Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Selepas melakukan ziarah di beberapa tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah. Akhir sekali kami dibawa ke sebuah tempat untuk membeli buah kurma secara borong dan terdapat juga beberapa souvenir yang dijual untuk dibawa pulang ke tanah air. Tempat yang sama aku pernah datang pada tahun 2018 yang lalu. Namun keadaan persekitaran telah banyak ditambah baik berbanding dulu.
 |
| Tak perlu tanya just amik dan makan. Kalau suka boleh beli tak nak beli pun tak apa |
Ianya adalah sebuah ladang kurma dan juga tempat menjual kurma pelbagai jenis dari sekitar Kota Madinah seperti Kurma Ajwa, Safawi, Madjoul, Sukkari, Mariami, Aliyah dan banyak lagi. Dan untuk pengetahuan semua di Kota Mekah tiada langsung ladang kurma yang di tanam atau diusahakan sejak dari zaman Rasulullah lagi. Segala kurma yang ada di Mekah adalah dibawa dari kawasan lain.
 |
| Kurma Ajwa antara yang mahal di semua tempat. |
 |
| Semua Kurma di sini boleh rasa kesegarannya. |
 |
| Nak kurma yang belum dikeringkan pun ada di sini. Tapi yang ini aku tak minat sangat. |
Kebun Majed Zuhairi ini telah menjadi destinasi wajib bagi semua travel agent terutama dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore. Terdapat juga bas yang membawa pengunjung dari Bangladesh, India atau dari Central Asia seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan dan juga dari Turkey. Pengunjung dibawa merasai sendiri pengalaman masuk ke ladang kurma dan membeli kurma yang segar.
 |
| Harga Kurma Ajwa Gred A kadang-kadang boleh mencecah sehingga 80 Riyal untuk 1kg |
 |
| Madjul, Maryami, Sukkari, Safawi, Aliyah - Semua ada dijual di sini. |
Istimewa di sini anda boleh mencuba kesemua jenis kurma tanpa had. Sekiranya berkenan maka boleh beli seberapa banyak yang anda mahu. Namun harga di sini tidak lah begitu murah walau dikatakan harga terus dari ladang. Tapi kualiti buah kurma di sini memang cantik, baru dan segar. Dan jangan risau kerana pak arab dan pekerja di sini juga boleh berbahasa melayu mungkin kerana orang melayu antara paling ramai yang datang ke sini.
Selain menjual kurma, di sini juga anda boleh membeli atau memborong coklat yang dijual secara timbang. Dan pelbagai jenis kekacang serta beberapa jenis buah-buahan turut dijual di sini antaranya buah Tin, Delima, Anggur, Pisang, Limau dan Mangga. Namun sama juga seperti kurma tadi harga di sini tidaklah begitu murah. Dan hanya kurma sahaja anda boleh makan secara percuma yang lain tak boleh yer.
 |
| Buah Tin fresh. Biasa kita makan yang dah dikeringkan tu and aku still prefer yang kering tu |
 |
Dari kami sampai first day kami sampai di Kota Thoif sampai la ke Madinah. Buah Anggur kesemuanya manis dan segar. Fuhh teringat kesedapannya :D |
 |
| Buah Delima di sini memang manis betul. |
Dan aku tak membeli apa-apa di sini sebab dari pengalaman pertama dulu dah tahu harga di sini tidaklah begitu murah. Namun ada sahabat dalam jemaah agak boleh tahan juga membeli sehingga ada yang membeli sehingga sekotak dua buah kurma. Mungkin juga suasana yang meriah menjual beli dalam keadaan indoor yang sejuk. Kita jadi lebih mesra untuk membeli :D
Sekiranya tidak membeli atau selepas beli kurma anda boleh keluar ke arah ladang kurma bagi melihat sendiri buah kurma yang berbuah lebat di pohon. Dan sekarang mereka telah menyediakan tempat untuk duduk santai di bawah pepohon kurma. Sambil menikmati coffee atau tea yang dijual. Dan menu utama di sini adalah Bakso Bebola Daging Unta.
 |
| Macam dah di Jakarta ada orang jual Bakso. Tapi ini special sebab daging Unta :D |
 |
| Bebola Daging Unta. |
 |
| Semangkuk kecil ini berharga 20 Riyal Saudi. Mahal Bangat ini :P |
Kelihatan beberapa orang jemaah duduk menjamah bakso yang dijual. Bila ditanya sedap atau tidak, jawapan yang diberi mereka adalah sangat sedap dan lebih kepada nak hilangkan rindu dengan makanan di tanah air. Tapi bila aku dapt tahu harga semangkuk bakso adalah 20 Riyal dengan 4 biji bebola daging unta. Tak apalah. Mahal giler weii hahaha..
By the way aku pun tak sure mereka yang makan bakso ni tahu atau tidak yang bebola daging itu adalah dari unta bukannya lembu. Aku dangan Abg Wan layan coffee jer masa ni. Sebab aku memang tak plan nak beli apa-apa. Dan aku dah pesan dengan abg wan kalau nak beli souvenir dengan kurma nanti aku bawa area Masjid Bilal. Di sana harga sangatlah marhaen.
 |
| Alhamdulilah seronok bersantai di ladang kurma ini sambil layan coffee. |
Sekembali kami ke hotel di area Masjidil Nabawi dari trip ziarah sekitar Kita Madinah maka dengan itu tamatlah kesemua trip ziarah yang disediakan oleh pihak Travel Agent Mantop. Baki 2 hari lagi adalah aktiviti bebas di sekitar area hotel dan Masjidil Nabawi.