Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Insyallah hujung Bulan Ogos ni akan start hiking with my kids naik Gunung Siku, Cameron Highlands.. Dan bulan September Gunung Angsi, Negeri Sembilan dan Gunung Nuang, Selangor.. Harap-harap senang dan tak banyak kerenah la budak-budak ni nanti.. so far dah train si kakak 3 tahun 8 bulan naik tangga flat tujuh belas tingkat dia steady sampai atas..
Kepada reader yang terjumpa article kali ini. Syukur Alhamdulillah aku masih hidup setakat ini dan sihat walafiat..
Ok jap tengah susun ayat.. Hurmm apa biasa aku tulis ek perenggan pertama ni..
Tanya kabar reader la kan.. ke bagitau khabar aku macam mana hahahaa..
ok alhamdullilah aku sihat walafiat (ulang lagi) sekarang ni sedang mengharung pelbagai dugaan realiti kehidupan yang aku sendiri lupa nak cipta utk keindahan alam realiti.. lebih kurang macam tu la.
Nak menaip buat ayat permulaan pun dah tak reti, kaku jari ni hahahaa.. Itulah jadinya bila tinggalkan blog kesayangan ni terlalu lama.. Yer teramat lama.. Lama sangat.. sangat-sangat lama.. Feel dia macam mana lama nya Tony Stark tersadai kat angkasa selama 5 tahun sehingga diselamatkan oleh Capten Marvel hahahaa.. :P
Gambaran blog ni sekarang.. Nak kata dah mati tapi bergerak-gerak lagi.. |
Penggembaraan aku setakat ini terhenti atas angka 48 negara sahaja.. Tengah tunggu Airasia buka route baru je nak jenjalan hahahaa.. mungkin baki tahun ni akan cukup angka 50 negara sekiranya diizinkan oleh Nya..
Sebab sekarang sibuk establishkan kekayaan hahahaha.. Bukan la.. Mana ada.. Just anak-anak masih kecil adakala bawa mereka travel bersama rasa kesian sebab makan minum tak on time.. Mak Ayah backpackers, anak pun kadang-kadang tak mandi. Budak2 kalau dah main sampai berpeluh kita pulak tak mandikan dia habis busuk, selebet, kusut masai jadi nya..
Tapi bila tinggalkan.. tak bawa travel macam pergi Taipei,Taiwan dengan Xian China tempoh hari.. Mak nyer pulak emosi rindu anak-anak kene tinggal kat rumah nenek.. Sudahnya berat pulak nak travel nak tinggalkan anak kat Malaysia.
Bila bawa dua-dua pergi travel lain pulak jadi nyer.. Dengan bergaduh kakak adik.. By the way anak aku boleh tahan aktif nya walau dua-dua perempuan.. Dua-dua ada dua pusat rambut so faham-faham la huhuhuu..
Bila dah susah nak panjat kapal terbang.. Kita panjat gunung jer la.. Gunung Tiong, Hutan Simpan Endau Rompin, Sempadan Pahang - Johor.. |
Gunung Irau, Cameron Highlands |
Gunung Rajah, Bentong Pahang. |
Gunung Yong Yap (G7), Lojing |
Insyallah hujung Bulan Ogos ni akan start hiking with my kids naik Gunung Siku, Cameron Highlands.. Dan bulan September Gunung Angsi, Negeri Sembilan dan Gunung Nuang, Selangor.. Harap-harap senang dan tak banyak kerenah la budak-budak ni nanti.. so far dah train si kakak 3 tahun 8 bulan naik tangga flat tujuh belas tingkat dia steady sampai atas..
Mungkin jugak la dari dalam perut lagi si mak dah travel sana sini.. Siap main Paragliding di Bogor Indonesia, Snorkeling dengan whale shark di Cebu Philippines, Water Rafting di Pangandaran, Indonesia. Backpack Vientiane - Kuala Lumpur by land jumping around bus - train - bus - train selama 8 hari. Boleh kene tuduh mak ayah giler kitarong ni hahahaa..
Tapi bila bawa si adik ni pergi masjid.. Pun sama jugak.. kene bergilir jaga.. Ini budak letak sekejap habis dia lari satu masjid.. |
Okla adik.. As long kau ceria dan bahagia.. Ayah dengan ibu happy jer tengok kau membesar.. |
Okla insyallah aku akan habiskan semua kisah pengembaraan yang masih berbaki 28 negara tu nanti tak la lama mana tapi very soon la hahahahaa.. :P
Selamat Menyambut Bulan Zulqaedah dan Musim Haji serta Qurban.. Semoga semua amalan kita diterima Allah. Amin..
Insyallah next entry menyusul adalah penutup kisah pengembaraan di Myanmar.. Sila duduk jangan lari :D