Showing posts with label Part 4 : Hotel Al Masa Hani -Menunaikan Umrah Pertama. Show all posts
Showing posts with label Part 4 : Hotel Al Masa Hani -Menunaikan Umrah Pertama. Show all posts

Tuesday, 5 March 2024

Umrah Mantop Travel Part 4 : Check In Al Masa Hani Hotel - Menunaikan Umrah Pertama

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Dari Masjid Qarnul Manazil perjalanan mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke hotel kami di Kota Mekah faktor utama lambat adalah kesesakan lalu lintas. Dalam perjalanan Ust Atif telah meminta driver bas untuk berhenti di sebuah station minyak untuk kami bersolat jama Maghrib dan Isya'. Bagi memudahkan kami apabila sampai di Mekah nanti untuk hanya menunaikan ibadah umrah sahaja. 

Pembinaan untuk pembesaran di Masjidil Haram yang tidak pernah berhenti.
Di hentian kali kedua barulah kami dapat bersolat kerana station minyak tersebut menyediakan tempat solat yang selesa untuk jemaah lelaki dan wanita. Berbanding hentian pertama yang hanya menyediakan ruang solat untuk lelaki sahaja. Selesai solat kami meneruskan perjalanan ke hotel dan alhamdulillah kami selamat tiba di Hotel Al Masa Hani pada waktu Matahari telah pun terbenam sepenuhnya.

Di hentian pertama ada Musolla tapi tiada ruang solat untuk jemaah wanita.
Maka Ust Atif panggil semua naik bas kembali dan cari tempat solat di hentian lain.
Alhamdulillah di perhentian kedua disediakan musolla yang besar dan selesa untuk jemaah lelaki dan wanita. Dan hentian ini lengkap dengan kedai serbaneka dan beberapa buah cafe.
Alhamdulillah kami turun dari bas betul-betul dihadapan pintu masuk hotel dan terus diarahkan ke ruang makan di tingkat 2 dan pihak Mantop Travel Agensi menyelesaikan urusan check in billik hotel para jemaah seramai 44 orang. Selesai makan kami semua hanya perlu ambil bagasi di lobi hotel dan terus naik ke bilik yang telah ditetapkan 4 orang untuk satu bilik. Dan masa ni aku terpisah dengan abang ipar aku. Ok jer kita orang lelaki tiada masalah.

Makan malam citarasa tekak Melayu tapi first time makan Tom Yam Kambing :D
Alhamdulillah bilik yang amat selesa untuk 4 orang dan dilengkapi satu bilik air, Peti Ais, Tv dan Aircond. Shower ada air sejuk dan panas tapi sejuk dia macam suam-suam panas :P
Disebabkan aku antara yang terawal masuk bilik maka aku cop katil bucu tepi tingkap. Okay kita cerita keadaan bilik pulak. Setiap satu floor hanya ada 4 bilik dan 2 lift sahaja. Dua bilik di sebelah kanan untuk Jemaah Mantop dan dua bilik lagi di sebelah kiri untuk jemaah dari Bangladesh. Setiap kali kami bertembung masa nak tunggu lift macam ayam dengan itik hahahaa. 

Selepas selesai urusan pembahagian bilik, kami diberi masa untuk berehat lebih kurang satu jam dan kemudian barulah kami berkumpul semula di lobi hotel dan bergerak beramai-ramai ke Masjidil Haram. Pada pengalaman umrah pertama aku stay di Hotel Le Meridien hanya 50 meter sahaja dari pintu masuk masjid dan kali ini jarak hotel ke masjid adalah 800 meter atau lebih. Memang trip umrah kali ini kena mujahadah lebih tinggi ditambah dengan cuaca yang amat panas.

Setelah tamat masa rehat kami semua berjalan bersama-sama ke Masjidil Haram.
Walaupun ini pengalaman kali kedua untuk aku, still rasa teruja excited sangat-sangat.
Jika kita yang kali kedua hadir melihat Ka'bah pun sayu dan rindu apatah lagi buat mereka yang pertama kali. Untuk trip Umrah ni memang abang ipar aku jer la jadi model utama hahaha :D
Dan pada trip kali ini setiap jemaah diberi earphone bersama satu device bagi memudahkan Mutawwif berhubung dengan semua para jemaah. Maka Mutawwif tidak perlu membaca doa atau berzikir dengan nada yang kuat seperti trip umrah pertama aku dulu. Tak tahu samada ini adalah satu kelebihan umrah bersama Mantop Travel Agensi atau memang semua pihak agensi telah menggunakan cara yang sama.

Gambar terakhir untuk jemaah lelaki sebelum kehilangan rambut hahahaa..
Mutawwif kami Ust Atif ajak bergambar sebelum masuk menunaikan ibadah umrah.
Alhamdulillah kami semua selamat menunaikan ibadah umrah setelah lebih 1jam membuat 7 pusingan Tawaf menggelilingi Ka'bah dan Saie di Safa Marwah secara berjemaah. Dan buat para jemaah yang ada keuzuran mereka telah menaiki Skuter Elektrik di tingkat atas dengan dua pilihan samada menyewa untuk Saie sahaja atau Tawaf dan Saie sekali.

Alhamdulillah selesai rukun ibadah umrah yang terakhir Tahallul iaitu memotong atau bercukur rambut. Masa ni jam dah menunjukkan hampir pukul 2 pagi.
Selesai menunaikan ibadah umrah kami semua berjalan pulang ke hotel sambil mencari tempat untuk mencukur rambut. Memang ramai yang akan approach kita menawarkan khidmat potongan atau cukur rambut. Harga yang ditawarkan bermula dari 20 Riyal sehingga 12 Riyal untuk satu orang. Namun Alhamdulillah disebabkan mostly yang approach tu adalah Pakistani. Maka aku meminta tawar dengan berbahasa Urdu.

Inilah hotel kami Al Masa Hani Hotel & Apartment Service.
Jarak Al Masa Hani Hotel ke Dataran Masjidil Haram adalah 750 meter.
Dan dari dataran nak ke pintu masuk is another 100 meter.
Dan another 100 meter berjalan kaki untuk ke Ka'bah.
So aku dapat harga 15 Riyal untuk dua orang. Dan disebabkan aku yang buat kerja menawar maka aku dengan abang ipar aku dapat harga 5 Riyal untuk dua orang hahahaa. Masa aku tengah tawar menawar tu ternampak Ust Atif melihat gelagat aku bercakap Urdu sambil dia senyum. Mungkin sama macam mana aku tersenyum dan terpegun tengok Ust Atif berbuih speaking Arab dengan orang-orang arab siap boleh marah-marah orang arab lagi.. Hebat hebat..

Inilah wajah-wajah sahabat yang baik sebilik dengan aku selama 4 hari di Mekah. 
Dapat rakan sebilik yang baik dan ahli ibadah itu memang satu nikmat yang besar. Oleh kerana mereka bertiga ini rajin ke masjid untuk setiap kali waktu solat maka aku yang agak pemalas ni pun terikut sama jadi rajin. Alhamdulillah selama di Mekah hanya 6 kali sahaja yang aku solat di bilik itu pun kerana demam dan sakit kaki yang teramat. 

Bersambung Umrah Mantop Travel Part 5 : Ziarah Sekitar Mekah - Jabal Thur - Jabal Rahmah Arafah - Mina - Muzdalifah - Miqat Di Masjid Ja'ranah