Showing posts with label Part 1 - Heathrow Airport - Chelsea & Fulham Stadium. Show all posts
Showing posts with label Part 1 - Heathrow Airport - Chelsea & Fulham Stadium. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

Kembara England : Part 1 - Setiba di Heathrow Airport - Chelsea & Fulham Stadium

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Pertama kali aku menjejak kaki ke London, England ialah pada trip backpacker secara solo yang pertama aku ke Benua Eropah pada Julai - September 2011.. Pada ketika itu selama 9 hari aku menetap di rumah Pelajar Malaysia Shukri dan Asyraf di East London.. Kebaikan dan keikhlasan dalam membenarkan aku menginap di rumah mereka - ku ucapkan ribuan terima kasih.. Klik sini untuk entry England 2011.. 


Thank pada mereka yang sudi hantar aku ke airpot :D - Abg Raphy, Sarjen Fadhil, aku, Pakcik Syahreem, Abg Nik, Abg Rhyzal dan Puan Liza

Dan pada kali ini Mei 2013 - Disebabkan permintaan abang aku yang ketika itu menyambung pelajaran di London.. Actually plan asal aku adalah “on the way back to Malaysia from South Africa” aku nak singgah beberapa negara arab di Middle East.. Tapi abang aku kata datang la London boleh lepak rumah dia.. Lagi pun memang dah lama tak jumpa abang aku yang baru berkahwin pada ketika itu klik sini untuk lihat wedding abg aku.. 


Saat terakhir berada di O.R Tambo International Airport South Africa..
Kakitangan Kedutaan Malaysia di South Africa
Memang di kenali dengan sifat baik dan peramah mereka.. :D

Fikir-fikir balik jauh jugak tu nak buat turn.. tapi abang aku kata tengah ada promotion dari EasyJet Low Cost Airlines.. Tiket RM500.00 one way London to Amman, Jordan.. dan yang best dia kata tiket tu dia akan belanja.. just beli sendiri tiket nak datang London dari South Africa.. Sekali aku check ada pulak promotion dari Emirate Airlines Johannesburg to London one way RM 980.00.. Apa lagi terus proceed la.. Alhamdulillah rezeki.. dan kami plan benda ni 4 bulan sebelum aku keluar dari South Africa for good..

3-4 minggu lepas tu.. Abang Adi email bagitau dia dan wife plan nak pi Ireland sebab ada promotion dari Eurolines Bus.. Ticket bus Birmingham to Dublin return for 22.00 pound untuk seorang.. Dan memang promotion on date aku ada di London.. dan sekali lagi aku kata pada abang aku.. "What 22 pound..!! Please say it again.. huhuuu.. Okay proceed..!!!!"


Macam comel jer kan hihii.. :P
Chelsea.. Chelsea..
Jom tengok jersi Chelsea :D
Fridge Magnet - Di mana ko.. 
Jumpa pun Fridge Magnet :D
Berdiri Megah.. The Blue
Tshirt untuk gegurl pun ada.. jangan risau :P
Tak tour pun im not supporter :P

Kalau dulu aku masuk UK dari France naik Bas tapi kali ini masuk ikut Heathrow Airport.. Alhamdulillah lepas immigration dengan senang tanpa sebarang soalan.. even tak tanya return tiket macam dulu aku masuk ikut border.. Keluar dari pintu arrival dah nampak abang aku duduk tersadai kepenatan.. mungkin sebab tunggu aku kot.. Klik sini untuk Artikel From Paris to London..

Kami solat di airport dan terus naik train.. First place sebelum aku nampak rumah dia ialah Stadium Chelsea.. abang aku kata tak boleh buang masa.. ada 3 minggu lebih jer kat London so kene pergi banyak tempat huhuhuu.. Selepas Stadium Chelsea kami pergi pula ke Stadium Fulham dengan menaiki bas.. Apa pun yang penting kami nak beli fridge magnet.. adik abang dua2 fridge magnet collector huhuu..

The Home of Fulham Football Club

Pintu Masuk... Jom :D
Huh jumpa pun FM hehee..

Banyak baju.. cari yag longgok xde pulak
Not bad kedai Fulham ni.. :D
Tulisan tu dari dulu kala lagi kot 

Cute gilerr.. Harga pun cute jugak :P
Stadium di celah2 kawasan rumah

Dari Stadium Fulham abang aku bawa naik bas pergi ke suatu sebuah kedai makan yang aku pun tak berapa ingat berdekatan High Park.. Untuk kami makan petang campur dinner sekali.. Pukul 9.30 malam baru la aku sampai rumah abang aku di Golders Green.. Nasib baik la cuaca sejuk sebab aku angkat bag backpack 15 kg tak rasa sangat.. tapi bila sampai rumah terus tumbang huhuhuu..


Naik bas dengan perjalanan yang jauh..
Memang aku tertido sebelum sampai rumah Abg Adi.. :D

Dulu masa first time masuk negara ni tak banyak sangat berjalan sebab time tu sekadar nak cukupkan destinasi jer apatah lagi pada ketika itu London adalah destinasi ke 5 dalam trip solo.. Masa tu memang bajet sangatlah minimum.. Sempat jalan area sekitar Central London sahaja.. Alhamdulillah kali ini dapat jalan banyak juga tempat.. Thanks to my Brother Abg Adi and his wife Kak Sophia..  :D