Pages

Thursday, 15 January 2015

Jordan Part 6 : Ashabul Khafi - Kisah 7 Pemuda Di Dalam Gua

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sambungan dari Jordan Part 5: The Hidden Secret in Lost City of Petra (UNESCO)

Syukur alhamdulillah dapat jugak aku sambung entry di Bumi Anbiya' Jordan ni.. Kali ini aku nak share dengan pembaca semua untuk melihat salah satu keajaiban seperti mana yang diceritakan di dalam Qasasul Quran perihal 7 pemuda yang ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.. dan lebih mashur di kenali "Companions of the cave" dalam bahasa English..

Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak 7 km dari Bandar Amman.. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali sebagai Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.


Bersama Ust Mursyid dan Ust Arif Amin di hadapan Gua Ashabul Kahfi
Terdapat kawasan peninggalan sejarah di sekitar Gua Ashabul Kahfi
Inilah pintu masuk ke dalam Gua Ashabul kahfi
Keadaan di dalam Gua Ashabul Kahfi - Amman Jordan..

Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Secara ringkas kisah menurut ahli sejarah Ashabul Kahfi itu bermula di sebuah negeri yang bernama Asfus yang diperintah oleh raja kafir yang zalim iaitu Diqyanus sebelum kedatangan islam.. Terdapat beberapa riwayat mengenai kedudukan Negeri Asfus antaranya Jordan, Turkey dan Syria..

Raja memerintahkan semua rakyatnya menyembah berhala atau berdepan dengan seksaan hingga boleh mati dibunuh. Hanya tujuh pemuda ini sahaja yang teguh dengan iman mereka kepada Allah Taala melarikan diri ke dalam gua bagi membolehkan mereka terus beriman kepada Allah yang berlandaskan ajaran islam dari Nabi Isa a.s..
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)

Diriwayatkan bahawa telah dibina sebuah masjid di kawasan gua ini pada zaman pemerintahan islam..
Kesan peninggalan tapak sebuah masjid yang pernah dibina..

Selepas 300 tahun lamanya.. Raja yang memerintah telah pun bertukar ganti dan kembali kepada agama yang menyembah Allah tetapi raja mempunyai masalah bagi membetulkan akidah rakyatnya yang telah lama dipesongkan oleh raja yang terdahulu.. Sehinggalah pemuda di Gua Ashabul Kahfi ini di bangkitkan semula oleh Allah..

Setelah mereka bangun dari tidur.. Perbicaraan antara mereka bermula "Mungkin kita telah tidur lebih sehari atau dua" kata salah seorang dari mereka.. Setelah bangkit mereka mula mengatur langkah untuk seterusnya dan memilih antara mereka untuk membeli makanan di pasar..


Keadaan dan suasana dalam Gua Ashabul kahfi.. 
Beberapa peralatan yang digunakan oleh 7 pemuda Ashabul kahfi masih tersimpan

Tatkala membayar makanan yg dibeli oleh salah seorang dari mereka.. peniaga tersebut dengan tiba-tiba marah kerana duit yang dibayar sudah tidak lagi diguna pakai.. Ditangkap dan dibawa menghadap raja pada ketika itu.. Setelah disoal siasat kerana pada mulanya disangka bahawa mereka mencuri harta warisan lama yang di simpan di dalam istana..

Dalam pada masa yang sama raja terkejut setelah mendengar cerita semua pemuda ini.. dan memberitahu bahawa yang zalim itu adalah raja yang dahulu 300 tahun yang lepas.. Dan keadaan sekarang berubah.. Raja yang sangat gembira menghimpunkan semua rakyat dan memberitahu akan kebesaran Allah mengenai 7 pemuda ini bagi mengembalikan aqidah rakyat..

Nama bagi 7 pemuda itu adalah seperti berikut mengikut salah satu riwayat dari para ulama :-
1.Maksalmina 2. Tamlikha 3. Martunus 4. Bainunus atau Nainunus 5. Sarbunus 6. Dzunuanus 7. Kasyfitatanunus
Bersama mereka terdapat seekor anjing bernama Qitmir yang mengekori mereka.



Sebuah masjid baru yang telah dibina bersebelahan Gua Ashabul kahfi
Disebabkan  ini adalah kawasan masjid..
Maka semua pengunjung wajib menutup aurat..
Terdapat air mata air di sini untuk di minum.. :D
Telaga air yang telah dirawayatkan oleh Imam Al-Waqidi
(Meninggal pada tahun 208 Hijrah) dalam kitabnya Futuhat As-Sham..

Entrance Fee:- Tiada sebarang bayaran dikenakan.. Walau bagaimana pun pintu sentiasa tertutup hanya pada waktu tertentu sahaja pada setiap hari ia dibuka.. tetapi kadang-kadang atas permintaan dari pengunjung maka si pemegang kunci akan membukakan pintu Gua Ashabul Kahfi ini..

Masa datang sini kami memang bernasib baik sebab memang pintu sedang di buka untuk pengunjung lebih kurang 10:00 pagi kalau tak silap la huhuhuu.. By the way aku dah try search di internet untuk waktu ia dibuka tapi tak jumpa.. Kalau ada pembaca yang tahu boleh la share kat komen bawah yer.. thanks :D


Lunch kami selepas balik dari menziarahi Gua Ashabul kahfi :D

Disebabkan cuaca yang panas dan perut kami yang teramat lapar.. kami semua decide untuk membeli makanan di luar sahaja..  Dan membungkus dari sebuah restoran ala2 KFC di hadapan University of Jordan (Nama Restoran aku dah tak ingat huhuhuu..) 12 ketul ayam, 6 bun, kentang goreng dan salad mayonis.. rindu nak makan dengan ustaz2 ni lagi.. thanks Ust Mursyid, Ust Arif, Ust Farid dan Ust hakim.. ;D 

Will Continue Part 7

100 comments:

  1. Lampu antik tu lawa gila!! Hua huaaa. Nampak terik but still teringin nak pergiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la lawa.. dah berapa tahun.. mmg antik.. jgn la dtg waktu summer.. dtg winter confirm sejuk ada salji lagi tau :D

      Delete
  2. seronoknyee dapat pergi sini.. masa anis kecik2, ayah anis selalu cerita pasal nie.. akhirnya dapat jugak tahu sape name pemuda2 tu.. nasib baik tergerak nak baca sini..hihi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur bila ada org membaca dpt manfaat.. thanks sebab tergerak membaca di sini hehehee.. dtg2 la selalu yer :D

      Delete
    2. inshaAllah akan kerap datang sini.. nak buat bloglist travel plak dah.. senang nak jejak2 sini.. :)

      Delete
    3. Alhamdulillah terima kasih.. terharu pulak hahaha.. :D
      Insyallah kita pun akan membalas kunjungan yer :D

      Delete
  3. ha, ni baru nama untung...dapat tengok salah satu tempat yang dinyatakan dalam al-Quran..tengok ayam goreng atas tu, nampak sebiji macam kat KFC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah di beri rezeki untuk melihat keajaiban yg tertulis di dalam quran.. insyallah akan terus berkongsi pengalaman travel di sini.. :D

      Delete
  4. Great sharing. TQ. Tempat memang cantik! huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi pengalaman dari pengembaraan sendiri.. yep setuju tempat peninggalan sejarah memang rare cantik.. :D

      Delete
  5. Thanks for sharing afif. Tak dapat sampai sana tengok gambar pun jadilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks juga sebab sudi singgah ke sini Cik AjlaA.. insyallah akan terus berkongsi pengalaman di blog ini.. doakan la.. :D

      Delete
  6. bestnya.. doakan akak dapat sampai Jordan ni ye.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga murah rezeki akak untuk sampai ke sana.. :D

      Delete
  7. Allahu Akbar, SubhanAllah...penjelajahan yg sgt bermanfaat. Dapat melihat sendiri kesan tinggalan spt yg dikisahkan dalam Quran. Alhamdulillah afif ada blog, boleh share dgn kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg bersyukur sgt dpt smpai ke sini.. insyallah akan berkongsi semua kenangan pengembaraan dalam blog nie..

      Delete
  8. Subhanalloh baru lihat Gua yg diceritakan dalam Al-Quran. Bayangan saya dulu, Gua itu seram, rupanya Gua itu tidak seram, gua itu seperti dibuat manusia Bang Afif. Atau memang sudah dimodifikasi untuk kepentingan wisata ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia nya pada mula sebuah gua.. tapi kemudian telah diubah suai supaya sesuai untuk orang masuk dalam beribadah.. :D
      Alhamdulillah boleh lihat kebesaran Allah dgn kusab Ashabul kahfi ini..

      Delete
  9. Assalamualaikum.. first time singgah sini.. waa bestnya dapat travel banyak tempat.. Blh share tip x camna nak jln2 semua tmpat2 ni..
    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. thanks sebab sudi datang berkunjung ke sini.. alhamdulillah rezeki dpt mengembara di beberapa tempat.... insyallah nanti akan share tip travel untuk tmpat yg telah pergi :D

      Delete
  10. Replies
    1. Itulah.. dah lama tak update pun.. alhamdulillah sihat walafiat jer.. :D

      Delete
  11. Replies
    1. Insyallah akan terus menerus berblogging.. doakan lah yer :D

      Delete
  12. Afif...bestnya...petra, ashabul khafi...wadi rum pi x?hehe sy pun teringin nkpi jordan ni...klo xde kawan, backpack.sng x?sbb jauh2 gk kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pergi Kak DJ.. sila baca dari Part 1... ini dah part 6 kak DJ oi hehehe.. :D
      Hurmm Jordan mahal untuk backpack seorang diri.. sy suggest nak backpack kene by group.. :D

      Delete
    2. Afif, sy baca laaa...tu list tu sbb sy pun teringin nkpi...hehe cuma persoalan dia wadi rum pi x?xnmpk pun cite psl tu..yg org duk tinggal tgh pdg pasir tuu...hehe

      Ooo kna atleast 4 org la eh?

      Delete
    3. Oh Kak DJ baca ke.. sebab saya tak nampak Kak DJ comment macam biasa.. tu yg ingat akak tak baca lagi hehehe..

      Yeap.. at least la 4 org.. sebab banyak benda harganya akan di devide.. so murah sket..

      Delete
  13. love bc kisah2 sejarah islam ni
    yg ada kesan2 peninggalan with the story
    Allahuakbar semua alkahfi tu igt just 2 hari je tido..tp hakikatnya 300tahun lamanya..subhanAllahhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah salah satu kebesaran tanda kekuasaa Allah.. Moga kita akan lebih mengambil pengajaran dari apa yg telah quran kisah kan..

      Delete
  14. Afif, akak ada cadangan... Pekata kalau awk sertakan sekali bajet perjalanan, atau mungkin kos penginapan rate tempatan kat satu2 tempat yg awk pergi tu. Mungkin boleh membantu pembaca2 estimate bajet untuk buat plan nak pergi melawat tempat2 yg awk share ni. Kisah Ashabul Kahfi ni memang menarik sangat. Nama2 mereka tu baru first time akak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmmmm... insyallah.. akan buat bajet nyer berapa selepas habis semua part Jordan nanti.. kebiasaan nya susah nak buat bajet sebab saya ni banyak yg free hehehe.. backpack ganas sket hahahaa.. kebiasaan akan share bajet.. tapi yg ni tak dr bajet nak share haha.. :P

      Delete
  15. Tq for sharing. Pernah dengar sepintas lalu sejarah Ashabul Kahfi, sekarang baru tahu jalan citernya mcm mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jika dapat pengetahuan dari blog ini.. saya sekadar share dari pengalaman sendiri.. insyallah akan terus share.. :D

      Delete
  16. Subhanallah!!

    dapat menjejakkan kaki di tempat yang ada dalam di sebut dalam al-Quran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. diberi rezeki oleh Allah Taala unyuk menjejakan kaki ke tempat yg di kisahkan di dlm quran.. syukur sangat..

      Delete
  17. Kisah itu dicerita dalam Al-Quran, bermaksud ianya tidak berlaku di zaman Nabi Muhammad s.a.w kan? Hebatnya pemberian Allah kepada manusia... dari kisah ni ada banyak manafaat boleh diambil sebenarnya selain dari kehidupan sesudah mati... mudah2an ada ahli fikir yg bijak pandai tahu menggali manafaat tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul.. kisah ini berlaku sebelum zaman rasulullah s.a.w..
      Memang al quran itu petunjuk bg seluruh manusia.. moga kita semua mendapat petunjuk dari Nya.. amin

      Delete
  18. Ohh baru tahu secara detail kisah ashabul kahfi. Sejarah Islam yg besar manfaatnya utk kita ambil ikhtibar.

    Byk sy belajar dr entry ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi sedikit dari apa yang saya tahu dan dari pengalaman.. betul tu sejarah islam besar manafaatnya.. :D

      Delete
    2. Alhamdulillah. Bila kita menulis sesuatu (ilmu) yang baik & berfaedah kpd orang lain, insyaallah ada ganjarannya hingga selepas kita meninggal dunia.

      Delete
    3. Insyallah.. Siapa tak nak akan ilmu yg berguna dan bermanafaat.. Amin semoga setiap insan itu ada pahala yg kekal nya :D

      Delete
  19. org tu lagi hebat boleh jelajah jordan . having a very great memorable things. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jordan satu jer.. hahaha.. :P
      Alhamdulillah dapat ke sana..

      Delete
  20. Dah pernah baca kisah ashabul kahfi ni dlm al-quran, skrg bleh tgk rupa gua dlm blog afif. Tq atas perkongsian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. masa mula2 dtg pun excited.. Syukur alhamdulillah dpt menjejak ke sini.. keadaan gua itu telah di ubah suai sedikit.. insyallah akan terus berkongsi pengalaman :D

      Delete
  21. cantik guanya . mcm dibuat pula . mungkin dah diperbaiki ... mrk sgt mempertahankan akidah Islamnya berbanding org sekarang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua itu telah diubah suai dari bentuk asal nya.. dan keadaan luar pun mengikut satu riwayat ianya telah dibina sebuah masjid.. Kisah Alquran memberi pengajaran dan peringatan pada kita.. moga ia mngingatkan kita semua.. :D

      Delete
  22. seronoknya.. maybe kalau saya kesini pun saya excited sebab kita mmg dari kecil diceritakan tentang sejarahnya sebelum belajar alquran. bentuk gua tu diukir balik ke ? nampak macam super perfect.. bersegi segi.. ingatkan macam atas bukit guanya or becoz of pergerakan muka bumi jadi berubah.. hehe pandailah =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg excited bila kaki menjejak ke situ.. keadaan gua itu mmg telah diubah suai.. just tak ingat bila dan khalifah atau raja yg ubah..

      Dan betul mmg ia terletak di atas bukit.. just dlm gambar tak nampak macam keadaan di atas bukit.. mgkin juga faktor zaman dan pembangunan yg telah mmbangun.. :D

      Delete
  23. entry ni bes..harap dapat la suatu hari dapat jejak kaki ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi datang sini.. inshallah moga dipermudahkan ukt menjejak ke sana.. :D

      Delete
  24. Oh untungnya + ada rezeki masuk dalam tu :)

    Waktu buka, time penjaga pintu tu datang la kot? erkkk :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dpt masuk ke sana.. itu share kat sini.. hahhaa.. kalau penjaga terlupa kunci pun boleh jdi masalah ker hahahaa :P

      Delete
  25. bagaimana lah agaknya binaan asal masjid yg dah tinggal bekas tu agaknya ya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... kalau ada mesti best.. boleh lihat keindahan dari kesenianzaman dulu kan.. :D

      Delete
  26. Replies
    1. Dah jadi kawasan pelancongan.. pastu tempat yg mempunyai sejarah sehingga tertulis dlm alquran:D

      Delete
  27. Wah, sangat beruntung boleh melawat kawasan sejarah yang di sebutkan di dalam al quran. Boleh lihat dengan mata kepala sendiri keadaan di sana. Rasa lunch tu ada macam KFC ke? mahal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur sangat dpt jejak kan kaki ke gua ashabul kahfi nie.. Rasa sedap jugak la tak sama KFC tak boleh setanding la.. mahal jugak la hehee.. :D

      Delete
  28. Beruntungnya dapat jejak kaki ke gua peninggalan sejarah al-kahfi.. Dan baru tau nama2 pemuda al-kahfi yg kebanyakan berakhir denga nus :)

    Oh Ya, harini Jumaat jom kita baca surah al-Kahfi yuk.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah alhamdulillah.. sebab tu nak berkongsi pada semua.. bagaimana keadaan gua yg disebut2 itu.. yep nama pemuda itu mengikut slah satu riawayat.. okay thanks ingatkan dah baca dah :D

      Delete
  29. Salam TT,
    akak pergi Jordan tahun 1999.. menziarah juga ke gua l kahfi ni masa tu tiada lagi binaan diluarnya.. betul2 hanya ada gua tu.. memang menyentuh jiwa masuk kedalam gua itu TT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waasalaikumsalam Kak Cahaya.. :D
      oh tahun 1999.. lama sangat dah tu.. mesti lagi menyentuh jiwa kan masa tu.. apa pun pengajaran yg ada itu yg jita kene ambilkan ;D

      Delete
  30. cerita Ashabul Kahfi sangat menarik, byk ibrah yg dpt dipelajari dari kisah ni...pagi tadi ada kupasan kisah ni di radio IKIM..

    lagi seronok dapat jejak kaki di tempat yg disebut dlm Al-Quran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebuah cerita didalam quran untuk pengajaran bg mereka yg mencari .. alhamdulillah dapat jejak itu yanv nak share dgn semua .. :D

      Delete
  31. wah...dah byk sis terlepas ni...terima kasih atas perkongsian tt...disamping berkunjung ke sana...byk juga ilmu yang dapat diperolehi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa.. boleh turn back baca yg lepas.. insyallah kekal jer d blog ni untuk semua entry.. insyallah akan terus berkongsi dgn semua pembaca :D

      Delete
  32. Wow...... bestnya baca entry jalan2 ni. bak kata orang hidup cuma sementara, jauh berjalan luas pemandangan. Bila lah giliran saya nak travel round da world

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah nanyi satu hari mana tahu kan.. boleh jenjalan setiap pelusum lagi hebat.. betul tu meluaskan sempada kita dgn menjelajah :D

      Delete
  33. penuh sejarah & sgt menarik...

    last tu, mmg mkn byk2 camtu ye? berhidang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap mmg penuh dgn sejarah.. suka sejarah mmg menarik kejadian semua ni.. makan style org arab berhidang macam tu.. atau kita kata sunnah nabiakan berjemaah :D

      Delete
  34. Assalammualaikum...

    seronoknya dapat melawat tempat ashabul kahfi... menarik sesangat, Walaupun mselim3 tak dapat gi .. dapat tgk gambar pun jadilah...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. alhamdulillah mmg seronok dapat melihat dgn mata sendiri bila menjejak kaki ke gua nie.. insyallah akan terus berkongsi pengalaman dlm blog nie thanks for coming :D

      Delete
  35. Assalamualaikum afif, wwahhhh bestnya. seronok sheila baca kisah2 zaman dahulu dengan gambar2 peninggalan zaman... cepat2 continue cerita yaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Sheila Salim.. insyallah akan cepat2 continue cerita.. tak sabar nak habis kan perkongsian pengalaman ini dgn semua pembaca :D

      Delete
  36. pernah dgr kisah ni..selalu bca dlm bku cerita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timm Bill... kisah benar dalam quran.. moga ia menjadi tauladan buat semua :D

      Delete
  37. SubhanaAllah...nak nangis tengok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. indah kan petunjuk dari Allah itu :D

      Delete
    2. Hanya kalimah suci yg terkeluar dari mulut bila masuk di gua ashabul kahfi ini subahanallah..

      Delete
  38. Ia dapat menginsafkan kita bila melihat tempat yang diceritakan di dalam Al Quran...Subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu setuju sangat.. Memang dpt menginsafkan kita.. Alhamdulillah bersyukur sangat dapat menjejak kaki ke sana :D

      Delete
  39. yuhuuuuuuuuuu...lama tul sis JM x datang ziarah..tuan tanah lama menghilang..mesti sibuk dengan 'alam baru' lah tu heee.....jgn lama sgt menghilang tau..sis JM menantikan cerita baru nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiiiiii kak JM... Mana lama menghilang??? Nasib baik muncul dgn wajah pic profile yang bru haha.. Sibuk sebab nak achive trget tahun ni.. Start tahun dpn akan travel balik hehehe... Insyallah akan terus menerus berkongi pengalaman :D

      Delete
  40. menarik..rasa seperti baca buku sejarah...wahh..pandai Afif menulis,..kalau sis JM mesti akan tulis dari perspektif yg berbeza..tapi Afif punya entri penuh dengan ilmu i like :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni tak la pandai mana Kak JM.. Kalau Kak JM lgi hebat semua info akak kongsi.. Saya setakat share apa yang tahu dri pengalaman sahaja.. By the way thanks dtg menyinggah. :D

      Delete
  41. Assalam TT...apa khabar.....Sudah ada junior? Hehe....
    Seronoknya dpt melihat sendiri gua Ashabul Kahfi ni. Apa jenis barang yg masih tersimpan kat situ TT?

    Coleslawnya mana? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Alhmdulillah sihat walafiat..belum ada lagi la Kak Hainom.. Doakan lah moga dipermudahkan..
      Antaranya.. Bowl.. Cawan.. Dan beberapa perkakas.. Itu dah tulis kubis mayonis hahahaa.. :P

      Delete
  42. Kisah pemuda-pemuda yang hebat.. semoga kita juga menjadi pemuda hebat untuk berjuang bersama Islam.. aminn.. menarik apa yang saudara share.. :) semoga sihat sentiasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah dari Al-quran.. memang pemuda2 yang dipilih Allah.. moga kita pun dpt mnjadi pemuda yang mmperjuangkan agama Allah..terima kasih dtg mengunjung ke sini :D

      Delete
  43. Alhamdulillah dapat mengunjungi tempat yang mempunya sejarah dalam Al Qur'an ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang bersyukur sangat.. Moga kisah dan tempat ini akan memberi banyak kesedaran pada yg membaca dan melihat..

      Delete
  44. seronoknya dapat ziarah tempat para anbia. harap dpt kesana nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. Saya doakan moga dipermudahkan niat utk ke sana nanti..

      Delete