal kemewahan makanan di kuala krai kan..
      Alhammdulillah syukur slmt..

      Delete
  14. Subhanallah! Kejap je air naik kat tempat2 tu kan. Alhamdulillah Afif & isteri sempat balik ke KL. Insha Allah, mereka2 yang awak temui tempoh hari selamat semuanya. Best of luck dalam misi jadi sukarelawan nanti eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap .. mmg malam tu kalau kat kitoranv stay one more nite mmg sangkut la jawap nyer.. but alhmdulillah Allah maha mentakdirkan segalanya.. insyallah akan buat yang terbaik dlm misi nanti..

      Delete
  15. gitu kisahnyer.. akakni dah lama tak mai blog afif rasanya.. tibajer dah ada isteri..kah..kah.. nampak sangatkan... ok tahniah terlebih dahulu...
    kiranya dah merasa banjir tahap pertamalahkan... cam bestjer kuala krai... kot der rezeki bolehler ke sana pulak yerk..
    akak juga doakan moga selamatlah hendaknyer perjalanan amal afif nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap mmg lama benor akak tak mai dtg ke sini.. saya pun lama jugak tak blog walking lepas kawen ni hehehe... oh terima kasih for the wish.. merasa juga la tahal pertama tu.. thanks doakan :D

      Delete
  16. mmng teruk kan bah kali ni...moga mangsa bnjir selamat
    gud job trun padang skali utk jdi sukarelawan..InsyaAllah moga semuanya selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah moga semua nye selamat.. dan banjir akan cepat kembali normal.. sekadar yg termampu nak menolong.. amin ..

      Delete
  17. tak disangka banjir yang besar melanda di sana...mudah-mudahan dipermudahkan urusan tuan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tiada siapa yang sangka banjir akan menjadi sebegitu teruk kan.. doakan lah utk semua mangsa..

      Delete
  18. Semoga semuanya selamat saja disana. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... semoga semua nyer selamat .. terima kasih..

      Delete
  19. wah....semoga semuanya selamat. best juga kuala krai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan selalu buat yg terbaik dlm mmbantu dan utk diri sendiri.. Kuala Krai mmg syurga makanan.. :D

      Delete
  20. Selamat berbakti semoga urusan sukarelawan semua dipermudahkan hendakNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. moga semua nyer akan dipermudahkan Allah aminn..

      Delete
  21. Lezat kali makanan nya dan banjir nya lumayan bikin repot yaaa.
    Kalo di jakarta banyak rumah penduduk yg tenggelam hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan kalau diluar bandar di kampung2 kan enak begitu sekali.. ia kalau banjir hanya sedikit memanh ada hasim nya.. tapi kalau sudah besar jadi bencana gitu ..

      Delete
  22. syukur sempat balik kl dgn selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang syukur sangat... kalau stay satu malam lagi mmg sangkut la..

      Delete
  23. Alhamdulilah TT..Moga perjalanan seterusnya dipermudahkan Allah...Aminn..

    p/s: bestnya makanan kat dalam gambar kat atas ni....murah pulak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... terima kasih kerana mendoakan.. miga segala urusan dipermudahkan..
      Makanan di Kuala krai memang murah dan sedap :D

      Delete
  24. Assalamualaikum afif, alhamdullilah.. kalian berdua selamat daripada musibah banjir. Semoga dipermudahkan urusan bantuan banjir tu.. sebak sheila tengok gambar2 banjir ni.. compare dengan yang terkini dekat berita.. musnah teruk kuala krai T__________T"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..alhamdulillah kami selamat.. dan sekarang ni peluang kami pula nak memabntu mereka yang ditimpa musibah.. kesian tengok kuala krai musnah teruk..

      Delete
  25. Alhamdulillah..kira sipi2 la kan.
    Mknn tu..sedapnya, buat terlupa dgn cerita banjir. hehee

    semoga misi bantuan afif berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bersyukur selamat dari bencana.. saja nak kongsu makanan yg sedap2 di Kuala Krai.. terima kasih doakan saya..

      Delete
  26. Moga Allah lindungi semua yg terlibat...

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum..lamenye xsinggah sini. Dah kawen ek? Tahniah tahniah :) Alhamdulillah semuanya slmt.. Smoga usaha murni awk mmbntu mgsa bnjir diberkati Allah. Amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. itulah lama tak singgah kita dah kawen dia tak lerasan pun hahaha.. ;D
      Insyallah doakan lah moga segala urusan diprrmudahkan..

      Delete
  28. Saya berdoa semoga banjir di Malaysia, banjir di Aceh, banjir di Bandung selatan, Banjir di kampung saya di Pangandaran dan banjir di belahan dunia lainnya, semoga lekas surut kembali. semoga kehidupan kembali berjalan dengan normal. Btw asyik juga gara-gara banjir jadi banyak ikan. itu namanya banjir membawa berkah bang Afif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. moga semua nya akan kemabli normal mudah mudahan.. kesian melihay mangsa2 banjir.. kehilangan semua nya.. semoga mereka tabah.. itulah even banjir ada juga hikmah sebaliknya.. :D

      Delete
  29. Entri ini aa kelainna kerana gambar Afif tak de...biasamesti terpampang wajah kacak di sini :-)

    jika management hotel camtu mmg tolak tepi lah hotel mikhraj tu..nama dah cantik tapi syg!!!

    sis JM pun terlibat dengan misi sukarelawan banjir bemula dari 3 - 8 jan..ntah2 kita kan di jumpa di sana..sana..sana hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee... ntah la gambar sendiri pun tak terambil pulak.. sibuk leka dgn suasana jer kan hahaha.. kacak tak de mana pun ... huhuhu

      Oh JM pun terlibat.. area mana nanti akak JM akan berkhidmat?? Nanti hello2 la.. hahaha.. :D

      Delete
  30. mujur sempat keluar dari kawasan banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. alhamdulillah syukur sangat.. huhuhuu

      Delete
  31. Teruk betul banjir tahun ni. Sedih tengok mangsa - mangsa yang terlebih hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tahun ini mereka diuji lebih sket moga semua mangsa tabah dan bersabar..

      Delete
  32. semoga semua dipermudahkan ya - kedaionlinemy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. moga kita bersama-sama mendoakan mereka semua..

      Delete
  33. semoga misi dapat dijalankan dgn jayanya . tergambar wajah mrk yg gembira pd ketika itu , adakah masih gembira sekarang ... kesian tgk rumah2 mangsa banjir dah mcm reban ayam ... semoga mereka tabah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah misi semua berjalan dgn lancar.. itulah terbayang gmbr gelak senyum mereka.. moga mereka semua tabah menghadapi dugaan banjir tahun ini..

      Delete
  34. Mcm tahu2 cukup lengkap gmbar di sana sebelum.banjir.
    Nasib baik selamat sampai roh juga akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak berkongsi keindahan di sana sebelum kejadian.. Ya Allah sedih bila lihat keadaan sekarang nie.. moga semua mangsa tabah mnghadapi ujian ini..

      Delete
  35. Alhamdulillah awak dan isteri selamat dari terperangkap dalam kawasan banjir. Memang banjir tahun ni luar biasa.. Tak sanggup nak tengok gambr dam video berkenaan banjir di fb.. Moga mereka tabah menghadapinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap alhamdulillah.. syukur sangat selamat.. saya pun tak sanggup nak lihat keadaan sekarang di Kuala Krai.. teruk.. teringat semua wajah manis ketika berborak bersama mereka tempoh hari.. bagaimana lah mereka sekrang..

      Delete
  36. Selamat Tahun Baru Afif... Sampai bersua di Jakarta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga goiq.. aku akan ke Jakarta August nanti.. moga ketemu kita nanti :D

      Delete
  37. semoga kuala krai n semua tmpat terlibat mampu bangkit semula.. insyallah

    selamat tahun baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin moga semua tempat akan kembali bangkit dan pulih seperti sedia kala...

      Salam tahun baru juga.. :D

      Delete
  38. smoga segala urusan dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Moga Allah Taala mempermudahkan segala urusan di tempat2 banjir..

      Delete
  39. Memang teruk keadaan di sana pasca banjir. baru lepas balik menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan ke kuala krai selasa lepas dan selamat pulang ke kuala lumpur pada Jumaat lepas.

    tatau nak gambar kan bagaimana keadaannya tatkala kaki dijejakkan ke Manik Urai lama dan baru, bandar kuala krai, guchil, kandek dan kampung tualang.

    tak ddapat bayangkan dek akal air banjir yang sangat besar tu memusnahkan dan melumpuhkan hampir keseluruhan kawasan kuala krai.

    Kuasa Allah. Maha Suci Allah yang menurunkan segala-galanya.

    Insaf. Insaf banyak bila dapat tengok secara live keadaan orang di sana. Besar ujiannya. Moga-moga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan rezki mereka. Ameen.

    -raidah-
    www.blograidah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la selamat pergi balik misi bantuan.. bertuah sungguh kalau dpt menghulurkan bantuan pd mangsa kejadian.. moga akan ramai lagi yang menghulurkan bantuan tenaga dan wang ringgit..

      Itulah moga ia membawa seribu keinsafan pd yg melihat dan membuka hati untuk lebih mendekati diri pd Allah..

      Delete
  40. baru baca entry nie..alhamdulillah semuanya dipernudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur semua nya dipermudahkan Allah.. :D

      Delete
  41. Salam kenal, semoga dipermudahkan segala urusan....anyway saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga Kak Rose..
      Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah.. and thanks sudi dtg berkunjung ke sini.. insyallah akan kembali membalas kunjungan ke sana pula.. and insyallah akan follow balik.. :D

      Delete
  42. Memang dah hujan berterusan jela eh sebelum banjir tu hmm. Moga dipermudahkan semuanya. Tak putus doa untuk mangsa mangsa banjir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep even sekarang masih dlm keadaan berjaga2.. Kene terus mendoakan mereka.. sungguh kesian.. :(

      Delete
  43. ALHAMDULLILAH both of u ok je.. semoga semua rakyat Kelantan tabah dalam ujian ALLAH ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap syukur alhamdulillah sangat .. sebab selamat dari menjadi mangsa banjir.. sama2 kita doakan moga rakyat kelanta tabah menghadapi banjir :D

      Delete
  44. semoga selamat pergi dan pulang serta dapat menjalankan tugas sukarelawan dengan baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua nyer dipermudahkan Allah.. moga bantuan utk semua mangsa banjir akan berterusan amin

      Delete
  45. alhamdulillah selamat semuanya.. sedih tengok keadaan kat sane.. makanan kelantan memang sedap.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap makanan mmg awesome kat kelantan murah pun yer.. kita doakan moga Mangsa semua tabah dlm mnghadapi cabaran dn dugaan.. :D

      Delete
  46. Tengok besar jugak Hotel Mikhraj tu + murah, tapi terus spoil dengan pengurusan hotel, kan..

    2 hari sebelum banjir besar di Kuala Krai pun dah nampak keadaan air yg semakin menaik. Ujian besar buat mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pengurusan dia spoil sket tapi sekarang rasa dah okay kot..
      Nasib baik la dpt selamat kan diri dari banjir time tu.. syukur sngt.. teringat pd wajah ceria org tempatan dan mknn yg sedap2 tu

      Delete
  47. Ujian buat kita semua dan peringatan dariNYA agar lebih mengingatiNYA...semua yang berlaku atas kelalaian manusia juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. moga semua dapat mengambil iktibar dan hikmah dari apa yang berlaku.. dan menjadi peringatan pd yang lain..

      Delete
  48. Nasiblah tak terperangkap banjir yek....kalau tak berkampung kat sanalah gamaknya. Bis tu selesai ke tidak urusan isteri tu?

    Itulah disebalik musibah banjir , Allah turunkan rezki buat mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur sgt tak terperangkap dlm banjir tu.. Urusan isteri mmg tak selesai la.. Tpi hikmah itukan lebih besar.. Rezeki Allah itukan luas.. :D

      Delete
  49. ternyata malaysia banjir juga yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia mmg tidak lari dari banjir.. Dimana jua banjir blh berlaku tanpa diduga

      Delete