Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Wednesday, 9 October 2013

Pulau Pinang : Part 7 - Shopping di Georgetown - Mee Udang di Taiping ( Final )

Sambungan Dari Pulau Pinang : Part 6 - Pasar Malam Bayan Lepas - Steamboat - Check Out

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

First aku nak memohon maaf sesangat to all readers sebab lambat terbitkan final Part 7 nie.. Kesihatan tak mengizinkan aku untuk stay depan laptop menghabiskan final part nie.. hope will get well soon.. doakan aku k.. sayang korang hahahaha..  cakap macam ada reader ramai jer..   perasan famous sungguh hahaha.. :P 

8 September - Selepas check out dari Leisure Cove Resort pukul 12:30 tengah hari.. kami terus menuju ke Georgetown.. ada yang kata nak tapau nasi kandar di Line Clear Restaurant.. tapi perkara paling penting ialah shopping souvenir yang murah2.. t-shirt, fridge magnet etc.. memandangkan echa, farani, fareez dan aku tak nak ke nasi kandar.. so kami terus ke Penang Road Famous TeoChew Chendul..


Ini lah dia.. Penang Road Famous TeoChew Chendul Restaurant.. Since 1936..

Echa kata restoran ni sedap dan ramai artis datang makan.. siap masuk tv3, ntv7 dan astro - asian food channel lagi tu.. dan Ketua Pengakap kami Mr. Mohd Hadri pun dah bagi arahan.. boleh buat aktiviti bebas untuk sejam.. maklumlah dah masuk bandar.. kereta semua berpecah nak cari parking.. 

Okay back to Penang Road Famous TeoChew Chendul nie.. ia telah di buka seawal 1936.. Founder by Mr. Tan Teik Fuang.. selain Chendul yang menjadi menu utama.. ada juga Asam Laksa, Penang Curry dan TeoChew Rojak.. dan yang pasti ia di jamin Halal oleh JAIPP..


Bersama one of the main chef .. TeoChew Restaurant..
Ini dia Asam Laksa Teochew siap untuk pelanggan..
Proof by Asian Food Channel - Astro.. Terbaikk..!!
Senyum dan senyum seikhlas hati.. sebab sedap sangat kot hahahaa.. :D

Ada 3 jenis cendul yang luar biasa di sini.. Chendul Durian, Chendul White Coffee dan Chendul Original.. Aku makan Chendul Original jer.. yang lain semua bantai Chendul dengan Asam Laksa.. memang kaw Asam Laksa kat sini.. tapi satu je masalah ruang makan yang sedikit.. akan membuatkan anda berdiri seketika di luar restoran untuk menunggu tempat kosong.. apa2 pun ia berbaloi sebab makanan di sini menjanjikan suatu kelainan yang patut anda cuba..


Memeriahkan lagi keadaan.. Layan Asam Laksa dan Chendul White Coffee..
 Perasan tak muka semua gelap sebab mandi laut hahahaha.. :P 

Dalam 20 minit kami duduk menjamah Chendul dan Asam Laksa.. ahli group konvoi kami yang lain semua sampai dan memenuhi ruang restoran ni.. maka kami mengundur diri memberi ruang.. dan terus keluar untuk shopping.. aku macam biasa cari fridge magnet.. echa cari jeruk buah.. farani dan fareez cari ketenangan hahahaa.. :P by the way untuk Fridge Magnet korang boleh dapatkan 3 for RM 10.00.. so make sure korang tak kene tipu yer dengan harga yang mahal..


Jeruk terbaik dari ladang hahaha.. :D
Echa Seronok terjumpa kedai jeruk sendiri..
Echa.. Artis of the week hahahaa.. :D
Lebuh Kimberly  ni antara wajib di lawati..
Dialog - Ikin : Bang nak yang nie..
Hadri : Ish u ni.. amik la 10 kilo pun.. :P
Antara jeruk - jeruk yang memukau mata dan hidung huhuhuu.. :P
Even gerai2 kecil tepi jalan penuh dengan pelanggan..
itu lah kemewahan nikmat makan di Pulau Pinang..
T- Shirt Pulau Pinang berharga RM 10.00 satu.. okay ker??

Macam- macam souvenir ada kat sekitar kawasan ni..
Jangan terus beli yer.. check harga semua kedai dulu then baru beli..

Tepat pukul 2:00 petang kami beransur keluar dari Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang - Sedikit Info - Jambatan ini mula di bina seawal 1982 dan siap pada tahun 1985.. dengan kos hanya RM 850 juta ( berbanding RM 3 billion untuk jambatan kedua ).. Panjang 13.5 km membuatkan ia menjadi terpanjang di asia tenggara dan ketiga di dunia ketika ia siap di bina.. 

Antara tarikh penting - Pada awal tahun 1970-an Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan bagi menghubungkan antara Seberang Perai dengan Pulau Pinang.. dan Tun Hussein Onn merancang untuk pembinaan sekitar lewat 1970-an.. Konsep jambatan menggunakan Jambatan San Francisco Golden Gate di umukan pada tahun 23 Julai 1981.. Dan di rasmikan oleh Tun Dr Mahathir pada 3 Ogos 1985.. Ia mula di buka untuk kenderaan awam pada 14 September 1985..

Restoran Mee Udang Mak Jah
Mee Udang adalah menu utama.. tapi ada banyak lagi menu yang lain..
seperti Sotong Goreng Tepung.. Nasi Goreng Udang.. Kue Teow Goreng Udang..
Char Kue Teow Udang.. Mee Goreng Udang.. Bihun Udang.. macam2 udang la :P

Sebelum pulang ke KL.. masih ada dua tempat lagi yang perlu kami singgah iaitu Kellie Castle dan menjamah Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang, Taiping, Perak.. tetapi terdapat salah info sedikit masa di highway.. menyebabkan Kereta Aizat dan Kereta Suma terus ke Kellie Castle dan Kereta Hadri dan kereta yang aku naik ni ke Mee Udang Mak Jah.. nak patah balik jauh.. lagi pun dah lewat petang.. maka keputusan di ambil enjoy where ever u are :P

Senyum.. habis lincin makanan..
Tapi tengok muka semua macam tak cukup jer :P
Memang ramai pengunjung..
Sampai nak bayar pun kene beratur  panjang..
Mee Udang Mak Jah - First comment dari aku.. Memang terbaikkk..!!! tak cuba memang rugi.. dan nak cari restoran ni  pun tak susah.. tapi kene ingat secara tak langsung banyak restoran Mee Udang yang naik kat sini bila Mee Udang Mak Jah ni popular.. so make sure korang betul2 stop kat yang ada nama " MAK JAH " kang tak pasal dapat yang tiruan.. sia2 jer.. Di buka setiap hari kecuali Rabu kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah - Untuk pertanyaan sila hubungi  : sabri_sidan@yahoo.com - 03 4131 4430 - 012 293 1101..

Aku pun jealous bile tengok diorang pi Kellie Castle nie.. hahaha.. tak ada rezeki kan.. :P
Separuh dari ahli konvoi enjoy di Kellie Castle dan separuh lagi di Mee Udang.. walau bagaimana pun kami tetap bungkus Mee Udang untuk kawan2 di Kellie Castle.. tapi dari Kellie Castle nak minta diorang bungkus apa?? hahaha.. redha jer.. tak ada rezeki nak buat macam mana kan.. insyallah next time.. Kami bertemu kembali di R&R Tapah.. dan geng Kellie Castle menjamu makanan malam Mee Udang yang di bungkus..

Sempat lagi menjamah tosei..
Di Restoran Original Kayu Ampang..
Semetara tunggu yang lain sampai..
Layan la makan malam dulu.. Mamak.. Teh tarik dengan Tosei satu..!!
Tempat berkumpul.. Bermula dan Tamat..
Rasa kejap jer 3 hari di Pulau Pinang.. Korang tak nak buat trip lagi ker??
Perjalanan kami tamat hari ni 8 September 2013.. selamat sampai semula di Restoran Kayu Ampang pada pukul 10.36 malam sebab keadaan trafik bergerak perlahan dari Tapah menuju ke Kuala Lumpur..

Pape pun trip ramai2 mcm ni korang kene banyak bertolak ansur.. saling memahami.. dan trip macam ni jugak lah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.. thanks to Hadri, Asma, Aizu dan Echa kredit gambar.. Dan thanks to Naa for double check untuk semua entries Pulau Pinang nie.. :D

Pulau Pinang Part 1 : Bercuti Bersama Sahabat Ex-SKA
Pulau Pinang Part 2 : Seberang Prai to GeorgeTown
Pulau Pinang Part 3 : Bukit Bendera to Batu Feringgi
Pulau Pinang Part 4 : Mandi Laut Dan Makan2 di Tanjung Bungah
Pulau Pinang Part 5 : Muzium Perang di Batu Maung
Pulau Pinang Part 6 : Pasar Malam Bayan Lepas - Steamboat - Check Out

Thursday, 3 October 2013

Pulau Pinang : Part 6 - Pasar Malam Bayan Lepas - Steamboat - Check Out

Sambungan dari Pulau Pinang : Part 5 - War Museum Batu Maung Awesome..!!

Dari War Museum ni.. kami meneruskan perjalanan balik ke Leisure Cove Resort di Tanjung Bungah.. Dari Batu Maung ke Tanjung Bungah dengan kata lain perjalanan ni memang jauh sebab dari selatan pulau sampai ke utara pulau.. aku dengan farani boleh layan tido dalam kereta.. sebab dua orang lagi fareez dengan echa tak bagi kami drive.. bagus jugak.. tapi bila tengok echa bawa kereta terus aku tak rasa macam layak bawa kereta depan dia hahahaa..




Dalam perjalanan pulang.. kereta kami hilang dari konvoi.. 3 kereta lagi hilang ntah ke mana.. tapi tak apa lah.. sebab kami semua menuju arah dan matlamat yang satu.. asal selamat sampai sudah.. Dan untuk program malam ni yang juga menu malam ni ialah gotong royong membuat steamboat atau everything is seafood kata Suma sebagai Ketua Chef malam tu..

Secara tak langsung 3 kereta yang lain menuju ke Pasaraya Giant dalam perjalanan mereka untuk membeli bahan2 steamboat.. dan kami berempat hanya menuju pulang.. tapiii tetiba.. kami terpandang pasar malam di sebelah jalan.. mungkin bagi orang lain normal.. tapi bagi aku yang dah 4 tahun tak pi pasar malam.. excited giler kot.. echa tanya nak stop ker?? aku orang pertama jawap " yep.. semestinya ".

With Echa.. di Pasar Malam Bayan Lepas..
 Anak angkat Juara F1 Michael Schumacher :p 
Fareez : " akak.. bagi kuih tu RM 2.00, yang tu RM 1.00..
yang hujung tu pun RM 2.00.. yang sebelah tu pun sama "
Tangan masing2 dah penuh dengan beg plastik makanan.
Tup tup terus dapat parking yang senang dan dekat sangat.. Maka berjalan lah kami berempat  macam gaya watak2 Ocean Eleven  ke arah pasar malam.. mungkin sebab tengah holiday dan bersama kawan2.. menambahkan lagi semangat.. Fareez orang pertama yang membeli.. then Echa, Farani dan aku.. Keropok Lekor, Spring Roll Ayam, Samosa Daging, Cempedak Goreng, Udang Goreng Tampora, Kacang Gorang, Kuih Keria, Cendol, Air Tebu, Air Limau dan macam2 lagi..

Last2 aku terbeli Nasi Kerabu RM 4.00-all in.. ( walau badan aku dah mula memberi tanda demam dan pening2 still semangat huhuu..) sebab semenjak balik Malaysia hari tu.. ni baru jumpa nasi kerabu huhuu.. kitorang lepak makan2.. then baru balik resort.. bila balik pun sempat lagi masak nasi seperiuk atas arahan ketua chef.. 20 minit lepas tu baru yang lain sampai.. time ni orang lain sibuk bergotong royong masak.. aku tertido depan tv.. abis kene bahan ketawa :p

Ini lah wajah ceria Cik Suma..
Ketua Chef Steamboat Kami :D
Fareez gigih mengerjakan kangkung
untuk steamboat malam tu..

Hadri - Orang Penting untuk
ayam dan cedawan goreng tepung 
Shazmin - tengok gaya dah tahu sekadar
bergambar atau memang pandai masak :p 

Chef Suhana Dan Chef Ikin
dari Swiss-Inn KL turut membantu :D
Senyum dengan perut lapar
menunggu steamboat masak..

Bila dah masak.. tak ada siapa yang senyum hahahaa.. 
Sedap kan..???
Nasi Goreng Ikan Bilis.. Ayam Goreng Tepung..
Cendawan Goreng Tepung.. Seafood untuk steamboat..

Aku pulak.. tertido kat sofa sebab tak berapa sihat.. 
Sendiri malu..  siap pegang remote lak tu..
Dan menyesal sebab tak makan hahahaha...
Malam tu demam dan sakit kepala aku dah tahap maximum.. nak makan pun tak lalu.. makan kangkung rebus jer  sampai sekarang menyesal kenapa tak makan steamboat..  lepas makan plan nak buat game.. but semua mata dah lalok.. tido jer lah.. keesokan pagi tu alhamdulillah aku bangun dengan sihat.. siap boleh pi kedai beli bahan2 sket untuk sarapan..

Fareez layan pemandangan di hari terakhir..
wajah ceria Bun dan Haslynna..
 Dah mandi ke belum hahahaa :P 
Sama hebat dengan Krik Hammet dan James  Hetfield..
Shazmin menceriakan keadaan dengan bermain lagu Matelica.. 
Sarapan pagi terakhir kami di Leisure Cove Resort ni..

Aizat, aku, shazmin dengan farani.. berempat ke kedai runcit sebelum menyediakan sarapan.. pagi tu menu - nasi goreng ayam cendawan berlada ala pulau di masak dengan penuh gaya oleh aizat yang ceria  tak sangka pulak aizat boleh masak dengan sedap :D.. aku dengan fareez buat roti gulung dan roti telur.. inti guna left over steamboat semalam.. tea & coffee.. Breakfast siap pukul 7:45 pagi..


Seronok.. tak ada orang lain selain kami.. :D
Power Rangers version Malaysia.. Biru, Hitam, ....??, Merah dan Gray..
Apa pendapat korang..? Ada market tak ?? hahahhaa.. :P
Dan last activity 9:30 pagi.. sebelum check out dari Leisure Cove Resort ni.. mandi swimming-pool kat rooftop.. siap ada Jacuzzi lagi.. pagi tu aku, aizat dan aizu terjun dulu sebab nak tunggu yang lain datang lambat hahahaa.. sempat berposing sakan sebelum yang lain sampai... dan lebih seronok geng kami je kat swimming-pool ni.. mungkin sebab mendung dan hujan renyai sket.. dan kami check out pukul 12:30 tengah hari.

Wednesday, 25 September 2013

Pulau Pinang : Part 5 - Muzium Perang Berhantu Di Batu Maung

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Pulau Pinang : Part 4 - Mandi Laut Dan Makan2 di Tanjung Bungah

Selepas kekenyangan makan Mee Sotong dan Coconut Shake di Kota Lama. Kami memulakan perjalanan ke Batu Maung. Destinasi yang dikata agak menyeramkan ni ialah Penang War Museum. Bekas Kubu Pertahanan Tentera British dan kemudian menjadi Kem Tahanan Tentera Jepun. Beratus-ratus orang mati semasa dalam tahanan Jepun.

Refresh : Suasa ceria ketika menjamu Mee sotong dan coconut shake :D
Bayaran masuk setiap kereta ialah RM5.00 dan for adult entrance fee ialah RM20.00 per person. Tapi kan, tak tahu kenapa auntie kat kaunter tu refund balik duit parking kereta pada kami.

Tapi ada extra charge yang dikenakan iaitu RM2.00 untuk semua peralatan mengambil gambar seperti camera, phone etc. If ada 2 camera 3 phone bayaran RM2.00 untuk semua. Bukan setiap satu item.. Aaa faham dok?? Layan je lah..  By the way auntie tu kerek sket so sabar je la.. 

Welcome to War Museum Pulau Pinang

Walau shazmin seorang engineer tapi mampu buat keje accountant -
Contoh :  in charge kutip duit untuk beli tiket masuk :P  
Aizat dan aku jer yang excited dengar taklimat dari pihak pengurusan.
Laluan tentera seperti keadaan tahun 1941.
Replica bom atom kata tour guide tu. Kitorang pun iyerkan jer lah :D
Bilik simpanan peluru meriam sedalam 18 meter berada di bawah ini.
A replica Cannon of 6 inch-breech loading gun cannon installed here since 1941
Terdapat sebuah meriam yang amat besar di tapak ini.
Namun telah dimusnahkan oleh Tentera British supaya tidak jatuh ke tangan Jepun.
Kami sampai War Museum ni agak lewat lebih kurang pukul 5.30 petang. Nampak gaya kami macam group terakhir yang masuk. At first rasa seperti tiada apa yang perlu dirisaukan sehinggalah kami mula melangkah masuk ke dalam.

Meh aku nak bagi tip sikit, sebenarnya kalau nak datang sini tak payah la korang baca kisah-kisah seram berkenaan tempat ini. Sebab buat korang seram je sepanjang masa..  Macam aku hahaha.. Actually tempat ni memang keras banyak dan bukan sikit yer.. Sehingga disenaraikan di dalam "10 most haunted site in Asia" by National Geography Channel.

Suasana Terowong Dan Kubu Bawah Tanah


Penerangan yang di beri oleh Saudara Indra di dalam salah satu kubu bawah tanah.
Ada lebih 3 atau 4 tunnel dalam kubu ini..
Dan ini tunnel pertama yang kami masuk..

Dan ada tunnel yang telah ditutup sebab terlalu kerass..
Terowong ini mampu memuatkan 220 tentera
untuk berlindung ketika serangan udara pihak musuh..
Keadaan tunnel yang sempit ini mampu memuatkan 220 tentera..
Kene berjalan secara menunduk..

Menyeramkan.. Memang gelap..
hanya lampu flash camera dan handphone je yang menerangi suasana

Bilik simpanan senjata bawah tanah yang di bina 1930-an.
Antara bekas peninggalan surat yang dijumpai.
Antara peluru meriam yang sudah tidak berfungsi..
Dan sesiapa pun janganlah cakap besar "Aku tak takut la.. Ape la and so on" Just rileks. Baca bismillah dan masuk. Ok sambung cerita, tempat ni memang besar dan luas maka korang perluka masa lebih kurang dua jam di sini. Kalau yang suka ambil gambar tu lagi la akan spend more time di sini.

Dan nasihat aku datang la awal sebab tak la jadi macam kami. Ketika azam maghrib selesai dilaungkan, kami masih lagi berada di dalam war museum ini.. Itu another story yang menambahkan suasana menjadi lebih seram sampai.

Alhamdulillah mungkin sebab kami ni adalah  peramah dan comel  group terakhir. Seorang staff yang bekerja di sini dengan suka rela jadi guide kami and explain pada kami di setiap sudut muzium ini. Secara tak langsung walau group terakhir tapi kami berjaya tour di setiap pelusuk muzium ini.

Memudahkan kamidalam nak explore muzium ini tapi pada masa yang sama menjadi lebih seram sebab dia cerita semua kisah-kisah seram yang pernah terjadi di sini dan mostly adalah dari pengalaman beliau sendiri.

The only way out.. merangkak sejauh 9 meter..
bila dah masuk tunnel nie.. tak boleh patah balik..
Ini gaya seorang komando tak lulus ujian hahahaa..
"Tolong jangan tinggal kan aku.." hahaha gurau jer..
Actually Farani adalah orang paling kuat dalam group kami.
Dah merangkak..
kene pulak panjat tangga setinggi 7 meter..

Hadri :  " MISSION COMPLETE "
Lubang keluar dari tunnel tadi..  baru senyum ko hahaha..
Bergambar dengan penuh ceria.. selepas berjaya memasuki semua terowong..

Sedikit info.. Ia di bina pada tahun 1930-an.. oleh pihak british.. dan di duduki oleh askar british, sikh dan melayu di atas nama Jack Union.. Kubu ini jatuh ke tangan tentera jepun pada World War II - 17 September 1941.. Tentera british kalah di kubu ini dengan kesalahan andaian strategic mereka bahawa jepun akan menyerang dari laut.. tetapi jepun menyerang dari " inland "..

Keluasan tanah kubu ini sebesar lebih 20 ekar.. memuatkan lebih 550 - 700 tentera dalam satu masa.. Kubu ini di lengkapi bilik simpanan peluru meriam bawah tanah sedalam 18 meter.. dan sebesar 2 gelanggang tennis.. mempunyai tiga terowong "escape" ke arah berlainan sejauh 50 - 100 meter..  mempunyai beberapa meriam besar - 6 inch breech loading gun - yang mampu menembak sejuah 15.5 km ke semua arah..

" Ku Terdengar.. Suara.. Kebebasan.. " kata aizat..

Dulu semua bilik di benarkan masuk.. tapi lepas ramai yang kene hysteria..
Hanya bilik paling hujung sahaja di buka.. 
Keadaan bilik paling hujung.. Masih ada kesan tembakan..
Digunakan oleh tentera jepun untuk menembak tahanan.
Fareez di hadapan salah satu asrama tentera
Belakang tu.. Tempat paling keras kata saudara indra..
Sebab ramai orang di bakar hidup2 oleh jepun kat dalam rumah itu..
Peninggalan bendera matahari terbit Nippon
Antara bilik yang di gunakan oleh Jepun untuk menyiksa tahanan wanita..
Kami sempat snap gambar akak ni di salah satu bangunan asrama tentera.
10 Most Haunted Site in Asia ialah:

1. The Abandoned Tak Tak School - Hong Kong 
2. Kadena Air Base - Okinawa Japan
3. The Clark Air Base Hospital - Philippines 
4. Gedung Lawang Sewu - Semarang Indonesia  
5. War Museum Penang - Malaysia
6. The Green Island Prison - Lyudao Island Taiwan
7. Mansion - Yeongdeok-Gun - North Gyeongsang South Korea
8. The Temples of Ayutthaya - Thailand
9. Con Dao Island - Vietnam
10. Old Portuguese Colonial Outpost Diu island - India

Kubu ini juga di lengkapi dengan beberapa dapur.. sesuai dengan cara masakan yang berbeza.. untuk ahli tentera pelbagai bangsa.. asrama tentera.. kantin.. pejabat.. bilik simpanan senjata bawah tanah.. bilik kawalan.. bilik mesyuarat pegawai tinggi bawah tanah.. ruang theater.. dan ada terowong kebal bawah tanah untuk bersembunyi sesama serangan udara oleh pihak musuh.. dan terowong kebal ini mampu memuatkan seramai 220 tentera dalam satu masa..

Kata Saudara Indra - Kenapa gantung patung ni..??
Sebab langsuir banyak berkeliaran di waktu malam..

Time ni dah kedengaran azan maghrib.
Bilik di mana Tentera Jepun memancung kepala tahanan..
Tepat pukul 7.35 malam.. kami beredar dari war museum.. menuju pulang.. rasa lega bila dah keluar dari tempat ni hahaha.. sebab seram sejuk jer kat dalam tadi.. mana tak nyer.. orang yang terakhir dalam group kami berjalan di sapa bahu.. logik tak??  mana ada orang belakang dia.. dia pun tak nak toleh hahaha..

Bersama Tour Guide kami Saudara Indra - baju hijau..
Di hadapan pintu masuk War Museum Pulau Pinang..
Dah la waktu azan maghrib kami still berlegar2 di dalam.. tour guide tu pun boleh cerita macam mana dia kene kacau dulu.. siap tunjuk tempat kami berdiri.. dulu dia nampak makcik tua dengan muka hodoh berambut kusut panjang etc.. apa - apa pun tempat ni memang best.. make sure korang datang tau.