Showing posts with label Part 1 - Bercuti Bersama Sahabat Ex-SKA. Show all posts
Showing posts with label Part 1 - Bercuti Bersama Sahabat Ex-SKA. Show all posts

Wednesday, 11 September 2013

Pulau Pinang : Part 1 - Bercuti Bersama Sahabat Ex-SKA

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Agak lama aku tak jengok blog sendiri.. Kenapa..?? sebab aku ada di Pulau Pinang.. Bercuti bersama kawan2 sekolah rendah dulu.. Alhamdulillah seronok sangat sebab this is my first cuti-cuti Malaysia after balik lebih sebulan yang lepas.. Dan rasa macam reunion pun ada.. dan ini my first trip berjalan dengan kumpulan yang besar 15 orang dengan 4 kereta.. thanks to all of you guys.. :D  terharu pulak..

Time :  05:25 am..
Aku dan Farani orang pertama sampai Restoran Kayu Ampang..
Dan juga pelanggan pertama di pagi itu..
Time :  06:00 am.. Hakikat nyer..
Budak lelaki selalu awal dari perempuan.. Kan..??? hahahaa.. :P
Time :  06:35 am.. Dari kiri dila, echa dan ikin..
Tiga jelitawis yang awal sampai sempat meratah beberapa keping roti canai..
Time :  06:50 am.. Roti Canai and Teh Tarik semua dah habis..
Masa ni tinggal Asma seorang je tak sampai lagi hahaa.. :P
Time :  07:00 am.. Still di Restoran Kayu - Petronas Memanda, Ampang..
Kereta Myvi antara yang terlibat dalam trip Penang ni.. Shazmin with Adila..
Time :  07:05 am.. Check all car in good condition..
Fareez makenik penting dalam trip ni..
Sebelum pergi memang rasa excited.. mungkin sebab orang lain excited maka aku pun jadi excited hahaha.. tapi tak la macam yang lain kemas beg 2 minggu sebelum bertolak.. aku still cara aku malam sebelum bertolak baru kemas beg pack aku..

Trip ke Pulau Pinang ni bermula dari 6 - 8 September2013.. yang bekerja sanggup amik cuti Jumaat - 6 September.. sebab plan nak bertolak seawal 6.00 pagi.. tempat berkumpul di Restoran Kayu, Ampang.. so malam tu aku, farani dan shazmin tido rumah hadri.. sebab rumah kami jauh luar dari kawasan..

Suasana Perjalanan Ke Pulau Pinang






Tunggu seorang demi seorang sampai maka last2 pukul 7.15 pagi baru kami bertolak dari Restoran Kayu.. trafik jam pun dah mula.. untuk permulaan ni hanya ada 3 kereta.. first aku, echa, fareez dan farani dalam satu kereta.. second kereta hadri, shazmin, ikin dan suhana.. last kereta suma, haslyna, asma dan adila.. sebuah kereta bersama 3 lagi orang akan muncul kemudian..

Walkie Talkie.. penghibur dan menceriakan suasana kami..  :D
Perjalanan kami sangat ceria sebab echa sediakan walkie talkie untuk setiap kereta.. so bende tu membuat semua orang ceria dengan lawak setiap orang.. boleh main teka teki.. ada yang berkaroke dengan walkie talkie tu.. macam2 lah..

Kawasan Rehat PLUS Sg Perak & Bt Gantang

Antara hiasa merdeka di kawasan rehat PLUS..
Tajuk : Meriah dan meriah bendera ku :P 
Fareez & Echa sempat posing bergambar..
Antara lauk pauk yang di jual..
Tempat parking pun nak bergambar..
Tajuk : Belilah buah - buahan tempatan :D
Berhenti untuk alas perut.. ala kadar kata Shazmin..
Dah ramai2 maka posing aje lah keje nya.. 
Dari kiri Echa, Fareez, Farani, Shaz, aku, Ikin, Anna, Dila, Asma, Sue and Ina..
Kami berhenti di beberapa kawasan rehat Plus Bukit Gantang dan Sungai Perak.. mungkin di sebabkan bulan kemerdekaan maka semua kawasan rehat PLUS ni macam berlawan dalam menghiasi bendera Malaysia.. seronok pulak melayan keadaan yang penuh bendera ni..

Continue Part 2 : Seberang Prai to GeorgeTown
Continue Part 3 : Bukit Bendera to Batu Feringgi
Continue Part 4 : Mandi Laut Dan Makan2 di Tanjung Bungah
Continue Part 5 : Muzium Perang Berhantu Di Batu Maung
Continue Part 6 : Pasar Malam Bayan Lepas - Steamboat - Check Out
Continue Part 7 : Shopping di GeorgeTown - Mee Udang di Taiping (Final)